Wednesday, 14 March 2012

AKU PILIH KAU

BAB 1

"Annur!"
Annur Aqilah yang sedang menyusun surat ke dalam fail terkejut dengan kehadiran Kak Murni yang tiba-tiba masuk dengan muka cemas.
"Tolong akak Annur..." 
Muka Kak Murni pucat lesi...kenapa la dengan Kak Murni ni? Kena kejar hantu ke? Ke..dia langgar kereta orang? Wajah wanita berusia 50-an itu direnung.
"Kenapa cemas je ni kak? Ce cita...ce cita..." Sempat lagi dia meniru aksi Ucop dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Kampung.
" Kau ni....akak tengah takut ni...kau boleh buat lawak pula." Kak Murni nampak serba tidak kena. Kejap dia duduk...kejap dia bangun...sekejap dia menggaru kepala, memegang leher.
"Akak...cuba akak duduk dulu. Selawat banyak-banyak...Cerita dengan saya...kalau akak macam ni, sampai balik nanti pun saya tak boleh nak tolong akak." Sambil itu, tangan Annur lincah menyusun fail ke dalam kabinet semula selepas kerja-kerja menyusun surat selesai. Dia menarik kerusi untuk duduk. Tempat duduknya hanya bersebelahan dengan Kak Murni, Sudah hampir 2 tahun dia bekerja dengan Kak Murni. Seorang wanita yang tidak langsung nampak di mamah usia. Masih mampu bergurau atau berfesyen seperti orang muda masa kini. Tapi batas pemakaiannya masih lagi di dalam lingkungan wanita 50 an. Tidak terlalu seksi atau menonjol.
"Annur..." Tangan Annur diraih oleh Kak Murni. Wajah Annur direnung tetapi bola matanya kelihatan tidak keruan,
"Kenapa kak?"Annur meletakkan tangannya di atas belakang tangan Kak Murni. Perlahan tangan itu digosok untuk meredakan ketegangan yang melanda wanita bergelar ibu kepada 3 orang anak itu.
"Maya...dia tak jadi kahwin dengan Adam."
Tercengang Annur mendengarnya. Majlis perkahwinan Adam dan Maya sepatutnya akan berlangsung dalam masa 6 hari sahaja lagi. Adam Zafran adalah anak sulong Kak Murni. Umurnya dua tahun lebih tua dari Annur dan bekerja di tempat yang sama dengan mereka.
"Habis tu macamana Kak Murni?Akak biar betul ni..?Siapa yang tak nak kawin ni sebenarnya?" Berbagai persoalan timbul. Kak Murni menghembus nafas perlahan.
"Akak tak tipu Annur. Maya sendiri yang call akak. Dia kata, dia tak boleh terima perkahwinan ni. Dia tak sanggup nak berjauh dengan keluarga dia di Sarawak."
Annur menggelengkan kepala. Orang macam ni pun ada ke? Kenapa sekarang? Kenapa tak dari waktu sebelum merisik dulu, atau waktu sebelum bertunang dulu semua benda ini difikirkan? Kenapa mesti nak mengaibkan semua orang? Ya Allah....kau berikan pertolongan dan petunjuk kepada Kak Murni. 
Annur tunduk merenung lantai. Dia sendiri tergamam. Apa yang mampu dilakukan...Dia pun bukan 'wedding planner' majlis tu. 
Tapi bayangkan kalau la aku wedding planner tu...Annur berbisik di dalam hati. Aku pun boleh mati berdiri nak batalkan majlis dalam masa enam hari sahaja lagi majlis sepatutnya dilangsungkan. Ini semua kerja gila.
"Macamana ni Annur...?" Kak Murni masih meramas tangan Annur. Pening kepalanya...semua tetamu telah dijemput, katering dan khemah, pelamin, bunga telur dan macam-macam lagi telah ditempah. Aduh! Kalau dibatalkan, pastinya dia akan malu. Sudah la kenduri anak sulung...
Kak Murni menggaru kepala membayangkan semua itu. Dalam pada itu, telefon bimbit Kak Murni berlagu menandakan ada panggilan yang masuk.
"Hah! Ni Adam..." Dia mencapai telefon bimbitnya dan berlalu keluar. Lebih selesa mungkin untuk berbincang dengan Adam. Berkerut-kerut dahi Kak Murni berbicara kelihatan dari cermin di dalam bilik pejabat mereka berdua. Tangannya tergawang-gawang menyatakan sesuatu yang tidak pasti butir bicaranya pada Annur.
Kesian Kak Murni....Annur mengeluh sendiri. Dia menyambung kerja-kerja yang tergendala. Bagaimana dengan nasib keluarganya sekiranya permasalahan seperti Kak Murni menimpanya? Ya Allah...Entahlah! Semoga dijauhkan daripada semua perkara-perkara yang tidak diingini dalam hidup ini. Sekiranya berlaku, anggaplah itu satu dugaan yang perlu ditempuhi setiap umatNya.


NOT ONLY 'BISKUT RAYA' BLOG

after a few month x update blog n dah new year pun...heheh...actualy this blog diwujudkan..khas utk jualan kuih raya je. but at last i think...xpe la...use it as may official blog. put anything i want....ok kot...then a few days ni, dalam kepala berberanak-ranak idea nk menulis cerita baru. padahal cerita yg tgh dok buat karang skunk ni masih tergendala. idea termati di tengah jalan. tgh dok pk klimaks cerita tu...yg dah terfikir permulaan dan pengakhiran..tgh2?hahha...ok..xpe la...ape kate kite kembangkan dulu idea yang ade ni.mn lar tau kan...kot2 idea yg baru akan memberi inspirasi pd idea utk the first story...ok la..enjoy k. if ade ape2 x menarik...gtau jak.saya ni pun amatur jer...xde la penulis professional...jgn mara ye...

Friday, 22 July 2011

neStum DeLighT






RM 7.00 (bekas kecil)
jumlah biskut adalah bergantung kepada muat bekas 


RM 22.00 (bekas besar)
75 biji sebekas

sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan atau 
untuk sebarang pertanyaan boleh menghantar kepada 
princess.lyra11@gmail.com

untuk tester biasanya dijual dalam bekas kecil dengan harga RM7.00

bagi yang berminat menjadi pengedar atau pemborong harga boleh dinego lagi
penghantaran sekitar lembah klang boleh dipertimbangkan

Wednesday, 6 July 2011

blueberry tat


RM 7
 ( Bekas Kecil) Boleh order terus...
tak payah tunggu puasa...tak payah tunggu raya...hehehe
klu nk rasa sekarang...boleh order segera ye...








RM 22 (Bekas Besar)
Ada 45 biji satu bekas.

Bahan-bahan pembuatan :-
tepung, telur, butter, gula, nenas, blueberry

yang ni pun boleh order terus. kalau nk rasa dulu..boleh order yang kecik
rasa sedap...order yang besar ok...

apple Mix Fruit





RM 7.00 (Bekas kecil)

boleh order bila2 masa...sblm ramadhan menjelang tiba...atau menjelang syawal



RM 22.00 (bekas besar)
75 biji satu bekas


Bahan - bahan pembuatan :
butter, shortening, tepung, gula, mixfruit, nestum, badam, bubble rice

ready stock kalau nk segera....kalau nk order utk raya pun dah boleh....

coco baDam





RM 7 ( bekas kecil)

RM 22 ( bekas besar)
75 biji satu bekas

bahan-bahan pembuatan :
telur, tepung, gula, butter, serbuk penaik, kacang badam

boleh send emel kepada princess.lyra11@gmail.com untuk sebarang pertanyaan
atau
untuk tempahan 
atau 
tester....tester dijual dalam bekas kecil dengan harga RM 7.00

puTeri Balqis





RM 7.00 (bekas kecil)
kuantiti bergantung kepada muat bekas


RM 22.00 (bekas besar)
60 biji satu bekas

bahan-bahan pembuatan ;
tepung, gula, minyak sapi, kacang


boleh send emel kepada princess.lyra11@gmail.com
untuk pembelian atau tempahan
atau
untuk pembelian tester...tester normally bekas kecik dijual dengan harga RM7.00

kalau berminat untuk menjadi pemborong...harga boleh nego lagi...