Friday, 17 April 2015

AKU PILIH KAU! 41

BAB 41

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta
( Takkan Terpisah – Black )


"Hai!"

"Hai bos!" Kus semangat...terperanjat aku. Dah kenapa bos ni? Batang tubuh Tengku Zhafran direnung atas bawah. Berbaju ungu lembut dipadankan dengn seluar kelabu muda tanpa tali leher. Sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura yang tersendiri, dia masih tampan walau pakaiannya nampak bersahaja. Ketinggian, ketampanan lambang lelaki yang hidup dengan serba kemewahan.

"I laparlah. Jom lunch."

Ainnur menelan air liur. Dia ajak aku keluar makan? Ni yang segan ni. Dia melirik jam yang tertera di skrin komputer. 12.30 tengah hari. Memang tepat waktu makan pun sekarang ni.

"Tapi saya dah janji keluar lunch dengan kawan saya." Bukan niat untuk menolak tetapi memang dia sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama Hani.

"Siapa kawan you? Lelaki? Perempuan? Ramai ke? It's okay. Jom ajalah! Lagi ramai, lagi seronok."

Ainnur mengetap bibir bawah.

"Don't look at me like that. I'm serious." Tengku Zhafran mengambil tempat di hadapan Ainnur. Seronok melihat setiausahanya itu mengerut dahi. Kenapa? Pelik ke bila seorang majikan hendak keluar makan dengan kakitangan. Bukan stranger pun. Kalau jumpa perempuan tepi jalan lepas tu ajak makan sama, itu memang pelik. Baginya tiada jarak pengukur status antara dia dan kakitangan. Kalau boleh, dia ingin berada di kantin atau kedai mamak lepak dengan kawan-kawan satu pejabat. Makan bersama dan menjerit GOLLLL!!! apabila Liverpool menjaringkan gol. Al-maklum, peminat Liverpool. Tapi cuma masa mencemburui setiap detik dan saat dalam hidupnya. Pagi ke tempat kerja, malam baru pulang kemudian dia terus tidur kerana keletihan akibat beban kerja yang bertambah setiap hari.

Tengku Zhafran membetulkan lipat lengan baju yang disinsing hingga paras siku.

"Ain....I'm Waiting." suara garaunya mematikan lamunan Ainnur seketika.

"Okaylah bos. Yang penting, bos belanja."

"No problem." Ujar Tengku Zhafran riang. Inilah saat yang dinanti-nantikan. Peluang yang sedia ada perlu digunakan sebaiknya. Kebetulan jadualnya kosong pada petang ni. Bolehlah dia berlama-lama berborak dengan setiausaha kesayangannya.

"Tapi saya nak jumpa Hani dulu. Nanti dia terkejut pula tengok Tengku ada sama.” Pasti rakan baiknya itu akan melompat kegirangan apabila berita ini akan disampaikan padanya nanti. Dia dapat membayangkan muka Hani akan merah padam, tersipu-sipu malu dan mulut yang becok macam murai tercabut ekor itu akan terus bertukar menjadi kucing yang manja menggesel tak tentu pasal dengannya. Malah mungkin tak bunyi langsung.

"No problem. Shall we?" Bayang wajah Hani terus lesap apabila mendengar kata-kata Tengku Zhafran.

Telefon bimbit atas meja dicapai. Baginya itu lebih penting berbanding menyandang beg tangan. Kadang-kadang rimas pun ada. Bila bawak, nak kena jaga betul-betul. Sebab situasi sekarang, orang sangat cepat tangan. Dah kerap kali dia mendengar cerita orang main sapu aja beg tangan di atas meja, malah atas riba pun boleh dicapai.

"Naik kereta I, suruh Myvi Oren tu berehat."

Ainnur tersengih. Kebetulan pula dia tidak membawa kereta hari ini kerana masih berasa pening-pening lalat. Nasib baik ada Hani yang begitu baik hati menawarkan diri untuk mengambil dan menghantarnya pulang. Kalau nak diikutkan perancangan bersama Hani hanya untuk pergi makan di sekitar pejabat sahaja memandangkan keadaan dirinya yang kurang sihat tetapi lain pula jadinya. Permintaan Tengku Zhafran tidak sampai hati pula nak ditolak tambahan dengan mukanya yang bersungguh-sungguh mahu ikut sama.

Mereka berjalan beriringan sehingga memasuki perut lif yang kosong tanpa penghuni. Punat G ditekan.

"Apa angin bos tiba-tiba nak belanja makan hari ni?" Ujarnya membuka bicara. Terkesan pula dengan keadaan sunyi yang melampau membuatkan dia tidak selesa.
"Saja. Tak kan nak buat amal jariah tak boleh?"
"Amboi! Amal jariah. Kami bukan fakir pun Tengku." Dia tersenyum simpul.
"I dah boring mengadap kerja. Tepu otak I ni. Lagipun, I free petang ni. Bolehlah kita keluar sembang panjang sikit."

Ainnur terdiam. Sembang panjang sikit?

Ting! Lif berhenti di tingkat 12. Tengku Zhafran mencapai pergelangan tangan Ainnur menarik dia rapat ke sisinya bagi memberi ruang untuk penumpang lain masuk. Lif hanya boleh memuatkan 15 orang itu ternyata penuh apabila tiba waktu kemuncaknya. 10 orang pun dah ternyata nampak sempit.

"Hai Tengku." Masing-masing menyapa sebagai tanda hormat. Tengku Zhafran hanya menundukkan kepala sedikit membalas sapaan tersebut. Wajahnya nampak serius. Namun Ainnur seperti mahu tergelak kerana ternyata itu hanyalah wajah yang dibuat-buat. Kebenarannya Tengku Zhafran bukanlah orang yang sebegitu. Selama hampir dua tahun menghadap muka yang sama setiap hari membuatkan dia semakin mengenali lelaki tersebut. Marahnya pada pekerja hanya sebentar dan tidak akan berlanjutan pada orang lain. Sebagai seorang ketua, sikap tegas sengaja diperlihatkan untuk mendidik orang bawahan menghormatinya namun itu tidaklah bermaksud dia tidak boleh dibawa berbincang. Dia sangat gemar apabila ada antara pekerja-pekerja yang dapat memberi idea baharu yang bernas dan lain dari yang lain untuk kemajuan syarikat.

Ting!

Lif berhenti di tingkat G dan ternyata ada mulut-mulut terus berbisik-bisik sambil memandangnya. Apa kes?
Baru dia sedar, pergelangan tangannya masih di dalam genggaman tangan Tengku Zhafran. Bila dia cuba menarik, semakin kuat genggaman Tengku Zhafran sehingga semua penumpang keluar barulah genggamannya dileraikannya.

"Saya nak jumpa Hani kejap ya bos."
"Okay. I tunggu dekat kereta." Tengku Zhafran tahu, hanya Hani satu-satunya teman paling rapat Ainnur. Ke mana-mana pasti berdua. Hani Qamarina…nama secantik orangnya. Pandai bergaya. Tidak salah apabila dia menaikkan pangkat Hani sebagai Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan. Punya daya tarikan tersendiri bukan sahaja dari segi rupa, malah pembawaan diri atau tutur bicaranya membuatkan ramai pelanggannya berpuas hati. Kepandaiannya menyelesaikan masalah juga membuatkan dia tidak perlu risau membiarkan Hani mengendalikan bahagian itu mengikut perancangannya sendiri.

Ainnur lantas berlari-lari anak menuju ke kaunter khidmat pelanggan. Mata melilau mencari Hani. Mana pula minah ni?
Jari mengetuk-ngetuk meja. Tiada siapa yang kelihatan untuk bertanya ke manakah sahabatnya itu menghilang diri. Dia resah kerana tidak mahu Tengku Zhafran menunggu lama. Dia dapat melihat dengan jelas lelaki itu sedang bersandar di pintu kereta rasminya sambil matanya tak lepas memandang telefon bimbit yang dipegang.

“Ain!” Dari jauh kelihatan Hani yang berbaju kemeja kelabu dan berskirt pendek warna hitam paras lutut dilihat keluar dari tandas perempuan.
"Beb!" Suaranya agak sedikit menjerit memanggil Hani.
"Mengapakah mek Nur?"
"Kau kata nak lunch dengan aku."
"Ala...Aku ada client. Sorry..." Bibirnya menjuih kepada seorang lelaki dalam lingkungan umur 40 an yang duduk di kerusi menunggu.
"Masa rehat kut."
"Dah tu, kau nak aku cakap dengan dia aku nak pergi makan. Nak suruh dia tunggu. Kau dah gila? Dah la dia kata dia kawan dengan bos kau."
"Ya ke? Beb...rugilah kau tak ikut. sebab aku nak keluar dengan buah hati kau ni."
"Maksud kau tengku Zahfran?"
Ainnur mengangguk laju.
"Alamak! Melepas!" Kecewa nampaknya Hani kerana tidak dapat ikut sama.
"Ehem! Lama lagi ke saya nak tunggu?" Suara garau itu mematikan perbualan dua orang rakan itu.
"Opss! sorry Tuan Syed. Jom kita masuk office I. " Ain ditinggalkan. Dalam hati mengutuk tetamu di sebelahnya yang membuatkan dia tidak dapat turut serta makan dengan buah hatinya. Tapi nak buat macam mana, kerja….terpaksalah berkorban. Kalau tak apa gunanya dia dilantik sebagai ketua.

Ainnur tersenyum sahaja melihat rakan baiknya yang berjalan melenggang mengiringi tetamu hingga masuk ke pejabatnya. Dia melangkah berhati-hati mendapatkan Tengku Zhafran yang masih lagi asyik dengan telefon bimbitnya. Sebaik kaki mencecah ke anak tangga kedua, kepala berpusing secara tiba-tiba mungkin kerana cahaya matahari yang memancar pada cermin kereta yang diparkir di hadapan bangunan memantulkan silaunya tepat ke mata membuatkan dia hilang imbangan dan hampir terjatuh namun sempat disambut seseorang. Tangan dan pinggangnya di peluk erat.

“Thank you Tengku.” Ujarnya malu-malu.
“Are you okay?” Lelaki itu nampak cemas.
“I’m okay. Don’t worry.” Dia cuba mengukir senyuman semanis mungkin untuk menutup kebimbangan di hati. Jantung berdegup laju. Nasib baik Tengku Zhafran sempat menyelamatkannya kalau tidak entah apalah yang terjadi agaknya. Selepas beberapa kali berulang untuk pemeriksaan di klinik, doktor banyak menasihatkannya untuk sentiasa menjaga pergerakannya kerana kandungannya masih agak lemah. Tambahan pula tekanan darahnya juga rendah.

Kasut tumit tinggi tidak lagi menjadi pilihan untuk dipakai malah dia lebih selesa memakai loafer atau yang bersesuaian untuk ke pejabat. Walaupun kasut-kasut yang dipakainya mungkin tidak akan menambahkan ketinggian namun dia lebih rela demi untuk menjaga bayi di dalam kandungan. Semakin hari dia dapat merasakan setiap nadi yang berdegup dari perutnya membuatkan hati bertambah sayu. Mama love you baby… Tiada apa yang lebih penting dari memastikan baby dapat lahir sihat.

“Ain.. Nak makan dekat mana?”
"Ha??" Rupanya dia sudah berada di dalam kereta bersama Tengku Zhafran dan Budi, pemandu setia bosnya sudah bersiap sedia memegang stereng. 

“Are you sure you’re okay?” Tengku Zhafran cuba mendapatkan kepastian. Dari tadi, Ainnur langsung tidak bercakap. Dia duduk sahaja apabila disuruh. Bila dia bertanya tiada jawapan dan matanya tertumpu di luar kenderaan sepertinya sedang memikirkan sesuatu.

“I’m sure….I’m okay. Don’t worry. Just pening sikit mungkin sebab I skip breakfast. Just drink a cup of coffee with cookie untuk alas perut tadi.” Ujarnya perlahan.

“Ain…how many time I told you…”
“Don’t skip your meal…jangan kerja berat sangat. Saya tahu tu. Bos ni macam perempuanlah suka membebel.” Belum sempat Tengku Zhafran menghabiskan kata-katanya, dia sudah menyambung kerana ayat itu memang selalu bermain-main di bibir bosnya itu apabila dia menyatakan dia tidak sempat menjamah sebarang makanan berikutan terlalu sibuk.
“Kalau you taknak dengar I membebel…so please bukan sahaja dengar tapi buat apa yang I cakap tu okay sayang.” Dia mencuit hidung Ainnur membuatkan wanita itu agak terkejut dengan tindakan spontan bosnya.
“So…mana kawan you?” Tengku Zhafran cuba mengalih perhatian Ainnur kerana wanita itu tampak tidak selesa dengan tindakannya. Sorry…..
"Sorry bos. Nampaknya kita berdua ajalah. Hani ada client dia kena attend."

Yes! Tengku Zhafran tersenyum lebar. Ini memang saat yang ditunggu-tunggu. "So, you nak makan dekat mana?"
"I....I tak kisah Tengku. Mana-mana pun boleh. Beside bukan I yang bayar pun." Ainnur tersengih. Lega Tengku Zhafran bila Ainnur sudah tersenyum.
"Okay Budi. Tempat biasa."
"Orait bos!" Budi tersenyum seraya terus menekan minyak memecut di celahan kereta yang bersimpang siur menuju ke destinasi seperti yang diarahkan.

Sementara itu di kejauhan, ada hati yang terluka dengan kelakuan insan yang disayanginya itu berpegangan dan berpelukan dengan lelaki lain. Yang ternyata lelaki itu lebih kacak, lebih kaya dan bergaya darinya. Hatinya terus pedih bagai ditoreh dengan belati tajam kemudian di curah dengan cuka yang mengalir menusuk ke setiap belahan sehingga membuatkannya perit.

“Sial!!!”


No comments:

Post a Comment