"Ainnur...."
Suara serak-serak basah itu menerpa gegendang telinganya di pagi hari pertama dia memulakan kerja selepas seminggu mengambil cuti kecemasan.
"Bos....Are you okey?"
"I'm not feeling well. I mungkin tak masuk office hari ni. Can you please cancel all the meting and appointment for today. " Suara itu kedengaran lemah dan layu.
"Okey Tengku. Pergi klinik ya." Ainnur risau. Terlampau berjemur di pantai agaknya kerana sebelum kembali ke Kuala Lumpur mereka menghabiskan masa seharian memancing di tengah lautan. Kebetulan pula, Tengku Zafran mempunyai kenalan yang sama-sama kaki pancing dan mereka berhajat untuk memancing di laut dalam. Dalam keberatan, di turutkan jua kaki melangkah menyertai Tengku Zafran yang beria-ia mahu dia menemaninya.
Riak wajah lelaki itu gembira apabila dia turut serta. Mulut yang selama ini seolah-olah terkunci kini tidak putus-putus bercerita mengenai pengalamannya yang sering menghabiskan masa bercuti dengan memancing di laut dalam. Ainnur hanya menjadi peneman dan pendengar setia walau punggungnya kebas akibat terlalu lama duduk dan asyik mendengar cerita lelaki tampan itu. Apabila umpannya mengena, tangan Ainnur ditarik dan diajar bagaimana untuk mengendalikan umpan yang tersangkut.
Walau agak letih, namun dia gembira kerana memperoleh pengalaman baru.
"Ainnur...."
Lamunannya terhenti di situ apabila namanya disebut Tengku Zafran. Sayup dan ada keluhan di akhir panggilannya. Mungkin terlalu berat sakit yang ditanggungnya.
"Ya Tengku."
"It's Zaf...berapa kali nak kena ingatkan ni..."
"Opss!! Sorry....Zaf."
"Ha....lega sikit sakit I ni dengar you panggil nama manja I." Tawa Tengku Zafran pecah di talian.
Sempat lagi dia berlawak dalam sakit ni...Ainnur mengomel sendirian.
"Zaf...you nak I bawak you pergi klinik ke?"
"Nope. It's okay. I pergi dengan Sham. You tolong jaga office untuk I ya."
"Okay Zaf." Rasa janggal menyelusuri fikirannya tetapi itu kehendak si pemunya nama. Ikutkan ajalah.
"Okey darling...I'll see you when I see you okay." Sekali lagi Tengku Zafran menghamburkan tawanya apabila dia usai berkata-kata. Ainnur tersenyum dengan tindakan bosnya.
Tadi macam sakit...ni macam dah sihat pulak. Bos...bos...
Sebaik sahaja talian diputuskan, Puan Murni tiba-tiba muncul di balik pintu pejabatnya. Ainnur yang baru sahaja mahu memulakan kerja-kerja merekod fail projek yang masuk terbantut dan ibu mertuanya disambut ramah.
"Mummy....duduklah. Mummy nak minum? Ainnur buatkan."
Puan Murni dibawa ke set sofa yang disediakan khas untuk tetamu yang menunggu Tengku Zafran yang berada di sudut kiri tempat duduknya.
"Tak apalah Nur. Mummy baru aja lepas breakfast. Ainnur sihat...? Mummy tengok Ainnur makin kurus. Ada masalah dengan Adam ke?" Bahu menantunya itu dipeluk erat. Dia sesungguhnya amat merindui wanita itu. Kalau dahulu, semasa mereka duduk bersebelahan, Ainnur selalu memeluknya...menghadiahkan ciuman dipipinya apabila mereka bergurau. Dirasakan Ainnur seperti anak sendiri kerana itu dia rasa tidak salah mengambil Ainnur sebagai menantunya. Ainnur pandai mengambil hati tuanya dan mereka banyak berkongsi citarasa yang sama.
Tangan Ainnur yang berada di atas pehanya diambil dan digenggam kemas. Matanya tertacap pada jemari itu yang hanya disaluti dengan cincin belah rotan yang merupakan cincin tanda bak kata orang tua-tua. Dimana cincin nikahnya?
"Mana cincin nikah Ainnur? Ni cincin tanda aja ni?" Jemari itu dibelek. Muka Ainnur berubah pucat namun akalnya
"Ooo...Ainnur pergi ladies tadi mummy. Cincin tu Ainnur simpan dalam laci, sebab basuh tangan takut tertinggal kat sana pula nanti." Tangan Puan Murni dikucup perlahan meredakan keresahan di hati wanita 50-an itu.
Puan Murni menarik nafas lega. Risau juga dia seandainya dalam diam pasangan yang dijodohkan itu berpisah secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya. Bukannnya dia tidak tahu, Adam membantah perkahwinan itu tetapi terpaksa diteruskan demi menjaga hatinya dan maruah keluarga.
"Mummy ada call Adam tapi dia tak angkat. Susah betul nak bercakap dengan Adam sekarang ni." Berkerut dahi Puan Murni sambil menuturkannya.
"Dia sibuk sekarang ni mummy. Banyak function." Jelas Ainnur pendek walaupun itu bukanlah jawapan yang sebenar. Jawapan yang sebenarnya adalah....Ainnur pun tak tahu mummy....Ainnur tak tahu apa yang dia buat....tak tahu apa kerjanya sebab dia tak pernah nak beritahu apa yang dia buat. Dan Ainnur pun tak kisah apa yang dia nak buat. Itu bukan urusan Ainnur. Beban di dadanya dirasakan kembali bertambah dengan pertanyaan itu. Dadanya terasa sesak dan sebak apabila peristiwa pada malam itu tiba-tiba menerpa fikirannya kembali. Puas dilupakan peristiwa itu dengan kehilangannya selama seminggu tanpa khabar berita kepada sesiapa pun kemana dia membawa diri dan apabila hampir dilupakan, ia datang kembali. Menggamit peristiwa hitam di dalam hidupnya yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Kau suamiku....tapi untuk menyentuhku tanpa kebenaranku....kau memang kejam!
"Actually....mummy datang ni, nak jemput Ainnur dan Adam, mummy nak buat kenduri sikit sebelum mummy pergi umrah."
"Alhamdulillah....Bila mummy nak pergi umrah?" Riak wajah Ainnur agak terkejut dengan pengakuan itu tetapi hatinya berbunga menumpang gembira di atas khabar baik tersebut. Alangkah indahnya kalau dia dapat pergi sama. Seronok mendengar cerita mereka yang sudah menjejakkan kaki ke sana.
"Dalam dua bulan lagi, tapi mummy sengaja buat kenduri awal sebab mummy dah planing dengan papa nak pergi honeymoon lagi." Pipi Puan Murni merona kemerahan
"Seronoknya mummy...." Tangan wanita separuh umur yang berada di dalam genggamannya itu diramas mesra. Dia tumpang seronok melihat ibu mertuanya gembira.
"Okeylah...mummy turun dulu. Jangan lupa beritahu Adam, hari Sabtu ni, kenduri lepas maghrib. Bawak baju, tidur rumah mummy ye."
"Insyallah mummy." Seraya tangan Puan Murni di capai dan dikucup sebagai tanda hormat dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi walau dia hanya ibu mertuanya.
Puan Murni mendekatkan wajahnya ke wajah menantu sulungnya itu dan dahinya dikucup lembut. Ubun-ubun wanita muda itu diusap perlahan.
"Mummy sayangkan Ainnur."
Kata-kata itu menyusup masuk dan menular seperti darah yang mengalir laju menuju terus ke hatinya. Dia hiba tiba-tiba tetapi cuba ditahan dari menunjukkan riak suram di wajahnya.
Mereka berpelukan seketika dan sepeninggalan ibu mertuanya, Ainnur menangis teresak-esak sendirian mengenangkan nasib yang terpaksa menghambakan diri demi menggembirakan orang lain. Kini hatinya berbelah bagi untuk meneruskan perkahwinan ini.
Tuhan....Apakah yang harus aku lakukan....?

No comments:
Post a Comment