BAB
37
Bintang…hentikanlah…
Tangisan yang akan
menyiksa diriku
Bintang…dengarkanlah…
Ada satu pesanan
terakhir dariku
Bintang…kau pergilah…
Kerna itulah yang
terbaik untukmu
(
Bintang – Budak Kaca mata)
Bintang yang bertebar melatari dada
langit yang hitam pekat dipandang sepi. Bulan tidak menampakkan diri pada malam ini membuatkan cahaya malam hanya samar-samar ditemani lampu jalan yang bercahaya dari jauh. Beberapa biji bintang yang nampak
berkelip-kelip cuba mencuri perhatian tetapi tetap tidak diendahkan. Walau
tiada bunyi unggas malam seperti cengkerik, burung hantu mahupun katak sepertimana di kampung yang
memanggil hujan di kala malam yang agak berbahang kerana cuaca panas masih
melanda di tanah Kuala Lumpur ini, namun bunyi hon kereta atau motosikal yang
bingit sesekali kedengaran menerpa ke corong telinga. Itu pun masih tidak
mampu mengisi kesepian hati yang masih parah dengan perasaan kecewa dan sakit hati.
Kenapa hati ni sakit sangat? Mengapa jiwa
ini terasa kosong? Kenapa?! Kenapa?! Hei! Aku lelakilah! Benda ni tak sepatutnya membuatkan aku lemah sampai macam ni sekali. Damn it!
Kedua belah kaki di angkat membolehkan dia melunjur di
atas kerusi kecil yang memang ditarik berada di hadapannya. Tin Vanilla Coke yang masih
berbaki separuh diletakkan di atas meja sebelah kiri. Kepala mendongak mengadap
langit sambil kedua belah tangan diletakkan di letakkan di belakang kepala.
Ainnur Amnani… Ainnur Amnani… Ainnur
Amnani...nama sedap.
Ish! Kenapa nama itu yang perlu disebut?
Kenapa tidak Maya…Maya… Dia memerah otak cuba mengingati nama penuh wanita itu.
Urgh!!! Tiba-tiba nama itu seperti sudah hilang dari kotak ingatannya.
Maya….Matilda! Yeah! Maya Matilda!
Dua wanita penting yang berada di dalam
hatinya kini. Keduanya terlalu jauh berbeza dari segi perwatakan. Seorang
terlalu manja, gedik sangat pun ada sampaikan dia naik meluat pulak lebih lagi
kalau ada wartawan yang sedang menyoal siasat latar belakang kehidupannya. Dia
sudah terlebih dahulu berundur diri kerana tidak mahu berada di dalam lipatan
gosip gadis yang tidak mustahil akan bergelar pelakon popular satu hari nanti.
Namun bukan dari segi bakat yang dipandang tapi gosip yang semakin meliar. Sering
kali telinganya menadah gosip-gosip Maya yang berkepit dengan lelaki tidak kira
siang dan malam tetapi dipekakkan telinga kerana tidak pernah tertangkap dengan
kedua biji matanya sendiri. Lalu dibiarkan sahaja. Nasihat Shaq yang sudah
hampir bernanah telinga didengarinya tidak diendahkan.
Ainnur, seorang isteri yang baik. Tiada
cacat cela dari segi fizikal mahu pun mental dari luarannya. Rupa paras masih
tidak dapat menandingi Maya namun manisnya tetap ada. Hatinya ada sedikit melting bila merenung wajah itu namun
perasaan itu cuba dihindari.
Kenapa Adam? Aku tak tahu! Aku cuba
menidakkan perasaan ini sedangkan ia semakin bercambah sehingga membuatkan aku
takut. Dia bermonolog sendiri.
“Tahniah! Puan Ainnur pregnant!”
Kata-kata itu terus bermain-main di fikirannya membuatkan hatinya bertambah
sakit. Tin di hempas atas lantai dan dipijak-pijak dengan sekuat hati. Airnya berhamburan keluar membasahi lantai di tempatnya berdiri. Dibiarkan air tersebut mengalir lesu tanpa tujuan.
"Arghhh!!!!"
“Hoi! Kau ni kenapa? Meroyan tak tentu
hala!” Volume suara belum pun mencapai 50 peratus terhenti tiba-tiba apabila bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. Terbantut usaha bagi menjadikan jerit yang diketahuinya sebagai salah satu terapi bagi melepaskan geram. Shaq tersengih berdiri sambil memegang mug di tangan kirinya. Asap nipis dapat dilihat menari-nari di atas permukaan mug.
“Hot chocolate?” Tekanya.
Shaq mengangguk. Lantas mug terus
dirampas dan sebaik air mencecah lidah, ia berhamburan keluar semula dari mulut Adam.
“Panas!” Dia menyapu sisa air yang
melekat di sekitar bibir.
“Dah
nama pun hot chocolate. Aku ulang…hot chocolate. Mestilah panas. Kau tak
past bahasa Inggeris ke masa sekolah dulu. Ke nak aku bawak kamus untuk kau? Nama aja grad universiti, perkataan senang macam tu pun tak tahu.”
Dia mengambil tempat di kerusi kosong sebelah Adam.
"Ini kawasan perumahan bro...tak payahlah nak jerit kuat-kuat. Kalau nak jerit sangat pergilah Bukit Ampang ke, Bukit Belacan ke....bukit bukau yang dalam hutan tu ke? Akal ada ke?" Jari telunjuk mengetuk kepala sendiri.
Adam diam tidak bersuara lalu melabuhkan punggung di atas kerusi plastik berwarna putih itu semula. Bersandar dan cuba mencari ketenangan. Mata melilau melihat sekeliling rumah dua tingkat yang sudah dijadikan studio untuk mereka mencari rezeki bersama. Bahagian bumbung sudah diratakan dan dijadikan
tempat bagi bersantai oleh tuan rumah yang telah berpindah ke luar negara dan tanggungjawab sepenuhnya diberikan kepada mereka untuk menjaga rumah tersebut sebaik mungkin. Sewa yang murah membuatkan mereka sepakat untuk menyewa di situ berbanding rumah kedai yang agak mahal dan memerlukan kos modal yang besar buat mereka yang baru memulakan perniagaan sendiri pada ketika itu. Anak-anak muda yang lebih senang bergerak sendiri tanpa pengawasan sesiapa. Bekerja menggunakan idea dan kreativiti mereka tanpa batasan yang tertentu.
Selaku pengasas, Adam dan Shaq tidak pernah membantah semua artwork yang disediakan oleh rakan sekerja malah mereka turut sama mengeluarkan idea-idea bernas bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan. Dalam masa tiga tahun, mereka berjaya membina nama sendiri di kalangan industri fotografi perkahwinan yang semakin bercambah bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Semangat kerjasama berkumpulan antara mereka amat kukuh membolehkan segala kerja berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan berpegang pada pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Selaku pengasas, Adam dan Shaq tidak pernah membantah semua artwork yang disediakan oleh rakan sekerja malah mereka turut sama mengeluarkan idea-idea bernas bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan. Dalam masa tiga tahun, mereka berjaya membina nama sendiri di kalangan industri fotografi perkahwinan yang semakin bercambah bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Semangat kerjasama berkumpulan antara mereka amat kukuh membolehkan segala kerja berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan berpegang pada pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
"Adam...hot chocolate dah tak hot. Nah!" Namun sahabatnya menggeleng tanda tidak berminat lagi dengan air tersebut dan matanya masih tertumpu ke hadapan membuatkan Shaq turut sama membulatkan mata ke arah tempat yang menarik minat Shaq. Tak ada yang menarik pun. Dahinya berkerut, dalam hati sudah berdebar. Jangan-jangan dia nampak sesuatu yang aku tak nampak kut. Sempat dia menelek jam di tangan. Ish! Dah pukul satu pagi ni, macam-macam pulak si Adam ni.
"Adam...." Tangan di gawang-gawang di hadapan Adam, namun tiada respon malah matanya tidak berkelip langsung.
"Adam Niyaz bt Amar Nordin! Kau nampak hantu ke?"
"Ish! Mengarutlah kau ni!" PAP! Satu tepukan di dahi percuma dihadiahkan untuk Shaq. Aku nak berangan sekejap pun menyibuk aja!
Fikirannya kembali pada coklat panas kegemarannya. Kenapa air ni tak sesedap selalu? Adakah sebab tangan yang membuatnya? Lama air coklat panas di dalam mug yang berada atas meja di hadapannya ditenung sehingga Shaq berdehem cuba menyedarkan kembali rakannya itu dari
lamunan yang panjang sekali lagi.
“Hot chocolate tak nak! Nampak hantu pun tidak! What’s wrong with you man? Lain macam
aja aku tengok. Dah dua hari aku tengok kau tidur sini. Isteri kau pergi mana?
Hilang lagi macam hari tu?” Peristiwa tiga bulan lepas menerjah kembali di ingatan. Sasau jugaklah temannya itu bila tak dapat merasa air tangan si isteri macam selalu.
Tiada jawapan sebaliknya Adam
menggeleng. “Jangan cakap hal dia boleh tak?”
“Woo! Chill out man. Korang gaduh eh?”
Khabar Adam sudah dua hari bermalam di studio disampaikan oleh Chiko yang merupakan salah seorang rakan sekerja mereka merangkap pengawal keselamatan di situ kerana sejak mula bekerja, hampir setiap hari dia pasti orang yang paling lambat hadir ke studio atau lokasi dengan alasan rumah jauh dan terperangkap dengan kesesakan jalan raya. Shaq dan Adam akhirnya sepakat bagi mengatasi masalah tersebut dengan membenarkan Chiko tinggal di situ dengan syarat dia harus menjaga kebersihan rumah tersebut dan memastikan semua barang-barang dalam keadaan selamat. Tapi Chiko tidak serapat Shaq dan Adam, jadi dia tidak
mahu masuk campur. Kerja tetap kerja, hal peribadi dia tolak belakang. Cuma kekerapan dia kena marah sejak akhir-akhir ini membuatkan dia terpaksa membuka mulut pada Shaq lebih lagi bila gambarnya yang sudah siap dicetak telah dikoyak depan mata oleh Adam tanpa melihatnya terlebih dahulu. Apa
kes? Dua hari dia bersengkang mata bagi menyiapkan gambar tersebut kerana pelanggan mahukan segera berikutan mereka akan bertolak ke luar negara bagi menyambung pengajian. Adam dengan tanpa usul periksa, terus koyak kerana katanya gambar tak sharp dan blur. Tapi bukankah itu salah satu teknik dalam fotografi? Dia jadi buntu dan Shaq jadi tempat mengadu nasib.
“She’s pregnant.” Walau perlahan, namun telinga
Shaq masih dapat menangkap kata-kata Adam seraya dia tersenyum lebar.
“Congratulation! That’s my man. Akhirnya…”
Dia menghulur tangan untuk bersalam namun tidak disambut.
“Congratulation kepala otak kau! Tu
bukan anak aku!” Adam berdiri membelakangi Shaq yang sudah mempamerkan riak
muka terkejut.
“Are you serious?” Shaq masih lagi cuba
bertenang walau dalam hati terus berkata…Mustahil!
“Aku tak pernah tidur sama dengan dia.
We never had sex together. Sekarang kau faham maksud aku?”
“Come on Adam…dah dua tahun kut. Tak
akan korang tak pernah terlanjur or tergoda bila bersama-sama bawah satu
bumbung.”
“Aku…aku…” Terus bibir tergagap-gagap untuk berkata-kata.
“She is your wife. Tak cukup dengan
nafkah zahir aja, nafkah batin tu satu tanggungjawab kau tahu tak. Berdosa
kalau ikut dari hukum syara’ kau seksa batin dia macam tu. Bukannya kau tak
mampu. Dia pun bernafsu, jatuh haram dan berdosa besar suami bila mengabaikan nafkah batin isteri. Kau tak takut ke semua solat dan segala amalan kau tuhan tak terima?" Berkerut-kerut dahi Shaq berhujah. Pandai tu tidaklah tetapi selalu juga dia mengikuti ceramah agama di masjid kalau berkesempatan.
“Sudahlah beb…jangan berceramah lagi.
Pening kepala aku ni!”
“Kalau aku tak ceramah, siapa lagi nak
nasihatkan kau? Cuba kau beritahu aku sekarang. Mummy dengan papa kau mesti tak
tahu kes korang kan?"
Adam terdiam. Ada betulnya cakap Shaq
itu, selama ini segala masalahnya hanya Shaq yang menjadi pendengar setia. Dia merasakan
sudah cukup dewasa untuk tidak bercerita mengenai segala-galanya pada mummy dan papa, jadi
Shaq menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Shaq jugalah penasihat terbaik
dalam segala hal. Mujur juga kawan baiknya itu bukan jenis manusia yang bermuka-muka. Peribadinya terjaga cuma sejak mengenali Maya, Shaq sudah tidak
menjadi kepentingan dalam hidupnya lagi. Kasihan sahabatnya itu.
“Kalau kau kata, yang dia bukan
mengandung anak kau…habis tu anak siapa?” Kata-kata Shaq menerkam ke dalam
gegendang telinga lantas menghantar isyarat ke otak…anak siapa?
“Kau rasa anak siapa?”
“Eh! Kau ni boleh main rasa-rasa pulak.
Beb…ni perkara serius bukan main-main, bukan cobaan…cobaan…cobaan…” Dia
menggeleng-gelengkan kepala meniru aksi P.Ramlee dalam filem Pendekar Bujang
Lapuk.
“Aku tak tahulah Shaq.” Adam menggosok
belakang leher sendiri. Pening memikirkan situasi yang sepatutnya bukanlah
menjadi satu perkara besar kalau aku bincang dan tanya dengan dia sendiri.
“Ha…ni yang aku tak suka ni! Dah lah kau
tak bagi nafkah batin pada dia. Lepas tu kau tuduh dia mengandungkan anak orang
lain. Dah berganda-ganda dosa kau ni tau tak! Fitnah tu dosa dia dah macam
membunuh. Ish! Kau ni biar betul…ke kau memang ada mengigau ke dalam tak sedar
kau ehem…ehem dengan dia.”
“Ish! Merepeklah! Aku bukan jenis kaki
mengigau berjalan ni. Tapi kalau betul pun aku pernah ehem…ehem dengan dia. Tak
pernah pun dia cerita dengan aku.”
Shaq mengangguk cuba mengiakan kata-kata
Adam itu. Tapi perempuan ni kan jenis pemalu, tak akanlah dia nak bukak mulut
dulu. Ish! Tak logik juga teori si Adam ni.
“Kau ada tak balik rumah dalam keadaan
mabuk ke?” Dia sedar, sebagai orang Islam perkara itu tidak sepatutnya ditanya tetapi memandangkan dia pernah ada sejarah membawa Adam pulang dalam keadaan mabuk, maka perkara itu terpaksa juga dibangkitkan.
“Sumpah aku mengaku depan kau…kali kedua
aku mabuk teruk lepas birthday party Maya lepas tu memang tak ada dah. Taubat
aku tak buat lagi. Malam tu aku sasau abis.”
Ha?? Party Maya…memang itu kali kedua
Shaq membawa Adam pulang dalam keadaan mabuk teruk. Kali pertama party lepas
graduation. Budak-budak sekarang, dah terlalu mengikut budaya barat. Dia yang
tidak mahu terlibat sama terpaksa hadir demi kerana sahabat baiknya. Namun
mujur Shaq tetap utuh imannya, tidak disentuh air haram itu dan sekadar menjadi
pengawal peribadi Adam. Adam yang pada mulanya menolak kerana tidak pernah
menyentuh air haram itu akhirnya tewas apabila menjadi mangsa kerana kalah
dalam pertarungan lawan tangan bersama rakan sekelas.
Sekali teguk, terbelahak keluar semula.
Dipaksa untuk kali kedua terpaksa ditelan. Untuk kali ketiga dan seterusnya
tidak perlu dipaksa. Dia meneguknya sendiri kerana nafsu dan hasutan syaitan
sudah menguasai diri.
Tak mungkin after party Maya…
“Boleh jadi jugak sebab aku rasa they
put something dalam air kau sampai kan
aku pun kau nak try. Geli geleman aku dibuatnya. Aku yang papah kau
sampai depan rumah. Lepas kau masuk aku chow terus. I tak rasa kau larat nak
keluar balik lepas tu.”
Adam terus berfikir cuba mengingati
semula kejadian tersebut. Namun otaknya agak lembap untuk mengingati semuanya.
Mungkin betul jugak, dorang letak sesuatu dalam minuman aku sebab masa kejadian, masing-masing sibuk menelan pil berbagai warna dan dia turut menjadi mangsa paksaan tapi berjaya mengelak.
“Dah berapa bulan Nur pregnant?”
Kepala otak kembali ligat berputar. “Aku
tak tahu…”
“Adoi! Kau ni itu pun tak tahu. Macam
mana nak siasat ni…?”
“Arghh!!! Lupakanlah…peninglah kepala
aku nak fikirkan semua benda bodoh ni.”
“Bodoh? Hei my man…ini rumah tangga kau.
Aku yang sepatutnya cakap macam tu, bukannya kau. Kau kena cari solution segera
dan siasat perkara ni betul-betul sebelum perut dia besar, sebab lepas tu tanggungjawab lagi besar kau kena pikul!"
Adam terdiam. Aku belum bersedia menerima dia dalam hidup aku. Sekarang ni, anak dalam kandungan dia pula hadir tanpa aku duga.
Adam terdiam. Aku belum bersedia menerima dia dalam hidup aku. Sekarang ni, anak dalam kandungan dia pula hadir tanpa aku duga.
Aku ke papa budak tu? Anak tu benih dari aku ke?
Kenapa dia tak pernah cakap dengan aku apa-apa? Apa yang sebenarnya aku dah
buat dengan dia sampai dia tak pernah cerita apa-apa dengan aku?
"Sudahlah...tak payah meroyan macam laki mati bini. Isteri kau hidup lagi tu. Kalau aku jadi kau, baik balik tidur bawah ketiak isteri lagi bagus." Ujar Shaq sambil menghabiskan sisa air coklat di dalam mug. Suasana awal pagi semakin dingin menusuk ke tulang membuatkan dia tidak kuasa berlama-lamaan di situ.
"Kau jangan tak tidur pulak. Esok ada wedding photo shot." Kata-katanya tidak bersambut. Dia hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya yang dari atas kerusi kini sudah terbaring di atas lantai simen berbantalkan lengan yang di silang belakang kepala mendongak memandang ke langit dengan langsung tidak menghiraukannya.
"Sudahlah...tak payah meroyan macam laki mati bini. Isteri kau hidup lagi tu. Kalau aku jadi kau, baik balik tidur bawah ketiak isteri lagi bagus." Ujar Shaq sambil menghabiskan sisa air coklat di dalam mug. Suasana awal pagi semakin dingin menusuk ke tulang membuatkan dia tidak kuasa berlama-lamaan di situ.
"Kau jangan tak tidur pulak. Esok ada wedding photo shot." Kata-katanya tidak bersambut. Dia hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya yang dari atas kerusi kini sudah terbaring di atas lantai simen berbantalkan lengan yang di silang belakang kepala mendongak memandang ke langit dengan langsung tidak menghiraukannya.
Adam mengeluh nafas panjang. Kepala bertambah kusut. Shaq sudah meninggalkannya sendiri mencari jawapan bagi soalan yang bertalu-talu menghentam di benak fikiran.
No comments:
Post a Comment