"Hello." Sapanya pada penyambut tetamu yang berbangsa Cina di kaunter pendaftaran.
"Hello Tengku." Jawab si penyambut tetamu dengan ramah. Walau tetamu mereka itu bukanlah regular guest hotel tersebut namun dalam tempoh dua hari Tengku Zafran berada di situ, keramahannya menyebabkan mereka tidak kekok berbual dengannya. Setiap kakitangan hotel yang berselisih dengannya pasti akan ditegur walaupun pengemas bilik. Sembangnya mengalahkan orang yang sudah 10 tahun berkenalan.
"Dennis..." Panggilnya mengikut nama yang tertera pada tag nama yang terlekat di dada gadis bermata sepet itu. Dennis mengangguk seraya menghadiahkan senyuman padanya menyerlahkan lesung pipit kecil di pipi kanannya.
"You ada guest name Ainnur Amnani tak?" Selepas kejadian bertembung dengan PA semalam, dia nekad untuk bertemu dengan gadis itu lagi. Gadis yang telah sedikit sebanyak mengambil tempat di hatinya. Dia ingin berkongsi masalah yang telah membuatkan wajah comel itu menjadi mendung menutup keceriaan yang menghiasi wajahnya selama ini. Kalau boleh dia ingin berkongsi segalanya dengan gadis itu. Dia tidak rela melihat awan terus berarak mendung menyelubungi serata alam. Hilangnya keceriaan di wajah gadis itu umpama hilangnya keceriaan di hatinya jua kerana hanya Ainnur yang dapat menggembirakan hatinya dikala duka, menceriakannya di saat dia di pintu kesuraman, meredakannya di saat-saat dia di ambang kemarahan.
"Ada...dah tiga hari Cik Ainnur menginap di sini. But she already check out this morning. Is there anything that I can't help you Tengku?" Soal Dennis. Wajah Tengku Zafran nampak kecewa dengan perkhabaran tersebut. Bukannya dia tidak boleh menghubungi gadis itu melalui telefon, tetapi nampak agak tidak wajar mengganggu dia dengan panggilan yang sekadar bertanya khabar. Hendak bertanya lebih dari itu, risau pula akan terganggu ketenteraman yang dicarinya. Lebih baik dibiarkannya sahaja. Dia pun sudah dua hari di sini dan mesyuarat terakhir akan hanya selesai petang nanti. Sebaiknya dia menumpukan perhatian pada agenda mesyuarat seterusnya.
"It's okey Dennis. Thank you very much." Ucapnya perlahan dan berlalu meninggalkan kaunter selepas mendapat jawapan muktamad dari Dennis. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan kekecewaan kerana tidak menggunakan peluang yang ada untuk mendekati gadis itu tetapi akhirnya keluhan kecil dilepaskan bagi meredakan kekesalan di hati.
*********
Berlabuhnya feri di Pantai Salang, Pulau Tioman membuatkan dirinya seakan lupa dengan dunia kemodenan di Kuala Lumpur. Hatinya tenang berada di sini dengan air laut yang membiru, jernih menyerlahkan segala isi perut laut. Di terminal feri lagi sudah kelihatan ikan-ikan kecil yang perlbagai jenis, corak dan warna yang bermain-main di dalam air laut yang jernih. Udara laut yang berhembus nyaman seperti mahu dihirup sepuasnya. Biarlah tempat ini begini, tidak perlu pembangunan kerana dia senang dengan kehidupan begitu. Tiada hiruk pikuk bas atau kenderaan awam. Tidak ramai penduduknya tetapi memadai untuk menjaga kebersihan pantai yang pasirnya memutih dipinggirnya.
Ya Allah...aku tenang di sini. Bukakanlah hati mereka untuk terus memelihara kurniaanMu ini.
Matanya dipejamkan rapat, sambil deria pendengarannya dibuka seluasnya. Bunyi ombak yang menghempas pantai ternyata amat mengusik perasaannya. Apabila matanya di buka, seorang wanita yang sedang berjalan menyusuri pantai sendirian menarik perhatiannya. Langkahnya dilajukan menyusuri jeti sepanjang 100 meter yang menghubungkan pelabuhan feri dan pantai bagi mendapatkan wanita yang semakin menjauh di penglihatannya.
"Nak...dah ada tempat tinggal ke?" Langkah terhenti di sapa seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 an setibanya di penghujung jeti. Melangkah terus bermaksud dia kurang ajar, tapi untuk berhenti terus dia akan terlepaskan wanita itu. Namun matanya segera dikerling di persisiran pantai. Tiada lagi kelibat wanita yang dilihatnya tadi. Sekali lagi dia terlepas peluang keemasan itu.
"Tak apa pakcik, saya dah buat boking di Salang Sayang." Jawabnya perlahan sambil menyambut huluran tangan lelaki itu untuk bersalam.
"Oh! Tak apalah kalau begitu. Panggil saja Pak Long. Semua orang kat sini panggil pakcik dengan panggilan tu. Kalau anak nak apa-apa beritahu saja Pak Long, nak buat island tour ke...nak pergi memancing ke...cari saja Pak Long. Setiap hari Pak long memang ada kat sini," terangnya panjang lebar. Tengku Zafran hanya mengangguk sambil menghadiahkan senyuman pada seorang lagi wanita dalam lingkuan 50 an juga yang duduk di dalam sebuah pondok kecil di belakang pak long. Mungkin wanita tersebut isterinya.
"Saya mintak diri dulu pak long."
Pak Long mengangguk dan tersengih menunjukkan barisan giginya yang sudah jarang. Tengku Zafran beransur ke chalet penginapan yang terletak tidak jauh dari jeti. Sepanjang perjalanannya menuju ke chalet, dia disapa dengan ramah oleh peniaga-peniaga kecil di pinggir jalan yang menawarkan pakej mengelilingi pulau atau penyewaan peralatan menyelam. Dia sekadar mengangkat tangan tanda menghormati mereka. Bukannya tidak berminat, tetapi bukan masanya lagi untuk dia memikirkan itu semua. Masih banyak masa lagi untuk mendapatkan semua itu yang pasti akan sentiasa berada di situ setiap hati. Tapi kini, hatinya meronta mahu mencari wanita yang dilihatnya dipantai tadi. Adakah benar itu wanita yang dicarinya selama ini?
Setibanya di Salang Sayang Resort, ternyata tempat penginapan tersebut amat sesuai untuk mereka yang memilih untuk menikmati pemandangan di pinggir pantai. Bayu laut terus-terusan menghembus menghilangkan sedikit kehangatan petang yang membuatkan Tengku Zafran bermandi peluh. Rambutnya disebak dari menutupi dahi yang sudah menerbitkan peluh-peluh jantan dan menjadi air masin yang mengalir perlahan di pipinya. Dia tidak selesa dengan keadaan diri berlengas apabila peluh mulai kering terkena angin kipas yang berputar di lobi. Selepas selesai urusan pendaftaran dia segera ke chalet yang menempatkan sebuah katil queen size dan sebuah bilik air. Sesuai untuk dirinya yang hanya menginap di sini seorang diri. Beg di campak ke tepi katil dan suis penghawa dingin di hidupkan. Tubuh dihempas di atas katil, terasa lega dapat meredakan sendi-sendi yang mula memberontak kerana perlu rehat akibat terlalu jauh perjalanannya hari ini. 5 jam memandu dari Port Dickson ke Mersing dan perjalanan dari Jeti Mersing ke jeti Salang hampir memakan masa 1 jam 45 minit. Letihnya teramat sangat dan keletihan tersebut memaksa matanya seperti ditarik-tarik untuk tutup dan akhirnya dia terlena.
"Hah!" Dia bingkas bangun bila jam di pergelangan tangan menunjukkan hampir ke pukul 10 malam.
Ya Allah...aku tertidur. Terlepas maghrib sudah. Dia mencapai tuala yang telah disediakan oleh pihak chalet di tepi katil. Rasanya seperti baru saja dia melelapkan mata. Usai mandi dan menunaikan solat, perut mula berkeroncong minta diisi.
Langkah dipanjangkan menuju mencari tempat makan dan sedang berkira-kira mencari tempat yang sesuai...
Wanita itu!
Langkah dipanjangkan menuju mencari tempat makan dan sedang berkira-kira mencari tempat yang sesuai...
Wanita itu!
Dia mempercepatkan langkah mendekati wanita yang sedang leka menyedut minuman. Lantas idea nakalnya datang dan perlahan-lahan dia melangkah, dia yang berdiri di belakang langsung tidak disedari wanita itu, dengan pantas mata wanita itu ditutup dengan kedua belah tangan.
Dia menarik nafas panjang dan membisikkan di telinga wanita itu..."Hai my princess..."
Dia menarik nafas panjang dan membisikkan di telinga wanita itu..."Hai my princess..."
No comments:
Post a Comment