Sorry...sangat-sangat tak sempat nak masukkan Baby Sayang Kamu. Nanti kita update eh. Tapi nak belanja sikit teaser utk Aku Pilih Kau! Enjoy!...
*****************
Selepas memberitahu dia
sudah pun berada di rumah, Ainnur melangkah perlahan menuju ke balkoni.
Pandangan ditebarkan dari balkoni rumah tingkat 14 itu. Suasana selepas hujan
membuatkan pemandangan bersih sepertinya tiada langsung pencemaran di bumi
Allah ini. Langit bersih berwarna biru
dihiasi awan yang putih berkepul-kepul. Tompok-tompok hijau dari sekelompok
pokok-pokok yang ditanam dapat dilihat dengan jelas. Bangunan dari yang rendah
hingga yang tinggi mencakar langit terlihat megah berdiri. Hatinya rasa tenang.
Tidak sabar menunggu orang yang tersayang pulang. Baju satin warna ungu gelap
paras peha yang dibelikan Adam semasa kandungannya berusia lima bulan menjadi
pilihan bagi menanti kepulangannya. Teringat bisikan Adam ditelinganya semasa
pertama kali dia memakai baju tersebut.
“Sayang nampak seksi.” Tangannya pantas mencubit perut Adam membuatkan Adam mengaduh
kesakitan. Pipinya merona kemerahan malu di usik sebegitu. Adam semakin seronok
mengusik. Mengucup leher dan memeluknya erat. Saat itu dirasakan terlalu
bahagia.
Tiba-tiba ada sepasang
tangan memeluknya dari belakang menghapus kenangan yang singgah seketika tadi.
Ciuman yang dihadiahkan di ubun-ubun membuatkan dia rasa tenang. Mata terpejam
dibuai oleh belaian yang sudah lama didambakan. Ciuman di kepala turun ke
belakang leher membuatkan dia menggeliat kegelian. Turun pula ke pipi di
sebelah kanan dan pelukan semakin erat.
“Abang rindukan
sayang…”
Abang??
Sepasang tangan yang
memeluknya kejap cuba di rungkai namun tidak berjaya. Pelukan itu semakin kuat
membuatkan dia terperosok di dalam tubuh sasa itu.
“Abang Uzair buat apa
ni? Lepaslah!” Masih cuba meleraikan tangan yang memeluknya erat. Pipinya
menjadi sasaran Uzair dicium bertalu-talu membuatkan Ainnur mahu termuntah.
“Ain kata lepaslah!”
Dia melorotkan badan ke bawah lalu lari ke belakang Uzair.
“Baik Abang Uzair
keluar sekarang sebelum Ain menjerit. Keluar!!!”
“Jangan macam ni Ain…
Abang rindukan Ain. Abang masih sayangkan Ain.” Dia tidak dapat menahan nafsu
lebih lagi apabila melihat peha Ainnur yang putih gebu itu amat menggiurkan.
Nafsunya bergelodak. Dari tadi dia memerhatikan wanita yang berada di kedai
bayi itu sehingga dia mengambil keputusan untuk mengekori Ainnur hingga ke
rumah. Kesempatan yang ada tidak akan dilepaskan. Lebih lagi apabila masuk,
Ainnur tidak mengunci pintu utama. Dia menghampiri Ainnur perlahan-lahan.
Tindak balas Ainnur ketika mula dia menciumnya sudah pun membuatkan nafsunya
semakin bergelora.
“Sudahlah abang. Jangan
merepek yang bukan-bukan. Tolong keluar!” Pintanya separuh menjerit. Dia takut.
Jantungnya berdegup laju. Apalah dayanya dia dengan keadaan yang masih mabuk
mengandung, dia dapat merasakan rumah semakin berputar tapi digagahkan untuk
berdiri bagi mengelakkan lelaki itu dapat mengesan kelemahannya.
“Abang nak Ain. Please
layan abang… Aisya tak dapat puaskan abang.”
“Ya Allah…apa abang
cakap ni. Tolonglah keluar.” Dia hampir menangis.
“Ain…” Setapak dia
melangkah ke hadapan, setapak juga Ainnur melangkah ke belakang.
“Abang buta Ain. Abang
silap dalam membuat perhitungan. Maafkan abang Ain. Tolonglah terima abang.”
“Abang….Ain
dah kahwin. Ain dah ada suami. Macam mana Ain nak terima abang.
Abang pun dah ada Kak Aisya.” Dalam otak
ligat berfikir cara untuk melepaskan diri. Think Ain! Faster! Think!
“Minta cerai dengan
dia. Abang sanggup kahwin dengan Ain. Kita lari dari sini ya sayang. Kita hidup
berdua.”
Sah abang ipar aku ni
dah gila agaknya. Walau dia bercerai dengan Adam sekalipun, dia tidak akan
kembali pada Uzair. Tak kan!
Pada ketika itu pada
fikiran Uzair hanyalah untuk hidup dengan Ainnur. Dia lupa pada Aisya dan
anak-anak. Dia sanggup untuk meninggalkan semuanya demi keinginannya pada
Ainnur. Rambut Ainnur yang berombak dengan nafas di dadanya yang turun naik
membuatkan dia tambah galak.
“Abang ni memang dah
gila!” Dia terus mengangkat kaki berlari untuk mencari telefon yang berada di
dalam bilik. Adam perlu dihubungi segera. Lain yang ditunggu, lain pula yang
datang. Dia dapat mendengar derap tapak kaki Uzair mengejarnya.
Ya Allah! Selamatkan aku. Pintu terus
dihempas namun Uzair dapat menyelit dan menolak sekali gus membuatkan bibirnya
terhantuk di sisi pintu dan terasa ada cecair hangat mengalir di dagu menitis
ke bajunya. Ainnur jatuh terduduk.
Darah! Semakin berpinar
matanya apabila melihat darah.
“Ain…maafkan abang.”
Bahunya Ain dicengkam keduanya. Rasa bersalah membuatkan orang tersayang
begitu.
“Tepilah! Jangan pegang
aku!” Kedua tangan Uzair ditepis. Dia sudah tidak mampu lagi untuk berlembut.
“Ain…” Tubuh Ain terus
di dan diletakkan di atas katil. Kepala Ain terus berputar. Darah bertompokkan
di baju.
“Ain…” Uzair mengesat
darah di bibir Ainnur dengan jarinya. Melihatkan bibir merah itu, membuatkan
Uzair tidak dapat menahan nafsu. Bibir Ainnur terus dipagut penuh nafsu tanpa
memikirkan Ainnur yang sedang kesakitan. Ainnur terus meronta-ronta sehingga
Uzair terpaksa melepaskan bibirnya. Namun dia tidak berpuas hati. Peha Ainnur
yang gebu pula menjadi sasaran digigit geram.
“Argghh!!” Kaki sebelah
kiri lantas terus menyepak muka Uzair membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan.
Tidak! Aku harus melawan. Di katil ini aku
pernah dirogol dan aku tidak akan membiarkan perkara itu berulang lagi. Ain
beralih ke kiri dan terus melompat terjun.
Arghh! Kakinya
terseliuh dan dia terhencot-hencot cuba juga melarikan namun tubuhnya yang
kecil berjaya ditangkap oleh Uzair.
Tubuhnya dicampak
kembali ke atas katil. Uzair sudah pun membuka baju dan menuju ke arahnya
dengan wajah yang dia sendiri tidak dapat tafsirkan.
Bengis!
“Lepaskan aku
syaitannn!!!” Dada sasa Uzair ditumbuk berkali-kali. Tangan Uzair semakin rakus
menjalar ke tempat-tempat larangan bagi seorang lelaki yang bukan bergelar
suami kepada dirinya.
“Tolong!!!” Ainnur
menjerit sekuatnya.
Ha.....siapa Uzair? Heheheh....tak payah review la bab-bab sebelum ni...memang x ada pun watak Uzair dalam blog....So...tunggu.....
Sis dah keluar ke novel ni? Nak baca pliss.
ReplyDelete