BAB 1
"Annur!"
Annur Aqilah yang sedang menyusun surat ke dalam fail terkejut dengan kehadiran Kak Murni yang tiba-tiba masuk dengan muka cemas.
"Tolong akak Annur..."
Muka Kak Murni pucat lesi...kenapa la dengan Kak Murni ni? Kena kejar hantu ke? Ke..dia langgar kereta orang? Wajah wanita berusia 50-an itu direnung.
"Kenapa cemas je ni kak? Ce cita...ce cita..." Sempat lagi dia meniru aksi Ucop dalam Filem Hantu Kak Limah Balik Kampung.
" Kau ni....akak tengah takut ni...kau boleh buat lawak pula." Kak Murni nampak serba tidak kena. Kejap dia duduk...kejap dia bangun...sekejap dia menggaru kepala, memegang leher.
"Akak...cuba akak duduk dulu. Selawat banyak-banyak...Cerita dengan saya...kalau akak macam ni, sampai balik nanti pun saya tak boleh nak tolong akak." Sambil itu, tangan Annur lincah menyusun fail ke dalam kabinet semula selepas kerja-kerja menyusun surat selesai. Dia menarik kerusi untuk duduk. Tempat duduknya hanya bersebelahan dengan Kak Murni, Sudah hampir 2 tahun dia bekerja dengan Kak Murni. Seorang wanita yang tidak langsung nampak di mamah usia. Masih mampu bergurau atau berfesyen seperti orang muda masa kini. Tapi batas pemakaiannya masih lagi di dalam lingkungan wanita 50 an. Tidak terlalu seksi atau menonjol.
"Annur..." Tangan Annur diraih oleh Kak Murni. Wajah Annur direnung tetapi bola matanya kelihatan tidak keruan,
"Kenapa kak?"Annur meletakkan tangannya di atas belakang tangan Kak Murni. Perlahan tangan itu digosok untuk meredakan ketegangan yang melanda wanita bergelar ibu kepada 3 orang anak itu.
"Maya...dia tak jadi kahwin dengan Adam."
Tercengang Annur mendengarnya. Majlis perkahwinan Adam dan Maya sepatutnya akan berlangsung dalam masa 6 hari sahaja lagi. Adam Zafran adalah anak sulong Kak Murni. Umurnya dua tahun lebih tua dari Annur dan bekerja di tempat yang sama dengan mereka.
"Habis tu macamana Kak Murni?Akak biar betul ni..?Siapa yang tak nak kawin ni sebenarnya?" Berbagai persoalan timbul. Kak Murni menghembus nafas perlahan.
"Akak tak tipu Annur. Maya sendiri yang call akak. Dia kata, dia tak boleh terima perkahwinan ni. Dia tak sanggup nak berjauh dengan keluarga dia di Sarawak."
Annur menggelengkan kepala. Orang macam ni pun ada ke? Kenapa sekarang? Kenapa tak dari waktu sebelum merisik dulu, atau waktu sebelum bertunang dulu semua benda ini difikirkan? Kenapa mesti nak mengaibkan semua orang? Ya Allah....kau berikan pertolongan dan petunjuk kepada Kak Murni.
Annur tunduk merenung lantai. Dia sendiri tergamam. Apa yang mampu dilakukan...Dia pun bukan 'wedding planner' majlis tu.
Tapi bayangkan kalau la aku wedding planner tu...Annur berbisik di dalam hati. Aku pun boleh mati berdiri nak batalkan majlis dalam masa enam hari sahaja lagi majlis sepatutnya dilangsungkan. Ini semua kerja gila.
"Macamana ni Annur...?" Kak Murni masih meramas tangan Annur. Pening kepalanya...semua tetamu telah dijemput, katering dan khemah, pelamin, bunga telur dan macam-macam lagi telah ditempah. Aduh! Kalau dibatalkan, pastinya dia akan malu. Sudah la kenduri anak sulung...
Kak Murni menggaru kepala membayangkan semua itu. Dalam pada itu, telefon bimbit Kak Murni berlagu menandakan ada panggilan yang masuk.
"Hah! Ni Adam..." Dia mencapai telefon bimbitnya dan berlalu keluar. Lebih selesa mungkin untuk berbincang dengan Adam. Berkerut-kerut dahi Kak Murni berbicara kelihatan dari cermin di dalam bilik pejabat mereka berdua. Tangannya tergawang-gawang menyatakan sesuatu yang tidak pasti butir bicaranya pada Annur.
Kesian Kak Murni....Annur mengeluh sendiri. Dia menyambung kerja-kerja yang tergendala. Bagaimana dengan nasib keluarganya sekiranya permasalahan seperti Kak Murni menimpanya? Ya Allah...Entahlah! Semoga dijauhkan daripada semua perkara-perkara yang tidak diingini dalam hidup ini. Sekiranya berlaku, anggaplah itu satu dugaan yang perlu ditempuhi setiap umatNya.
Kesian Kak Murni....Annur mengeluh sendiri. Dia menyambung kerja-kerja yang tergendala. Bagaimana dengan nasib keluarganya sekiranya permasalahan seperti Kak Murni menimpanya? Ya Allah...Entahlah! Semoga dijauhkan daripada semua perkara-perkara yang tidak diingini dalam hidup ini. Sekiranya berlaku, anggaplah itu satu dugaan yang perlu ditempuhi setiap umatNya.
Hehehe... Syok!
ReplyDeleteni novel ke x..kenpe x smbung dh lme tertngguh.
ReplyDelete