"Kau dengan Adam macamana?" Ainnur tersentak dengan pertanyaan Hani.
Setelah penat berjalan mengelilingi pusat membeli belah Midvalley, mereka mengambil keputusan untuk melepaskan lelah dan mengisi perut di Garden Lifestyle Store & Cafe yang terletak di tingkat satu. Kehadiran pelayan yang mengambil pesanan membuatkan soalan itu dibiarkan begitu sahaja. Namun Hani tidak berputus asa.
"Come on...tell me the truth my friend. Kau bahagia?"
Ainnur masih diam. Tidak dinafikan, Ainnur tidak pernah mempunyai teman rapat. Masa di kampung dulu pun, dia lebih suka memerap di rumah kerana baginya rumah itu seperti syurganya. Walaupun, dia seorang yang peramah dan aktif, tetapi dia lebih tenang berada di rumah, menonton TV dan membaca adalah kegemarannya. Cuma sekali sekala bila kebosanan, barulah dia mengambil masa yang ada untuk keluar dengan teman di sekitar rumahnya. Itupun, dia hanya menjadi penonton atau tukang sorak sekiranya mereka bermain galah panjang, rounders atau berkejaran di padang menarik layang-layang. Dia hanya aktif bermain bola jaring dan badminton di sekolah.
Ainnur masih diam. Tidak dinafikan, Ainnur tidak pernah mempunyai teman rapat. Masa di kampung dulu pun, dia lebih suka memerap di rumah kerana baginya rumah itu seperti syurganya. Walaupun, dia seorang yang peramah dan aktif, tetapi dia lebih tenang berada di rumah, menonton TV dan membaca adalah kegemarannya. Cuma sekali sekala bila kebosanan, barulah dia mengambil masa yang ada untuk keluar dengan teman di sekitar rumahnya. Itupun, dia hanya menjadi penonton atau tukang sorak sekiranya mereka bermain galah panjang, rounders atau berkejaran di padang menarik layang-layang. Dia hanya aktif bermain bola jaring dan badminton di sekolah.
Sebab itu, selepas menamatkan pengajian di universiti dan mendapat kerja di Permata Holdings, hanya Hani satu-satunya teman untuk dia bercerita. Dia mengenali Hani semasa mereka sama-sama hadir untuk temuduga kerja. Hani yang sudah pun mempunyai rumah sewanya sendiri menawarkan Ainnur untuk tinggal bersamanya kerana kebetulan rakan Hani baru mendirikan rumahtangga dan Hani tidak betah tinggal berseorangan. Dia akui, Hani teman yang baik. Mengambil berat sampaikan kadang kala di rasakan Hani seperti menjaga tepi kainnya tetapi akhirnya dia faham, Hani yang muda empat tahun darinya itu seorang yang penyayang. Jika dia pulang lambat dari kerja dan janjinya pukul 8 untuk tiba di rumah tetapi masih dia masih belum sampai, pasti temannya itu akan menghubunginya berkali-kali.
Ibu dan ayah juga mengenali Hani. Jika tidak dapat menghubunginya, pasti Hani yang akan di cari. Dia dan Hani sudah umpama adik beradik. Sedangkan dia dan adik beradik kandung pun tidak bercerita segala-galanya tetapi Hani menjadi tempatnya meluahkan perasaan.
"Ainnur..." Tangan teman baiknya disentuh.
"Kami bahagia." Pendek saja jawapannya.
"Bahagia? Aku tengok kau lonely ja. Pergi mana-mana sorang-sorang."
"Bahagia la tu. Dia buat hal dia, aku buat hal aku. Aku boleh pergi mana-mana dengan sesiapa ja, keluar dengan kau tak payah bawa laki," Ainnur tertawa menutup keresahan di hati. Namun Hani dapat membaca riak wajah temannya itu.
"Apa maksud kau, korang buat hal masing-masing?" Hani merenung wajah teman baiknya itu.
Ainnur menelan air liur. Terkena dengan kata-kata sendiri.
"Ainnur...takkan dengan aku pun kau nak sorok. Aku tahu kau terpaksa kahwin dengan dia. Kahwin paksa, tak semestinya menjanjikan bahagia. Tapi ada juga perkahwinan macam ni tak juga menjanjikan sengsara. So, aku nak tau, kau di pihak yang mana. Girl...you are my bestfriend, mana mungkin aku sanggup tengok kawan baik aku menderita."
"I choose the second answer." Pantas sahaja Ainnur menjawab.
"Terpulang...kalau kau rasa kau nak bercerita, aku sentiasa ada untuk kau."
Ainnur menyedut soda passion fruit yang merupakan salah satu air kegemarannya apabila berada di situ. Tiada rasa mahu bercerita tentang hal rumah tangganya kepada teman baiknya. Mungkin tidak buat masa ini. Dia masih mampu menyimpan pekung di dada. Biarlah dia telan semuanya kerana baik dan buruk suaminya harus di jaga.
"Beb!"
Langkah Arina terhenti apabila KN atau nama sebenarnya Khairul Nizam menarik beg sandangnya. Mereka bercadang untuk menonton wayang selepas selesai kelas jam 4 petang tadi.
"Apa kau ni...tarik beg aku. Putus nanti, kau nak ganti? Bertahun aku kumpul duit nak beli tau!" Arina mendengus marah. Beg jenama Prada itu dibeli dengan duit simpanannya. Hampir setahun setengah baru beg yang diidamkannya itu menjadi miliknya. Biar orang kata dia sudah ketinggalan tetapi design beg itu memang diminatinya. Dan yang penting jenamanya, kau ada? Original sudah semestinya. Arina memang mempunyai citarasa yang tinggi. Semua barang kepunyaannya berjenama. Kadang kala Puan Murni sendiri geleng kepala dengan citarasa anak perempuannya yang seorang itu. Dia sendiri hanya tahap Guess, Carlo Rino atau pembeliannya tidak akan membuatkan dia berbelanja lebih dari RM 200 untuk satu-satu beg. Selebihnya dia akan anggap itu satu pembaziran.
"Itu bukan kakak ipar kau ke?" KN menjuihkan bibir menuju ke arah dua orang wanita yang sedang menikmati hidangan di restoran dalam taman itu. Seorang lelaki tegap dan kacak duduk bersebelahan wanita yang dikatakan kakak ipar Arina itu.
Membuntang mata Arina melihat wanita itu yang sedang bergelak ketawa tanpa segan silu dengan seorang mamat handsome di sebelahnya. "Dasar perempuan gatal! Jomlah!"
Wajah Arina lantas bertukar masam. Perasaan marah mengaburi penglihatannya menyebabkan Hani yang duduk di hadapan Arina tidak kelihatan. Arina jadi meluat dengan perbuatan Ainnur. Tak disangka perangai Ainnur yang nampak baik itu, tidak ubah seperti Maya si perempuan gedik. Kalau dulu, memang dia bencikan Maya kerana kerap kali dia terserempak dengan Maya yang sering bertukar lelaki. Dia tidak suka abangnya dipermainkan. Dia bencikan wanita yang membelakangkan abangnya. Sudah acap kali disampaikan kepada abangnya itu,berita dia terserempak dengan gadis kesayangannya yang kerap bertukar pacar. Tetapi Adam buat tidak dengar malah mengatakan dia cemburu dengan Maya. Kerana Maya, mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa adakalanya berminggu-minggu. Puan Murni dan Encik Amar sahaja yang akan menjadi pendamainya. Sebelum ini, Arina memang rapat dengan abang sulungnya itu. Malah, sifat manjanya menjadikan dia anak emas dalam keluarga mereka.
KN mengusap pergelangan tangannya yang direntap Arina. Sakitnya...Ganas betul perempuan ni.
"Rileks la Rin...Maybe itu officemate dia ke, jiran dia ke, teman baik dia ke. Tak baik kau salah sangka, cakap dia perempuan gatal. Lagipun, dorangkan bertiga. Entah-entah, itu boyfriend perempuan lagi satu tu." KN cuba meredakan ketegangan di antara mereka.
"Kalau boyfriend kawan dia tu, kenapa duduk sebelah kakak ipar aku? Kenapa tak duduk sebelah girlfriend dia?!" Arina berhenti melangkah. Mukanya masih masam mencuka. KN yang sudah terlajak ke hadapan, berundur ke belakang mendapatkan Arina.
"Ala...Maybe lelaki tu, kawan kakak ipar kau dan dia baru nak mengorat perempuan tu. Sebab tu dia duduk sebelah kakak ipar kau. Kalau duduk sebelah perempuan tu, nanti kantoi pulak." KN cuba membuat kesimpulan.
"Kau ni...maybe maybe! Dah lah. Malas aku nak cerita pasal tu lagi! Kau nak teman aku tengok wayang ke tak? Kalau tak, aku nak balik! Hilang mood nonton aku. Huh!" Arina menghentak kaki sebelah. Menyakitkan mata dan menyakitkan hati. Sifat manjanya membuatkan dia begitu sensitif. Secarik luka dihatinya umpama bisul yang sedang membengkak untuk pecah.
"Okey darling. Jom."
Lengan Arina dikepitnya dan mereka berjalan seolah berpacaran. Pipi gadis itu dicuit melahirkan segaris senyuman di bibir Arina. KN senang kerana dengan senyuman yang terukir indah menerusi bibir nipis yang dioles dengan warna merah jambu muda itu menandakan dia berjaya memujuk gadis itu dari terus menjeruk hati.
**********
Ainnur tersenyum sendiri. Kejadian terserempak dengan Tengku Zafran semasa mereka sedang menjamu selera tadi benar-benar membuatkan dia terkejut. Malah wajah Hani pucat lesi kerana lelaki yang menjadi idamannya itu kini berada di hadapannya buat kali kedua. Mendengar salam dari seseorang, Ainnur terus mendongak melihat lelaki yang berdiri secara tiba-tiba di tepi meja mereka.
Tengku Zafran nampak santai dengan T-Shirt putih berkolar lengan pendek dengan gambar polo jelas di dadanya, berseluar jeans dan memakai kasut sarung putih. Masih menyerlahkan ketampanan dan nilai ekslusif lelaki metroseksual itu. Tetapi, sepanjang berkhidmat dengan lelaki itu, tidak pernah sekalipun Tengku Zafran bermegah atau mendabik dada dengan kekayaannya. Baginya, harta itu bukan dicari dengan memecahkan peluhnya, sebaliknya diperolehi dengan mudah melalui warisan turun temurun. Masih perlu berkerja keras, tetapi tidaklah sampai membanting tulang empat kerat. Hanya otak yang ligat berfikir cuba mengatasi pesaing-pesaing yang semakin hebat memenuhi pasaran tempatan.
"Hai! Boleh I duduk." Kerusi di sebelah Ainnur lantas di tarik oleh Tengku Zafran.
Tidak disangka, bosnya dapat mengesan mereka berdua. Adakah lelaki itu mengintip pergerakkan mereka?
Tanpa menunggu jawapan dari keduanya, lelaki tampan itu terus duduk disebelahnya.
Ainnur tidak mengambil pusing mengenai hal tersebut kerana pastinya Tengku Zafran mahu menatap gadis idaman yang berada di hadapannya. Mereka berbual dan Tengku Zafran seperti biasa, masih suka berlawak membuat mereka tidak kering gusi tertawa. Hani akan tersipu-sipu malu bila diusik oleh Tengku Zafran.
Hani gadis yang selama ini terkenal dengan sikap kepohnya bertukar menjadi seorang yang pemalu dan pendiam. Ainnur faham. Ini semua kerana lelaki idamannya berada di depan mata. Takkan nak tunjuk perangai ketawa terbahak-bahak pula.
Tawanya yang ditahan-tahan sejak dari tadi terkeluar juga selepas Tengku Zafran meninggalkan mereka. Hani menarik muncung panjang.
"Minah kepoh dah jadi minah kepit." Hidung Hani dicuit. Hani akhirnya tertawa jua mengingatkan dirinya yang cuba cover-cover di hadapan Tengku Zafran tadi. Apa taknya, sudah lama menyimpan perasaan kepada naib presiden itu, tetapi bukan mudah untuk menggapai bintang di langit. Tengku Zafran pasti mempunyai ramai teman wanita yang bukan calang-calang orangnya. Sedangkan dia hanya gadis penyambut tetamu merangkap operator telefon syarikat. Bagai enggang dan pipit.
Ainnur bermain-main dengan bucu bantal sehingga matanya terlelap sendiri. Keletihan sepanjang hari ditemani teman baiknya menjelajah pelusuk Midvalley mencari baju untuk malam gala Permata Holdings ternyata berbaloi apabila baju yang dikehendaki akhirnya di temui.
Duhai malam...Selamat malam kepada bintang-bintang dan bulan yang melihatkan dirinya separuh di langit serta semua makhluk Allah SWT dimuka bumi ini. Semoga hari esok lebih indah dari hari ini.
Heh... Mesti yg Arina nmpk tu boss Ainnur.. Kang dia gtau Adam... Adam jelezzz
ReplyDelete