Wednesday 30 May 2012

BAB 22

sambungan....

"Hai bos!" Dia agak tergamam dengan kehadiran Tengku Zafran di sebelahnya.

"So, how's your family matters? Dah selesai?" Ujar Tengku Zafran sambil menekan butang lif. Dia nampak agak santai dengan seluar jeans biru muda bersama T-Shirt tanpa kolar warna kelabu. Hilang tokoh VVIP yang selama ini dilihat.

Ainnur hanya menghadiahkan senyuman pendek sebagai tanda menjawab pertanyaan Tengku Zafran. Hilang akal seketika.


Pada Tengku Zafran dikhabarkan dia terpaksa bercuti seminggu kerana mempunyai masalah keluarga dan perlu pulang ke kampung segera. Walaupun di hujung bicaranya dia dapat mendengar keluhan Tengku Zafran akan ketiadaannya, namun dia lega kerana akhirnya Tengku Zafran meluluskan cuti kecemasan tersebut tanpa banyak soal jawab yang selalu bermain di bibirnya. Mungkin dia sedar, masalah peribadi tidak patut dikongsi melainkan jika dia mahu bercerita.

Selepas kejadian pahit itu, tempat berteduh yang menjadi saksi telah ditinggalkan. Si suami langsung tidak diberitahu. Malah menambah kepedihan di hati, tidak ada satu pun SMS atau panggilan dari Adam mencari dimanakah gerangan isterinya menghilang membawa hati yang luka. Kisah luka itu terus dipendam di hati namun rasanya dia tidak mampu untuk menanggungnya sendirian. Tapi pada siapa harus diluahkan? Ibu? Tidak...aku tidak akan melibatkan ibu dalam perkara ini. Kerana ini jalan yang aku pilih dan ibu tidak harus di susahkan hatinya dengan kejadian yang menimpa anak gadisnya ini...Gadis? Ya Allah....aku terluka, aku terkecewa. Mengapa kau jatuhkan hukuman seberat ini kepada ku? Adakah salahku kerana mengahwininya? Adakah dia bukan jodohku?

Tapi pada siapa harus rahsia hati ini dikongsi? Atau adakah rahsia di hati harus tersimpan kukuh di hati? Aku tak mampu Ya Allah...Kuatkanlah imanku...teguhkanlah pendirianku...

"Ainnur...Which floor?" Sentuhan lembut di pergelangan tangan seperti terkena kejutan elektrik. Dia tersedar seketika dari lamunan.

"La...Lapan." Tergagap-gapap dia menuturkannya namun jejaka itu hanya tersenyum dengan gelagat Ainnur. Sudah beberapa kali di tanya baru kali ini soalannya berjawab. Ainnur nampak agak leka dengan lamunannya. Sapaannya hanya dijawab dengan senyuman yang hanya sekadar menutup mulut untuk terus berbicara. Tengku Zafran agak gusar dengan perubahan gadis lincah itu. Wajahnya mendung seolah-olah seribu bebanan terhimpun di situ. Adakah terlalu berat beban masalah yang menimpanya? Adakah sesuatu telah terjadi di dalam keluarganya? Dalam diam gadis yang berdiri disebelahnya itu ditelek. Tiada cacat celanya namun hanya kurang ketinggian. Tawanya cuba ditahan. Sudah acap kali Ainnur mengutarakan perkara yang sama tetapi kekurangan itu tidak mengubah apa jua yang ada pada gadis itu. Dia masih tetap cantik dan comel seperti biasa walau tiada solekan yang dikenakan pada wajahnya seperti dipejabat. Pipi bulat itu masih nampak halus dan ingin sekali disentuhnya. 

Keduanya tersentak apabila pintu lif terbuka di tingkat 3 dan beberapa orang kanak-kanak lebih kurang dalam umur 5 hingga 7 tahun masuk.

"Abang...abang...tolong tekan nombor LG." Pinta seorang daripada kanak-kanak tersebut yang mungkin dalam lingkungan umur 6 tahun. Ketinggiannya tidak membolehkannya mencapai butang nombor pada lif dan secara kebetulan Tengku Zafran berdiri hampir dengan butang lif. Dia melemparkan senyuman sambil mengerling Ainnur yang hanya memerhatikan pintu lif tertutup. Fikirannya seolah-olah menerawang entah ke mana.

"Awak semua nak pergi mana? Lif ni nak naik." Ujarnya beramah. Seorang demi seorang kanak-kanak seramai lima orang itu diperhatikan. Tiga di antaranya sibuk membetulkan pelampung yang tersangkut di bahu. Manakala dua orang lagi masih memerhatikannya dari atas ke bawah. Keduanya mempunyai wajah yang serupa, mungkin kembar. Teka hatinya.

"Kami nak turun. Tak apalah abang. Nanti lif ni turun juga." Petah sungguh bicara salah seorang dari kembar itu membuatkan Tengku Zafran mendapat idea untuk mengenakannya.

"Kalau abang kata lif ni tak turun macamana? Sebab lif ni untuk mereka yang nak ke tingkat atas saja, kalau nak ke tingkat bawah kena naik lif kat sebelah." Dia hampir tergelak namun cuba di tahan. Muka si kembar  sudah mulai pucat. Kanak-kanak, apalah yang mereka tahu. Bagi mereka, orang dewasa lebih mengetahui segalanya...sebab itu kata-kata Tengku Zafran mudah dipercayai.

Ainnur terlopong mendengar kata-kata Tengku Zafran. Kesian budak-budak ni dibuli oleh abang Tengku...dia rasa ingin ketawa tapi hanya disimpan dalam hati.

"Korang...abang ni kata, lif ni tak turun. Macamana ni?" Si kembar yang petah tersebut mula pucat dan rakan-rakan yang lain mula gelisah. Masing-masing mula bertolakan kerana menyalahkan di antara satu sama lain. Ainnur menggeleng kepala manakala Tengku Zafran terhibur melihat keletah kanak-kanak tersebut yang semakin riuh di dalam lif yang boleh memuatkan 15 orang itu. Sehingga lif berhenti di tingkat 8 dan Ainnur melangkah keluar. Tidak di sangka langkahnya turut disertai dengan semua penghuni lif kecuali Tengku Zafran.

"Kamu nak pergi mana?" Ainnur menyoal mereka yang kelihatan teragak-agak.

"Abang tu kata, lif ni tak boleh turun. Kitaorang nak tunggu lif sebelah sini," balasnya sambil jari telunjuk menunding pada lif sebelah kiri. Tengku Zafran masih di dalam lif sambil menekan butang agar pintu tidak di tutup. Geli hatinya melihat kanak-kanak tersebut dengan muka sorang-sorang cuak.

"Adik-adik...abang tu main-main aja. Lif tu boleh naik dan boleh turun. Dah, pergi masuk dalam suruh abang tu tekan LG. Kalau dia main-mainkan adik, beritahu kakak...nanti kakak babab dia." Tangannya di angkat seperti mahu menampar. Tawa Tengku Zafran pecah jua akhirnya tetapi masih cuba ditahan agar tidak terlalu kuat. Kesian budak-budak ni...

Masing-masing masuk kembali ke dalam perut lif dengan muka masam mencuka.

"Dah! Abang keluar lah."

Tengku Zafran terkejut. Bukan main marah lagi si kembar dengannya. Dia menyeluk poket mengeluarkan sesuatu.

"Jangan marah-marah sayang...Abang mintak maaf okey. Ambik gula-gula ni sorang satu." Gula-gula jenis hudson ungu diserahkan pada mereka setiap satu. Nasib baik ada stok. Gula-gula tersebut memang sentiasa ada di dalam simpanan dan di bawa ke mana-mana sejak dia bernekad untuk berhenti merokok. Setakat ini, usahanya berjaya dan setiap kali keinginan itu datang, lekas dia menyumbat gula-gula ke dalam mulut. 

Wajah kanak-kanak yang masam bertukar gembira. Ainnur tersenyum apabila kanak-kanak tersebut mudah dipujuk. Pandai Tengku Zafran mengambil hati mereka.

"Thank you abang. Okey...abang keluar cepat, mama tunggu tu."

Tengku Zafran mengerut dahi. Mama? 

"Mama kakak tu la....Macam papa kitaorang, kakak tu mama kitaorang." Seolah mengerti apa yang bermain di kerutan yang kelihatan di dahi Tengku Zafran, si kembar menolak dia untuk keluar mendapatkan Ainnur yang masih berdiri di muka pintu lif. Dia tersengih mendengar penjelasan itu. Kamu kanak-kanak sangat berhati bersih. Tidak mengerti tetapi memahami.

Akhirnya dia mengalah dan keluar dari perut lif. Kanak-kanak tersebut melambai sehinggalah pintu lif ditutup.

"Bilik Tengku kat mana? Kesian you, kena tunggu lif lagi." Dia melihat Tengku Zafran yang sedang bersandar pada dinding sambil tangannya ligat meraba-rama di dalam beg kecil yang dipegangnya bagi mengeluarkan kad bagi membolehkan dia masuk ke bilik.

"Tingkat 9, tak apalah...I naik tangga pun okey. Bukan jauh sangat pun. I'll see you when I see you okey." Katanya sambil mengenyit mata pada Ainnur. Akhirnya gadis itu tertawa jua mendengar kata-katanya sambil berlalu meninggalkannya yang masih mengekori langkah Ainnur dari belakang dengan hujung mata. Apabila gadis itu hilang di balik pintu, dia mula mengorak langkah untuk beransur tetapi di dalam fikirannya masih banyak persoalan yang belum terungkai.

Thursday 24 May 2012

BAB 22

Terkadang perjalanan dalam hidup kita, selalunya tidak berlaku seperti yang kita ingin atau seperti apa yang kita rancangkan. Hidup ini bukan seperti sebuah novel yang selalunya akan berakhir dengan khabar indah atau seperti drama yang mana hero akan menang di setiap pengakhiran sebuah cerita.

Alangkah indahnya jika apa yang berlaku adalah lakonan semata-mata. Aku akan bangun hari ini dengan tanpa air mata...tanpa perasaan dendam dan benci yang bersarang di hati. Aku bencikan perasaan ini kerana ini bukanlah aku tetapi mengapa dia tergamak memperlakukan aku sebegini sehingga aku berubah menjadi manusia berhati batu. Kasih sayang yang terbina tenggelam dan kepercayaanku terhakis sekelip mata atas perbuatannya.

Wahai batu, adakah aku akan menjadi seperti kau? Aku tidak akan berganjak dengan pendirianku, aku menjadi insan yang kaku tanpa memperdulikan orang lain...Adakah aku sanggup membiarkan diriku terus jadi seperti kau? Tidak! Aku Ainnur Amnani....Aku tegas tetapi masih mampu memaafkan. Aku ialah orang yang ceria dan sanggup ketawa untuk mengubati tangis pada orang lain sedangkan aku yang sepatutnya menangisi diriku sendiri. Bibirku sentiasa tersenyum mekar, boleh mencairkan hati sesiapa yang memandang. Itu kata bos aku. Tapi tahukah mereka apa yang membusut di hatiku. Aku tidak sanggup melukakan hati sesiapa sehinggakan aku sanggup menenggelamkan diriku ke dasarnya sekiranya tindakanku akan menyakiti hati mereka semua.


Ainnur Amnani
Tanjung Biru - 26/5/2012
4.15 petang


Pasir pantai yang menguliti kaki dikuis-kuis dengan jari kaki. Adakalanya dia seronok melihat pasir tersebut yang tidak henti-henti dan berebut-rebut mahu menenggelami kakinya yang sengaja dibiarkan terdedah di lapangan pasir yang menaburi persisiran pantai. Pasir putih dan air laut yang membiru kena sangat dengan tempatnya Tanjung Biru.

Angin yang bertiup lembut membuatkan rambutnya yang dibiarkan melepasi bahu terbuai-buai mengikut alunan yang seakan berirama. Sekejap perlahan...sekejap agak kencang namun masih mendamaikan. Ainnur rasa ketenangan mulai menebak dirinya. Dia ingin berada di sini seumur hidup menghirup udara segar. Jauh dari hiruk pikuk dan kebisingan kota. Malah dia ingin jauh dari masalah yang membelenggu dirinya. Dia senang sendirian, kalaulah dia tahu begini tajam berlikunya laluan yang perlu dilalui dalam perkahwinan ini, pasti lamaran itu tidak akan diterima. Dan kini, keputusannya mungkin akan menyebab banyak pihak terluka. Sanggupkah aku melakukannya?

Setelah puas menikmati suasana petang yang mendamaikan, Ainnur mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat yang telah menyaksikan dia meluahkan perasaannya sendirian. Sebelum melangkah pergi, sekali lagi pandangan jatuh pada pasir yang cemburu dengan kakinya, pokok-pokok kelapa dan ru yang seolah-olah melambai kepergiannya dan air membiru yang sentiasa tidak jemu menghempas pantai namun kebiruaan itu tidak hilang dan pantai tetap berubah namun setia menanti badai yang menempuh. Adakah aku sesetia itu? Biarpun badai menempuh aku masih teguh menanti dan berdiri untuk menghadapinya? Tidak! Aku bukan pantai...aku manusia. Aku ada hati dan perasaan. Perasaan ini tidak boleh di perkotak katikkan. Hati ini bukan tempat tadahan seperti papan dart. Aku tidak rela hati ini terus disakiti, dikoyakkan dan di toreh. Aku hanya wanita biasa bak kata Krisdayanti.

Dia tersenyum sendiri dengan perumpamaan itu. Kaki melangkah menaiki kereta dan memacu ke arah hotel yang tidak jauh dari situ.

Sampai di Grand Lexis...kereta di parkir di tempat yang agak dekat dengan pintu masuk. Setibanya di lobi, dia di sapa seseorang.

"Hello my princess..."



bersambung..... 

Friday 18 May 2012

BAB 21

"Sayang..."

Adam meninjau di sebalik pintu yang renggang. Dia melihat isterinya sedang duduk berteleku sendirian, di atas katil. Wajahnya sembab dan matanya bengkak mungkin berendam air mata sepanjang malam. Silapnya...dia sedar. Adam menghembus nafas lesu.

Pintu di tolak dan kakinya melangkah mendekati Ainnur yang sedang ligat mengemas pakaian dan memasukkannya ke dalam beg. Kau nak ke mana isteriku?

"Sayang..." Panggilnya kali kedua.

Ainnur buat tak endah biarpun dapat di dengar dengan jelas panggilan itu. Dia tidak menyahut dan tidak akan menyahut kerana itu bukan panggilan untuknya. Selama ini mereka hanya beraku dan engkau. Adakah kerana kesilapan itu Adam telah berubah? Mengaku bahawa dia kini adalah isteri yang sah dan memang dia layak disentuh oleh lelaki itu walaupun secara paksaan.

"Maafkan Adam." Adam melabuhkan punggung di birai katil mengambil tempat disebelah Ainnur. Bahu isterinya disentuh sambil menunggu kata-kata seterusnya dari Ainnur.

Namun kata-kata itu bagaikan angin yang lalu di telinganya. Dia tidak mahu menatap wajah lelaki itu yang telah merosakkannya. Lelaki yang telah menjahanamkan dan menconteng kisah hidup yang selama ini bersih dalam coretannya.

"Pergilah Adam. Janji kita, telah kau mungkiri. Dengan apa yang kau dah buat, aku takkan maafkan kau!" Adam tersentak dengan kata-kata Ainnur. Dia tidak menjangka, wanita yang selama ini menurut kata, telah berubah sebegitu keras sekali.

"Adam mengaku Adam salah. Adam tak sengaja, Adam mabuk malam tadi...Adam menyesal selepas apa yang berlaku. Adam akan bertanggungjawab atas apa yang Adam telah lakukan pada Ainnur." Tangan Ainnur digenggam dan di bawa ke dadanya. Wajahnya menggambarkan kekesalan yang bersarang di hati.

Oh! Lelaki...mudahnya kau mengucapkan maaf. Tahukah kau hati ini terluka, diri ini telah ternoda. Ini semua sebab kau jantan sial!!!

"Kita orang Islam Adam. Kau tau kan arak tu haram! Air haram tu boleh menyebabkan kau lalai, membawa manusia kepada permurkaan Allah, merosakkan akhlak dan akidah, memporak-perandakan rumahtangga, keluarga macam kita ni dan....dan...."

Dan kerana air haram itulah aku telah diperkosa oleh suamiku sendiri. Tidak mampu kata-kata itu diucapkan di bibirnya. Dia rasa terlalu jijik, terlalu geli untuk menyebut perkataan itu. Airmatanya merembes keluar tanpa dapat ditahan.

"Adam menyesal..." Perlahan suara Adam menuturkannya. Dia tunduk merenung kaki. Tangan Ainnur berada kemas di genggamannya, tidak mahu dilepaskan. Tiada kata dapat menggambarkan penyesalan yang terbuku di hatinya tentang kejadian malam tadi. Dia rasa bodoh membiarkan dirinya dikuasai oleh nafsu.

"Tak guna kau menyesal menyesal sekarang! Kau jantan dayus! Aku benci kau!" Tubuh Adam ditolak menjauhinya. Segala benda yang tercapai di tangannya di baling pada Adam. Lelaki itu masih diam membatu, hanya berserah diri kerana sedar dia bersalah.

"Aku akan keluar dari rumah ni. Jangan kau halang kerana apa yang terjadi, kaulah penyebabnya!" Beg di tarik dari atas katil dan dia sudah bersedia untuk melangkah keluar dari bilik yang telah menjadi saksi akan kehilangan harga diri yang selama ini dipertahankan dari mana-mana lelaki. Kau suami ku, walau kau adalah manusia yang sah menyentuhku tetapi cara kau mendapatkannya tidak dapat aku maafkan. Aku bukan boneka yang boleh kau main-mainkan.

"Nur!" Tindakan Adam spontan memeluk Ainnur, tidak mahu wanita itu pergi namun tubuhnya ditolak keras hingga jatuh tersungkur di lantai.

"Aku benci kau! Aku jijik dengan kau! Kau jangan sentuh aku lagi!!" Bentaknya separuh menjerit. Sesungguhnya dia rasa mahu menjerit sekuat hati mengatakan dia benci pada lelaki di hadapannya itu. Biar semua orang tahu, Adam Niyaz lelaki tak guna, penipu, perogol!

Makna pada namanya tidak menggambarkan manusia yang berada di depan matanya kini. Kau terlalu hina buat aku. Aku tidak akan menerima kau semudah itu Adam.

Adam terpaku di situ. Tanpa sedar ada air jernih yang mengalir dipipi tanda penyesalan di atas ketelanjurannya. Kerana ketelanjurannya itu, dia akan kehilangan wanita yang dinikahi tanpa kasih dan cinta. Tapi wanita itu telah menunjukkan kepadanya betapa bertuahnya dia kerana menikahi Ainnur Amnani.

"Ainnur..."

Airmata Adam terus menitis membasahi pipi. Tiada lagi rasa malu dengan tangisan itu kerana dia amat menyesal dengan tindakannya. Kalau dia dengar cakap Shaq dan dia tidak mabuk semalam, pasti semua ini tidak akan berlaku. Pada waktu ini dia sanggup berlutut pada wanita itu agar jangan meninggalkannya. Dia tidak sanggup. Bila kepalanya ditegakkan, kelihatan Ainnur sudah pun memegang gunting. Dia tidak tahu dari mana datangnya gunting itu. Tetapi yang nyata Ainnur yang berdiri di hadapannya kini, bukan seperti Ainnur yang pernah hidup sebumbung dengannya selama ini. Wajah yang selalunya manis walau tanpa senyuman itu kini pucat dan bengis menakutkan sesiapa yang melihatnya. Ainnur seperti dirasuk sesuatu.

"Ainnur nak buat apa dengan gunting tu? Letakkan di situ. Kita berdamai sayang. Adam akui, Adam menyesal. Kita mulakan hidup baru ya sayang." Pujuk Adam. Melihat Ainnur seperti orang hilang akal, dia bimbang. Adakah Ainnur akan menikamnya dengan gunting itu?

"Tidak! Kau penipu! Kau perogol! Aku takkan hidup dengan manusia macam kau!" Gunting di benamkan ke perut lelaki itu.

"Ainnur..." Waktu itu, wajah Ainnur mula berbalam-balam pada penglihatan Adam. Darah merah pekat mengalir membasahi baju yang dipakainya.

"Adam..."Ainnur mula panik bila Adam rebah ke lantai. Ya Allah...apa yang aku dah buat ni?

"Adam!" Jeritannya bergema seisi rumah.

*******

"Arghh!!!" Adam terjaga apabila kulit pipinya terasa perit dimamah cahaya terik matahari yang memancar.

Ya Allah...dah kenapa aku tidur kat sini?

Dia cepat-cepat bangun sambil meregangkan badan yang terasa lenguh di setiap sendi. Kisah semalam tiada langsung dalam lipatan ingatannya. Yang menjadi persoalannya adalah mengapa di rasakan badannya terlalu letih? Teruk sangatkah dia mabuk malam tadi sehinggakan rupa-rupanya dia telah  tertidur di balkoni. Ingatan terakhirnya hanyalah dia berada di kelab semalam sedang berseronok meraikan parti hari jadi Maya dan seterusnya dia tidak pasti. Siapa yang hantar aku balik? Maya ke?

Bunyi loceng pintu mematikan lamunannya. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?

"Baby....." Adam tergamam melihat Maya terpacul di depan pintu rumahnya. 

"Honey...You buat apa kat sini? Nanti wife I nampak macamana?" Adam nampak gusar. Walau dia tidak pernah menerima kehadiran Ainnur sebagai isteri di dalam hidupnya tetapi dia tidak mahu di salah anggap. Kerana baginya, segala kesalahan biarlah datang dari Ainnur dan bukan dirinya. Dia tidak mahu dipersalahkan sekiranya berlaku apa-apa di antara mereka kelak.

"Baby...Ini kan masa kerja. Of course lah your wife kerja. Sebab tu I datang. Ke wife you ada kat rumah?" Maya mula menunjukkan tanda-tanda cemburu sambil menarik muncung panjang. Alamak! Nak merajuk pulak...Adam menggaru kepala yang tidak gatal. Rambut yang sedia kusut masai bertambah serabut.

Adam tiada pilihan, selain membenarkan Maya masuk. Dia tidak mahu ada jiran-jiran yang akan sangsi dengan tindak tanduk mereka. Jiran di rumah sebelah kiri dan kanannya bangsa Cina dan di hadapannya Melayu. Walaupun sudah hampir 4 tahun dia tinggal di situ, sebenarnya jiran di sekeliling tidaklah mengambil tahu akan hal orang lain.  Bagi mereka, lebih senang menjaga tepi kain sendiri. Dosa ditanggung dalam kubur masing-masing. Kau dah besar, pandai-pandailah kau sedar apa yang kau buat tu dosa atau pahala.

"Nah! Buka pintu sendiri." Kunci rumah dihulurkan melalui celahan grill pintu. Adam tidak mahu keluar kerana hanya memakai boxer.

"Wow! Sexy..." Punggung Adam yang hanya dilapisi boxer ditampar sebaik dia membontoti Adam masuk ke dalam rumah. 

"Honey..."Adam mengerut dahi tidak senang diperlakukan demikian. Maya mengangkat tangan tanda memohon maaf di atas ketelanjurannya. Namun tidak dinafikan, susuk tubuh Adam yang hanya memakai boxer itu membuatkan nafsunya membuak-buak. Kebanyakannya lelaki yang pernah bersamanya tidak dapat menandingi Adam. Kerana itu, dia masih perlukan Adam dan dia mahukan Adam. Cukup sekali dia memperbodohkan dirinya dengan membiarkan Adam menikahi wanita lain, kali ini dia akan merebut kasih Adam. Tetapi dia tidak gusar kerana dia yakin kedudukannya untuk memiliki Adam sangat kukuh kerana wanita yang perlu ditandingi itu bukanlah wanita pilihan Adam.

Matanya melilau memerhatikan susun atur rumah. Tidak banyak beza berbanding dengan sebelum ini hanya ada pertambahan pada buku-buku di mini library dan barang-barang dapur yang lengkap bersusun di rak dapur. Kalau dahulu, rumah Adam adalah rumah keduanya. Dia boleh masuk dan keluar di rumah itu sesuka hatinya kerana Adam telah membuatkan kunci pendua untuknya. Mereka sudah seperti pasangan suami isteri cuma dia tidak masak kerana itu bukan kegemarannya. Mengemas juga bukan hobinya kerana semua itu dilakukan oleh Adam. Pendek kata, dia dilayan bagaikan puteri, makannya dibeli oleh Adam, pakaiannya di basuh atau Adam sendiri akan menghantarnya ke dobi. Perginya ke mana-mana dihantar dan baliknya dijemput. Tetapi itu masih tidak menghalangnya untuk bersuka ria dengan teman-teman yang lain kerana Adam tidak pernah bertanya atau melarang dia ke mana-mana. Indahnya saat-saat bersama Adam. Dia rindukan semua itu. Di saat ini, keinginannya untuk bersama Adam dan mendapatkan Adam kembali ke dalam genggamannya membuat-buak. Kau milik aku Adam!

"Baby..." Tubuh Adam yang sedang berdiri mengadap balkoni di peluk dari belakang. Dia rindukan lelaki itu...walau mereka baru bertemu semalam, tapi kerinduan itu seolah-olah telah tersimpan berbulan lamanya. Begitu mendalam cinta Maya pada Adam.

"B..." Sebaik beralih mendepani Maya, terus kekasih hatinya itu menarik muka masam. Wajah yang tadi penuh dengan senyuman bertukar kemerahan secara tiba-tiba.

"Why honey?" Maya di tarik rapat ke dadanya apabila wanita itu cuba berundur menjauhinya.

"Ni apa B? Betina mana yang buat kat you ni?" Jari telunjuknya yang runcing menujah-nujah leher Adam yang terdapat tanda kemerah-merahan.

Adam berpaling pada cermin yang melekap di dinding sebelah kirinya. Aduhai...Lehernya dipenuhi dengan love bite yang masih merah. Bukan satu tapi hampir lima atau enam tanda itu yang terserlah kerana kulitnya yang putih.

"I...I..." Adam kehilangan kata-kata. Dia sendiri tidak menyedarinya. Siapalah punya kerja ni? Dia jadi bingung seketika.

"You kata you tak pernah tidur dengan bini you. Kalau bukan bini you, betina mana yang buat semua ni? Damn it!" Maya membentak marah. Wajahnya merah padam. Dia sendiri belum pernah mengerjakan Adam sebegitu, betina mana pulak yang berani meninggalkan kesan di leher buah hatinya. Sakit hatinya bukan kepalang apabila matanya tertacap pada kesan-kesan gigitan itu.

"I nak balik. Mata I ni sakit sangat! Hati lagi sakit you tau tak?!" 

"Honey! Wait."Adam cuba menahan. Tetapi langkah Maya melangkau panjang mahu keluar dari rumah itu. Hatinya membara marah. Kalaulah hidup ini dapat digambarkan sepertimana cerita kartun, pasti api yang membara di dadanya dapat dilihat oleh Adam. Pasti Adam dapat mengerti semarak mana api yang sedang menyala-nyala seperti di simbah minyak tanah di dalam dirinya pada ketika ini.

"Honey...Please." Lengan Maya dapat dicapai. Tidak mampu memujuk, hanya mampu bertahan kerana sudah terang-terangan memang dia bersalah. Samada dia sengaja menadah lehernya pada seseorang pada malam tadi atau secara paksaan dia sendiri tidak sedar. Ingatannya tidak langsung lekat di kepala tentang kejadian malam tadi. Aduh!

"No! Let me go!" Lengannya disentap dan Maya berlari menuju ke lif. Adam hanya mampu memerhati sehingga Maya hilang di telan perut lif dan Shaq pula yang muncul terpinga-pinga melihat sahabatnya itu hanya memakai boxer berdiri di depan rumah.

Apa ke jadahnya mamat ni? Tak malukah? Dia melangkah mendekati Adam sambil membawa bungkusan makanan bagi santapan makan tengah hari mereka. Mengenangkan sahabatnya itu pasti baru tersedar dari lena yang panjang malam tadi.

"Apa kes beb?" Bahu Adam ditepuk perlahan sambil matanya menjeling memberi isyarat minta diperjelaskan mengapa sahabatnya itu hanya memakai boxer dan berdiri di depan pintu rumah seperti perogol bersiri pulak. Nasib tak ada orang yang lalu lalang, kalau tidak pasti mereka sanggup memanjat tangga untuk ke seberang dari lalu di lorong hadapan rumah perogol bersiri.

"Ni ha!" Lehernya yang dipenuhi kesan gigitan ditunjukkan pada Shaq. Ingatkan Shaq terkejut sebaliknya dia ditertawakan oleh sahabat baiknya itu.

"Congratulations!" Shaq tertawa sambil menepuk-nepuk bahu Adam. Dia sendiri tidak perasan semasa menghantar Adam pulang semalam. Mungkin suasana gelap atau tanda itu belum timbul sepenuhnya, dia sendiri tidak pasti. Merah padam wajah Adam bila ditertawakan sahabat baiknya itu. Ternyata Shaq menyindirnya.

"Sudahlah tu...esok-esok datanglah gigirl kau tu balik. Mari makan...Aku tahu kau lapar, aku dah belikan makan tengah hari." Tubuh Adam di tolak masuk ke dalam rumah. Adam hanya tersenyum simpul tanpa sedar di sebalik ingatannya yang telah hilang, dua hati telah disakiti. Seorang berendam air mata kerana diri telah ternoda manakala yang seorang lagi merajuk membawa diri akibat perbuatan lelaki yang dikasihi.

Siapa perlu dipersalahkan? Keadaan atau keperibadian?

Thursday 17 May 2012

BAB 20


Dia terjaga bila ada sesuatu menghempap tubuhnya. Dadanya sesak kerana bebanan itu terlalu berat. Melalui samar lampu jalan yang menerobos masuk di celah tingkap dia dapat melihat Adam yang tidak berbaju sedang berada di atasnya dan merenung tepat wajahnya penuh nafsu. 

"Adam!" Dia terkejut lantas tubuh Adam ditolak.

Ainnur cuba bangun tetapi Adam lantas memeluknya. Ainnur hendak muntah dengan nafas Adam yang busuk dan lelaki itu seolah-olah hilang kawalan. Tuturnya tidak tentu biji butir dan nama Maya terus bermain-main di bibirnya.

"Maya....I love you." Bibir Ainnur dipagutnya dan seluruh wajah Ainnur menjadi mangsa bibir Adam.

Ainnur meronta-ronta mahu melepaskan diri dari pelukan Adam tetapi Adam semakin galak dan rakus mengucup Ainnur sesuka hati. Bahu Ainnur yang terdedah akibat baju tidurnya yang terlondeh menjadi sasaran Adam seterusnya.

"Adam! Kenapa dengan Adam ni?!" Ainnur semakin takut melihat nafsu Adam yang menggila. Adam seperti mempunyai satu kuasa lain yang kuat dan tidak mampu dilawan oleh sesiapa.

Ainnur terus meronta, tidak rela diperlakukan sedemikian. Dia berjaya meloloskan diri dari pelukan Adam dan terjun dari katil tetapi Adam sempat merentap pakaian tidurnya hingga terkoyak mendedahkan bahagian belakangnya sehingga ke paras pinggang. Nafsu Adam terus menggila melihatkan tubuh Ainnur yang separuh bogel dan tidak pernah disentuhnya itu. Ternyata di sebalik tubuhnya kecil, Ainnur memiliki potongan badan yang menggiurkan. Pinggang Ainnur diraih, mereka terjatuh berpelukan di lantai bilik dan Adam terus menghimpit Ainnur dan akhirnya wanita itu digauli dengan cara paksaan. Tangisan Ainnur tidak dipedulikan. Rayuan Ainnur tidak diendahkan.

Ainnur menangis di birai katil. Dia telah diperkosa oleh suaminya sendiri. Di mana janji-janji Adam untuk tidak menyentuhnya. 

Bencinya bertambah-tambah pada Adam. Wajah itu tidak mahu di bayangi. Ainnur menangis sepuas-puasnya hingga teresak-esak. Tubuhnya yang tidak disaluti sehelai benang mengerekot menahan kesejukan di dalam kegelapan. Dia malu pada dirinya sendiri kerana tidak mampu menghalang Adam berkelakuan tidak senonoh pada dirinya.

"Sayang...maafkan I." Ainnur tersentak bila tubuhnya dipeluk oleh Adam. Entah bila Adam muncul, dia tidak pasti kerana selepas berjaya melampiaskan nafsunya Adam terus keluar meninggalkannya sendirian.

Dia jadi bingung seketika dengan tindakan Adam. Dunia tiba-tiba dirasakan kosong dan tidak beerti lagi. Dia bencikan lelaki itu. Tubuh Adam di tolak menjauhinya. Adam merengus marah diperlakukan begitu. Ainnur menarik selimut bagi menutupi tubuhnya dari dijamah oleh mata Adam yang meliar memerhatikannya.

Walau dalam gelap, dia dapat melihat Adam melangkah merapatinya. Dengan segera Ainnur berlari mendapatkan pintu untuk keluar dan menjauhkan diri dari lelaki durjana itu. Dalam usahanya membuka pintu yang terlebih awal sudah diselak oleh Adam, tiba-tiba rambutnya disentap dari belakang dan wanita itu diheret tanpa belas kasihan hingga ke birai katil. Dengan wajah yang bengis, tubuh Ainnur dicempung dan dicampak ke atas katil. Ainnur cuba lari tetapi Adam berjaya menangkap kakinya. Kali ini tiada rayuan atau tangisan kerana dia nekad untuk melarikan diri dari perbuatan keji Adam. 

Ainnur tidak beralah, cukup sekali, tidak untuk kali kedua. Kau lelaki keji mendapatkan aku dengan cara begini. Kakinya menendang dan tangannya tergawang-gawang menumbuk dan menampar Adam tetapi lelaki itu bertambah agresif. Nafsunya semakin memuncak apabila Ainnur cuba melawan dan seluruh tubuh Ainnur yang melintuk liuk ingin melepaskan diri membuatkan dia bertambah ghairah di mata Adam.

Tetapi apalah daya tenaganya seorang wanita melawan tenaga seorang lelaki yang telah dikuasai oleh pil yang telah menaikkan nafsu kelelakiannya. 9 iman yang terdapat pada seorang lelaki ternyata tidak mampu untuk menyekat hanya 1 nafsu yang telah dikuasai syaitan.

Wanita yang selama ini dijanjikan untuk tidak disentuh telah diperkosa untuk kali kedua pada malam itu. Seperti madu selepas dihisap, sepahnya dibuang begitulah Ainnur ditinggalkan begitu sahaja oleh Adam selepas tubuhnya diratah oleh lelaki durjana itu.

Kini bunga-bunga cinta yang baru berputik, layu begitu sahaja. Tidak dinafikan Ainnur mula menyayangi lelaki  itu kerana menghormati pendiriannya, kerana begitu teguh berpegang pada janji untuk menjaga kehormatannya tetapi akhirnya Adam sendiri telah menodainya. Walau ada kalanya cara Adam menyakitkan hatinya, dia masih bersabar tetapi malam ini segala rasa hormatnya pada Adam lenyap.

Status suami tidak beerti lagi dalam perkahwinan ini. Ainnur tekad. Kalau beginilah kisah hidup untuk hari-hari yang mendatang, dia tidak sanggup lagi menempuhinya. Biarlah mereka berpisah!

BAB 19


"Beb...apa barang masuk kelab tak minum. Tak enjoy la kalau tak minum. Nak goyang kena minum dulu baru sedap kepala layan..."

Perbualan dua sahabat itu dapat ditangkap oleh Shaq walaupun ia disulami dengan muzik rancak yang berkumandang membingitkan telinga. Dia menoleh kepada keduanya.
Melayu dan pastinya Islam. Dia rasa malu kerana mereka adalah bangsanya yang terus membiarkan diri mereka hanyut dibuai arus dunia yang semakin canggih dan moden.

Namun perhatiannya lebih kepada sahabatnya yang telah pun hilang di kalangan pengunjung yang ada.
Lagu-lagu rancak terus berkumandang mengajak semua pengunjung kelab terus menari. Malam yang semakin larut tidak menghalang pengunjung yang semakin ramai memenuhi ruang di segenap kelab. Bersesuaian dengan 'ladies night' pada setiap malam Rabu, ternyata pengunjung yang ada kebanyakannya wanita. Samada yang muda, dewasa  malahan yang sepatutnya sudah bergelar nenek pun masih tidak sedar diri terkinja-kinja menari. Bagi wanita, apabila 'ladies night', pengunjung wanita dikenakan bayaran masuk separuh harga dan ada air-air haram yang diberikan percuma. Satu keistimewaan bagi mereka yang bergelar gadis, wanita dan perempuan. 

Shaq menggeleng kepada melihat persekitarannya yang benar-benar menyakitkan mata. Kalau bukan kerana mengenangkan sahabat baiknya, lebih baik dia menyiapkan kerja yang melambak di studio atau tidur sahaja di rumah.

Jam menunjukkan hampir 12 tengah malam dan bila-bila sahaja Maya akan muncul sebagai tetamu khas. Kononnya majlis ini diadakan secara senyap-senyap bagi meraikan hari lahir Maya yang entah ke berapa tidaklah Shaq mahu ambil tahu.

Kenapalah mesti buat di sini? Kan banyak lagi tempat lain...Dengan sesak, ramai orang berhimpit-himpit. Bisik hatinya.

"Happy birthday to you....happy birthday to you....happy birthday to Maya...happy birthday to you..."
Lagu tersebut di nyanyikan beramai-ramai malah turut disertai oleh pengunjung lain yang bukan tetamu jemputan bagi parti sambutan hari lahir Maya. Sorakan dan jeritan nama Maya bersahut-sahutan. Sinaran lampu yang berkelip-kelip memancar dan kerap bertukar warna membuatkan Shaq pening.

Kelihatan Maya terlompat-lompat kegembiraan apabila disuakan kek hari lahirnya yang berwarna turquoise blue dihiasi dengan sepasang kasut tumit tinggi berwarna merah jambu. Satu ciuman dihadiahkan pada Adam yang sedang berdiri di sebelahnya. Adam rasa dihargai dan senyuman lebar ke telinga.

Shaq hanya memerhatikan dari jauh. Meluat dengan tingkahlaku keduanya. Baik Adam yang tidak sedar diri sudah berumah tangga mahupun Maya yang ternyata nampak sangat artis gedik. Air haram sudah berapa gelas di teguk oleh Adam dia sendiri tidak pasti. Puas sudah dipujuk supaya jangan termakan dengan hasutan teman-teman yang lain, tetapi Adam tetap berkeras kerana katanya hanya untuk malam ini yang merupakan malam istimewa buat kekasih hatinya.

Shaq menggeleng kepala melihat aksi temannya yang terkinja-kinja menari tidak ingat dunia. Ternyata air haram itu telah menguasai mereka semua. Masing-masing sudah tidak kenal apa itu dosa dan pahala. Lelaki dan wanita berpelukan tanpa mengira pasangan, berkucupan di khalayak dan lebih memalukan ada yang bercium mulut tanpa segan silu dan hanya diperhatikan oleh yang lain.

Dia rasa berdosa berada di kalangan mereka walau dia hanyalah pemerhati. Kakinya mahu melangkah pergi namun tidak sampai hati mahu membiarkan sahabatnya terus hanyut dalam keseronokan itu.

Dia menyelit di celahan pengunjung kelab yang sedang terkinja-kinja menari. Akhirnya Adam dapat dilihat sedang berpelukan dengan seorang wanita yang disangkakan Maya, namun apabila semakin didekati, ternyata bukan Maya yang berada di dalam pelukannya kerana Maya berada di sudut lain yang agak tersorok sedang berpelukan dengan lelaki lain. Shaq bertambah jijik apabila melihat Maya dengan selamba bercium mulut dengan lelaki lain. Kini dia sedar, kenapa Arina begitu benci dengan Maya.

Adam ditarik dari pelukan wanita yang cuba mengambil kesempatan untuk bercumbuan dengannya. Wanita yang berpakaian seksi mendedahkan belakang itu agak marah apabila Shaq menarik pemuas nafsunya namun Shaq pula yang cuba digoda tetapi lantas Shaq menolak dan mengarah wanita itu berlalu. Dia tidak berminat dengan wanita sebegitu.

"Beb...Jom aku hantar kau balik." Tangan Adam di tarik di celahan orang ramai yang sedang menari.

"Come on der...Awal lagi..." Adam terhuyung-hayang dengan segelas chivas masih di tangannya. Shaq meluat namun tidak sampai hati untuk terus membiarkan Adam di situ.

"Jomlah." Tanpa menunggu kata-kata seterusnya dari Adam, tangannya kawannya itu terus di tarik untuk keluar dari tempat yang merimaskan itu. Tiada selamat tinggal atau ucapan selamat pada gadis yang diraikan.  Maya sendiri sudah tidak kenal erti kekasih atau teman lelaki. Semuanya dilayan sama rata. Berpelukan, bercumbuan dan berkucupan tanpa segan.

Adam terpinga-pinga tetapi tidak membantah. Fikirannya sudah jauh benar melayang, dunia dirasakan berputar ligat namun dia rasa seronok. Entah dari mana perasaan itu tiba tetapi dia seakan lupa akan segala masalah yang membelenggu dirinya atau siapa dirinya yang sebenar. Dia lupa siapa temannya, dia tidak ingat akan ibu bapa yang sentiasa mendoakan kebaikan padanya. 

"Kau nak balik ke nak tidur rumah aku ni?" Tiada jawapan, yang ada hanya dengkuran kecil. 

Kereta dipandu mengarah ke rumahnya, tiba-tiba Shaq teringat yang ibu bapanya ada di rumah pada malam ini kerana mereka akan menghadiri konvokesyen adiknya di UiTM esok. Membawa pulang Adam dengan keadaan begitu hanya akan mengeruhkan suasana. Mesti dia akan disoal bertalu-talu. Keputusan sudah dibuat dan Adam terpaksa di hantar pulang ke rumahnya sendiri.

Adam terpaksa di papah hingga ke muka pintu rumahnya, kalau tidak Adam pasti akan berumah tangga di kaki lima dengan keadaanya yang sebegitu. 

"Kau okey ke beb?" 

"Okey....Okey..." Jawapnya tetapi sudah beberapa Adam masih tidah berjaya membuka pintu rumah. 

Adam tertawa sendirian. Shaq menggaru kepala dengan keadaan sahabatnya. 

Adam di tinggalkan apabila temannya itu telah pun masuk ke dalam rumah. 

Monday 14 May 2012

BAB 18


Adam termenung seketika selepas mendengar penjelasan Shaq.

"Aku tak rasa dia perempuan macam tu. Sepanjang malam aku tengok dia...Alih-alih pun dia dengan member perempuan sorang tu. Kalau kau nak kata, dia lesbian okeylah kot. Tapi kalau kau nak kata dia perempuan touch n go... I don't think so." Teh ais disedut bagi membasahkan tekak yang hampir kering kerana sejak dari tadi bercerita.

Hampir jam 4 pagi, Adam tiba-tiba muncul di pintu rumahnya untuk menumpang tidur. Shaq yang sedang mamai kerana dikejutkan dari tidur yang lena hampir mencekik sahabat baiknya itu kerana dipaksa untuk menceritakan kejadian sebenar di sebalik MMS yang dihantar.

Adam akhirnya terpaksa mengalah untuk menunggu sehingga hari keesokannya. Shaq nampak tidur lena tanpa menghiraukan apa yang terjadi pada sahabatnya itu. Dia keletihan dan lesu kerana sepanjang hari berada di lokasi penggambaran termasuklah mengambil gambar untuk majlis makan malam tahunan Permata Holdings.

Tugasnya berakhir jam 1 pagi selepas semua tetamu pulang dan yang tinggal hanyalah kakitangan F&B yang sedang sibuk mengemas dewan. Hasrat untuk meneruskan kerja-kerja editing pun terpaksa dilupakan berikutan keletihan yang teramat sangat.

Shaq perasan dahi temannya itu berkerut. Entah apalah di fikirkannya tu...Nasi campur di sua ke dalam mulut. 

Shaq kelihatan berselera menjamah makanan yang di hadapan mata. Syarat dia akan bercerita hanya jika Adam membelanjanya makan. Dan Adam tidak menghampakannya, kedai makan berhampiran dengan rumah Shaq menjadi pilihan mereka bagi mengisi perut.

Sementara itu, dahi Adam terus berkerut berfikir. Betul ke dia lesbian? Patutlah selama ni, dia tak kisah pun aku tak sentuh dia...Adam mula rasa geli geleman sekiranya betul Ainnur adalah wanita yang meminati kaum sejenis.

"Kau jangan nak serang isteri kau pulak cakap dia lesbian. Aku agak aje." Shaq seolah-olah dapat membaca fikiran Adam yang sedang bercelaru itu.

Sahabatnya itu tersengih. Kerut di dahi hilang tetapi tepukan di dahi oleh Shaq membuatkan Adam kembali mengerutkan dahinya.

"Kau ni memang nak makan penumbuk." Adam mengacukan penumbuk pada Shaq namun sahabatnya itu hanya tertawa kerana ternyata itu hanyalah gurauan semata.

"Makanlah cepat. Aku hantar kau balik. Aku ada hal nak pergi tempat lain ni."

Kali ini giliran Shaq pula mengerutkan dahi. 

"Kau nak pergi mana? Kau nak keluar dengan baby kau eh? Kau jangan buat hal lah Adam. Sudah-sudahlah dengan perempuan macam tu. Aku tak tahu dia nak apa dengan kau, tapi lagi dia tahu kau dah kahwin, lagi dia sibuk mengendeng dengan kau. Aku tak faham betullah!" Shaq menyuarakan rasa tidak puas hatinya pada Adam.

Bukan dia tidak tahu, sejak akhir-akhir ini, Maya kerap ke studio mereka. Kadang-kala rakannya itu sibuk dengan artis tak glamour tu sampaikan kerja-kerjanya terbengkalai. Sehingga kini, tujuan Maya rapat dengan Adam masih belum dapat dikenal pasti. Dia tidak mahu rakannya itu terjerat dengan wanita lidah bercadang itu. Dia kenal Adam dan tahu di sebalik hatinya yang keras terdapat kelembutan yang sengaja disembunyikan. Adam yang lemah dengan wanita yang disayangi. Kerana kelembutan itu, dia tidak mahu Adam satu hari akan tersungkur sekali lagi di kaki seorang wanita bernama Maya. 

"Baby mana pulak ni? Aku nak pergi ambik isteri aku balik kerja lah. Tu kereta Myvi oren tu, bini aku punya. Kalau aku tak ambik, dia nak balik naik apa." Matanya melirik pada Myvi oren yang di parkir di tepi jalan masuk ke kedai makan tersebut.

Shaq ternganga. Biar betul?!


********

Ainnur mengerut dahi selepas membaca SMS dari Adam.

Aku ambik kau balik keje. Tunggu kat bawah.

10 minit lagi menandakan waktu kerja akan berakhir. Ainnur mula tidak senang duduk selepas SMS itu diterima. Hani sudah di beritahu supaya pulang terlebih dahulu tanpa menunggunya kerana tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu sekali lagi. Dia bercadang mahu mendapatkan teksi sahaja dan kini Adam menawarkan diri untuk menjemputnya.

Buang tabiat ke budak kecik ni? Dia lantas mencatat jadual Tengku Zafran untuk esok di dalam diari harian.

Pergerakannya sengaja dilambat-lambatkan sehingga waktu menginjak ke jam 6.30 petang. Suasana pejabat bertukar sunyi kerana waktu kerja mereka tamat pada 5.45 petang. Tiada lagi kelibat kakitangan yang lalu lalang di hadapan pejabatnya kerana sememangnya tingkat 16 hanya menempatkan Tengku Zafran dan 5 orang pegawai yang mempunyai kepentingan dalam syarikat. Tengku Zafran telah pun pulang lebih awal kerana mengadu tidak sihat. Wajahnya nampak pucat. 

Ainnur mencapai tas tangan di dalam laci. Langkahnya perlahan menuju ke lif utama sambil itu dia meninjau persekitaran sekiranya masih ada kakitangan lain namun tiada. Lampu koridor dimatikan sebagai langkah penjimatan syarikat. Gelap dan perasaan takut mula menguasai diri. Selama ini, Tengku Zafran tidak pernah meninggalkan dia sendiri. Sekiranya mereka orang terakhir yang berada di pejabat, Tengku Zafran akan memastikan Ainnur turut sama turun apabila dia mahu pulang. Tidak sekali-kali dia akan membiarkan Ainnur turun kemudian darinya.

Sampai di lobi, dari jauh dia sudah dapat melihat Myvi oren kesayangannya sudah tersedia di depan pintu masuk. Tetapi pemandunya tidak kelihatan.
Mana pulak budak kecik ni? 
Dia bersandar di pintu kereta tidak sedar perbuatannya diperhatikan oleh Adam dari jauh.

Api rokok dipadamkan dan langkahnya panjang menuju ke kereta. Hatinya mendidih kemarahan kerana sudah hampir satu jam dia menunggu namun Ainnur tidak turun. Hampir sahaja dia mahu pulang tapi mengenangkan kereta yang dipinjamnya, terpaksalah dia ke mari. 

"Sorry...Ainnur lambat sikit. Ada kerja tadi," ujarnya tanpa memandang wajah Adam yang sedang memandu. Namun Adam hanya diam membatu diri. Selepas 10 minit dalam perjalanan masih tiada kata-kata terbit dari bibir suaminya itu. 

Ainnur semakin rimas apabila situasi tersebut berterusan sepanjang perjalanan. Malah tiada tanda-tanda  akan adanya perbualan antara mereka. Padanya lebih baik bawak kereta seorang diri, dapat juga dia menyanyi mengikut lagu yang berkumandang bagi menghiburkan hati. Butang radio ditekan bagi meredakan ketegangan akibat kesunyian tersebut. Namun Adam pantas mematikannya serentak itu Ainnur menoleh pada suaminya. Adam buat muka selamba terus menumpukan perhatian pada pemanduannya.

Ainnur rasa mahu menjerit di telinga Adam pada waktu itu atau mahu sahaja dia keluar dari kereta yang sedang merangkak di dalam kesesakan jalan raya itu. Dirinya sanggup berjalan kaki dalam suasana membingitkan telinga dengan bunyi kenderaan yang bersimpang siur dari membisu seribu kata seperti ini.

Kau nak apa dengan aku ha? Kenapa kau buat aku macam ni?! Dia merenung tajam pada Adam. Namun Adam masih berwajah selamba. Hatinya bertambah sakit dengan sikap Adam begitu.

Hampir 1 jam terperangkap dalam kesesakan jalan raya, akhirnya mereka tiba di rumah. Bagi Ainnur dia sudah biasa dengan keadaan itu, tapi tidak Adam kerana waktu kerjanya tidak seperti Ainnur. Adam boleh masuk kerja dan keluar sesuka hatinya kerana waktu kerjanya memang tidak tetap. Namun dia gembira dengan cara kerja begitu. Tidak perlu bekerja di bawah telunjuk orang lain. 

Adam mengeluh kepenatan menekan brek sepanjang jalan. Biar pun kereta menggunakan gear auto, namun beban terletak pada kaki kanan yang perlu menekan brek dan minyak. Di tambah pula dengan kesesakan jalan raya dengan penghuni kota yang masing-masing mahu pulang ke rumah. Kadang-kadang dia tidak faham, semakin banyak lebuh raya atau jalan raya dibesarkan semakin bertambah pula kesesakan. Mungkin kini, orang ramai boleh membeli kereta dengan mudah. Banyak kedai kereta yang menawarkan pembelian kereta dengan tanpa bayaran pendahuluan. Pakej untuk pelajar pun mudah didapati kini hanya dengan pembayaran melalui PTPTN. Sudahnya bila habis belajar, bayaran kepada PTPTN tidak dijelaskan. Dan kini kecoh pula isu PTPTN perlu dihapuskan berikutan beban bayaran yang ditanggung oleh graduan yang masih menganggur.

Adam bernasib baik kerana dia tidak memerlukan pinjaman. Puan Murni dan Encik Amar bukanlah orang berada dan kerana itu mereka tidak mahu hidup anak mereka dihantui dengan bebanan hutang yang perlu dibayar lebih dari 10 tahun. Mereka rela berhabis duit asalkan anak-anak mereka tidak berhutang. Jasa mereka kini berbaloi kerana anak-anak tidak pernah lokek untuk menghulur duit atau memberi bantuan pada  mereka. Puan Murni dan Encik Amar amat bersyukur kerana anak-anak mereka akhirnya berjaya di dalam pelajaran mahu pun hidup walau bekerja sendiri seperti Adam atau Aqil yang bekerja sebagai pelukis pelan di sebuat syarikat swasta.

"Aku lapar. Kau masak. Aku nak makan." Sepatah demi sepatah perkataan keluar dari mulut Adam setelah sekian lama membisu sejak dari dalam kereta tadi.

Wajah suaminya ditenung. Sakit hatinya kerana perbuatan Adam tadi tidak kebah lagi kini Adam menambahnya lagi. Arahan dikeluarkan sesuka hati. Ainnur merasakan dia mahu tendang, menumbuk atau membuat apa saja yang boleh supaya lelaki di hadapannya itu tumbang dan diam sahaja.

Lebih baik begitu. Hatinya terasa sakit sangat. 

Kau tak tahukah yang aku penat. Kau suka hati aja nak suruh aku buat itu...buat ini...Cukuplah aku menerima arahan di pejabat saja. Aku tahu tugas aku sebagai seorang isteri. Kau tak perlu nak mengarah-arah aku. Dia rasa mahu menangis. Walau bukan dia yang memandu, tetapi dia terlalu letih hari ini kerana melayan tetamu Tengku Zafran yang datang bertali arus. Disebabkan bosnya tidak sihat, dialah yang terpaksa melayan mereka.

Selalunya Adam tidak ada dan dia boleh melambat-lambatkan waktu untuk masak. Biasanya dia akan mandi dan selesai solat maghrib barulah kerja-kerja memasak dilakukan, tapi kini Adam memerintahnya seolah-olah dia orang gaji di rumah itu.

Benci!!! Pintu bilik sengaja dihempas kuat menunjukkan tanda protes.

Adam yang sedang menonton TV di ruang tamu hanya tertawa kecil kerana berjaya membuat Ainnur marah. Dia suka kerana dia tahu, bila Ainnur berkeadaan begitu ternyata dia menang di dalam perlawanan tanpa pengadil itu.

Wednesday 9 May 2012

BAB 17

Ainnur tercengang-cengang melihat jam di dinding menunjukkan ke angka 7 pagi.
Alamak! Macamana aku boleh tertidur kat sini? Remote TV di capai dan butang off di tekan untuk mematikan TV yang telah pun menyiarkan program Selamat Pagi Malaysia.
Hari minggu yang membosankan dan dia sendirian di rumah. Sejak pertengkaran itu, Adam tidak pulang dan tiada SMS yang diterima seperti selalu. 

Ainnur tidak peduli. Mengenangkan peristiwa itu, hatinya benar-benar sakit.

Dia segera mencapai tuala mandi dan bersiap untuk ke tempat kerja. Usai bersiap, kunci kereta di atas meja solek tidak kelihatan.
Mana pulak kunci kereta ni? Serasa semalam letak kat sini.
Puas dicari sekeliling meja, dalam laci, tepi katil dan habis isi perut beg tangan di selongkar, masih tidak dijumpai. Jam menunjukkan hampir jam 8 pagi.
Ish! Tak boleh jadi ni, lambat aku ni.
Berkira-kira mahu menghubungi teksi tetapi teringat kunci spare yang disimpan di dalam kotak dalam almari baju. Nasibnya baik kerana kunci masih di situ.

Lantas dia keluar, pintu bilik dikunci dan sempat dikerling bilik Adam. Ternyata tidak berpenghuni kerana menjadi tabiat Adam tidur dengan lampu terpasang.

Malas mahu mengambil tahu ke mana dia pergi, Ainnur terkocoh-kocoh keluar tanpa sedar tiada sarapan pagi disediakan untuk suaminya seperti selalu.

Tiba di tempat parkir kereta, alat kawalan kereta seolah-olah tidak berfungsi. Puas ditekan butang hijau pada alat kawalan tetapi pintu tidak boleh dibuka.
Takkan rosak pulak remote ni...ngomelnya dalam hati. Peluh-peluh halus mula terbit di dahi akibat panahan cahaya matahari pagi.
Ainnur mula kalut. Kalau bukak pintu pakai kunci, seharusnya alat penggera pasti berbunyi. Kereta akan mengaum memecah keheningan pagi dan pastinya dia dituduh mengganggu ketenteraman awam atau silap haribulan dia dituduh mencuri kereta pula.

Dia menelek kereta tersebut, melihatkan plat kereta baru dia sedar...itu bukan keretanya. Ini kereta Adam.
Dilihatnya parkir di sebelah kosong. Myvi oren kesayangannya tiada di tempat biasa.

"Sudahlah lambat, tadi kunci hilang...ni kereta pulak hilang." Ainnur tidak tentu arah. Dia ke hulur hilir seperti kucing mahu beranak.

Dia dan Adam mempunyai kereta yang sama jenis Myvi SE 1.3 warna oren. Setiap hari, dia dapat meneka Adam ada di rumah atau tidak dengan melihat keretanya.
Tapi tadi, Adam tak ada di bilik...macamana keretanya ada di sini? Ainnur bingung. Sedang berkira-kira mahu menghubungi telefon bimbit suaminya. Jam hampir menunjukkan ke angka 8.30 pagi.
Masa pantas berlalu, dan dia tiada pilihan lain. Lantas telefon bimbit dikeluarkan, nama Adam dicari dan butang hijau ditekan.
Setelah hampir satu tahun tempoh perkahwinan mereka, ini adalah pertama kali dia akan bercakap dengan suaminya melalui talian telefon. Selama ini, hanya SMS penghubung bicara.

Tidak pernah terlintas di hati masing-masing untuk bercakap di talian kerana tiada apa perlu dibualkan atau setiap patah perkataan akan dibalas dengan sepatah jawapan sahaja.

"Hello."

Ainnur terdiam seketika mendengar suara halus itu. Comel ja...

"Hello."

"Hello...Adam kat mana?" Suaranya tersangkut-sangkut. Entah kenapa dia rasa gugup untuk bercakap dengan suaminya itu.

"Kenapa?" Soalan tidak berjawab sebaliknya soalan lain yang dikemukakan.

"Ainnur tengok Adam tak ada kat rumah tadi tapi kereta Adam kat sini. Kereta Ainnur hilang," dia rasa mahu menangis semasa menyatakan keretanya hilang. Itu sahajalah hartanya yang ada selama 6 tahun dia bekerja. Niat untuk mempunyai rumah sendiri belum tercapai. Masih berusaha mengumpul wang secukupnya. Dan usaha itu terbantut apabila tiba-tiba dia mendirikan rumahtangga yang sebenarnya tiada dalam perancangan hidupnya buat sementara waktu ini.

"Aku pakai kereta kau." Jawapan Adam menaikkan darah Ainnur. Untuk seketika dia cuba melupakan persengkataannnya dengan Adam kerana dia perlu membuat panggilan telefon ini tetapi ternyata jawapan Adam menambahkan rasa marah yang sudah sedia ada dalam dirinya.

"Aku tak boleh cakap sekarang. Polis ada kat depan." PAP! Belum sempat Ainnur berkata apa-apa, talian telah diputuskan.

Ainnur rasa mahu menjerit sekuat hatinya pada ketika itu untuk melepaskan geramnya.

Aku punyalah risau bagai nak mati kat sini. Dia boleh selamba bawak kereta aku tanpa pengetahuan aku.

Argghhh!!!! Tayar kereta Adam menjadi tempat dia melepaskan perasaan. Disepaknya berkali-kali dan kini dia sedar kenapa Adam menggunakan keretanya. Dilihatnya tayar kereta Adam sudah kempis seolah-olah pancit atau mungkin bocor.

Tetapi dia tidak mahu ambil tahu itu semua dan pada ketika ini hanya Hani terlintas di fikirannya dan Hani dihubungi menggunakan telefon bimbit.

"Beb! Where are you?" Tanpa hello, sebaik Hani dapat dihubungi terus dia bertanya lokasi teman baiknya itu.

"I'm at heaven..." Kedengaran Hani tertawa besar.

"Kau ni...aku tak main-mainlah," perasaan marah masih tidak dapat dibendung.

"Chill out beb! Kenapa marah-marah ni? Aku on the way pergi kerjalah. Why?" Berkerut dahinya mendengar suara serius Ainnur namun tumpuannya masih kepada pemanduan. Hani membetulkan hands free yang melekap di telinga.

"Tolong ambik aku kat rumah. Aku tak ada transport nak pergi kerja ni." Dia mengelap peluh yang mula mengalir di pipi.

"Alamak! Beb...aku dah lepas simpang rumah kau la. Mana kereta kau?" Hani menekan brek dan kereta berhenti apabila lampu isyarat bertukar warna merah.

"Nanti aku cerita la. Please beb....Kau aja yang boleh aku harapkan. Kalau aku call cab, mesti lambat. Please....." Ainnur separuh merayu. Dalam masa begini, keadaan jalan raya di pusat bandar raya Kuala Lumpur pasti sesak dengan kenderaan mereka yang berpusu-pusu menuju ke tempat kerja. Rumahnya agak jauh dari pengangkutan awam dan untuk menaiki bas. Tidak sama sekali. Dia tidak betah berhimpit-himpit dengan pelbagai manusia yang berbilang kaum dan bangsa disertai dengan bau-bauan yang kurang menyenangkan. Lebih-lebih lagi kalau dapat pula pemandu bas yang memandu tanpa memikirkan jumlah nyawa yang dibawanya. Suka hati brek, suka hati berhenti mengejut.

"Okey...okey...Nasib baik kau ni kawan baik aku. Aku U-turn. Tapi kalau bos tanya, kenapa aku lambat, aku suruh kau jumpa dia ya." Katanya separuh mengugut membuatkan Ainnur tertawa.

"Aku pulak suruh dia jumpa Tengku Zafran." Kali ini giliran Ainnur pula tertawa besar manakala Hani sedikit berdebar mendengar nama jejaka idamannya itu disebut.

"Aku tunggu kau kat guard. Bye." Talian diputuskan. Lenggok jalan Ainnur yang berkemeja biru tua dan berskirt pendek warna kelabu paras lutut menjadi perhatian mereka yang lalu lalang. Tetapi tidak Ainnur endahkan.


**********

"Apa jadi dengan kereta kau?" Soal Hani. Air bandung di sedut sedikit bagi membasahkan tekak.

Kesempatan makan tengah hari bersama dengan temannya itu diambil bagi mengetahui peristiwa sebenar yang berlaku pagi tadi. Sebenarnya, bukan selalu mereka dapat keluar bersama kerana Ainnur adalah orang yang paling sibuk di antara mereka berdua. Sebagai Setiausaha kepada Naib Presiden syarikat, dia terikat dengan bos. Hari ini Ainnur dikirakan bernasib baik kerana Tengku Zafran mempunyai temujanji di luar dan ini memberi kelonggaran kepadanya untuk makan di luar.

Mee goreng basah yang dipesan Ainnur tiba tepat pada masanya. Berasap dan nampak berselera untuk dijamah kerana tuan kedai tidak pernah lokek dalam menyumbangkan rencah seperti ayam, sayur, tauhu dan adakalanya daging atau udang diletakkan bersama. Hani memilih untuk makan nasi campur. Kata Hani, nasi adalah makanan rujinya. Sehari tanpa nasi, dia akan pengsan. Tersengih Ainnur mengingati kisah teman yang menggeletek hati itu.

Sambil makan, Annur bercerita dari A hingga Z tentang kejadian keretanya yang disangka hilang. Pecah perut Hani tertawa sebaik mendengar cerita sahabat baiknya itu.

"Lepas tu, Adam hantar SMS kat aku. Kau baca ni." Blackberry dihulurkan pada Hani.



Tayar kereta aku bocor. Aku pinjam kereta kau. Aku tengok kau sedap tidur kat depan TV tadi, malas nak kacau...Aku terus ambik kunci kereta dalam bilik kau. 

p/s : lain kali tidur tutup mulut. ternganga nanti masuk cicak


Hani tergelak besar membaca SMS Adam manakala Ainnur menarik muncung panjang. Kurang asam punya laki...

"Mesti burukkan kau tidur mulut ternganga beb?" Sekali lagi Hani tertawa besar sampaikan orang yang makan disebelah meja mereka memandangnya. Menyedari akan hal itu, Hani terus menutup mulut sambil mengangkat tangan tanda memohon maaf di atas ketelanjurannya sehingga mengganggu ketenteraman pelanggan di sebelah mereka.

"Kau perli aku eh! Tak guna punya kawan!" Blackberry atas meja dicapai. Dia perlu berhati-hati kerana sudah banyak kes ragut dan curi yang berleluasa kini sampaikan barang-barang berharga di atas meja pun berani diambil.

"Beb!" Secara tiba-tiba tangannya dicapai Hani.

"Kenapa tangan kau lebam ni?" Pergelangan tangan Ainnur yang lebam dibelek. 

Ainnur terdiam lantas menarik tangannya semula. Blackberry disumbat ke dalam beg.

"Kau gaduh dengan Adam ke? Dia pukul kau ya?" Hani melihatkan wajah temannya yang ceria kini bertukar mendung. Dia ingin tahu apakah yang terjadi di dalam kisah rumahtangga temannya itu. Ainnur tidak pernah membuka mulut tentang perkahwinannya. Bukanlah niatnya untuk menjaga tepi kain Ainnur tetapi dia hanya berharap Ainnur dapat berkongsi masalah dengannya. Jika sudah begini jadinya, adakah Adam pernah melakukan yang lebih teruk dari itu kepada Ainnur. Dia sayangkan Ainnur dan tidak mahu apa-apa terjadi kepada teman baiknnya itu.

"Tak ada apa-apa. Kami okey." Perlahan saja suaranya. Dia tidak mampu membalas pandangan Hani yang menunggu jawapan darinya. 

"Okey kau cakap? Dah lah dia berbahasa kau aku ja dengan kau. Dia memang layan kau macam ni ke? Cuba kau cerita dengan aku." Masih mengharapkan Ainnur membuka mulut namun hampa.

"Kami okey. Jomlah. Dah habis lunch time ni." Tanpa menunggu Hani, dia terus bangun dan berlalu pergi. Tidak mahu memanjangkan cerita. Pergelangan tangan yang direntap itu tidak disangka meninggalkan kesan namun ia lebih terkesan di hatinya.

Hani mulai gusar...adakah dia tidak bahagia? Namun hanya Ainnur Amnani dapat merungkai persoalan itu.

Tuesday 8 May 2012

BAB 16


"Kau pergi mana? Dah puas berpoya-poya dengan jantan?!"

Soalan bertubi-tubi itu diterima sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke dalam rumah. Lampu dihidupkan dan kelihatan Adam sedang berdiri tidak jauh darinya sambil memeluk tubuh. 

Dengan perlahan-lahan pintu rumah dirapatkan kerana tidak mahu sekiranya pertengkaran terjadi di antara mereka akan didengari oleh jiran-jiran. Tambahan pula, jam sudah menunjukkan hampir jam 1 pagi. 

Jambangan bunga dan tiara diletakkan di atas meja makan. Dalam samar lampu, dia dapat lihat raut wajah Adam yang masam sedang merenungnya tajam seperti singa yang menunggu masa untuk menelannya.

"Kau dengar tak aku cakap ni?"Tengking Adam. Ainnur tersentak. Dia tidak pernah ditengking begitu. Salahkah besarkah aku?

"Ainnur pergi annual dinner company. Ainnur dah beritahu Adam tadi sebelum keluar dan Adam dah izinkan." Seperti kanak-kanak kecil Ainnur  memberi penjelasan sambil tunduk merenung jemarinya.

"Huh!" Terdengar Adam mengeluh kuat sambil menggosok lehernya. Untuk tidak mahu memanjang pertengkaran itu, Ainnur mahu beredar dari situ supaya ketegangan itu tidak disulitkan lagi dengan kemarahan yang turut akan terbit dari hatinya kerana dituduh keluar berpoya-poya dengan lelaki lain. Hatinya tiba-tiba perit seperti dihiris-hiris dengan belati tajam kerana tuduhan melulu Adam.

Baru beberapa tapak dia melangkah, pergelangannya disentap kuat.

"Kau nak pergi mana?! Aku tak habis bercakap dengan kau lagi!"

Ainnur menarik tangannya dari genggaman keras Adam. Dahinya berkerut menahan perit akibat cengkaman kuat itu.

"Ainnur taknak bergaduh dengan Adam. Can we talk about this later?" Ainnur masih cuba bertahan. Suaranya agak terketar-ketar menahan amarah di dada. Marah kerana diherdik dan dituduh sesuka hati oleh Adam.

"Aku nak bercakap dengan kau sekarang! Aku nak kau tahu...aku tak suka isteri aku balik lewat malam, buat hal belakang aku, peluk-peluk dengan jantan lain! Kau faham?!"

Bum! Satu tumbukan dilepaskan di dinding rumah. Ainnur terdiam.

Sungguh Adam panas hati dengan MMS yang diterima melihat Ainnur sedang berpelukan dengan lelaki yang ternyata lebih kacak darinya. Bukan cemburu yang menjadi persoalannya, hanya secara tiba-tiba dirasakan dirinya dayus membiarkan isteri yang walau dinikahi tanpa perasaan cinta, kasih dan sayang disentuh oleh lelaki lain. Kejantanannya tercabar dengan kelakuan Ainnur.

Tidak dinafikan, Ainnur nampak cantik bukan sahaja di dalam gambar tetapi juga pada realitinya. Dengan kaftan putih panjang hingga ke buku lali disertakan dengan batu-batu berkilauan di dadanya. Rambutnya yang panjang melepasi bahu dan sedikit berombak disisirkan ke belah kanan dan dibawa kehadapan. Tiada cacat celanya pada wajahnya yang dicalit solekan nipis namun kejelitaannya terserlah. Adakah aku cemburu? Tidak!

Namun keegoan yang beraja di hati telah membiarkan dirinya diselaputi kemarahan yang meluap-luap.

"His my bos Adam." Ainnur dapat meneka, orang yang dimaksudkan Adam pastinya Tengku Zafran. Peristiwa dia dipeluk oleh lelaki tampan itu segera menerpa ke ruang mindanya. Dia dapat mengagak kerana Ainnur sentiasa menjaga tingkahlaku untuk tidak berlebihan bergaul dengan lelaki lain. Malah sepanjang majlis tadi, dia asyik berkepit dengan Hani. Tetapi siapakah gerangannya yang telah menyampaikan perkara ini kepada Adam? Adakah memang niatnya untuk memecah belahkan mereka?

"Oo...Sebab dia bos, kau boleh biarkan dia peluk kau sesuka hati! Kenapa kau ni murah sangat hah?"

Kata-kata Adam bagai halilintar yang menampar telinganya. Darah menyerbu naik ke wajahnya.

"Ini yang kau nak kan?!"

Lantas wanita itu ditarik ke dalam pelukannya dan kucupan rakus bertalu-talu melekat di wajah Ainnur.

"Adam!!!" Tubuh suaminya ditolak ke dinding. Dia bukan wanita murah. Dia tidak minta diperlakukan sedemikan rupa.

Adam seolah-olah tersedar dari mimpi. Tindakan Ainnur telah mengejutkannya. Dia melihat Ainnur merengus merenungnya tajam dengan pandangan penuh kebencian. Wajahnya diusap sendiri, matanya dipejamkan, cuba mencari dirinya kembali. Kerana mengikut suara hati, dia bertindak di luar kawalan.

"Adam...Ainnur tidak sehina itu. Ainnur bukan perempuan murahan yang sewenang-wenangnya membiarkan lelaki lain untuk menyentuh Ainnur sesuka hati. Ainnur sedar status diri ini sebagai isteri Adam. Walau pernikahan ini tanpa rasa cinta dan kasih antara kita, tapi Ainnur nak Adam tahu selagi syurga Ainnur di bawah telapak kaki Adam...diri ini hanya untuk Adam walau Adam tidak pernah menyentuh Ainnur."

Airmatanya keluar tanpa dapat di tahan-tahan lagi. Langkahnya dipanjangkan menuju ke kamar tetapi Adam sekali lagi sempat menyambar lengannya. Suasana sepi seketika. Masing-masing tidak mampu bersuara. Terbit rasa kesal di hati Adam tapi Ainnur muak dengan perangai Adam yang menjengkelkan. Perangai kebudak-budakan terserlah dengan perbuatannya itu. Ainnur berdiri membelakangi Adam, tidak sanggup untuk menatap wajah yang telah menghancurkan hatinya.

"Ainnur..." Suara itu perlahan namun kedengaran jelas di telinga Ainnur.

Sepasang tangan Adam menyusup di celah lengan memeluknya dari belakang. Namun tindakan Adam tidak terkesan di hati Ainnur. Dia tegak membatu diri tanpa sebarang reaksi. Air mata dibiarkan mengalir membasahi pipi.

"Maafkan aku...Aku tak sengaja." Dia sedar kata-kata telah menghiris hati Ainnur. Pelukannya kejap dan dia terleka seketika. Hati yang panas mulai menyejuk apabila wanita itu berada di dalam pelukannya. Entah kenapa perasaan itu hadir namun dia tenang.

Dia seperti tidak mahu kehilangan wanita itu. Dia tidak mahu kisah antara dia dan Maya terjadi lagi menyebabkan dia berhati-hati dalam perhubungan mereka. Sepenuh kepercayaan pernah diletakkan kepada Maya sebelum ini tetapi wanita itu tidak jujur padanya. Adam sedar, dia terlalu sayangkan Maya sehinggakan segala keburukan wanita itu yang diuar-uarkan tidak diterima. Dan kini, kerana wanita itu, Ainnur menjadi mangsa kerana dia tidak mahu tertipu lagi. Tetapi dia sedar, tidak semua wanita seperti Maya. Maafkan aku, Ainnur....

"Ainnur tak dapat maafkan Adam."

Pelukan itu dileraikan dan Ainnur berlari masuk ke kamar dan pintu dikunci. Kau kejam Adam!

Adam mengetap bibir. Di hatinya terbit kekesalan. Dia bersandar di dinding sambil mengusap tangannya. Baru kini kesakitan kerana tumbukannya tadi dirasai.

Pintu kamar Ainnur dipandang sepi. Biarkanlah...wanita itu tidak akan dipujuk. Biarlah kemarahannya reda sendiri.

Deringan telefon bimbit mengejutkannya dari lamunan.

"Baby..."

Suara nyaring itu mengingatkan dia pada temujanji mereka yang telah berlalu sejam yang lalu. Lantas kunci kereta di atas meja dicapai dan dia berlalu keluar.

BUM!

Bunyi pintu ditutup tidak Ainnur pedulikan. Persetankan ke mana jua kau mahu pergi. Aku tidak peduli kerana kau tidak akan pernah memperdulikan hati ini yang telah kau robek-robekkan dengan kata-kata kau.
Airmata diseka dengan hujung jari masih tidak dapat menyapu kepedihan di hati.

Ya Allah...Tabahkanlah hati ini. Teguhkanlah imanku supaya aku dapat terus mempertahankan perkahwinanan ini.

Monday 7 May 2012

BAB 15

Bertemakan Prince and Princess What??, Majlis Makan Malam Tahunan Permata Holdings diadakan dalam suasana yang gilang gemilang berbanding dengan tahun-tahun yang lepas. Majlis besar yang diadakan setahun sekali itu, pastinya merupakan satu-satunya majlis sosial yang menjadi platform untuk mereka berkenalan di antara satu sama lain dan mengeratkan silaturrahim di kalangan pekerja. Ainnur sendiri pelik, kenapa tema tersebut dipilih dan dipersetujui oleh pihak atasan. 

Nasiblah siapa yang dipilih sebagai Putera dan Puteri berdasarkan undian semua yang hadir pada malam tersebut. Tentunya mendapat gelaran yang tertentu. 

Ainnur duduk di meja barisan hadapan di antara tiga meja para tetamu kehormat. Dia sepatutnya diletakkan di sebelah Tengku Zafran di meja utama VVIP, tetapi dia enggan kerana tidak gemar untuk terlalu berprotokol. Sebaik memaklumkan kepada urus setia, dia sendiri memilih tempat dikehendaki tetapi masih perlu di meja VIP atas permintaan Tengku Zafran yang tidak mahu berjauhan dengan setiausaha kesayangannya itu. Katanya, mudah sekiranya dia memerlukan apa-apa pandangan dari setiausahanya itu.

Hurm...ingatkan bolehlah berjimba malam ini tanpa di bawah pengawasan bos. Terkena juga akhirnya. Bosan juga rasanya berada di dalam golongan mereka yang elit, terpaksa menjaga tatatertib makan dan pergaulan. Tetamu seramai sepuluh orang yang mengelilingi mejanya itu tidaklah dia kenal kerana kebanyakkannya adalah pembekal syarikat atau tetamu jemputan dari luar. Hani teman baiknya duduk agak jauh di belakang. Ainnur buntu namun terpaksa juga melemparkan senyuman atau melayan tetamu yang cuba untuk berbual-bual kosong dengannya. 

Selesai ucapan pembukaan oleh Tan Sri Tengku Zainal selaku Pengerusi Permata Holding, suasana Ballroom Sime Darby Convention Centre gamat dengan tepukan gemuruh dan siulan nakal para lelaki, apabila artis Dee diperkenalkan sebagai pengacara jemputan bagi malam tersebut. Seperti biasa, Dee yang gemar mengenakan busana wanita muncul di pentas dengan sanggul Mak Dara dan berkebaya merah terang mendapat perhatian segenap dewan. Dengan celoteh tidak kering gusi, Dee sememangnya pengacara versatile kerana beliau pandai mengambil hati tetamu yang hadir. Acara pada malam tersebut diselangi dengan cabutan bertuah dan persembahan dari kakitangan bahagian yang terpilih untuk menonjolkan bakat masing-masing. 

Sebagai menghargai semua kakitangan untuk majlis yang diadakan setahun sekali itu, pihak pengurusan telah menjemput Dato' Sheila Majid sebagai penyanyi undangan. Sekali lagi kakitangan bersorak dan tepukan gemuruh bergema seluruh dewan apabila Dato' Sheila Majid menyanyikan medley dari koleksi lagu-lagu popularnya.

Ditelinga Ainnur terngiang-ngiang lagu kegemarannya...Dia...

"Ainnur Amnani...."

Dek terbuai-buai dengan bait-bait lagu itu, dia tidak sedar namanya di sebut oleh seseorang.

 "Beb! Nama kau beb!"
Ainnur terpinga-pinga bila Hani menyuruhnya naik ke pentas.

"Kau menang Princess for tonight!" Hampir nak terhambur buah epal yang berada di dalam mulutnya bila diberitahu dia adalah princess pada malam ini. Perasaan gemuruh mula menguasai dirinya. Wajah bertukar pucat lesi.

"Pegilah! Go!" Hani menolaknya ke hadapan. Pinggan berisi buah-buahan yang berada di tangan beralih kepada Hani.

"Ha...Tepukan gemuruh untuk Cik Ainnur Amnani!" Sebaik Dee mengumumkan namanya semasa dia melangkah memanjat tangga menuju ke pentas, dirasakan jalannya mula tidak teratur. Lampu spotlight mengekorinya hingga ke pentas. 

"Ala...comel orangnya." Seluruh dewan tertawa bila Dee berseloroh menyakat diri Ainnur yang berdiri hanya di paras bawah ketiak Dee.

"Okey Cik Ainnur...Dah kahwin ke belum ni?" Soalan yang membuatkan Ainnur terkedu. Apakah jawapannya? 

"Belum." Dalam keadaan gugup, terkeluar juga jawapan itu dari mulutnya. 

Sekali lagi siulan-siulan nakal dan sorakan dari para lelaki membuatkan wajah Ainnur merona kemerahan menahan malu.

"Banyak peminat rupanya Cik Ainnur kita ni. Okeylah...Siapalah agak-agaknya putera kepada Cik Ainnur kita ni ye."

Dee mengeluarkan nama dari sampul yang dipegangnya. Ainnur berasa amat-amat tidak selesa bila dirasakan semua mata seolah-olah tertumpu kepadanya. Dia tidak biasa dengan semua ini. Serasanya, ramai lagi wanita lain yang lebih cantik dan berpakaian lebih vogue dari dirinya. Kenapalah dorang undi aku?

Dari atas pentas, dia dapat melihat beberapa wanita berbisik sambil menjuih bibir ke arahnya. Dia sedar, pasti ada yang tidak berpuas hati kenapa dia yang terpilih kerana pakaiannnya ringkas tidak terlalu berat dengan aksesori atau rambutnya tidak disanggul hanya dibiarkan melepasi bahu dan sedikit berombak di bawah.

Kelihatan Hani yang berada di belakang melambai. Senyum terus cuba diukir.

"Wow! This handsome man. I adore you...Sat lagi, you tunggu I, kita pi kahwin no," Dee berseloroh dalam loghat utara. Seisi dewan tertawa.

"Give a big hand to our prince for tonight....."

Suasana senyap seketika.

"Our Vice President....Tengku Zafran!"

Bagai nak luruh jantungnya mendengarkan nama itu diumumkan. Bos dan setiausaha. Pasti ramai yang menyatakan itu semua diskriminasi. Tetapi tidak dinafikan, Tengku Zafran memang kacak dengan sut kelabu dipadankan dengan bow biru tua. Rambutnya disikat rapi tidak seperti selalu agak kacau bilau tetap menyerlahkan ketampanan.

Tengku Zafran nampak tenang sewaktu melangkah ke pentas mendapatkan Ainnur. Senyumannya melebar menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi. Yang pasti, senyuman itu mendebarkan hati semua wanita yang memandangnya. Meruntun jiwa untuk tidak tidur malam kerana mengangankan dia sebagai seorang suami. Dia nampak segak berdiri di sebelah Ainnur.

"Congrats...I'm the one whose voting for you," Bisiknya perlahan ke telinga Ainnur. Tiada kata dapat dilafazkan hanya senyuman terukir di bibir Ainnur. 

"Amboi! Tengku main bisik-bisik pulak. Macam loving couple. Ni buat I jealous ni." Sekali lagi gurauan Dee disambut dengan tawa seisi dewan. Tengku Zafran tersenyum penuh makna manakala Ainnur gusar kerana banyak mata memandang dan dia tidak mahu ada yang akan menyalah anggap hubungan mereka.

Sebagai Putera pada malam itu, Tengku Zafran dikehendaki memakai tiara pada Ainnur dan sejambak mawar putih dan merah dihadiahkan padanya. Ainnur terpaksa melebarkan senyumnya bila lensa kamera terus mendapatkan gambar mereka berdua dan dia tersentak, bila jejaka tampan itu memeluk bahunya. Lantas dia memandang Tengku Zafran dan pandangan mereka bertaut menyebabkan Ainnur terpaku dengan senyuman lelaki itu. Tengku Zafran terus memeluknya erat dan Ainnur tidak terdaya untuk menolak kerana semua mata tertacap pada mereka.

Tuesday 1 May 2012

BAB 14

"Kau dengan Adam macamana?" Ainnur tersentak dengan pertanyaan Hani.

Setelah penat berjalan mengelilingi pusat membeli belah Midvalley, mereka mengambil keputusan untuk melepaskan lelah dan mengisi perut di Garden Lifestyle Store & Cafe yang terletak di tingkat satu. Kehadiran pelayan yang mengambil pesanan membuatkan soalan itu dibiarkan begitu sahaja. Namun Hani tidak berputus asa.

"Come on...tell me the truth my friend. Kau bahagia?"

Ainnur masih diam. Tidak dinafikan, Ainnur tidak pernah mempunyai teman rapat. Masa di kampung dulu pun, dia lebih suka memerap di rumah kerana baginya rumah itu seperti syurganya. Walaupun, dia seorang yang peramah dan aktif, tetapi dia lebih tenang berada di rumah, menonton TV dan membaca adalah kegemarannya. Cuma sekali sekala bila kebosanan, barulah dia mengambil masa yang ada untuk keluar dengan teman di sekitar rumahnya. Itupun, dia hanya menjadi penonton atau tukang sorak sekiranya mereka bermain galah panjang, rounders atau berkejaran di padang menarik layang-layang. Dia hanya aktif bermain bola jaring dan badminton di sekolah.

Sebab itu, selepas menamatkan pengajian di universiti dan mendapat kerja di Permata Holdings, hanya Hani satu-satunya teman untuk dia bercerita. Dia mengenali Hani semasa mereka sama-sama hadir untuk temuduga kerja. Hani yang sudah pun mempunyai rumah sewanya sendiri menawarkan Ainnur untuk tinggal bersamanya kerana kebetulan rakan Hani baru mendirikan rumahtangga dan Hani tidak betah tinggal berseorangan. Dia akui, Hani teman yang baik. Mengambil berat sampaikan kadang kala di rasakan Hani seperti menjaga tepi kainnya tetapi akhirnya dia faham, Hani yang muda empat tahun darinya itu seorang yang penyayang. Jika dia pulang lambat dari kerja dan janjinya pukul 8 untuk tiba di rumah tetapi masih dia masih belum sampai, pasti temannya itu akan menghubunginya berkali-kali.

Ibu dan ayah juga mengenali Hani. Jika tidak dapat menghubunginya, pasti Hani yang akan di cari. Dia dan Hani sudah umpama adik beradik. Sedangkan dia dan adik beradik kandung pun tidak bercerita segala-galanya tetapi Hani menjadi tempatnya meluahkan perasaan.

"Ainnur..." Tangan teman baiknya disentuh.

"Kami bahagia." Pendek saja jawapannya.

"Bahagia? Aku tengok kau lonely ja. Pergi mana-mana sorang-sorang."

"Bahagia la tu. Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Aku boleh pergi mana-mana dengan sesiapa ja, keluar dengan kau tak payah bawa laki," Ainnur tertawa menutup keresahan di hati. Namun Hani dapat membaca riak wajah temannya itu.

"Apa maksud kau, korang buat hal masing-masing?" Hani merenung wajah teman baiknya itu.

Ainnur menelan air liur. Terkena dengan kata-kata sendiri.

"Ainnur...takkan dengan aku pun kau nak sorok. Aku tahu kau terpaksa kahwin dengan dia. Kahwin paksa, tak semestinya menjanjikan bahagia. Tapi ada juga perkahwinan macam ni tak juga menjanjikan sengsara. So, aku nak tau, kau di pihak yang mana. Girl...you are my bestfriend, mana mungkin aku sanggup tengok kawan baik aku menderita."

"I choose the second answer." Pantas sahaja Ainnur menjawab.

"Terpulang...kalau kau rasa kau nak bercerita, aku sentiasa ada untuk kau."

Ainnur menyedut soda passion fruit yang merupakan salah satu air kegemarannya apabila berada di situ. Tiada rasa mahu bercerita tentang hal rumah tangganya kepada teman baiknya. Mungkin tidak buat masa ini. Dia masih mampu menyimpan pekung di dada. Biarlah dia telan semuanya kerana baik dan buruk suaminya harus di jaga.

"Beb!"

Langkah Arina terhenti apabila KN atau nama sebenarnya Khairul Nizam menarik beg sandangnya. Mereka bercadang untuk menonton wayang selepas selesai kelas jam 4 petang tadi.

"Apa kau ni...tarik beg aku. Putus nanti, kau nak ganti? Bertahun aku kumpul duit nak beli tau!" Arina mendengus marah. Beg jenama Prada itu dibeli dengan duit simpanannya. Hampir setahun setengah baru beg yang diidamkannya itu menjadi miliknya. Biar orang kata dia sudah ketinggalan tetapi design beg itu memang diminatinya. Dan yang penting jenamanya, kau ada? Original sudah semestinya. Arina memang mempunyai citarasa yang tinggi. Semua barang kepunyaannya berjenama. Kadang kala Puan Murni sendiri geleng kepala dengan citarasa anak perempuannya yang seorang itu. Dia sendiri hanya tahap Guess, Carlo Rino atau pembeliannya tidak akan membuatkan dia berbelanja lebih dari RM 200 untuk satu-satu beg. Selebihnya dia akan anggap itu satu pembaziran.

"Itu bukan kakak ipar kau ke?" KN menjuihkan bibir menuju ke arah dua orang wanita yang sedang menikmati hidangan di restoran dalam taman itu. Seorang lelaki tegap dan kacak duduk bersebelahan wanita yang dikatakan kakak ipar Arina itu.

Membuntang mata Arina melihat wanita itu yang sedang bergelak ketawa tanpa segan silu dengan seorang mamat handsome di sebelahnya. "Dasar perempuan gatal! Jomlah!"

Wajah Arina lantas bertukar masam. Perasaan marah mengaburi penglihatannya menyebabkan Hani yang duduk di hadapan Arina tidak kelihatan. Arina jadi meluat dengan perbuatan Ainnur. Tak disangka perangai Ainnur yang nampak baik itu, tidak ubah seperti  Maya si perempuan gedik. Kalau dulu, memang dia bencikan Maya kerana kerap kali dia terserempak dengan Maya yang sering bertukar lelaki. Dia tidak suka abangnya dipermainkan. Dia bencikan wanita yang membelakangkan abangnya. Sudah acap kali disampaikan kepada abangnya itu,berita dia terserempak dengan gadis kesayangannya yang kerap bertukar pacar. Tetapi Adam buat tidak dengar malah mengatakan dia cemburu dengan Maya. Kerana Maya, mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa adakalanya berminggu-minggu. Puan Murni dan Encik Amar sahaja yang akan menjadi pendamainya. Sebelum ini, Arina memang rapat dengan abang sulungnya itu. Malah, sifat manjanya menjadikan dia anak emas dalam keluarga mereka.

KN mengusap pergelangan tangannya yang direntap Arina. Sakitnya...Ganas betul perempuan ni.

"Rileks la Rin...Maybe itu officemate dia ke, jiran dia ke, teman baik dia ke. Tak baik kau salah sangka, cakap dia perempuan gatal. Lagipun, dorangkan bertiga. Entah-entah, itu boyfriend perempuan lagi satu tu." KN cuba meredakan ketegangan di antara mereka. 

"Kalau boyfriend kawan dia tu, kenapa duduk sebelah kakak ipar aku? Kenapa tak duduk sebelah girlfriend dia?!" Arina berhenti melangkah. Mukanya masih masam mencuka. KN yang sudah terlajak ke hadapan, berundur ke belakang mendapatkan Arina.

"Ala...Maybe lelaki tu, kawan kakak ipar kau dan dia baru nak mengorat perempuan tu. Sebab tu dia duduk sebelah kakak ipar kau. Kalau duduk sebelah perempuan tu, nanti kantoi pulak." KN cuba membuat kesimpulan.

"Kau ni...maybe maybe! Dah lah. Malas aku nak cerita pasal tu lagi! Kau nak teman aku tengok wayang ke tak? Kalau tak, aku nak balik! Hilang mood nonton aku. Huh!" Arina menghentak kaki sebelah. Menyakitkan mata dan menyakitkan hati. Sifat manjanya membuatkan dia begitu sensitif. Secarik luka dihatinya umpama bisul yang sedang membengkak untuk pecah.

"Okey darling. Jom." 

Lengan Arina dikepitnya dan mereka berjalan seolah berpacaran. Pipi gadis itu dicuit melahirkan segaris senyuman di bibir Arina. KN senang kerana dengan senyuman yang terukir indah menerusi bibir nipis yang dioles dengan warna merah jambu muda itu menandakan dia berjaya memujuk gadis itu dari terus menjeruk hati.

**********

Ainnur tersenyum sendiri. Kejadian terserempak dengan Tengku Zafran semasa mereka sedang menjamu selera tadi benar-benar membuatkan dia terkejut. Malah wajah Hani pucat lesi kerana lelaki yang menjadi idamannya itu kini berada di hadapannya buat kali kedua. Mendengar salam dari seseorang, Ainnur terus mendongak melihat lelaki yang berdiri secara tiba-tiba di tepi meja mereka.

Tengku Zafran nampak santai dengan T-Shirt putih berkolar lengan pendek dengan gambar polo jelas di  dadanya, berseluar jeans dan memakai kasut sarung putih. Masih menyerlahkan ketampanan dan nilai ekslusif lelaki metroseksual itu. Tetapi, sepanjang berkhidmat dengan lelaki itu, tidak pernah sekalipun Tengku Zafran bermegah atau mendabik dada dengan kekayaannya. Baginya, harta itu bukan dicari dengan memecahkan peluhnya, sebaliknya diperolehi dengan mudah melalui warisan turun temurun. Masih perlu berkerja keras, tetapi tidaklah sampai membanting tulang empat kerat. Hanya otak yang ligat berfikir cuba mengatasi pesaing-pesaing yang semakin hebat memenuhi pasaran tempatan.

"Hai! Boleh I duduk." Kerusi di sebelah Ainnur lantas di tarik oleh Tengku Zafran.

Tidak disangka, bosnya dapat mengesan mereka berdua. Adakah lelaki itu mengintip pergerakkan mereka?
Tanpa menunggu jawapan dari keduanya, lelaki tampan itu terus duduk disebelahnya.

Ainnur tidak mengambil pusing mengenai hal tersebut kerana pastinya Tengku Zafran mahu menatap gadis idaman yang berada di hadapannya. Mereka berbual dan Tengku Zafran seperti biasa, masih suka berlawak membuat mereka tidak kering gusi tertawa. Hani akan tersipu-sipu malu bila diusik oleh Tengku Zafran.
Hani gadis yang selama ini terkenal dengan sikap kepohnya bertukar menjadi seorang yang pemalu dan pendiam. Ainnur faham. Ini semua kerana lelaki idamannya berada di depan mata. Takkan nak tunjuk perangai ketawa terbahak-bahak pula.

Tawanya yang ditahan-tahan sejak dari tadi terkeluar juga selepas Tengku Zafran meninggalkan mereka. Hani menarik muncung panjang.

"Minah kepoh dah jadi minah kepit." Hidung Hani dicuit. Hani akhirnya tertawa jua mengingatkan dirinya yang cuba cover-cover di hadapan Tengku Zafran tadi. Apa taknya, sudah lama menyimpan perasaan kepada naib presiden itu, tetapi bukan mudah untuk menggapai bintang di langit. Tengku Zafran pasti mempunyai ramai teman wanita yang bukan  calang-calang orangnya. Sedangkan dia hanya gadis penyambut tetamu merangkap operator telefon syarikat. Bagai enggang dan pipit.

Ainnur bermain-main dengan bucu bantal sehingga matanya terlelap sendiri. Keletihan sepanjang hari ditemani teman baiknya menjelajah pelusuk Midvalley mencari baju untuk malam gala Permata Holdings ternyata berbaloi apabila baju yang dikehendaki akhirnya di temui.

Duhai malam...Selamat malam kepada bintang-bintang dan bulan yang melihatkan dirinya separuh di langit serta semua makhluk Allah SWT dimuka bumi ini. Semoga hari esok lebih indah dari hari ini.