Dia terjaga bila ada sesuatu menghempap tubuhnya. Dadanya sesak kerana bebanan itu terlalu berat. Melalui samar lampu jalan yang menerobos masuk di celah tingkap dia dapat melihat Adam yang tidak berbaju sedang berada di atasnya dan merenung tepat wajahnya penuh nafsu.
"Adam!" Dia terkejut lantas tubuh Adam ditolak.
Ainnur cuba bangun tetapi Adam lantas memeluknya. Ainnur hendak muntah dengan nafas Adam yang busuk dan lelaki itu seolah-olah hilang kawalan. Tuturnya tidak tentu biji butir dan nama Maya terus bermain-main di bibirnya.
"Maya....I love you." Bibir Ainnur dipagutnya dan seluruh wajah Ainnur menjadi mangsa bibir Adam.
Ainnur meronta-ronta mahu melepaskan diri dari pelukan Adam tetapi Adam semakin galak dan rakus mengucup Ainnur sesuka hati. Bahu Ainnur yang terdedah akibat baju tidurnya yang terlondeh menjadi sasaran Adam seterusnya.
Ainnur cuba bangun tetapi Adam lantas memeluknya. Ainnur hendak muntah dengan nafas Adam yang busuk dan lelaki itu seolah-olah hilang kawalan. Tuturnya tidak tentu biji butir dan nama Maya terus bermain-main di bibirnya.
"Maya....I love you." Bibir Ainnur dipagutnya dan seluruh wajah Ainnur menjadi mangsa bibir Adam.
Ainnur meronta-ronta mahu melepaskan diri dari pelukan Adam tetapi Adam semakin galak dan rakus mengucup Ainnur sesuka hati. Bahu Ainnur yang terdedah akibat baju tidurnya yang terlondeh menjadi sasaran Adam seterusnya.
"Adam! Kenapa dengan Adam ni?!" Ainnur semakin takut melihat nafsu Adam yang menggila. Adam seperti mempunyai satu kuasa lain yang kuat dan tidak mampu dilawan oleh sesiapa.
Ainnur terus meronta, tidak rela diperlakukan sedemikian. Dia berjaya meloloskan diri dari pelukan Adam dan terjun dari katil tetapi Adam sempat merentap pakaian tidurnya hingga terkoyak mendedahkan bahagian belakangnya sehingga ke paras pinggang. Nafsu Adam terus menggila melihatkan tubuh Ainnur yang separuh bogel dan tidak pernah disentuhnya itu. Ternyata di sebalik tubuhnya kecil, Ainnur memiliki potongan badan yang menggiurkan. Pinggang Ainnur diraih, mereka terjatuh berpelukan di lantai bilik dan Adam terus menghimpit Ainnur dan akhirnya wanita itu digauli dengan cara paksaan. Tangisan Ainnur tidak dipedulikan. Rayuan Ainnur tidak diendahkan.
Ainnur menangis di birai katil. Dia telah diperkosa oleh suaminya sendiri. Di mana janji-janji Adam untuk tidak menyentuhnya.
Bencinya bertambah-tambah pada Adam. Wajah itu tidak mahu di bayangi. Ainnur menangis sepuas-puasnya hingga teresak-esak. Tubuhnya yang tidak disaluti sehelai benang mengerekot menahan kesejukan di dalam kegelapan. Dia malu pada dirinya sendiri kerana tidak mampu menghalang Adam berkelakuan tidak senonoh pada dirinya.
"Sayang...maafkan I." Ainnur tersentak bila tubuhnya dipeluk oleh Adam. Entah bila Adam muncul, dia tidak pasti kerana selepas berjaya melampiaskan nafsunya Adam terus keluar meninggalkannya sendirian.
Dia jadi bingung seketika dengan tindakan Adam. Dunia tiba-tiba dirasakan kosong dan tidak beerti lagi. Dia bencikan lelaki itu. Tubuh Adam di tolak menjauhinya. Adam merengus marah diperlakukan begitu. Ainnur menarik selimut bagi menutupi tubuhnya dari dijamah oleh mata Adam yang meliar memerhatikannya.
Dia jadi bingung seketika dengan tindakan Adam. Dunia tiba-tiba dirasakan kosong dan tidak beerti lagi. Dia bencikan lelaki itu. Tubuh Adam di tolak menjauhinya. Adam merengus marah diperlakukan begitu. Ainnur menarik selimut bagi menutupi tubuhnya dari dijamah oleh mata Adam yang meliar memerhatikannya.
Walau dalam gelap, dia dapat melihat Adam melangkah merapatinya. Dengan segera Ainnur berlari mendapatkan pintu untuk keluar dan menjauhkan diri dari lelaki durjana itu. Dalam usahanya membuka pintu yang terlebih awal sudah diselak oleh Adam, tiba-tiba rambutnya disentap dari belakang dan wanita itu diheret tanpa belas kasihan hingga ke birai katil. Dengan wajah yang bengis, tubuh Ainnur dicempung dan dicampak ke atas katil. Ainnur cuba lari tetapi Adam berjaya menangkap kakinya. Kali ini tiada rayuan atau tangisan kerana dia nekad untuk melarikan diri dari perbuatan keji Adam.
Ainnur tidak beralah, cukup sekali, tidak untuk kali kedua. Kau lelaki keji mendapatkan aku dengan cara begini. Kakinya menendang dan tangannya tergawang-gawang menumbuk dan menampar Adam tetapi lelaki itu bertambah agresif. Nafsunya semakin memuncak apabila Ainnur cuba melawan dan seluruh tubuh Ainnur yang melintuk liuk ingin melepaskan diri membuatkan dia bertambah ghairah di mata Adam.
Tetapi apalah daya tenaganya seorang wanita melawan tenaga seorang lelaki yang telah dikuasai oleh pil yang telah menaikkan nafsu kelelakiannya. 9 iman yang terdapat pada seorang lelaki ternyata tidak mampu untuk menyekat hanya 1 nafsu yang telah dikuasai syaitan.
Wanita yang selama ini dijanjikan untuk tidak disentuh telah diperkosa untuk kali kedua pada malam itu. Seperti madu selepas dihisap, sepahnya dibuang begitulah Ainnur ditinggalkan begitu sahaja oleh Adam selepas tubuhnya diratah oleh lelaki durjana itu.
Kini bunga-bunga cinta yang baru berputik, layu begitu sahaja. Tidak dinafikan Ainnur mula menyayangi lelaki itu kerana menghormati pendiriannya, kerana begitu teguh berpegang pada janji untuk menjaga kehormatannya tetapi akhirnya Adam sendiri telah menodainya. Walau ada kalanya cara Adam menyakitkan hatinya, dia masih bersabar tetapi malam ini segala rasa hormatnya pada Adam lenyap.
Status suami tidak beerti lagi dalam perkahwinan ini. Ainnur tekad. Kalau beginilah kisah hidup untuk hari-hari yang mendatang, dia tidak sanggup lagi menempuhinya. Biarlah mereka berpisah!
Ha... Pe kata akak wat Ainnur larik tinggalkan Adam, amik cuti mengejut sebab nak tenangkan fikiran. Then, dalam masa yang sama segala perangai Maya kantoi dengan Adam... Sure maka Adam marah sangat2 kat dia... Heheh.. Then, Ainnur pegnen, Adam suka dia... wakaka... Just suggest jerp... Tp akk panjang2 la bg berbab2... hehehe
ReplyDeletehehehe...menarik gak tu...
ReplyDeleteHikhik... Lau akk de idea lain pun kite on jerp!
ReplyDeletexpe...org suke dpt idea gak...eheheh
ReplyDeleteHikhik.... Best! Akk, twitter akk pe? Nak follow mehhh
ReplyDelete