BAB
1
BUM!!!
“Ya Allah!”
hanya itu yang mampu diucapkan....serentak itu bunyi decitan tayar bergema
memecah keheningan pagi yang kelam itu.
Harrier putih
itu berhenti secara mengejut. Pemandunya yang berkemeja ungu dan berseluar
jeans biru gelap keluar dengan tergesa-gesa melihat sesuatu yang telah
dilanggar di hadapannya.
“Astagfirullahualazim...What
have I done?” Muaz menyapu dahi sendiri melihat wanita berbaju kuning susu yang
terbaring di hadapan keretanya. Dia mencepung wanita itu dan meletakkan di
tempat duduk penumpang di sebelahnya. Segera dia memandu kereta ke arah
hospital atau klinik berdekatan.
“Please....don’t
tell anyone including my parents.” Suara lemah itu beserta sentuhan lembut di
belakang tangannya yang sedang bermain dengan gear membuatkan Muaz tersentak.
Dia menoleh ke arah wanita itu. Wajahnya mulus, muka bulat berhidung mancung
kecil. Bibir mungil itu masih bersalut lipstik merah jambu muda. Darah
kelihatan mengalir di dahinya membuatkan Muaz bertambah cemas.
Macamana aku nak
bagitahu parents dia sedangkan aku pun tak kenal dia sebelum ni...itu yang
bermain di fikirannya. Dan ketika ini, hanya Zakri terlintas di fikirannya.
“Dr Zakri....
where are you?”
“Mana lagi
bro...Of course at my clinic...what’s up?” Dia tertawa sendiri. Baru sahaja selesai memeriksa pesakit yang mungkin terakhir untuk malam ini, namun panggilan kecemasan yang diterima dari rakan baiknya itu menandakan ada tugas yang masih perlu diuruskan.
“I’ve got an urgent
case for you. Please don’t go anywhere, wait for me. I’ll be there about....” Muaz mengerling jam tanganya.... “10 minute...”
“Cool down my
friend...kenapa tergesa-gesa ni? Your wife nak bersalinkah?” Zakri tertawa
berdekah-dekah.
“I’ll talk to
you later!”
PAP! Talian diputuskan.
Zakri kebingungan. Apa kes la kawan aku
ni....Dia meletakkan telefon kembali ke dalam laci. Ketukan di pintu mematikan
lamunannya.
“Dr Zakri....ada
lelaki di luar nak jumpa dengan you. Dia kata dia kawan Doktor. Seems like
urgent.”
Zakri bergegas
keluar dan melihat Muaz bersama seorang wanita yang nampak parah kecedaraan di
kepalanya.
“Please help her bro....” Raut wajah Muaz nampak gusar dan risau. Dahinya berkerut seraya
bajunya basah dengan darah yang mengalir dari dahi wanita kecil molek itu.
Zakri tidak sempat bertanya apa-apa kerana
wanita itu nampak parah dan terus di masukkan ke dalam bilik kecemasan. Muaz mundar-mandir di luar.
“Apa yang aku
dah buat ni..?” Muaz terduduk di atas kerusi menunggu....Dia mengelamun
sendiri. Mengenangkan mama, abah, Jasmin...Oh! Amil my son. Wajah comel itu
bermain di fikirannya. Kalau aku kena penjara macamana?
Setiap detik yang berlalu dirasakan terlalu perlahan. Sesekali dia melirik jam di tangan kanan kemudian jam yang tergantung di dinding. Ada perbezaan di situ kerana jam yang dipakainya cepat 10 minit. Memang kebiasaannya mempercepatkan semua jam yang ada tidak kira jam di rumah, di pejabat atau jam tangan sampaikan kadang kala dia sendiri keliru yang mana satu jam yang betul. Hidupnya di rasakan terlalu cepat bergerak sehinggakan 24 jam terlalu sedikit baginya.
"Encik....."
Muaz mengangkat wajah yang tertunduk merenung lantai klinik yang berwarna putih.
"Muaz..." Jawabnya pendek. Jururawat dengan tag nama Aishah yang tertera di dadanya melemparkan senyuman manis sambil menatang secawan air kosong.
"Encik Muaz minum dulu. Kalau nak tambah, boleh ambil kat sana." Sebelah tangannya menunjukkan arah sudut yang menempatkan tong air mineral khas untuk para pesakit yang menunggu.
"Thank you Aishah. Lama lagi ke Dr Zakri nak habis?" Dahinya nampak berkerut. Hatinya tambah gusar, Buatnya perempuan tu mati. Masaklah aku.
"Operation baru habis. Kejap lagi Dr. Zakri keluar. Encik Muaz tunggu sekejap ya." Muaz mengangguk perlahan sedangkan di dalam hati Aishah dah berbunga kegembiraan.
Handsome gila mamat ni. Muka kerut-kerut pun macho lagi. Dia lantas meninggalkan Muaz dan kembali ke kaunter.
"Handsome der..." Bahu Rashida di siku perlahan. Rashida hanya tersenyum sinis.
"Hang tu memang...pantang nampak lelaki dahi haluih. Bukan main cepat hang. Siap ambikkan ayaq. Padahal orang lain hang tak buat lagu tu pun." Tutur Rashida dalam loghat Kedah. Memang dia berasal dari Sungai Petani, Kedah. Kampung yang menjadi tempat untuknya membesar. Memberi dia pelajaran yang tidak ada di kota besar Kuala Lumpur. Tidak betah untuk hidup di sini namun demi untuk mencari rezeki sesuap nasi, di gagahkan juga.
"Ambik hati la Shida...Manalah tau, bakal husband aku ka." Terkekek-kekek Aishah tertawa. Rashida hanya menggeleng. Boleh dikatakan semua lelaki yang ada rupa kalau datang ke klinik itu pasti Aishah akan cop siang-siang mungkin bakal suami dia. Yang tak handsome, hang buat bodoh aja. Tuhan tu Maha Adil... Sat lagi hang dapat yang tak handsome baru hang tau.
Kalau boleh, Dr. Zakri tu pun dia nak tackle, tapi nasib baik dia dah bertunang.
"Shida....Mana kawan I tadi?" Soalan Dr Zakri mematikan lamunan Rashida. Aishah berpura-pura ke rak belakang mencari ubat.
"Ada kat tempat menunggu doktor."
"Thank you."
Dia berlalu meninggalkan kaunter menuju ke arah Muaz yang sedap duduk bersandar sambil memejam mata.
"Hello my friend....Manalah kau jumpa perempuan tu ha?" Bahu Muaz ditepuk perlahan lantas temannya itu membuka mata.
"Baru tadi aku jumpa dia. After she hit my car."
Dr Zakri tertawa besar. After she hit your car? What answer is that.
"Dia lady incredible hulk ke apa. Selamba rempuh kereta kau."
"If dia lady incredible hulk, tak ada penuh darah baju aku ni ha." Baru kini dia bau hanyir darah segar menusuk masuk ke dalam hidung. Tadi, kalut punya pasal, langsung dia terlupa dengan dirinya yang hampir bermandi darah.
"Okay bro. Aku ada spare baju kat office. Kau pakai dulu baju aku tu. After that, kau balik rumah dulu, get some rest then you come back tomorrow."
"Then, how about that girl?" Ujarnya dengan nada risau masih ada.
"Don't worry... She'll be fine. Tadi aku buat minor surgery untuk dahi dia. Aku jahit sikit. Luka sikit dekat lutut and aku rasa tangan dia maybe retak. Tapi tak ada apalah. Nanti lepas dia sedar kalau dia mengadu sakit then aku buat surat refer to hospital." Peha Muaz di gosok perlahan untuk cuba meredakan gusar di hati rakannya.
"Thanks bro. Kalau kau tak ada, aku pun tak tahulah apa nak jadi tadi. Aku panik betul bila tiba-tiba dia melintas depan kereta aku. Gelap kut jalan yang aku lalu tu." Muaz mengusap wajah. Terbayang-bayang peristiwa tadi. Mujur dia memandu dalam keadaan perlahan kerana hujan renyai dan keadaan jalan yang gelap.
"Alhamdulillah...Dia jumpa orang macam kau. Kalau orang lain tak tahulah." Lipatan baju dibetulkan. Zakri menghembus nafas perlahan. Letih sebab hari ini terlalu ramai pesakit. Kebetulan tunangnya cuti kerana tidak sihat. Klinik yang dibuka 24 jam itu hasil perkongsian dengan tunang tersayang, Tapi ada empat orang doktor yang bertugas. Mereka semua saling mengenali kerana belajar di tempat yang sama. Selepas habis belajar dan masing-masing sudah menimba pengalaman hampir 10 tahun, mereka sepakat untuk membuka klinik bagi bersama-sama menabur bakti kepada masyarakat.
"Are you sure she will okay to be here?"
"Don't worry....Aku dah habis shift. Dr. Lee akan take over after this. I'll inform him about that girl. Jangan risaulah. Kau ni macam tak percaya kat aku pulak."
Muaz tersenyum simpul.
"Thanks bro. Mana bilik kau? Aku nak tukar baju. Baju aku ni kau tolong hantar kat dobi ya."
"Amboi kawan..."
Muaz tertawa besar. "Aku guraulah."
Tertawa kedua sahabat memecah keheningan malam di klinik tersebut. Rashida dan Aishah saling berpandangan.
Whatever!

No comments:
Post a Comment