Tuesday, 28 April 2015

End of AKU PILIH KAU

assalamualaikum...
hye followers (ada ke follower?) hehehe...sorry...kita dah tak masukkan bab baru APK sebab tgh siapkan manuskrip. doa-doakan kita berjaya siapkan and try post untuk dipublishkan. tapi nanti kita masukkan BABY SAYANG KAMU new chapter...hopefully enjoy reading okeh...

tq readers....appreciate ur comment and support..

luv...luv...luv from Princess Layra


Friday, 17 April 2015

AKU PILIH KAU! 41

BAB 41

Demi cintaku, demi cintamu jangan biarku terseksa
Hembus nafasku, hembus nafasmu adalah udara yang sama
Kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta
( Takkan Terpisah – Black )


"Hai!"

"Hai bos!" Kus semangat...terperanjat aku. Dah kenapa bos ni? Batang tubuh Tengku Zhafran direnung atas bawah. Berbaju ungu lembut dipadankan dengn seluar kelabu muda tanpa tali leher. Sebagai seorang lelaki yang mempunyai aura yang tersendiri, dia masih tampan walau pakaiannya nampak bersahaja. Ketinggian, ketampanan lambang lelaki yang hidup dengan serba kemewahan.

"I laparlah. Jom lunch."

Ainnur menelan air liur. Dia ajak aku keluar makan? Ni yang segan ni. Dia melirik jam yang tertera di skrin komputer. 12.30 tengah hari. Memang tepat waktu makan pun sekarang ni.

"Tapi saya dah janji keluar lunch dengan kawan saya." Bukan niat untuk menolak tetapi memang dia sudah berjanji untuk makan tengah hari bersama Hani.

"Siapa kawan you? Lelaki? Perempuan? Ramai ke? It's okay. Jom ajalah! Lagi ramai, lagi seronok."

Ainnur mengetap bibir bawah.

"Don't look at me like that. I'm serious." Tengku Zhafran mengambil tempat di hadapan Ainnur. Seronok melihat setiausahanya itu mengerut dahi. Kenapa? Pelik ke bila seorang majikan hendak keluar makan dengan kakitangan. Bukan stranger pun. Kalau jumpa perempuan tepi jalan lepas tu ajak makan sama, itu memang pelik. Baginya tiada jarak pengukur status antara dia dan kakitangan. Kalau boleh, dia ingin berada di kantin atau kedai mamak lepak dengan kawan-kawan satu pejabat. Makan bersama dan menjerit GOLLLL!!! apabila Liverpool menjaringkan gol. Al-maklum, peminat Liverpool. Tapi cuma masa mencemburui setiap detik dan saat dalam hidupnya. Pagi ke tempat kerja, malam baru pulang kemudian dia terus tidur kerana keletihan akibat beban kerja yang bertambah setiap hari.

Tengku Zhafran membetulkan lipat lengan baju yang disinsing hingga paras siku.

"Ain....I'm Waiting." suara garaunya mematikan lamunan Ainnur seketika.

"Okaylah bos. Yang penting, bos belanja."

"No problem." Ujar Tengku Zhafran riang. Inilah saat yang dinanti-nantikan. Peluang yang sedia ada perlu digunakan sebaiknya. Kebetulan jadualnya kosong pada petang ni. Bolehlah dia berlama-lama berborak dengan setiausaha kesayangannya.

"Tapi saya nak jumpa Hani dulu. Nanti dia terkejut pula tengok Tengku ada sama.” Pasti rakan baiknya itu akan melompat kegirangan apabila berita ini akan disampaikan padanya nanti. Dia dapat membayangkan muka Hani akan merah padam, tersipu-sipu malu dan mulut yang becok macam murai tercabut ekor itu akan terus bertukar menjadi kucing yang manja menggesel tak tentu pasal dengannya. Malah mungkin tak bunyi langsung.

"No problem. Shall we?" Bayang wajah Hani terus lesap apabila mendengar kata-kata Tengku Zhafran.

Telefon bimbit atas meja dicapai. Baginya itu lebih penting berbanding menyandang beg tangan. Kadang-kadang rimas pun ada. Bila bawak, nak kena jaga betul-betul. Sebab situasi sekarang, orang sangat cepat tangan. Dah kerap kali dia mendengar cerita orang main sapu aja beg tangan di atas meja, malah atas riba pun boleh dicapai.

"Naik kereta I, suruh Myvi Oren tu berehat."

Ainnur tersengih. Kebetulan pula dia tidak membawa kereta hari ini kerana masih berasa pening-pening lalat. Nasib baik ada Hani yang begitu baik hati menawarkan diri untuk mengambil dan menghantarnya pulang. Kalau nak diikutkan perancangan bersama Hani hanya untuk pergi makan di sekitar pejabat sahaja memandangkan keadaan dirinya yang kurang sihat tetapi lain pula jadinya. Permintaan Tengku Zhafran tidak sampai hati pula nak ditolak tambahan dengan mukanya yang bersungguh-sungguh mahu ikut sama.

Mereka berjalan beriringan sehingga memasuki perut lif yang kosong tanpa penghuni. Punat G ditekan.

"Apa angin bos tiba-tiba nak belanja makan hari ni?" Ujarnya membuka bicara. Terkesan pula dengan keadaan sunyi yang melampau membuatkan dia tidak selesa.
"Saja. Tak kan nak buat amal jariah tak boleh?"
"Amboi! Amal jariah. Kami bukan fakir pun Tengku." Dia tersenyum simpul.
"I dah boring mengadap kerja. Tepu otak I ni. Lagipun, I free petang ni. Bolehlah kita keluar sembang panjang sikit."

Ainnur terdiam. Sembang panjang sikit?

Ting! Lif berhenti di tingkat 12. Tengku Zhafran mencapai pergelangan tangan Ainnur menarik dia rapat ke sisinya bagi memberi ruang untuk penumpang lain masuk. Lif hanya boleh memuatkan 15 orang itu ternyata penuh apabila tiba waktu kemuncaknya. 10 orang pun dah ternyata nampak sempit.

"Hai Tengku." Masing-masing menyapa sebagai tanda hormat. Tengku Zhafran hanya menundukkan kepala sedikit membalas sapaan tersebut. Wajahnya nampak serius. Namun Ainnur seperti mahu tergelak kerana ternyata itu hanyalah wajah yang dibuat-buat. Kebenarannya Tengku Zhafran bukanlah orang yang sebegitu. Selama hampir dua tahun menghadap muka yang sama setiap hari membuatkan dia semakin mengenali lelaki tersebut. Marahnya pada pekerja hanya sebentar dan tidak akan berlanjutan pada orang lain. Sebagai seorang ketua, sikap tegas sengaja diperlihatkan untuk mendidik orang bawahan menghormatinya namun itu tidaklah bermaksud dia tidak boleh dibawa berbincang. Dia sangat gemar apabila ada antara pekerja-pekerja yang dapat memberi idea baharu yang bernas dan lain dari yang lain untuk kemajuan syarikat.

Ting!

Lif berhenti di tingkat G dan ternyata ada mulut-mulut terus berbisik-bisik sambil memandangnya. Apa kes?
Baru dia sedar, pergelangan tangannya masih di dalam genggaman tangan Tengku Zhafran. Bila dia cuba menarik, semakin kuat genggaman Tengku Zhafran sehingga semua penumpang keluar barulah genggamannya dileraikannya.

"Saya nak jumpa Hani kejap ya bos."
"Okay. I tunggu dekat kereta." Tengku Zhafran tahu, hanya Hani satu-satunya teman paling rapat Ainnur. Ke mana-mana pasti berdua. Hani Qamarina…nama secantik orangnya. Pandai bergaya. Tidak salah apabila dia menaikkan pangkat Hani sebagai Ketua Bahagian Khidmat Pelanggan. Punya daya tarikan tersendiri bukan sahaja dari segi rupa, malah pembawaan diri atau tutur bicaranya membuatkan ramai pelanggannya berpuas hati. Kepandaiannya menyelesaikan masalah juga membuatkan dia tidak perlu risau membiarkan Hani mengendalikan bahagian itu mengikut perancangannya sendiri.

Ainnur lantas berlari-lari anak menuju ke kaunter khidmat pelanggan. Mata melilau mencari Hani. Mana pula minah ni?
Jari mengetuk-ngetuk meja. Tiada siapa yang kelihatan untuk bertanya ke manakah sahabatnya itu menghilang diri. Dia resah kerana tidak mahu Tengku Zhafran menunggu lama. Dia dapat melihat dengan jelas lelaki itu sedang bersandar di pintu kereta rasminya sambil matanya tak lepas memandang telefon bimbit yang dipegang.

“Ain!” Dari jauh kelihatan Hani yang berbaju kemeja kelabu dan berskirt pendek warna hitam paras lutut dilihat keluar dari tandas perempuan.
"Beb!" Suaranya agak sedikit menjerit memanggil Hani.
"Mengapakah mek Nur?"
"Kau kata nak lunch dengan aku."
"Ala...Aku ada client. Sorry..." Bibirnya menjuih kepada seorang lelaki dalam lingkungan umur 40 an yang duduk di kerusi menunggu.
"Masa rehat kut."
"Dah tu, kau nak aku cakap dengan dia aku nak pergi makan. Nak suruh dia tunggu. Kau dah gila? Dah la dia kata dia kawan dengan bos kau."
"Ya ke? Beb...rugilah kau tak ikut. sebab aku nak keluar dengan buah hati kau ni."
"Maksud kau tengku Zahfran?"
Ainnur mengangguk laju.
"Alamak! Melepas!" Kecewa nampaknya Hani kerana tidak dapat ikut sama.
"Ehem! Lama lagi ke saya nak tunggu?" Suara garau itu mematikan perbualan dua orang rakan itu.
"Opss! sorry Tuan Syed. Jom kita masuk office I. " Ain ditinggalkan. Dalam hati mengutuk tetamu di sebelahnya yang membuatkan dia tidak dapat turut serta makan dengan buah hatinya. Tapi nak buat macam mana, kerja….terpaksalah berkorban. Kalau tak apa gunanya dia dilantik sebagai ketua.

Ainnur tersenyum sahaja melihat rakan baiknya yang berjalan melenggang mengiringi tetamu hingga masuk ke pejabatnya. Dia melangkah berhati-hati mendapatkan Tengku Zhafran yang masih lagi asyik dengan telefon bimbitnya. Sebaik kaki mencecah ke anak tangga kedua, kepala berpusing secara tiba-tiba mungkin kerana cahaya matahari yang memancar pada cermin kereta yang diparkir di hadapan bangunan memantulkan silaunya tepat ke mata membuatkan dia hilang imbangan dan hampir terjatuh namun sempat disambut seseorang. Tangan dan pinggangnya di peluk erat.

“Thank you Tengku.” Ujarnya malu-malu.
“Are you okay?” Lelaki itu nampak cemas.
“I’m okay. Don’t worry.” Dia cuba mengukir senyuman semanis mungkin untuk menutup kebimbangan di hati. Jantung berdegup laju. Nasib baik Tengku Zhafran sempat menyelamatkannya kalau tidak entah apalah yang terjadi agaknya. Selepas beberapa kali berulang untuk pemeriksaan di klinik, doktor banyak menasihatkannya untuk sentiasa menjaga pergerakannya kerana kandungannya masih agak lemah. Tambahan pula tekanan darahnya juga rendah.

Kasut tumit tinggi tidak lagi menjadi pilihan untuk dipakai malah dia lebih selesa memakai loafer atau yang bersesuaian untuk ke pejabat. Walaupun kasut-kasut yang dipakainya mungkin tidak akan menambahkan ketinggian namun dia lebih rela demi untuk menjaga bayi di dalam kandungan. Semakin hari dia dapat merasakan setiap nadi yang berdegup dari perutnya membuatkan hati bertambah sayu. Mama love you baby… Tiada apa yang lebih penting dari memastikan baby dapat lahir sihat.

“Ain.. Nak makan dekat mana?”
"Ha??" Rupanya dia sudah berada di dalam kereta bersama Tengku Zhafran dan Budi, pemandu setia bosnya sudah bersiap sedia memegang stereng. 

“Are you sure you’re okay?” Tengku Zhafran cuba mendapatkan kepastian. Dari tadi, Ainnur langsung tidak bercakap. Dia duduk sahaja apabila disuruh. Bila dia bertanya tiada jawapan dan matanya tertumpu di luar kenderaan sepertinya sedang memikirkan sesuatu.

“I’m sure….I’m okay. Don’t worry. Just pening sikit mungkin sebab I skip breakfast. Just drink a cup of coffee with cookie untuk alas perut tadi.” Ujarnya perlahan.

“Ain…how many time I told you…”
“Don’t skip your meal…jangan kerja berat sangat. Saya tahu tu. Bos ni macam perempuanlah suka membebel.” Belum sempat Tengku Zhafran menghabiskan kata-katanya, dia sudah menyambung kerana ayat itu memang selalu bermain-main di bibir bosnya itu apabila dia menyatakan dia tidak sempat menjamah sebarang makanan berikutan terlalu sibuk.
“Kalau you taknak dengar I membebel…so please bukan sahaja dengar tapi buat apa yang I cakap tu okay sayang.” Dia mencuit hidung Ainnur membuatkan wanita itu agak terkejut dengan tindakan spontan bosnya.
“So…mana kawan you?” Tengku Zhafran cuba mengalih perhatian Ainnur kerana wanita itu tampak tidak selesa dengan tindakannya. Sorry…..
"Sorry bos. Nampaknya kita berdua ajalah. Hani ada client dia kena attend."

Yes! Tengku Zhafran tersenyum lebar. Ini memang saat yang ditunggu-tunggu. "So, you nak makan dekat mana?"
"I....I tak kisah Tengku. Mana-mana pun boleh. Beside bukan I yang bayar pun." Ainnur tersengih. Lega Tengku Zhafran bila Ainnur sudah tersenyum.
"Okay Budi. Tempat biasa."
"Orait bos!" Budi tersenyum seraya terus menekan minyak memecut di celahan kereta yang bersimpang siur menuju ke destinasi seperti yang diarahkan.

Sementara itu di kejauhan, ada hati yang terluka dengan kelakuan insan yang disayanginya itu berpegangan dan berpelukan dengan lelaki lain. Yang ternyata lelaki itu lebih kacak, lebih kaya dan bergaya darinya. Hatinya terus pedih bagai ditoreh dengan belati tajam kemudian di curah dengan cuka yang mengalir menusuk ke setiap belahan sehingga membuatkannya perit.

“Sial!!!”


Tuesday, 14 April 2015

AKU PILIH KAU! 40

BAB 40

So honey now
Take me into your loving arms
Kiss me under the light of a thousand stars
Place your head on my beating hearts
I’m thinking out loud
That maybe we found love right here where we are
( Thinking Out Loud – Ed Sheeran )


Bunyi jarum panjang yang bertelagah dengan jarum pendek memukul nombor di sekeliling jam berbentuk bulat yang tersangkut di dinding biliknya sesekali mengusik gegendang telinga. Sunyinya suasana sehingga detik jam yang berputar dapat didengar dengan jelas. Jam yang telah banyak menyaksikan peristiwa dalam hidup yang sehelai demi sehelai di singkap bagi membuka lembaran baru atau mengenang tragedi lama. Namun walau sekuat mana ia berputar, sampai masanya ia akan mati jua dan kuasa baru akan datang dengan seribu daya lebih kuat untuk bersaing seiring dengan masa yang semakin cepat berputar. Kipas siling yang berputar ligat masih tidak berjaya mengusir beberapa ekor nyamuk yang sibuk berlegar di tubuh yang terbaring kaku tidak menguit langsung diselubungi selimut tebal yang ditarik hingga ke paras dada bagi mengurangkan kesejukan dari kipas yang berputar.

Dengkuran halus namun masih jelas di pendengaran tidak mengganggu sesiapa kerana hanya dia yang berseorangan di dalam bilik yang diterangi dengan lampu tidur yang terletak di sisi kepala katil. Satu tabiat yang tidak boleh dibuang sejak dari sekolah rendah membawa hingga ke dewasa. Pengalaman di momokkan dengan kisah hantu yang berjuntaian kaki dari atas almari membuatkan dia tidak betah berada di dalam kegelapan. Menginjak ke usia remaja, peristiwa itu sudah dilupakan namun tabiat tidur dalam terang tidak dapat dibuang.

Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan di pintu langsung tidak mengejutkannya dari tidur yang lena. Mata terpejam rapat ditemani dengkuran yang terus menyanyi mengeluarkan melodi sendiri tanpa lirik.

Tuk! Tuk! Tuk!

Ketukan kedua lebih kuat dari tadi. Sayup-sayup suara yang memanggil namanya menerjah ke corong telinga. Membuatkan dia sedikit tersentak. Siapa pulak yang kacau aku tidur ni?! Mata sedikit kelat untuk dibuka. Selimut di tarik terus menutupi hingga ke paras kepala.

Tuk! Tuk! Tuk! “Adam....”

Suara itu membuatkan dia benar-benar terjaga dari lena. Mata yang kelat segera dibuka seluasnya dan selimut ditolak menjauhi tubuh.

“Adam...buka pintu ni.” Ada nada merintih di hujung suara yang sedang menunggu di luar biliknya itu.

Tuk! Tuk! Tuk! Ketukan di pintu bertalu-talu. Namun dia hanya memandang tanpa sebarang tindakan. Masih mamai kerana baru terjaga dari tidur. Tubuh terasa amat letih. Kepala berpusing pening kerana bangkit secara tiba-tiba. Dia duduk seketika di birai katil bagi mengumpul kekuatan untuk berdiri. Otak berfikir bagaimana dia boleh berada di rumah sendiri. Sedangkan semalam dia masih sibuk menyelesaikan kerja-kerja di studio kemudian dia terlelap kerana terlalu letih. Kepala berserabut dengan masalah peribadi yang nampaknya seperti tiada jalan penyelesaian selagi dia tidak cuba mengharunginya tanpa ragu-ragu. Dia berseorangan kerana Shaq sudah pulang, dan Chiko hilang entah ke mana. Keluar dating agaknya.

“Adam...please open the door...” Dari rintihan beralih pula pada tangisan. Kenapa pula Nur ni? Tidak sampai sepuluh langkah dia sudah tiba di pintu bercat putih itu. Tangan memulas tombol pintu dan sebaik pintu terbuka Adam tergamam melihat Ainnur yang sedang menekan perut dan darah berjejehan di celahan kelangkangnya...

“Ya Allah! Kenapa ni sayang?” Dia panik. Melihatkan darah yang semakin mengalir laju membasahi lantai perlahan menyusur masuk ke dalam biliknya.

“Tolong saya....Adam...tolong....” Ainnur merintih dan tangannya masih menekan perut. Dahinya berkerut mungkin kerana menahan kesakitan yang teramat sangat.

Adam tegak berdiri. Dia terlalu panik sehinggakan tidak tahu mahu bermula dari mana. Jantung berdegup semakin kencang, kepala terasa berpusing ligat. Bau hanyir darah mula menusuk ke dalam hidung.

Buk! Tubuhnya terus lemah longlai dan jatuh menyembah lantai. Dia tidak sedar apa yang terjadi selepas itu sehingga pipinya terasa perit ditampar seseorang.

“Hoi! Kau ni mengigau apa sampai tidur atas lantai ni?”

“Shaq! Shaq! Nur mana? Dia okay ke tak?” Dia terus meraba-raba sekeliling. Lantai bersih tanpa setitik pun cecair berwarna merah. Maksudnya tiada darah.

Shaq memandang sekeliling. Cuba mencari kelibat Ainnur sekiranya ada seperti mana yang dikehendaki Adam. Suasana sunyi sepi. Malah tiada bunyi kenderaan pun yang lalu lalang. Jam sudah menginjak ke angka 10 pagi, mungkin kebanyakan jiran tetangga sudah keluar bekerja awal pagi dan yang lain masih tidur atau sekadar melakukan aktiviti di dalam rumah membuatkan jalan raya kecil di hadapan studio lengang.

“Hello abang...ini studio lah. Nur ada datang sini ke? Kau mengigau ni....” Shaq tersengih melihat Adam yang panik secara tiba-tiba. Namun dalam hati berkata-kata jua…Ainnur ada datang sini ke? Maksudnya dorang dah berbaiklah. Pening juga nak menjawab itu semua sendiri sebab jawapannya memang bukan pada dia tapi pada lelaki yang sedang duduk di hadapannya kini.

“Serius! Aku tengok dia berdiri dekat pintu berdarah-darah!” Ujar Adam bersungguh-sungguh. Dia menggosok belakang leher yang terasa kejang. Otak terus ligat berputar. Itu mimpi ke?

Shaq sekadar menggeleng kepala melihat telatah Adam. Kunci pintu studio dicampak ke dalam beg. Dia sendiri terkejut sebaik pintu bilik dibuka melihat Adam sudah terbaring di atas lantai. Pada fikirannya mungkin Adam pengsan. Mujur dia sedar, kalau tidak memang ke hospital temannya itu sudah di bawa. “Aku rasa kau ni mimpi kut.” 

“Aku nak baliklah. Risau pula ada perkara buruk yang jadi dekat dia.” Dia terus bangun mencapai kunci kereta di atas meja dan meninggalkan Shaq yang terpinga-pinga sendirian.

Sah! Budak ni angau sebenarnya.....

*******************

Kaki menekan deras pedal minyak mencelah di sebalik kereta yang bersusun di atas jalan raya. Jantung berdegup keras sepertinya ada sesuatu yang tidak kena. Dalam kepala sudah memikirkan bermacam-macam peristiwa buruk yang seringkali di paparkan di dada suratkhabar membuatkan hati bertambah walang libang-libu. Tubuh yang berlumuran darah itu membuatkan dia benar-benar cemas.

Ya Allah...kau selamatkanlah isteriku.

Memasuki kawasan tempat letak kereta, sebuah Myvi oren kepunyaan seseorang yang amat dikenali berada di tempat biasa. Bertambah berdebar dada Adam. Itu bermaksud Ainnur berada di rumah. Mintak-mintak janganlah terjadi seperti apa yang dimimpikan.

Ting! Tanpa menunggu pintu lif terbuka luas, dengan kelebihan tubuh yang kurus itu, dia terus menyelit untuk keluar berlari menuju ke rumah. Melihat pintu yang berkunci, tangan lantas meraba ke dalam beg sandang yang dibawa bagi mencari kunci rumah. Kelam-kabut dia menolak pintu sehingga hampir dia terjatuh kerana tersadung lapik kaki yang diletakkan di hadapan pintu masuk. Suasana rumah sunyi sepi seperti tidak berpenghuni. Mata meliar sekitar ruang tamu terus ke dapur, namun kelibat orang yang dicari tidak kelihatan. Kaki melangkah laju menuju ke pintu bilik yang tidak ditutup rapat. Mudah sahaja ditolak lantas dia terus meluru ke atas katil mendapatkan si isteri yang sedang terbaring tanpa menyedari kehadirannya.

“Sayang!” Selimut diselak bagi memastikan apa yang dimimpikannya tidak terjadi di alam realiti.

“Along! Apa ni?” Jeritan Arina memecah kesunyian pagi yang sudah pun suam-suam kuku kerana suasana panas di luar lebih kepada tengah hari. Adam terkejut. Si isteri yang disangkanya tidur tadi rupanya Arina.

“Ainnur mana? Kak Long pergi mana? Is she okay? Adik buat apa dekat sini?” Ada nada cemas di situ. Arina terkulat-kulat memandang Adam yang sedang beria-ia menanti jawapan darinya. 

“Kenapa dengan Along ni? Masuk bilik tak bagi salam. Main terjah aja. Siap pakai kasut lagi! Siapa ajar ni? Dah...turun...turun...” Arina menolak Adam turun dari katil. Dia menyelimutkan tubuh yang hanya dibaluti baju tidur jenis kain satin paras peha dengan selimut. Walau yang berada di hadapannya itu abang kandungnya, tetapi tahap batasan aurat masih dijaga.

“Along tanya ni...Ainnur mana...?” Wajahnya masih resah. Selagi tidak mendapat jawapan yang sahih di mana isterinya berada. Mungkin jua Ainnur berada di hospital pada ketika ini namun Arina tidak sempat memberitahunya. Dia memanjat katil semula tanpa menghiraukan langsung converse yang masih tersarung di kaki akan mengotori katil kerana apa yang penting adalah Ainnur selamat.

“Along...hari ni kan hari Selasa...mestilah Kak Long kerja. Ingat dia kerja macam Along ke? Orang tu kerja makan gaji, masuk pagi balik petang. Faham.....” Ujar Arina sambil mengikat rambut yang kusut masai akibat baru bangun dari tidur. Kemudian dia duduk belunjur kedua kaki ke hadapan lalu cuba menolak  tubuhnya sedikit ke hadapan bagi membolehkan hujung jari tangan mencecah hujung jari kaki. Sedikit senaman ringan yang dilakukan setiap pagi untuk memanaskan urat-urat dan sendi yang masih tidur walau mata sudah terbuka luas. Dia menjeling pada Adam yang sedang duduk bersebelahan dengannya sambil bersandar di kepala katil. Wajah abangnya itu nampak muram. Di kepalanya juga seperti terletak sebuah batu yang teramat besar kerana dari wajahnya jelas menggambarkan kekusutan di hati. Mungkin masih mencari jalan penyelesaian bagi masalah di antara mereka berdua.  Sudah hampir dua minggu dia bermastatutin di rumah itu gara-gara ingin menemankan kakak ipar yang berseorangan dan sedang meratap pilu akan kisah hidup yang mula berantakan. Mujur juga mummy dan papa tiada kerana cuti berbulan madu katanya. Dia tidak ikut serta kerana malas mahu kacau daun. Biarkan lah…sudah lama mereka tidak berdua-duaan mencari ketenangan bersama-sama. Menggilap semula kisah cinta yang sudah berlanjutan hampir 30 tahun.

Adam menghembus nafas panjang. Hilang debaran di hati. Maksudnya Ainnur selamat sudah cukup menggembirakan dirinya.

“Pergi mandilah! Busuk! Gigi tak gosok. Masam!” Batang tubuh Adam ditolak kuat hingga jatuh dari katil. Bau masam sepertinya seharian dia tidak mandi. Rambut yang selama ini di dandan rapi sudah tidak terjaga. Walau lelaki namun Adam sentiasa memastikan rambutnya di sikat serta dibubuh gel bagi mengekalkan letak rambut yang kemas sempurna. Tetapi lelaki yang dilihat depannya kini berlainan dari dulu. Baju itu entah sudah berapa hari tidak bertukar. Bulu-bulu halus sudah mula tumbuh disekitar rahang Adam. Arina hairan mengapa sampai begitu sekali keadaan Adam. Adakah terlalu kecewa membawa hati yang lara sehinggakan diri sudah tidak terjaga.

"Adik...Kak Long okay kan? How is she?" Kerja-kerja mengemas katil terhenti. Wajah abangnya yang sedang berdiri di muka di pintu di toleh. Sugul. Sayu hatinya melihat Adam.

"She's fine. Tapi adik tahu, dia rindukan along macam mana along rindukan dia sekarang ni."

Jawapan itu sudah membuatkan dia cukup lega. Adam tersenyum melangkah keluar dari bilik meninggalkan Arina yang terus menghantarnya hingga hilang dari pandangan. 

Adam menghempaskan tubuh di atas katil. Merenung siling, mengingati kisah suka duka bersama Ainnur. Senyum dan tawa Ainnur membuatkan bibirnya jua lebar menguntum senyum. Adakalanya wajah itu masam mencuka kerana marahkannya yang suka menyakat. Terngiang-ngiang suara Ainnur membebel di telinganya bila dia sengaja membiarkan baju berlambak untuk dibasuh. Kasut bersepah sengaja tidak mahu disusun. Masakan Ainnur lebih dirindui. Walau sedikit dijamah, tapi terasa kenyang. Tidak pernah ada rasa yang kurang. Masakan penuh dengan kasih sayang itu sahaja jawapannya bila ditanya kenapa setiap masakan tidak pernah kurang rasa.

Sayang.....Adam rindu sayang. Adam rindu sangat-sangat. 

Friday, 10 April 2015

AKU PILIH KAU! 39

BAB 39

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Mana pun kau berada
Semoga kau berbahagia
( Rindu – Shae ft Nukilan)

Bacaan Yasin bergema seisi rumah banglo yang tersergam indah di atas bukit itu. Ternyata walau dilimpahi dengan kekayaan, bab agama sama sekali tidak dibelakangkan. Lagak Tan Sri Tengku Zainal seperti orang kebanyakan, hanya berkain pelekat dan berbaju Melayu Cekak Musang warna biru tua bersongkok hitam. Puan Sri Sharifah Noraini juga berbaju kurung cotton bercorak bunga kecil warna biru tua bertanah putih dipadankan dengan tudung bawal berwarna biru muda. Agak pandai bermain warna supaya tidak menampakkan segala-galanya sedondon dari atas ke bawah.

Dan lelaki yang sedang duduk tenang di hujung barisan masih nampak bergaya seperti biasa. Seperti ayahnya, Tengku Zhafran hanya berbaju Melayu teluk belanga warna ungu berbanding abangnya Tengku Zhafril nampak berbaju Melayu lengkap, bersongkok siap bersampin.

Usai bacaan Yasin, pada sesi jamuan makan untuk para tetamu matanya meliar mencari kelibat orang yang dinanti. Di antara ramai tetamu yang hadir, di taman dia tidak kelihatan, begitu juga di sekitar kolam renang. Kecewa sedikit kolam hatinya kerana dia memang mengharapkan kedatangan tetamu istimewa itu seperti sebelum ini. Setiap bulan, banglo itu sentiasa dengan bacaan Yasin. Tetamu yang terdiri dari kalangan kariah masjid, rakan dan jiran-jiran sentiasa dijemput hadir. Mereka seronok memberi makan tetamu. Setiap bulan juga, pelajar-pelajar dari sekolah tahfiz atau anak-anak yatim dijemput sama.

Walau kekayaan yang dicari, tapi Tan Sri Tengku Zainal sentiasa mengingatkan anak-anaknya bahawa bukan kekayaan dunia sahaja yang perlu dikejar tetapi juga akhirat. Sebab itu dari kecil mereka dihantar ke sekolah agama supaya segala ilmu yang di perolehi tidak sia-sia. Bak kata pepatah, setandan pisang yang berbuah, tidak semuanya elok. Begitulah juga dengan anak-anak mereka. Tengku Zatul Aizan anak yang ketiga dan Tengku Zairul yang keempat bukanlah tidak dididik dengan betul cumanya apabila meningkat dewasa masing-masing mula memilih jalan sendiri hidup yang agak sosial. Berpelesiran di kelab malam adalah kegemaran keduanya tanpa pengetahuan ibu dan bapa. Malah keduanya tidak kelihatan malam ini. Tetapi yang anak yang bongsu elok bertudung iaitu Tengku Zanariah. Orangnya lemah lembut sedikit sebanyak mengikut perangai Puan Sri Sharifah Noraini.

“Zhafran…uncle balik dulu ya.” Dia disapa Dato’ Jamal, salah seorang dari jiran yang menetap di lorong yang sama. Dia bernasib baik kerana jiran-jiran yang terdiri dari orang kenamaan rata-ratanya merendah diri. Tidak kira bangsa dan agama. Mereka tidak pernah berbalah malah saling tolong-menolong.

“Thank you for coming uncle. Assalamualaikum.” Dia mencium tangan Dato’ Jamal yang sudah di anggap sebagai ayah kerana umurnya yang hampir sebaya dengan Tan Sri Tengku Zainal.

Menginjak ke angka 11 malam, ramai tetamu sudah beransur pulang. Hanya terdapat kenalan rapat yang masih berada di ruang makan bersembang dengan Tan Sri Tengku Zainal dan Tengku Zharif. Bicara orang-orang perniagaan yang membuatkan Tengku Zhafran tidak berminat untuk masuk campur walau kini dia boleh dikategorikan sebagai salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Namun itu tidak dibanggakan kerana dia mendapat nama hanya kerana perniagaan yang diwarisi dan bukan kerana atas usahanya sendiri.

Songkok diletakkan di atas meja makan, dalam hati terdetik mencari bonda tersayang. Bunyi suara bersembang dan ketawa mempercepatkan langkah ke dapur.

“Ha…anak-anak gadis ada dekat sini rupanya. Puas cari dekat luar tadi.” Hati berbunga lega apabila melihat orang yang dicari berada di situ. Nampak manis berbaju kurung merah jambu muda serta bertudung penuh. Antara mereka di situ, dialah yang paling kecil namun dapat dilihat dengan jelas.

“Dah puas ummi suruh dorang ni makan dekat luar, nak juga menyibuk dekat dapur ni.” Puan Sri Sharifah Noraini membalas. Lepas semua tetamu usai membaca Yasin, dua orang gadis yang katanya pekerja di bawah Tengku Zhafran ringan tangan menolongnya di dapur. Dia pula naik segan bila tetamu yang buat kerja. Tapi keduanya tidak beralah. Malah terasa ringan bebannya di dapur bila mereka turut membantu. Kalau nak harapkan dia, Zana dan kedua pembantu yang di ambil dari Indonesia itu masih belum cukup tangan.

Dia lebih suka masak sendiri dari mengupah mana-mana katerer bagi jamuan seperti itu. Sebab itu di kalangan rakan-rakan suami atau anak-anaknya, dia terkenal dengan jolokan Chef Bonda.

“You all dah makan ke belum?” Matanya terarah pada mereka berdua yang berdiri di sinki. Seorang membasuh pinggan, seorang lagi membilas pinggan. Adiknya Tengku Zanariah mengambil tugas mengelap pinggan dan menyusun untuk mengeringkannya sebelum di simpan ke dalam rak kembali.

“Belum lagi Zhaf. Ajaklah dorang makan. Tinggal sikit lagi aja tu. Tak apa ummi dengan Zana habiskan nanti.” Puan Sri Sharifah Noraini lebih senang membahasakan dirinya dengan perkataan Ummi dengan sesiapa jua kenalan anak-anaknya. Sifat keibuan yang dimilikinya membuatkan sesiapa pun pasti senang. Tiada perbezaan dari segi darjat dan pangkat. Baginya semua sama. Kelak ke dalam tanah yang dipijak jua akan berumah.

“Tak apalah ummi, tak banyak dah ni. Kami habiskan.” Balas Hani. Ainnur masih tekun bermain sabun membersihkan sisa kotoran pada pinggan mangkuk yang digunakan. Nasib baik Puan Sri Sharifah Noraini melarangnya dari membasuhkan segala periuk, kuali yang digunakan kerana itu menjadi tanggungjawab pembantu rumah. Kalau tidak memang sudah licin diselesaikan. Baginya itu tidak menjadi masalah. Tengku Zhafran hanya tersenyum sambil bersandar di dinding yang memisahkan dapur dan ruang makan.

“Okay. Carry on. Tapi mesti makan dulu sebelum balik. Kalau tidak you all kena tidur sini.” Ujar Tengku Zhafran bergurau. Tengku Zanariah tersengih mendengar kata-kata abangnya. Dia memang tidak banyak bersuara. Sebab dikalangan adik-beradik dia memang pendiam. Menyampuk atau bersembang bila perlu. Hanya ummi teman bercerita.

“Dengar tu wahai dayang-dayang. So siapkan kerja cepat ya. Ummi dah larang, tapi you all ni baik hati sangat. Tengok anak raja dah bersuara.” Pandai juga Puan Sri Sharifah Aini bergurau. Masing-masing hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Tengku Zhafran beredar meninggalkan kaum wanita yang sedang sibuk berkemas di dapur. Dia tidak mahu masuk campur. Cukuplah dengan mereka berempat di situ.

Puan Sri Sharifah Aini hanya menghantar pemergian anaknya dengan senyuman. Dari lirikan matanya, dia tahu ada sesuatu yang menarik perhatian Tengku Zhafran di situ. Dua orang gadis yang sedang membantunya di sinki dikerling dengan hujung mata. Keduanya nampak manis berbaju kurung Pahang dengan warna yang sama. Kelihatannya memanglah seperti dayang istana, dengan tangan yang tangkas bekerja tanpa mengambil kisah sekiranya sisa-sisa makanan pada pinggan yang dibasuh akan mengotorkan baju masing-masing. Sesekali mereka tertawa entah apa yang dibualkan dia tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Tengku Zanariah yang berdiri sebaris dengan mereka hanya tumpang ketawa tetapi tidak sesekali menyampuk untuk bersuara.

“Ummi…pinggan dah siap ni. Ada apa-apa lagi kami nak tolong?” Suara Ainnur jelas kedengaran sambil mengelap tangan dengan tuala kecil yang diberikannya tadi.

“Terima kasih banyak-banyak. Tak apalah, yang lain-lain tu biar si Bik Yam dengan Sari yang buat. Kamu tolong ummi ni pun ummi dah kira bersyukur.” Puan Sri Sharifah Noraini tersenyum lebar memandang keduanya. Baginya cukup rahmat diberikan kesenangan melalui pertolongan dari mereka berdua.

Dia memandang Hani kemudian beralih pada Ainnur. Setiap seorang memiliki kelebihan masing-masing walau bukan dikategorikan dalam golongan wanita yang cantik seperti mana yang selalu di perkenalkan oleh anak sulungnya, Tengku Zharif kepadanya. Mencari calon menantu kena mintak restu ummi katanya. Tapi  kalau mereka ni nak jadikan menantu, bagus jugak ni. Satu untuk Zharif…satu untuk Zhafran.

“Kalau macam tu, kami beransur dulu ummi.” Ujar Hani mematikan lamunan Puan Sri Sharifah Noraini.

“Eh! Tak makan dulu ke?” Dia sedar keduanya hanya menjamah karipap dan selebihnya banyak bekerja di dapur.

“Dah makan tadi ummi.” Ringkas jawapan Ainnur. Dia menurunkan lengan baju yang disingsing hingga ke siku bagi memudahkan kerja-kerja membasuh tadi.

“Ish! Makan kuih aja. Tak apalah, ummi suruh Bik Yam bungkuskan. Bik!!!”

“Tak apalah ummi. Buat susah aja.” Tidak senang pula menyusahkan Bik Yam yang sedang sibuk berkemas di luar. Lagipun kalau dia membawa pulang makanan, tiada siapa di rumah selain dari Arina yang sudah pun makan di luar tadi bersama kawannya. Membazir. Tapi untuk menolak, segan pula.

“Tak apa…tunggu kejap. Jangan balik dulu. Bikkk!!!” Nyaring pula jeritannya membuatkan Bik Yam terkocoh-kocoh berlari ke dapur.

“Kenapa ibu? Jangan jerit-jerit…telinganya masih dengar lagi.” Ujarnya dalam slang Indonesia. Bibik Yam sama seperti wanita Indonesia yang dilihat dalam drama-drama di televisyen. Seorang wanita berumur, bersanggul rambut tinggi seperti orang lepas bersalin, cuma yang membezakan  adalah dia berbaju kurung seperti orang Malaysia. Mungkin itu atas arahan Puan Sri Sharifah Aini kerana Sari juga mengenakan pakaian yang sama. Sari nampak lebih muda mungkin dalam lingkungan umur 18 tahun. Bertubuh kurus dan kecil, berambut panjang tetapi ditocang satu.  

“Ya…ibu tahu kamu masih boleh mendengar. Tolong bungkus makanan untuk tetamu bawa balik. Cepat!”

“Ya bu!” Dengan segera laci dibuka mencari bekas untuk mengisi makanan.

“Kamu berdua duduklah dulu.” Ujar Puan Sri Sharifah Aini kemudian dia keluar dari dapur menuju ke tingkat atas. Hani dan Ainnur turut keluar meninggalkan Bibik Yam berseorangan dan sebaik melintasi meja makan, dilihatnya makanan sudah tersusun sepertinya untuk menjamu orang makan.

Untuk siapa pula makanan ni? Ada orang nak datang lagi ke? Getus hati.

“Dayang-dayang…beta lapar. Belum makan lagi. Jom makan dengan beta.” Suara garau itu menangkap telinga keduanya.

Mereka berpandangan. Segan la pula.

“Duduk aja. I tau, you all tak makan lagi. Makan dulu, kalau tidak tak boleh balik.” Ujar Tengku Zhafran sambil tersengih. Hani dan Ainnur tiada pilihan tetapi belum sempat melabuhkan punggung, Tengku Zhafran sudah pun menarik kerusi Ainnur untuk membolehkan wanita itu duduk.

Ainnur terpinga-pinga. Gentleman sangat bos ni.

Kemudian dia beralih pula pada Hani yang masih berdiri menunggu giliran seterusnya untuk mendapat layanan istimewa.

“Thank you bos.” Tersipu-sipu malu keduanya.

“Ain…” Kenapa pula dia sebut nama aku ni? WHAT? Ain mengangkat kepala memandang Tengku Zhafran dan seperti dia membaca apa yang terdapat dalam kepala setiausahanya itu.

“I cakap apa, kalau luar dari office.”

Ainnur membuat muka bingung. Dia tidak mahu Hani yang memendam rasa terhadap Tengku Zhafran tersalah anggap nanti. Tak akan nak panggil Zhaf dekat sini. Ish! Bos ni ada-ada ajalah!

“Okay…let’s eat.” Tengku Zhafran beralih tajuk dan terus mencedok lauk ke dalam pinggan Ainnur membuatkan hati Hani terus berkata-kata. Okay…Ain dapat layanan best sebab itu bos dia. Untunglah…

Sebaik dia menyuap nasi masuk ke mulut, tekak terus berasa loya. Cepat-cepat dia mencapai tisu dan meluahkan. Daging…sejak disahkan mengandung, daging adalah salah satu makanan yang terpaksa dielak.

“Excuse me.” Dia terus menolak kerusi dan berlari ke arah tandas yang terletak di sebelah dapur. Segala isi perut terus keluar.

Ya Allah! Peritnya tekak. Dia mengurut dada sendiri. Perut yang tiba-tiba mengeras diusap lembut bagi meredakan ketegangan.

Ya Allah…hebatnya dugaan ini. Sorry…anak ibu tak suka daging ya. Perut terus diusap perlahan-lahan.

“Ain…are you okay?” Dilihatnya Tengku Zhafran sudah sedia menunggu apabila pintu di buka. Maknanya dia dengarlah aku muntah-muntah tadi?

“Pening kepala sikit.” Dia memegang kepala. Memang sejak dari mula kepalanya agak pening namun dia cuba bertahan. Tapi bila saja daging tadi memasuki mulut memang dia tidak tertahan lagi. Sebaik muntah, pening semakin teruk sehinggakan dia sukar untuk berdiri tegak.

“Itulah, sibuk sangat dekat dapur sampaikan perut masuk anginlah tu.” Berkerut dahi lelaki itu memandangnya.

Ainnur tersengih. Tidak berniat untuk membalas kata-kata Tengku Zhafran. Cubaan berjalan seperti biasa tidak berjaya, kerana kepalanya terasa berpusing sehinggakan terpaksa dipapah oleh Tengku Zhafran. Dia cuba menolak tapi Tengku Zhafran berkeras untuk membantunya.
Dia risau sekiranya Ainnur jatuh pengsan. Tidak sangka sama sekali disebabkan Ainnur membantu ummi di dapur membuatkan wanita itu jatuh sakit. Dia terasa bersalah.

“Next time kalau datang sini lagi jangan sibuk dekat dapur. I risau tau you sakit macam ni.” Ainnur diam sambil memandang sahaja Tengku Zhafran yang sedang memegang erat pinggangnya. Sebelah lagi tangannya menggenggam tangan Ainnur. Bau haruman minyak wangi yang dipakainya membuatkan Ainnur agak rasa lega seperti aromaterapi. Dia senang dengan wangian itu kerana sejak akhir-akhir ini hidungnya agak sensitif menangkap bau-bauan yang semuanya dirasakan berbau busuk. Begini rupanya perasaan orang yang mengandung. Tidak sabar rasanya menunggu untuk masuk ke trimester kedua kerana mengikut ulangkaji yang dibuat, segala-galanya akan berkurang apabila kandungan mencecah ke lima atau enam bulan.

“You smell good.” Alamak! Kenapa aku cakap benda tu! Dia menekup mulut sendiri. Pipi mula merona kemerahan.

“Do I? You like it?” Dia dengarlah pulak. Ainnur termalu sendiri.

“Ainnur…” Mata bertentang mata, masing-masing terdiam. Tenggelam mereka seketika dalam dunia sendiri. Kesempatan itu diambil oleh Tengku Zhafran untuk menatap sepuas-puasnya wanita yang telah mencairkan hatinya dengan senyuman dan tingkahlaku yang membuatkan dia terpikat. Melihatkan tahi lalat di tepi bibir itu menambah kemanisan senyuman yang memang ingin dilihat setiap hari. Setiap pagi, hidupnya terasa indah apabila gadis tersenyum sambil menyapanya. Air tangan wanita itu yang membancuhkan kopi untuknya ingin dirasakan setiap hari. Dia mahu memeluk tubuh itu, mengucup puas setiap inci wajahnya.

“Ain!” Suara Hani membuatkan keduanya seperti tersedar dari mimpi.

“Saya balik dulu Tengku.” Dia bergegas berjalan ke arah Hani yang sedang menunggunya di pintu masuk. Mujur Hani tak perasan kalau tidak mungkin kawan baiknya itu akan membuat pelbagai spekulasi.

“Take care!” Laungnya dari jauh, hanya mampu menghantar dengan pandangan mata. Terlalu cepat tanpa sempat dia mengejar. Dia merenung tangan yang menggenggam erat pinggang Ainnur tadi.

“So, which one?” Suara Puan Sri Sharifah Noraini memecah lamunannya.

“What ummi?” Pura-pura buat tidak faham.

“You know what I’m talking about.” Puan Sri Sharifah Noraini sudah tersenyum lebar. Sebagai ibu, dia tahu apa yang bermain di dalam perasaan Tengku Zhafran pada ketika ini.


“Good night ummi…” Senyuman di balas senyuman dan dia terus berlalu pergi. Biarlah apa yang dirasainya di simpan sahaja di dalam hati. Selamat malam cinta hati….nanti kita berjumpa lagi.