BAB
39
Rindu
membelenggu
Terkenang
masa lalu
Hati
ini jadi rindu
Tak
terkata
Mana
pun kau berada
Semoga
kau berbahagia
( Rindu – Shae ft Nukilan)
Bacaan Yasin bergema
seisi rumah banglo yang tersergam indah di atas bukit itu. Ternyata walau
dilimpahi dengan kekayaan, bab agama sama sekali tidak dibelakangkan. Lagak Tan
Sri Tengku Zainal seperti orang kebanyakan, hanya berkain pelekat dan berbaju
Melayu Cekak Musang warna biru tua bersongkok hitam. Puan Sri Sharifah Noraini
juga berbaju kurung cotton bercorak bunga kecil warna biru tua bertanah putih
dipadankan dengan tudung bawal berwarna biru muda. Agak pandai bermain warna
supaya tidak menampakkan segala-galanya sedondon dari atas ke bawah.
Dan lelaki yang sedang
duduk tenang di hujung barisan masih nampak bergaya seperti biasa. Seperti
ayahnya, Tengku Zhafran hanya berbaju Melayu teluk belanga warna ungu
berbanding abangnya Tengku Zhafril nampak berbaju Melayu lengkap, bersongkok
siap bersampin.
Usai bacaan Yasin, pada
sesi jamuan makan untuk para tetamu matanya meliar mencari kelibat orang yang
dinanti. Di antara ramai tetamu yang hadir, di taman dia tidak kelihatan,
begitu juga di sekitar kolam renang. Kecewa sedikit kolam hatinya kerana dia
memang mengharapkan kedatangan tetamu istimewa itu seperti sebelum ini. Setiap
bulan, banglo itu sentiasa dengan bacaan Yasin. Tetamu yang terdiri dari
kalangan kariah masjid, rakan dan jiran-jiran sentiasa dijemput hadir. Mereka
seronok memberi makan tetamu. Setiap bulan juga, pelajar-pelajar dari sekolah
tahfiz atau anak-anak yatim dijemput sama.
Walau kekayaan yang
dicari, tapi Tan Sri Tengku Zainal sentiasa mengingatkan anak-anaknya bahawa
bukan kekayaan dunia sahaja yang perlu dikejar tetapi juga akhirat. Sebab itu
dari kecil mereka dihantar ke sekolah agama supaya segala ilmu yang di perolehi
tidak sia-sia. Bak kata pepatah, setandan pisang yang berbuah, tidak semuanya
elok. Begitulah juga dengan anak-anak mereka. Tengku Zatul Aizan anak yang
ketiga dan Tengku Zairul yang keempat bukanlah tidak dididik dengan betul
cumanya apabila meningkat dewasa masing-masing mula memilih jalan sendiri hidup
yang agak sosial. Berpelesiran di kelab malam adalah kegemaran keduanya tanpa pengetahuan
ibu dan bapa. Malah keduanya tidak kelihatan malam ini. Tetapi yang anak yang bongsu
elok bertudung iaitu Tengku Zanariah. Orangnya lemah lembut sedikit sebanyak
mengikut perangai Puan Sri Sharifah Noraini.
“Zhafran…uncle balik
dulu ya.” Dia disapa Dato’ Jamal, salah seorang dari jiran yang menetap di
lorong yang sama. Dia bernasib baik kerana jiran-jiran yang terdiri dari orang kenamaan
rata-ratanya merendah diri. Tidak kira bangsa dan agama. Mereka tidak pernah
berbalah malah saling tolong-menolong.
“Thank you for coming
uncle. Assalamualaikum.” Dia mencium tangan Dato’ Jamal yang sudah di anggap
sebagai ayah kerana umurnya yang hampir sebaya dengan Tan Sri Tengku Zainal.
Menginjak ke angka 11
malam, ramai tetamu sudah beransur pulang. Hanya terdapat kenalan rapat yang
masih berada di ruang makan bersembang dengan Tan Sri Tengku Zainal dan Tengku
Zharif. Bicara orang-orang perniagaan yang membuatkan Tengku Zhafran tidak
berminat untuk masuk campur walau kini dia boleh dikategorikan sebagai salah
seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Namun itu tidak
dibanggakan kerana dia mendapat nama hanya kerana perniagaan yang diwarisi dan
bukan kerana atas usahanya sendiri.
Songkok diletakkan di
atas meja makan, dalam hati terdetik mencari bonda tersayang. Bunyi suara
bersembang dan ketawa mempercepatkan langkah ke dapur.
“Ha…anak-anak gadis ada
dekat sini rupanya. Puas cari dekat luar tadi.” Hati berbunga lega apabila
melihat orang yang dicari berada di situ. Nampak manis berbaju kurung merah
jambu muda serta bertudung penuh. Antara mereka di situ, dialah yang paling
kecil namun dapat dilihat dengan jelas.
“Dah puas ummi suruh
dorang ni makan dekat luar, nak juga menyibuk dekat dapur ni.” Puan Sri
Sharifah Noraini membalas. Lepas semua tetamu usai membaca Yasin, dua orang
gadis yang katanya pekerja di bawah Tengku Zhafran ringan tangan menolongnya di
dapur. Dia pula naik segan bila tetamu yang buat kerja. Tapi keduanya tidak
beralah. Malah terasa ringan bebannya di dapur bila mereka turut membantu.
Kalau nak harapkan dia, Zana dan kedua pembantu yang di ambil dari Indonesia
itu masih belum cukup tangan.
Dia lebih suka masak sendiri
dari mengupah mana-mana katerer bagi jamuan seperti itu. Sebab itu di kalangan
rakan-rakan suami atau anak-anaknya, dia terkenal dengan jolokan Chef Bonda.
“You all dah makan ke
belum?” Matanya terarah pada mereka berdua yang berdiri di sinki. Seorang
membasuh pinggan, seorang lagi membilas pinggan. Adiknya Tengku Zanariah
mengambil tugas mengelap pinggan dan menyusun untuk mengeringkannya sebelum di
simpan ke dalam rak kembali.
“Belum lagi Zhaf.
Ajaklah dorang makan. Tinggal sikit lagi aja tu. Tak apa ummi dengan Zana
habiskan nanti.” Puan Sri Sharifah Noraini lebih senang membahasakan dirinya
dengan perkataan Ummi dengan sesiapa jua kenalan anak-anaknya. Sifat keibuan
yang dimilikinya membuatkan sesiapa pun pasti senang. Tiada perbezaan dari segi
darjat dan pangkat. Baginya semua sama. Kelak ke dalam tanah yang dipijak jua
akan berumah.
“Tak apalah ummi, tak
banyak dah ni. Kami habiskan.” Balas Hani. Ainnur masih tekun bermain sabun
membersihkan sisa kotoran pada pinggan mangkuk yang digunakan. Nasib baik Puan
Sri Sharifah Noraini melarangnya dari membasuhkan segala periuk, kuali yang
digunakan kerana itu menjadi tanggungjawab pembantu rumah. Kalau tidak memang
sudah licin diselesaikan. Baginya itu tidak menjadi masalah. Tengku Zhafran
hanya tersenyum sambil bersandar di dinding yang memisahkan dapur dan ruang
makan.
“Okay. Carry on. Tapi
mesti makan dulu sebelum balik. Kalau tidak you all kena tidur sini.” Ujar
Tengku Zhafran bergurau. Tengku Zanariah tersengih mendengar kata-kata
abangnya. Dia memang tidak banyak bersuara. Sebab dikalangan adik-beradik dia
memang pendiam. Menyampuk atau bersembang bila perlu. Hanya ummi teman
bercerita.
“Dengar tu wahai
dayang-dayang. So siapkan kerja cepat ya. Ummi dah larang, tapi you all ni baik
hati sangat. Tengok anak raja dah bersuara.” Pandai juga Puan Sri Sharifah Aini
bergurau. Masing-masing hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Tengku Zhafran
beredar meninggalkan kaum wanita yang sedang sibuk berkemas di dapur. Dia tidak
mahu masuk campur. Cukuplah dengan mereka berempat di situ.
Puan Sri Sharifah Aini
hanya menghantar pemergian anaknya dengan senyuman. Dari lirikan matanya, dia
tahu ada sesuatu yang menarik perhatian Tengku Zhafran di situ. Dua orang gadis
yang sedang membantunya di sinki dikerling dengan hujung mata. Keduanya nampak
manis berbaju kurung Pahang dengan warna yang sama. Kelihatannya memanglah
seperti dayang istana, dengan tangan yang tangkas bekerja tanpa mengambil kisah
sekiranya sisa-sisa makanan pada pinggan yang dibasuh akan mengotorkan baju
masing-masing. Sesekali mereka tertawa entah apa yang dibualkan dia tidak dapat
mendengarnya dengan jelas. Tengku Zanariah yang berdiri sebaris dengan mereka
hanya tumpang ketawa tetapi tidak sesekali menyampuk untuk bersuara.
“Ummi…pinggan dah siap
ni. Ada apa-apa lagi kami nak tolong?” Suara Ainnur jelas kedengaran sambil
mengelap tangan dengan tuala kecil yang diberikannya tadi.
“Terima kasih
banyak-banyak. Tak apalah, yang lain-lain tu biar si Bik Yam dengan Sari yang
buat. Kamu tolong ummi ni pun ummi dah kira bersyukur.” Puan Sri Sharifah
Noraini tersenyum lebar memandang keduanya. Baginya cukup rahmat diberikan
kesenangan melalui pertolongan dari mereka berdua.
Dia memandang Hani
kemudian beralih pada Ainnur. Setiap seorang memiliki kelebihan masing-masing
walau bukan dikategorikan dalam golongan wanita yang cantik seperti mana yang
selalu di perkenalkan oleh anak sulungnya, Tengku Zharif kepadanya. Mencari
calon menantu kena mintak restu ummi katanya. Tapi kalau mereka ni nak jadikan menantu, bagus
jugak ni. Satu untuk Zharif…satu untuk Zhafran.
“Kalau macam tu, kami beransur
dulu ummi.” Ujar Hani mematikan lamunan Puan Sri Sharifah Noraini.
“Eh! Tak makan dulu ke?”
Dia sedar keduanya hanya menjamah karipap dan selebihnya banyak bekerja di
dapur.
“Dah makan tadi ummi.”
Ringkas jawapan Ainnur. Dia menurunkan lengan baju yang disingsing hingga ke
siku bagi memudahkan kerja-kerja membasuh tadi.
“Ish! Makan kuih aja.
Tak apalah, ummi suruh Bik Yam bungkuskan. Bik!!!”
“Tak apalah ummi. Buat
susah aja.” Tidak senang pula menyusahkan Bik Yam yang sedang sibuk berkemas di
luar. Lagipun kalau dia membawa pulang makanan, tiada siapa di rumah selain
dari Arina yang sudah pun makan di luar tadi bersama kawannya. Membazir. Tapi
untuk menolak, segan pula.
“Tak apa…tunggu kejap.
Jangan balik dulu. Bikkk!!!” Nyaring pula jeritannya membuatkan Bik Yam
terkocoh-kocoh berlari ke dapur.
“Kenapa ibu? Jangan
jerit-jerit…telinganya masih dengar lagi.” Ujarnya dalam slang Indonesia. Bibik
Yam sama seperti wanita Indonesia yang dilihat dalam drama-drama di televisyen.
Seorang wanita berumur, bersanggul rambut tinggi seperti orang lepas bersalin, cuma
yang membezakan adalah dia berbaju
kurung seperti orang Malaysia. Mungkin itu atas arahan Puan Sri Sharifah Aini
kerana Sari juga mengenakan pakaian yang sama. Sari nampak lebih muda mungkin
dalam lingkungan umur 18 tahun. Bertubuh kurus dan kecil, berambut panjang
tetapi ditocang satu.
“Ya…ibu tahu kamu masih
boleh mendengar. Tolong bungkus makanan untuk tetamu bawa balik. Cepat!”
“Ya bu!” Dengan segera
laci dibuka mencari bekas untuk mengisi makanan.
“Kamu berdua duduklah
dulu.” Ujar Puan Sri Sharifah Aini kemudian dia keluar dari dapur menuju ke
tingkat atas. Hani dan Ainnur turut keluar meninggalkan Bibik Yam berseorangan
dan sebaik melintasi meja makan, dilihatnya makanan sudah tersusun sepertinya
untuk menjamu orang makan.
Untuk siapa pula
makanan ni? Ada orang nak datang lagi ke? Getus hati.
“Dayang-dayang…beta
lapar. Belum makan lagi. Jom makan dengan beta.” Suara garau itu menangkap
telinga keduanya.
Mereka berpandangan.
Segan la pula.
“Duduk aja. I tau, you
all tak makan lagi. Makan dulu, kalau tidak tak boleh balik.” Ujar Tengku
Zhafran sambil tersengih. Hani dan Ainnur tiada pilihan tetapi belum sempat
melabuhkan punggung, Tengku Zhafran sudah pun menarik kerusi Ainnur untuk
membolehkan wanita itu duduk.
Ainnur terpinga-pinga.
Gentleman sangat bos ni.
Kemudian dia beralih
pula pada Hani yang masih berdiri menunggu giliran seterusnya untuk mendapat
layanan istimewa.
“Thank you bos.” Tersipu-sipu
malu keduanya.
“Ain…” Kenapa pula dia
sebut nama aku ni? WHAT? Ain mengangkat kepala memandang Tengku Zhafran dan
seperti dia membaca apa yang terdapat dalam kepala setiausahanya itu.
“I cakap apa, kalau
luar dari office.”
Ainnur membuat muka
bingung. Dia tidak mahu Hani yang memendam rasa terhadap Tengku Zhafran
tersalah anggap nanti. Tak akan nak panggil Zhaf dekat sini. Ish! Bos ni
ada-ada ajalah!
“Okay…let’s eat.”
Tengku Zhafran beralih tajuk dan terus mencedok lauk ke dalam pinggan Ainnur
membuatkan hati Hani terus berkata-kata. Okay…Ain dapat layanan best sebab itu
bos dia. Untunglah…
Sebaik dia menyuap nasi
masuk ke mulut, tekak terus berasa loya. Cepat-cepat dia mencapai tisu dan meluahkan.
Daging…sejak disahkan mengandung, daging adalah salah satu makanan yang
terpaksa dielak.
“Excuse me.” Dia terus
menolak kerusi dan berlari ke arah tandas yang terletak di sebelah dapur.
Segala isi perut terus keluar.
Ya Allah! Peritnya tekak.
Dia mengurut dada sendiri. Perut yang tiba-tiba mengeras diusap lembut bagi
meredakan ketegangan.
Ya Allah…hebatnya
dugaan ini. Sorry…anak ibu tak suka daging ya. Perut terus diusap
perlahan-lahan.
“Ain…are you okay?”
Dilihatnya Tengku Zhafran sudah sedia menunggu apabila pintu di buka. Maknanya
dia dengarlah aku muntah-muntah tadi?
“Pening kepala sikit.”
Dia memegang kepala. Memang sejak dari mula kepalanya agak pening namun dia
cuba bertahan. Tapi bila saja daging tadi memasuki mulut memang dia tidak
tertahan lagi. Sebaik muntah, pening semakin teruk sehinggakan dia sukar untuk
berdiri tegak.
“Itulah, sibuk sangat
dekat dapur sampaikan perut masuk anginlah tu.” Berkerut dahi lelaki itu
memandangnya.
Ainnur tersengih. Tidak
berniat untuk membalas kata-kata Tengku Zhafran. Cubaan berjalan seperti biasa
tidak berjaya, kerana kepalanya terasa berpusing sehinggakan terpaksa dipapah
oleh Tengku Zhafran. Dia cuba menolak tapi Tengku Zhafran berkeras untuk
membantunya.
Dia risau sekiranya
Ainnur jatuh pengsan. Tidak sangka sama sekali disebabkan Ainnur membantu ummi
di dapur membuatkan wanita itu jatuh sakit. Dia terasa bersalah.
“Next time kalau datang
sini lagi jangan sibuk dekat dapur. I risau tau you sakit macam ni.” Ainnur
diam sambil memandang sahaja Tengku Zhafran yang sedang memegang erat pinggangnya.
Sebelah lagi tangannya menggenggam tangan Ainnur. Bau haruman minyak wangi yang
dipakainya membuatkan Ainnur agak rasa lega seperti aromaterapi. Dia senang
dengan wangian itu kerana sejak akhir-akhir ini hidungnya agak sensitif
menangkap bau-bauan yang semuanya dirasakan berbau busuk. Begini rupanya
perasaan orang yang mengandung. Tidak sabar rasanya menunggu untuk masuk ke
trimester kedua kerana mengikut ulangkaji yang dibuat, segala-galanya akan
berkurang apabila kandungan mencecah ke lima atau enam bulan.
“You smell good.”
Alamak! Kenapa aku cakap benda tu! Dia menekup mulut sendiri. Pipi mula merona
kemerahan.
“Do I? You like it?”
Dia dengarlah pulak. Ainnur termalu sendiri.
“Ainnur…” Mata
bertentang mata, masing-masing terdiam. Tenggelam mereka seketika dalam dunia
sendiri. Kesempatan itu diambil oleh Tengku Zhafran untuk menatap
sepuas-puasnya wanita yang telah mencairkan hatinya dengan senyuman dan
tingkahlaku yang membuatkan dia terpikat. Melihatkan tahi lalat di tepi bibir
itu menambah kemanisan senyuman yang memang ingin dilihat setiap hari. Setiap
pagi, hidupnya terasa indah apabila gadis tersenyum sambil menyapanya. Air
tangan wanita itu yang membancuhkan kopi untuknya ingin dirasakan setiap hari.
Dia mahu memeluk tubuh itu, mengucup puas setiap inci wajahnya.
“Ain!” Suara Hani membuatkan
keduanya seperti tersedar dari mimpi.
“Saya balik dulu
Tengku.” Dia bergegas berjalan ke arah Hani yang sedang menunggunya di pintu
masuk. Mujur Hani tak perasan kalau tidak mungkin kawan baiknya itu akan
membuat pelbagai spekulasi.
“Take care!” Laungnya
dari jauh, hanya mampu menghantar dengan pandangan mata. Terlalu cepat tanpa
sempat dia mengejar. Dia merenung tangan yang menggenggam erat pinggang Ainnur
tadi.
“So, which one?” Suara
Puan Sri Sharifah Noraini memecah lamunannya.
“What ummi?” Pura-pura
buat tidak faham.
“You know what I’m
talking about.” Puan Sri Sharifah Noraini sudah tersenyum lebar. Sebagai ibu,
dia tahu apa yang bermain di dalam perasaan Tengku Zhafran pada ketika ini.
“Good night ummi…”
Senyuman di balas senyuman dan dia terus berlalu pergi. Biarlah apa yang
dirasainya di simpan sahaja di dalam hati. Selamat malam cinta hati….nanti kita
berjumpa lagi.