Friday, 10 April 2015

AKU PILIH KAU! 39

BAB 39

Rindu membelenggu
Terkenang masa lalu
Hati ini jadi rindu
Tak terkata
Mana pun kau berada
Semoga kau berbahagia
( Rindu – Shae ft Nukilan)

Bacaan Yasin bergema seisi rumah banglo yang tersergam indah di atas bukit itu. Ternyata walau dilimpahi dengan kekayaan, bab agama sama sekali tidak dibelakangkan. Lagak Tan Sri Tengku Zainal seperti orang kebanyakan, hanya berkain pelekat dan berbaju Melayu Cekak Musang warna biru tua bersongkok hitam. Puan Sri Sharifah Noraini juga berbaju kurung cotton bercorak bunga kecil warna biru tua bertanah putih dipadankan dengan tudung bawal berwarna biru muda. Agak pandai bermain warna supaya tidak menampakkan segala-galanya sedondon dari atas ke bawah.

Dan lelaki yang sedang duduk tenang di hujung barisan masih nampak bergaya seperti biasa. Seperti ayahnya, Tengku Zhafran hanya berbaju Melayu teluk belanga warna ungu berbanding abangnya Tengku Zhafril nampak berbaju Melayu lengkap, bersongkok siap bersampin.

Usai bacaan Yasin, pada sesi jamuan makan untuk para tetamu matanya meliar mencari kelibat orang yang dinanti. Di antara ramai tetamu yang hadir, di taman dia tidak kelihatan, begitu juga di sekitar kolam renang. Kecewa sedikit kolam hatinya kerana dia memang mengharapkan kedatangan tetamu istimewa itu seperti sebelum ini. Setiap bulan, banglo itu sentiasa dengan bacaan Yasin. Tetamu yang terdiri dari kalangan kariah masjid, rakan dan jiran-jiran sentiasa dijemput hadir. Mereka seronok memberi makan tetamu. Setiap bulan juga, pelajar-pelajar dari sekolah tahfiz atau anak-anak yatim dijemput sama.

Walau kekayaan yang dicari, tapi Tan Sri Tengku Zainal sentiasa mengingatkan anak-anaknya bahawa bukan kekayaan dunia sahaja yang perlu dikejar tetapi juga akhirat. Sebab itu dari kecil mereka dihantar ke sekolah agama supaya segala ilmu yang di perolehi tidak sia-sia. Bak kata pepatah, setandan pisang yang berbuah, tidak semuanya elok. Begitulah juga dengan anak-anak mereka. Tengku Zatul Aizan anak yang ketiga dan Tengku Zairul yang keempat bukanlah tidak dididik dengan betul cumanya apabila meningkat dewasa masing-masing mula memilih jalan sendiri hidup yang agak sosial. Berpelesiran di kelab malam adalah kegemaran keduanya tanpa pengetahuan ibu dan bapa. Malah keduanya tidak kelihatan malam ini. Tetapi yang anak yang bongsu elok bertudung iaitu Tengku Zanariah. Orangnya lemah lembut sedikit sebanyak mengikut perangai Puan Sri Sharifah Noraini.

“Zhafran…uncle balik dulu ya.” Dia disapa Dato’ Jamal, salah seorang dari jiran yang menetap di lorong yang sama. Dia bernasib baik kerana jiran-jiran yang terdiri dari orang kenamaan rata-ratanya merendah diri. Tidak kira bangsa dan agama. Mereka tidak pernah berbalah malah saling tolong-menolong.

“Thank you for coming uncle. Assalamualaikum.” Dia mencium tangan Dato’ Jamal yang sudah di anggap sebagai ayah kerana umurnya yang hampir sebaya dengan Tan Sri Tengku Zainal.

Menginjak ke angka 11 malam, ramai tetamu sudah beransur pulang. Hanya terdapat kenalan rapat yang masih berada di ruang makan bersembang dengan Tan Sri Tengku Zainal dan Tengku Zharif. Bicara orang-orang perniagaan yang membuatkan Tengku Zhafran tidak berminat untuk masuk campur walau kini dia boleh dikategorikan sebagai salah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Namun itu tidak dibanggakan kerana dia mendapat nama hanya kerana perniagaan yang diwarisi dan bukan kerana atas usahanya sendiri.

Songkok diletakkan di atas meja makan, dalam hati terdetik mencari bonda tersayang. Bunyi suara bersembang dan ketawa mempercepatkan langkah ke dapur.

“Ha…anak-anak gadis ada dekat sini rupanya. Puas cari dekat luar tadi.” Hati berbunga lega apabila melihat orang yang dicari berada di situ. Nampak manis berbaju kurung merah jambu muda serta bertudung penuh. Antara mereka di situ, dialah yang paling kecil namun dapat dilihat dengan jelas.

“Dah puas ummi suruh dorang ni makan dekat luar, nak juga menyibuk dekat dapur ni.” Puan Sri Sharifah Noraini membalas. Lepas semua tetamu usai membaca Yasin, dua orang gadis yang katanya pekerja di bawah Tengku Zhafran ringan tangan menolongnya di dapur. Dia pula naik segan bila tetamu yang buat kerja. Tapi keduanya tidak beralah. Malah terasa ringan bebannya di dapur bila mereka turut membantu. Kalau nak harapkan dia, Zana dan kedua pembantu yang di ambil dari Indonesia itu masih belum cukup tangan.

Dia lebih suka masak sendiri dari mengupah mana-mana katerer bagi jamuan seperti itu. Sebab itu di kalangan rakan-rakan suami atau anak-anaknya, dia terkenal dengan jolokan Chef Bonda.

“You all dah makan ke belum?” Matanya terarah pada mereka berdua yang berdiri di sinki. Seorang membasuh pinggan, seorang lagi membilas pinggan. Adiknya Tengku Zanariah mengambil tugas mengelap pinggan dan menyusun untuk mengeringkannya sebelum di simpan ke dalam rak kembali.

“Belum lagi Zhaf. Ajaklah dorang makan. Tinggal sikit lagi aja tu. Tak apa ummi dengan Zana habiskan nanti.” Puan Sri Sharifah Noraini lebih senang membahasakan dirinya dengan perkataan Ummi dengan sesiapa jua kenalan anak-anaknya. Sifat keibuan yang dimilikinya membuatkan sesiapa pun pasti senang. Tiada perbezaan dari segi darjat dan pangkat. Baginya semua sama. Kelak ke dalam tanah yang dipijak jua akan berumah.

“Tak apalah ummi, tak banyak dah ni. Kami habiskan.” Balas Hani. Ainnur masih tekun bermain sabun membersihkan sisa kotoran pada pinggan mangkuk yang digunakan. Nasib baik Puan Sri Sharifah Noraini melarangnya dari membasuhkan segala periuk, kuali yang digunakan kerana itu menjadi tanggungjawab pembantu rumah. Kalau tidak memang sudah licin diselesaikan. Baginya itu tidak menjadi masalah. Tengku Zhafran hanya tersenyum sambil bersandar di dinding yang memisahkan dapur dan ruang makan.

“Okay. Carry on. Tapi mesti makan dulu sebelum balik. Kalau tidak you all kena tidur sini.” Ujar Tengku Zhafran bergurau. Tengku Zanariah tersengih mendengar kata-kata abangnya. Dia memang tidak banyak bersuara. Sebab dikalangan adik-beradik dia memang pendiam. Menyampuk atau bersembang bila perlu. Hanya ummi teman bercerita.

“Dengar tu wahai dayang-dayang. So siapkan kerja cepat ya. Ummi dah larang, tapi you all ni baik hati sangat. Tengok anak raja dah bersuara.” Pandai juga Puan Sri Sharifah Aini bergurau. Masing-masing hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Tengku Zhafran beredar meninggalkan kaum wanita yang sedang sibuk berkemas di dapur. Dia tidak mahu masuk campur. Cukuplah dengan mereka berempat di situ.

Puan Sri Sharifah Aini hanya menghantar pemergian anaknya dengan senyuman. Dari lirikan matanya, dia tahu ada sesuatu yang menarik perhatian Tengku Zhafran di situ. Dua orang gadis yang sedang membantunya di sinki dikerling dengan hujung mata. Keduanya nampak manis berbaju kurung Pahang dengan warna yang sama. Kelihatannya memanglah seperti dayang istana, dengan tangan yang tangkas bekerja tanpa mengambil kisah sekiranya sisa-sisa makanan pada pinggan yang dibasuh akan mengotorkan baju masing-masing. Sesekali mereka tertawa entah apa yang dibualkan dia tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Tengku Zanariah yang berdiri sebaris dengan mereka hanya tumpang ketawa tetapi tidak sesekali menyampuk untuk bersuara.

“Ummi…pinggan dah siap ni. Ada apa-apa lagi kami nak tolong?” Suara Ainnur jelas kedengaran sambil mengelap tangan dengan tuala kecil yang diberikannya tadi.

“Terima kasih banyak-banyak. Tak apalah, yang lain-lain tu biar si Bik Yam dengan Sari yang buat. Kamu tolong ummi ni pun ummi dah kira bersyukur.” Puan Sri Sharifah Noraini tersenyum lebar memandang keduanya. Baginya cukup rahmat diberikan kesenangan melalui pertolongan dari mereka berdua.

Dia memandang Hani kemudian beralih pada Ainnur. Setiap seorang memiliki kelebihan masing-masing walau bukan dikategorikan dalam golongan wanita yang cantik seperti mana yang selalu di perkenalkan oleh anak sulungnya, Tengku Zharif kepadanya. Mencari calon menantu kena mintak restu ummi katanya. Tapi  kalau mereka ni nak jadikan menantu, bagus jugak ni. Satu untuk Zharif…satu untuk Zhafran.

“Kalau macam tu, kami beransur dulu ummi.” Ujar Hani mematikan lamunan Puan Sri Sharifah Noraini.

“Eh! Tak makan dulu ke?” Dia sedar keduanya hanya menjamah karipap dan selebihnya banyak bekerja di dapur.

“Dah makan tadi ummi.” Ringkas jawapan Ainnur. Dia menurunkan lengan baju yang disingsing hingga ke siku bagi memudahkan kerja-kerja membasuh tadi.

“Ish! Makan kuih aja. Tak apalah, ummi suruh Bik Yam bungkuskan. Bik!!!”

“Tak apalah ummi. Buat susah aja.” Tidak senang pula menyusahkan Bik Yam yang sedang sibuk berkemas di luar. Lagipun kalau dia membawa pulang makanan, tiada siapa di rumah selain dari Arina yang sudah pun makan di luar tadi bersama kawannya. Membazir. Tapi untuk menolak, segan pula.

“Tak apa…tunggu kejap. Jangan balik dulu. Bikkk!!!” Nyaring pula jeritannya membuatkan Bik Yam terkocoh-kocoh berlari ke dapur.

“Kenapa ibu? Jangan jerit-jerit…telinganya masih dengar lagi.” Ujarnya dalam slang Indonesia. Bibik Yam sama seperti wanita Indonesia yang dilihat dalam drama-drama di televisyen. Seorang wanita berumur, bersanggul rambut tinggi seperti orang lepas bersalin, cuma yang membezakan  adalah dia berbaju kurung seperti orang Malaysia. Mungkin itu atas arahan Puan Sri Sharifah Aini kerana Sari juga mengenakan pakaian yang sama. Sari nampak lebih muda mungkin dalam lingkungan umur 18 tahun. Bertubuh kurus dan kecil, berambut panjang tetapi ditocang satu.  

“Ya…ibu tahu kamu masih boleh mendengar. Tolong bungkus makanan untuk tetamu bawa balik. Cepat!”

“Ya bu!” Dengan segera laci dibuka mencari bekas untuk mengisi makanan.

“Kamu berdua duduklah dulu.” Ujar Puan Sri Sharifah Aini kemudian dia keluar dari dapur menuju ke tingkat atas. Hani dan Ainnur turut keluar meninggalkan Bibik Yam berseorangan dan sebaik melintasi meja makan, dilihatnya makanan sudah tersusun sepertinya untuk menjamu orang makan.

Untuk siapa pula makanan ni? Ada orang nak datang lagi ke? Getus hati.

“Dayang-dayang…beta lapar. Belum makan lagi. Jom makan dengan beta.” Suara garau itu menangkap telinga keduanya.

Mereka berpandangan. Segan la pula.

“Duduk aja. I tau, you all tak makan lagi. Makan dulu, kalau tidak tak boleh balik.” Ujar Tengku Zhafran sambil tersengih. Hani dan Ainnur tiada pilihan tetapi belum sempat melabuhkan punggung, Tengku Zhafran sudah pun menarik kerusi Ainnur untuk membolehkan wanita itu duduk.

Ainnur terpinga-pinga. Gentleman sangat bos ni.

Kemudian dia beralih pula pada Hani yang masih berdiri menunggu giliran seterusnya untuk mendapat layanan istimewa.

“Thank you bos.” Tersipu-sipu malu keduanya.

“Ain…” Kenapa pula dia sebut nama aku ni? WHAT? Ain mengangkat kepala memandang Tengku Zhafran dan seperti dia membaca apa yang terdapat dalam kepala setiausahanya itu.

“I cakap apa, kalau luar dari office.”

Ainnur membuat muka bingung. Dia tidak mahu Hani yang memendam rasa terhadap Tengku Zhafran tersalah anggap nanti. Tak akan nak panggil Zhaf dekat sini. Ish! Bos ni ada-ada ajalah!

“Okay…let’s eat.” Tengku Zhafran beralih tajuk dan terus mencedok lauk ke dalam pinggan Ainnur membuatkan hati Hani terus berkata-kata. Okay…Ain dapat layanan best sebab itu bos dia. Untunglah…

Sebaik dia menyuap nasi masuk ke mulut, tekak terus berasa loya. Cepat-cepat dia mencapai tisu dan meluahkan. Daging…sejak disahkan mengandung, daging adalah salah satu makanan yang terpaksa dielak.

“Excuse me.” Dia terus menolak kerusi dan berlari ke arah tandas yang terletak di sebelah dapur. Segala isi perut terus keluar.

Ya Allah! Peritnya tekak. Dia mengurut dada sendiri. Perut yang tiba-tiba mengeras diusap lembut bagi meredakan ketegangan.

Ya Allah…hebatnya dugaan ini. Sorry…anak ibu tak suka daging ya. Perut terus diusap perlahan-lahan.

“Ain…are you okay?” Dilihatnya Tengku Zhafran sudah sedia menunggu apabila pintu di buka. Maknanya dia dengarlah aku muntah-muntah tadi?

“Pening kepala sikit.” Dia memegang kepala. Memang sejak dari mula kepalanya agak pening namun dia cuba bertahan. Tapi bila saja daging tadi memasuki mulut memang dia tidak tertahan lagi. Sebaik muntah, pening semakin teruk sehinggakan dia sukar untuk berdiri tegak.

“Itulah, sibuk sangat dekat dapur sampaikan perut masuk anginlah tu.” Berkerut dahi lelaki itu memandangnya.

Ainnur tersengih. Tidak berniat untuk membalas kata-kata Tengku Zhafran. Cubaan berjalan seperti biasa tidak berjaya, kerana kepalanya terasa berpusing sehinggakan terpaksa dipapah oleh Tengku Zhafran. Dia cuba menolak tapi Tengku Zhafran berkeras untuk membantunya.
Dia risau sekiranya Ainnur jatuh pengsan. Tidak sangka sama sekali disebabkan Ainnur membantu ummi di dapur membuatkan wanita itu jatuh sakit. Dia terasa bersalah.

“Next time kalau datang sini lagi jangan sibuk dekat dapur. I risau tau you sakit macam ni.” Ainnur diam sambil memandang sahaja Tengku Zhafran yang sedang memegang erat pinggangnya. Sebelah lagi tangannya menggenggam tangan Ainnur. Bau haruman minyak wangi yang dipakainya membuatkan Ainnur agak rasa lega seperti aromaterapi. Dia senang dengan wangian itu kerana sejak akhir-akhir ini hidungnya agak sensitif menangkap bau-bauan yang semuanya dirasakan berbau busuk. Begini rupanya perasaan orang yang mengandung. Tidak sabar rasanya menunggu untuk masuk ke trimester kedua kerana mengikut ulangkaji yang dibuat, segala-galanya akan berkurang apabila kandungan mencecah ke lima atau enam bulan.

“You smell good.” Alamak! Kenapa aku cakap benda tu! Dia menekup mulut sendiri. Pipi mula merona kemerahan.

“Do I? You like it?” Dia dengarlah pulak. Ainnur termalu sendiri.

“Ainnur…” Mata bertentang mata, masing-masing terdiam. Tenggelam mereka seketika dalam dunia sendiri. Kesempatan itu diambil oleh Tengku Zhafran untuk menatap sepuas-puasnya wanita yang telah mencairkan hatinya dengan senyuman dan tingkahlaku yang membuatkan dia terpikat. Melihatkan tahi lalat di tepi bibir itu menambah kemanisan senyuman yang memang ingin dilihat setiap hari. Setiap pagi, hidupnya terasa indah apabila gadis tersenyum sambil menyapanya. Air tangan wanita itu yang membancuhkan kopi untuknya ingin dirasakan setiap hari. Dia mahu memeluk tubuh itu, mengucup puas setiap inci wajahnya.

“Ain!” Suara Hani membuatkan keduanya seperti tersedar dari mimpi.

“Saya balik dulu Tengku.” Dia bergegas berjalan ke arah Hani yang sedang menunggunya di pintu masuk. Mujur Hani tak perasan kalau tidak mungkin kawan baiknya itu akan membuat pelbagai spekulasi.

“Take care!” Laungnya dari jauh, hanya mampu menghantar dengan pandangan mata. Terlalu cepat tanpa sempat dia mengejar. Dia merenung tangan yang menggenggam erat pinggang Ainnur tadi.

“So, which one?” Suara Puan Sri Sharifah Noraini memecah lamunannya.

“What ummi?” Pura-pura buat tidak faham.

“You know what I’m talking about.” Puan Sri Sharifah Noraini sudah tersenyum lebar. Sebagai ibu, dia tahu apa yang bermain di dalam perasaan Tengku Zhafran pada ketika ini.


“Good night ummi…” Senyuman di balas senyuman dan dia terus berlalu pergi. Biarlah apa yang dirasainya di simpan sahaja di dalam hati. Selamat malam cinta hati….nanti kita berjumpa lagi.

Wednesday, 8 April 2015

AKU PILIH KAU! 38

BAB 38

Biar patah hatiku
Biarkanlah
Aku pergi demi hidupmu
Biar hancur harapku
Lepaskanlah
Aku pergi demi bahgiamu
( Biarkanlah – Drama Band )

“Chiko, cover jap. Aku nak pergi toilet.” Chiko tersentak apabila bahunya ditepuk dari belakang. Leka mengambil gambar para tetamu yang hadir. Ketibaan pasangan pengantin masih dinanti. Ada masa lebih kurang setengah jam sahaja lagi.

“No problem bos.” Arahan Adam disambut senang. Tetamu yang hadir semakin ramai memenuhi segenap ruang dewan yang boleh memuatkan 700 orang dalam satu masa yang sama. Sepeninggalan Adam, tugas-tugas merakamkan detik indah keluarga mempelai diteruskan oleh Chiko dan Hafiz. Shaq telah ditugaskan mengikut rombongan pengantin lelaki manakala Hana yang merupakan satu-satunya bunga di dalam kumpulan mereka berada di tempat rombongan pengantin perempuan bersiap. Hana yang merupakan teman wanita Hafiz sama-sama berkongsi minat dalam bidang fotografi. Kehadiran keduanya sudah cukup melengkapkan kumpulan mereka untuk menjadi lima yang terbaik dalam menghasilkan rakaman detik-detik yang terindah buat pelanggan.

Mereka difahamkan, pasangan mempelai bersiap di tempat yang berlainan kemudian mereka akan disatukan di pintu masuk dewan dan berjalan beriringan menuju ke pelamin yang berada di atas pentas. Leka keduanya menjalankan tugas sehinggalah sebaik pengacara majlis memaklumkan ketibaan pengantin, bunyi kompang bergema mengikut sama pasangan berarak menuju ke dalam dewan. Masing-masing terus mengambil posisi yang terbaik. Adam tidak menunggu di pintu sebaliknya itu menjadi tugas Shaq dan Hana. Lampu kamera berkelip-kelip di tala ke arah pengantin dan tetamu yang sudah berdiri untuk melihat pengantin yang baru memasuki dewan.

Adam menunggu penuh sabar, maklum sahajalah pengantin kena jalan perlahan, bibir kena sentiasa tersenyum. Tiba-tiba teringatkan majlis perkahwinannya dahulu, tidak bersanding pun. Pelamin hanya sekadar hiasan latar belakang untuk bergambar. Tetapi bukan untuk dia, kebanyakannya tetamu yang sibuk bergambar sedangkan dia entah ke mana. Langsung tidak berminat untuk menjeling pelamin sekalipun.

 Dia sendiri tidak tahu apakah perasaannya pada ketika itu. Berkecamuk dengan pelbagai perasaan yang boleh dikategorikan dalam pahit. Wajah isterinya langsung tidak dipandang, malah dia sibuk melayan teman-teman yang datang tanpa mempedulikan langsung isterinya. Malam pertamanya tidak seperti pasangan lain, dia menghilang diri. Tombol pintu bilik pun langsung disentuh.

“Bro! Pengantin tu.” Lantas kembali ke alam nyata dan mata tertumpu ke pelamin.

Ha!!! Mata membuntang melihat pengantin perempuan yang sedang tersenyum lebar di atas pelamin. Dia menggosok mata berkali-kali.

Pap! Pap! Pap! Pipinya ditampar tiga kali. Wajah Shaq dipandang tidak puas hati. Tak sakit mana pun tapi agak hairan kenapa tiba-tiba dia menjadi mangsanya

“Tak payah kau nak gosok-gosok sangat mata kau tu. Kau rasa penampaq aku tadi, sakit tak?”

“Sakitlah! Sengal!” Masih tidak puas hati. Hati tiba-tiba panas.

“Ha…aku nak beritahu kau, kita ni memang di alam nyata. Yang dekat atas pelamin tu bukan isteri kau. Dah! Buat kerja cepat!” Shaq tahu, Adam pasti terkejut. Semasa majlis pernikahan semalam, hanya Hafiz dan Hana yang berada di rumah pengantin untuk mengambil gambar, makanya ini kali pertama mereka bertentang mata dengan pasangan pengantin. Wajah pengantin perempuan saling tidak tumpah seperti Ainnur. Sedangkan dia pun terkejut inikan pula Adam. 

Walaupun tidak pernah bersua muka selepas dari majlis perkahwinan sahabat baiknya itu tapi dia dapat mengingat dengan jelas raut wajah Ainnur. Wajah pengantin perempuan dari segi bentuk muka, tubuh badan, warna kulit semuanya seakan seperti kembar cuma yang membezakan hanyalah si pengantin perempuan  mempunyai tahi lalat jelas di pipi tetapi Ainnur di tepi bibir bawah belah kanan. Menambahkan kemanisannya bila tersenyum. Senyuman itu masih diingati kerana setiap album-album gambar perkahwinan mereka masih disimpan dengan baik di dalam rak di studio. Mengenangkan sebab kawannya itu berkahwin, dia faham mengapa Adam seperti tidak berminat untuk membawanya pulang.

Adam merenung tajam pasangan yang sedang duduk di pelamin. Sesekali pasangan pengantin tertawa dan saling menjeling apabila diusik oleh tetamu yang silih berganti naik untuk menepung tawar. Apabila terpandang wajah itu buat pertama kali, dia ingatkan bermimpi, tapi kata-kata Shaq tadi menyedarkannya bahawa segala-galanya adalah realiti.

Dia cuba melupakan kata-kata Shaq itu, tapi dia tidak berjaya. Walau ternyata itu bukan isterinya tapi perasaan kecewa dan cemburu tidak dapat dikikis dari hati. Lebih lagi bila mereka berpelukan, segala shot yang diambil bagai tidak kena.

Kenapa aku rasa macam ni? Adam….tu bukan isteri kau. Cuba bertegas dengan diri sendiri.

Setiap aksi bergambar mempelai itu tidak sanggup dilihatnya. Dia merasakan seperti Ainnur yang sedang bersanding di atas pentas itu berpelukan dengan lelaki lain, dia jadi berang.

Walau sudah puas menolak perasaan hati dengan menyatakan wanita itu bukan Ainnur dan wanita itu bukan miliknya, namun dia gagal.

“Aku nak minum jap, hauslah.” Akhirnya dia mengalah. Tidak mampu lagi untuk membendung perasaan yang memberontak supaya lelaki tersebut melepaskan isterinya. Gelas berisi air bandung dicapai dan dia segera beredar ke meja yang agak ke belakang bagi menjauhkan pandangan matanya daripada melihat adegan-adegan seterusnya yang amat menyesakkan dada.

Perlahan-lahan dewan mulai lengang kerana selepas majlis persandingan dan pada ketika ini sesi memotong kek, ramai di antara tetamu sudah pulang. Adam duduk sendirian di meja yang sudah ditinggalkan. Dia tunduk merenung kaki namun fikiran melayang terus dibuai saat-saat bersama Ainnur.

“Beb! Settle!” Ujar Shaq mengambil tempat di sebelahnya dan dituruti dengan rakan-rakan lain turut sama menarik kerusi untuk duduk di meja bulat yang boleh memuatkan sepuluh orang itu. Dia hanya mengangguk. Pandangan di hala ke luar dewan. Melalui pintu yang terbuka, dia dapat melihat katerer yang bertungkus-lumus mengemas peralatan yang sudah digunakan. Masing-masing nampak cekap dan pantas dalam melaksanakan tugas.

“Guys…Thanks for today. You all did a good job.” Suara itu…Dia mendongak kepala mencari si pemilik suara. Hampir sama. Dia lagi!

“Payment separuh lagi, macam kita dah agree bila we all dah dapat semua gambar dalam tangan. Kita bayar okay. You all mesti penat. Rehatlah dulu. Ada kek dekat depan, ambiklah.” Adam terdiam. Melihatkan wajah itu mengingatkan dia pada si isteri yang telah ditinggalkan. Terus pandangan dialihkan ke tempat lain.

“No thanks! Dah kenyang sangat-sangat.” Balas Shaq.

“How about your friend?”

“Dorang semua diet.” Pecah tawa kesemuanya namun tidak Adam.

“Sayang…” Panggilan itu membuatkan Adam mengangkat muka dari terus merenung lantai yang nampak bersepah dengan sisa makanan yang bertaburan.

“Abang…” Huluran tangan suami disambut mesra. Satu ciuman dari suami hinggap di dahi si isteri.

Ish! Macam tak ada tempat lain nak bermanja-manja. Rungut Adam di dalam hati.

“Jom sayang. Abang nak kenalkan sayang dengan kawan abang. Saya ambik balik isteri saya ya.” Ujar si pengantin lelaki sekadar bergurau. Masing-masing tersenyum lebar melepaskan pengantin perempuan. Adam diam kemudian dia menghembus nafas kuat. Sakitnya hati tidak terkata.

“Beb…jealous ke?” Shaq menyiku rusuk temannya itu apabila dilihatnya Adam menghantar mereka dengan jelingan tajam. Aura Adam yang duduk di sebelahnya seperti meresap jua  ke dalam tubuhnya meninggalkan kesan negatif membuatkan dia dapat mentafsir bahawa temannya itu tidak senang duduk apabila melihat si pengantin perempuan.  

“Teringat bini lah tu.” Kata-kata Shaq disambut dengan tawa mereka yang duduk semeja.


“Dah…kemas. Jom balik!” Sisa-sisa tawa rakan-rakannya tidak dihiraukan. Yang penting, dia harus meninggalkan tempat tersebut dengan segera. Tidak sanggup untuk melihat adegan-adegan mesra yang seterusnya.

Friday, 3 April 2015

AKU PILIH KAU!

BAB 37

Bintang…hentikanlah…
Tangisan yang akan menyiksa diriku
Bintang…dengarkanlah…
Ada satu pesanan terakhir dariku
Bintang…kau pergilah…
Kerna itulah yang terbaik untukmu
( Bintang – Budak Kaca mata)

Bintang yang bertebar melatari dada langit yang hitam pekat dipandang sepi. Bulan tidak menampakkan diri pada malam ini membuatkan cahaya malam hanya samar-samar ditemani lampu jalan yang bercahaya dari jauh. Beberapa biji bintang yang nampak berkelip-kelip cuba mencuri perhatian tetapi tetap tidak diendahkan. Walau tiada bunyi unggas malam seperti cengkerik, burung hantu mahupun katak sepertimana di kampung yang memanggil hujan di kala malam yang agak berbahang kerana cuaca panas masih melanda di tanah Kuala Lumpur ini, namun bunyi hon kereta atau motosikal yang bingit sesekali kedengaran menerpa ke corong telinga. Itu pun masih tidak mampu mengisi kesepian hati yang masih parah dengan perasaan kecewa dan sakit hati.

Kenapa hati ni sakit sangat? Mengapa jiwa ini terasa kosong? Kenapa?! Kenapa?! Hei! Aku lelakilah! Benda ni tak sepatutnya membuatkan aku lemah sampai macam ni sekali. Damn it!

Kedua belah kaki di angkat membolehkan dia melunjur di atas kerusi kecil yang memang ditarik berada di hadapannya. Tin Vanilla Coke yang masih berbaki separuh diletakkan di atas meja sebelah kiri. Kepala mendongak mengadap langit sambil kedua belah tangan diletakkan di letakkan di belakang kepala.

Ainnur Amnani… Ainnur Amnani… Ainnur Amnani...nama sedap.

Ish! Kenapa nama itu yang perlu disebut? Kenapa tidak Maya…Maya… Dia memerah otak cuba mengingati nama penuh wanita itu. Urgh!!! Tiba-tiba nama itu seperti sudah hilang dari kotak ingatannya.

Maya….Matilda! Yeah! Maya Matilda!

Dua wanita penting yang berada di dalam hatinya kini. Keduanya terlalu jauh berbeza dari segi perwatakan. Seorang terlalu manja, gedik sangat pun ada sampaikan dia naik meluat pulak lebih lagi kalau ada wartawan yang sedang menyoal siasat latar belakang kehidupannya. Dia sudah terlebih dahulu berundur diri kerana tidak mahu berada di dalam lipatan gosip gadis yang tidak mustahil akan bergelar pelakon popular satu hari nanti. Namun bukan dari segi bakat yang dipandang tapi gosip yang semakin meliar. Sering kali telinganya menadah gosip-gosip Maya yang berkepit dengan lelaki tidak kira siang dan malam tetapi dipekakkan telinga kerana tidak pernah tertangkap dengan kedua biji matanya sendiri. Lalu dibiarkan sahaja. Nasihat Shaq yang sudah hampir bernanah telinga didengarinya tidak diendahkan.

Ainnur, seorang isteri yang baik. Tiada cacat cela dari segi fizikal mahu pun mental dari luarannya. Rupa paras masih tidak dapat menandingi Maya namun manisnya tetap ada. Hatinya ada sedikit melting bila merenung wajah itu namun perasaan itu cuba dihindari.

Kenapa Adam? Aku tak tahu! Aku cuba menidakkan perasaan ini sedangkan ia semakin bercambah sehingga membuatkan aku takut. Dia bermonolog sendiri.

“Tahniah! Puan Ainnur pregnant!” Kata-kata itu terus bermain-main di fikirannya membuatkan hatinya bertambah sakit. Tin di hempas atas lantai dan dipijak-pijak dengan sekuat hati. Airnya berhamburan keluar membasahi lantai di tempatnya berdiri. Dibiarkan air tersebut mengalir lesu tanpa tujuan.

"Arghhh!!!!" 

“Hoi! Kau ni kenapa? Meroyan tak tentu hala!” Volume suara belum pun mencapai 50 peratus terhenti tiba-tiba apabila bahunya ditepuk oleh seseorang dari belakang. Terbantut usaha bagi menjadikan jerit yang diketahuinya sebagai salah satu terapi bagi melepaskan geram. Shaq tersengih berdiri sambil memegang mug di tangan kirinya. Asap nipis dapat dilihat menari-nari di atas permukaan mug.

“Hot chocolate?” Tekanya.

Shaq mengangguk. Lantas mug terus dirampas dan sebaik air mencecah lidah, ia berhamburan keluar semula dari mulut Adam.

“Panas!” Dia menyapu sisa air yang melekat di sekitar bibir.

“Dah  nama pun hot chocolate. Aku ulang…hot chocolate. Mestilah panas. Kau tak past bahasa Inggeris ke masa sekolah dulu. Ke nak aku bawak kamus untuk kau? Nama aja grad universiti, perkataan senang macam tu pun tak tahu.” Dia mengambil tempat di kerusi kosong sebelah Adam. 

"Ini kawasan perumahan bro...tak payahlah nak jerit kuat-kuat. Kalau nak jerit sangat pergilah Bukit Ampang ke, Bukit Belacan ke....bukit bukau yang dalam hutan tu ke? Akal ada ke?" Jari telunjuk mengetuk kepala sendiri.

Adam diam tidak bersuara lalu melabuhkan punggung di atas kerusi plastik berwarna putih itu semula. Bersandar dan cuba mencari ketenangan. Mata melilau melihat sekeliling rumah dua tingkat yang sudah dijadikan studio untuk mereka mencari rezeki bersama.  Bahagian bumbung sudah diratakan dan dijadikan tempat bagi bersantai oleh tuan rumah yang telah berpindah ke luar negara dan tanggungjawab sepenuhnya diberikan kepada mereka untuk menjaga rumah tersebut sebaik mungkin. Sewa yang murah membuatkan mereka sepakat untuk menyewa di situ berbanding rumah kedai yang agak mahal dan memerlukan kos modal yang besar buat mereka yang baru memulakan perniagaan sendiri pada ketika itu. Anak-anak muda yang lebih senang bergerak sendiri tanpa pengawasan sesiapa. Bekerja menggunakan idea dan kreativiti mereka tanpa batasan yang tertentu.

Selaku pengasas, Adam dan Shaq tidak pernah membantah semua artwork yang disediakan oleh rakan sekerja malah mereka turut sama mengeluarkan idea-idea bernas bagi memenuhi kepuasan hati pelanggan. Dalam masa tiga tahun, mereka berjaya membina nama sendiri di kalangan industri fotografi perkahwinan yang semakin bercambah bak cendawan yang tumbuh selepas hujan. Semangat kerjasama berkumpulan antara mereka amat kukuh membolehkan segala kerja berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan berpegang pada pepatah bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

"Adam...hot chocolate dah tak hot. Nah!" Namun sahabatnya menggeleng tanda tidak berminat lagi dengan air tersebut dan matanya masih tertumpu ke hadapan membuatkan Shaq turut sama membulatkan mata ke arah tempat yang menarik minat Shaq. Tak ada yang menarik pun. Dahinya berkerut, dalam hati sudah berdebar. Jangan-jangan dia nampak sesuatu yang aku tak nampak kut. Sempat dia menelek jam di tangan. Ish! Dah pukul satu pagi ni, macam-macam pulak si Adam ni.

"Adam...." Tangan di gawang-gawang di hadapan Adam, namun tiada respon malah matanya tidak berkelip langsung.

"Adam Niyaz bt Amar Nordin! Kau nampak hantu ke?"

"Ish! Mengarutlah kau ni!" PAP! Satu tepukan di dahi percuma dihadiahkan untuk Shaq. Aku nak berangan sekejap pun menyibuk aja!

Fikirannya kembali pada coklat panas kegemarannya. Kenapa air ni tak sesedap selalu? Adakah sebab tangan yang membuatnya? Lama air coklat panas di dalam mug yang berada atas meja di hadapannya ditenung sehingga Shaq berdehem cuba menyedarkan kembali rakannya itu dari lamunan yang panjang sekali lagi.

“Hot chocolate tak nak! Nampak hantu pun tidak! What’s wrong with you man? Lain macam aja aku tengok. Dah dua hari aku tengok kau tidur sini. Isteri kau pergi mana? Hilang lagi macam hari tu?” Peristiwa tiga bulan lepas menerjah kembali di ingatan. Sasau jugaklah temannya itu bila tak dapat merasa air tangan si isteri macam selalu.

Tiada jawapan sebaliknya Adam menggeleng. “Jangan cakap hal dia boleh tak?”

“Woo! Chill out man. Korang gaduh eh?” Khabar Adam sudah dua hari bermalam di studio disampaikan oleh Chiko yang merupakan salah seorang rakan sekerja mereka merangkap pengawal keselamatan di situ kerana sejak mula bekerja, hampir setiap hari dia pasti orang yang paling lambat hadir ke studio atau lokasi dengan alasan rumah jauh dan terperangkap dengan kesesakan jalan raya. Shaq dan Adam akhirnya sepakat bagi mengatasi masalah tersebut dengan membenarkan Chiko tinggal di situ dengan syarat dia harus menjaga kebersihan rumah tersebut dan memastikan semua barang-barang dalam keadaan selamat. Tapi Chiko tidak serapat Shaq dan Adam, jadi dia tidak mahu masuk campur. Kerja tetap kerja, hal peribadi dia tolak belakang. Cuma kekerapan dia kena marah sejak akhir-akhir ini membuatkan dia terpaksa membuka mulut pada Shaq lebih lagi bila gambarnya yang sudah siap dicetak telah dikoyak depan mata oleh Adam tanpa melihatnya terlebih dahulu. Apa kes? Dua hari dia bersengkang mata bagi menyiapkan gambar tersebut kerana pelanggan mahukan segera berikutan mereka akan bertolak ke luar negara bagi menyambung pengajian. Adam dengan tanpa usul periksa, terus koyak kerana katanya gambar tak sharp dan blur. Tapi bukankah itu salah satu teknik dalam fotografi? Dia jadi buntu dan Shaq jadi tempat mengadu nasib.

“She’s pregnant.” Walau perlahan, namun telinga Shaq masih dapat menangkap kata-kata Adam seraya dia tersenyum lebar.

“Congratulation! That’s my man. Akhirnya…” Dia menghulur tangan untuk bersalam namun tidak disambut.

“Congratulation kepala otak kau! Tu bukan anak aku!” Adam berdiri membelakangi Shaq yang sudah mempamerkan riak muka terkejut. 

“Are you serious?” Shaq masih lagi cuba bertenang walau dalam hati terus berkata…Mustahil!

“Aku tak pernah tidur sama dengan dia. We never had sex together. Sekarang kau faham maksud aku?”

“Come on Adam…dah dua tahun kut. Tak akan korang tak pernah terlanjur or tergoda bila bersama-sama bawah satu bumbung.”

“Aku…aku…” Terus bibir tergagap-gagap untuk berkata-kata.

“She is your wife. Tak cukup dengan nafkah zahir aja, nafkah batin tu satu tanggungjawab kau tahu tak. Berdosa kalau ikut dari hukum syara’ kau seksa batin dia macam tu. Bukannya kau tak mampu. Dia pun bernafsu, jatuh haram dan berdosa besar suami bila mengabaikan nafkah batin isteri. Kau tak takut ke semua solat dan segala amalan kau tuhan tak terima?" Berkerut-kerut dahi Shaq berhujah. Pandai tu tidaklah tetapi selalu juga dia mengikuti ceramah agama di masjid kalau berkesempatan.

“Sudahlah beb…jangan berceramah lagi. Pening kepala aku ni!”

“Kalau aku tak ceramah, siapa lagi nak nasihatkan kau? Cuba kau beritahu aku sekarang. Mummy dengan papa kau mesti tak tahu kes korang kan?"

Adam terdiam. Ada betulnya cakap Shaq itu, selama ini segala masalahnya hanya Shaq yang menjadi pendengar setia. Dia merasakan sudah cukup dewasa untuk tidak bercerita  mengenai segala-galanya pada mummy dan papa, jadi Shaq menjadi tempat dia meluahkan perasaan. Shaq jugalah penasihat terbaik dalam segala hal. Mujur juga kawan baiknya itu bukan jenis manusia yang bermuka-muka. Peribadinya terjaga cuma sejak mengenali Maya, Shaq sudah tidak menjadi kepentingan dalam hidupnya lagi. Kasihan sahabatnya itu. 

“Kalau kau kata, yang dia bukan mengandung anak kau…habis tu anak siapa?” Kata-kata Shaq menerkam ke dalam gegendang telinga lantas menghantar isyarat ke otak…anak siapa?

“Kau rasa anak siapa?”

“Eh! Kau ni boleh main rasa-rasa pulak. Beb…ni perkara serius bukan main-main, bukan cobaan…cobaan…cobaan…” Dia menggeleng-gelengkan kepala meniru aksi P.Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapuk.

“Aku tak tahulah Shaq.” Adam menggosok belakang leher sendiri. Pening memikirkan situasi yang sepatutnya bukanlah menjadi satu perkara besar kalau aku bincang dan tanya dengan dia sendiri.

“Ha…ni yang aku tak suka ni! Dah lah kau tak bagi nafkah batin pada dia. Lepas tu kau tuduh dia mengandungkan anak orang lain. Dah berganda-ganda dosa kau ni tau tak! Fitnah tu dosa dia dah macam membunuh. Ish! Kau ni biar betul…ke kau memang ada mengigau ke dalam tak sedar kau ehem…ehem dengan dia.”

“Ish! Merepeklah! Aku bukan jenis kaki mengigau berjalan ni. Tapi kalau betul pun aku pernah ehem…ehem dengan dia. Tak pernah pun dia cerita dengan aku.”

Shaq mengangguk cuba mengiakan kata-kata Adam itu. Tapi perempuan ni kan jenis pemalu, tak akanlah dia nak bukak mulut dulu. Ish! Tak logik juga teori si Adam ni.

“Kau ada tak balik rumah dalam keadaan mabuk ke?” Dia sedar, sebagai orang Islam perkara itu tidak sepatutnya ditanya tetapi memandangkan dia pernah ada sejarah membawa Adam pulang dalam keadaan mabuk, maka perkara itu terpaksa juga dibangkitkan.

“Sumpah aku mengaku depan kau…kali kedua aku mabuk teruk lepas birthday party Maya lepas tu memang tak ada dah. Taubat aku tak buat lagi. Malam tu aku sasau abis.”

Ha?? Party Maya…memang itu kali kedua Shaq membawa Adam pulang dalam keadaan mabuk teruk. Kali pertama party lepas graduation. Budak-budak sekarang, dah terlalu mengikut budaya barat. Dia yang tidak mahu terlibat sama terpaksa hadir demi kerana sahabat baiknya. Namun mujur Shaq tetap utuh imannya, tidak disentuh air haram itu dan sekadar menjadi pengawal peribadi Adam. Adam yang pada mulanya menolak kerana tidak pernah menyentuh air haram itu akhirnya tewas apabila menjadi mangsa kerana kalah dalam pertarungan lawan tangan bersama rakan sekelas.

Sekali teguk, terbelahak keluar semula. Dipaksa untuk kali kedua terpaksa ditelan. Untuk kali ketiga dan seterusnya tidak perlu dipaksa. Dia meneguknya sendiri kerana nafsu dan hasutan syaitan sudah menguasai diri.

Tak mungkin after party Maya…

“Boleh jadi jugak sebab aku rasa they put something dalam air kau sampai kan  aku pun kau nak try. Geli geleman aku dibuatnya. Aku yang papah kau sampai depan rumah. Lepas kau masuk aku chow terus. I tak rasa kau larat nak keluar balik lepas tu.”

Adam terus berfikir cuba mengingati semula kejadian tersebut. Namun otaknya agak lembap untuk mengingati semuanya. Mungkin betul jugak, dorang letak sesuatu dalam minuman aku sebab masa kejadian, masing-masing sibuk menelan pil berbagai warna dan dia turut menjadi mangsa paksaan tapi berjaya mengelak.

“Dah berapa bulan Nur pregnant?”

Kepala otak kembali ligat berputar. “Aku tak tahu…”

“Adoi! Kau ni itu pun tak tahu. Macam mana nak siasat ni…?”

“Arghh!!! Lupakanlah…peninglah kepala aku nak fikirkan semua benda bodoh ni.”

“Bodoh? Hei my man…ini rumah tangga kau. Aku yang sepatutnya cakap macam tu, bukannya kau. Kau kena cari solution segera dan siasat perkara ni betul-betul sebelum perut dia besar, sebab lepas tu tanggungjawab lagi besar kau kena pikul!"

Adam terdiam. Aku belum bersedia menerima dia dalam hidup aku. Sekarang ni, anak dalam kandungan dia pula hadir tanpa aku duga.

Aku ke papa budak tu? Anak tu benih dari aku ke? Kenapa dia tak pernah cakap dengan aku apa-apa? Apa yang sebenarnya aku dah buat dengan dia sampai dia tak pernah cerita apa-apa dengan aku?

"Sudahlah...tak payah meroyan macam laki mati bini. Isteri kau hidup lagi tu. Kalau aku jadi kau, baik balik tidur bawah ketiak isteri lagi bagus." Ujar Shaq sambil menghabiskan sisa air coklat di dalam mug. Suasana awal pagi semakin dingin menusuk ke tulang membuatkan dia tidak kuasa berlama-lamaan di situ.

"Kau jangan tak tidur pulak. Esok ada wedding photo shot." Kata-katanya tidak bersambut. Dia hanya menggeleng kepala melihat sahabatnya yang dari atas kerusi kini sudah terbaring di atas lantai simen berbantalkan lengan yang  di silang belakang kepala mendongak memandang ke langit dengan langsung tidak menghiraukannya.  

Adam mengeluh nafas panjang. Kepala bertambah kusut. Shaq sudah meninggalkannya sendiri mencari jawapan bagi soalan yang bertalu-talu menghentam di benak fikiran. 

Thursday, 18 April 2013

BABY SAYANG KAMU


BAB 1

BUM!!!

“Ya Allah!” hanya itu yang mampu diucapkan....serentak itu bunyi decitan tayar bergema memecah keheningan pagi yang kelam itu.

Harrier putih itu berhenti secara mengejut. Pemandunya yang berkemeja ungu dan berseluar jeans biru gelap keluar dengan tergesa-gesa melihat sesuatu yang telah dilanggar di hadapannya.

“Astagfirullahualazim...What have I done?” Muaz menyapu dahi sendiri melihat wanita berbaju kuning susu yang terbaring di hadapan keretanya. Dia mencepung wanita itu dan meletakkan di tempat duduk penumpang di sebelahnya. Segera dia memandu kereta ke arah hospital atau klinik berdekatan.

“Please....don’t tell anyone including my parents.” Suara lemah itu beserta sentuhan lembut di belakang tangannya yang sedang bermain dengan gear membuatkan Muaz tersentak. Dia menoleh ke arah wanita itu. Wajahnya mulus, muka bulat berhidung mancung kecil. Bibir mungil itu masih bersalut lipstik merah jambu muda. Darah kelihatan mengalir di dahinya membuatkan Muaz bertambah cemas.

Macamana aku nak bagitahu parents dia sedangkan aku pun tak kenal dia sebelum ni...itu yang bermain di fikirannya. Dan ketika ini, hanya Zakri terlintas di fikirannya.

“Dr Zakri.... where are you?”

“Mana lagi bro...Of course at my clinic...what’s up?” Dia tertawa sendiri. Baru sahaja selesai memeriksa pesakit yang mungkin terakhir untuk malam ini, namun panggilan kecemasan yang diterima dari rakan baiknya itu menandakan ada tugas yang masih perlu diuruskan.

“I’ve got an urgent case for you. Please don’t go anywhere, wait for me. I’ll be there about....” Muaz mengerling jam tanganya.... “10 minute...”

“Cool down my friend...kenapa tergesa-gesa ni? Your wife nak bersalinkah?” Zakri tertawa berdekah-dekah.

“I’ll talk to you later!” 

PAP! Talian diputuskan. 

Zakri kebingungan. Apa kes la kawan aku ni....Dia meletakkan telefon kembali ke dalam laci. Ketukan di pintu mematikan lamunannya.

“Dr Zakri....ada lelaki di luar nak jumpa dengan you. Dia kata dia kawan Doktor. Seems like urgent.”
Zakri bergegas keluar dan melihat Muaz bersama seorang wanita yang nampak parah kecedaraan di kepalanya.

“Please help her bro....” Raut wajah Muaz nampak gusar dan risau. Dahinya berkerut seraya bajunya basah dengan darah yang mengalir dari dahi wanita kecil molek itu. Zakri tidak sempat bertanya apa-apa kerana  wanita itu nampak parah dan terus di masukkan ke dalam bilik kecemasan. Muaz mundar-mandir di luar.

“Apa yang aku dah buat ni..?” Muaz terduduk di atas kerusi menunggu....Dia mengelamun sendiri. Mengenangkan mama, abah, Jasmin...Oh! Amil my son. Wajah comel itu bermain di fikirannya. Kalau aku kena penjara macamana?

Setiap detik yang berlalu dirasakan terlalu perlahan. Sesekali dia melirik jam di tangan kanan kemudian jam yang tergantung di dinding. Ada perbezaan di situ kerana jam yang dipakainya cepat 10 minit. Memang kebiasaannya mempercepatkan semua jam yang ada tidak kira jam di rumah, di pejabat atau jam tangan sampaikan kadang kala dia sendiri keliru yang mana satu jam yang betul. Hidupnya di rasakan terlalu cepat bergerak sehinggakan 24 jam terlalu sedikit baginya. 

"Encik....."
Muaz mengangkat wajah yang tertunduk merenung lantai klinik yang berwarna putih.
"Muaz..." Jawabnya pendek. Jururawat dengan tag nama Aishah yang tertera di dadanya melemparkan senyuman manis sambil menatang secawan air kosong.
"Encik Muaz minum dulu. Kalau nak tambah, boleh ambil kat sana." Sebelah tangannya menunjukkan arah sudut yang menempatkan tong air mineral khas untuk para pesakit yang menunggu.
"Thank you Aishah. Lama lagi ke Dr Zakri nak habis?" Dahinya nampak berkerut. Hatinya tambah gusar, Buatnya perempuan tu mati. Masaklah aku.
"Operation baru habis. Kejap lagi Dr. Zakri keluar. Encik Muaz tunggu sekejap ya." Muaz mengangguk perlahan sedangkan di dalam hati Aishah dah berbunga kegembiraan. 
Handsome gila mamat ni. Muka kerut-kerut pun macho lagi. Dia lantas meninggalkan Muaz dan kembali ke kaunter.

"Handsome der..." Bahu Rashida di siku perlahan. Rashida hanya tersenyum sinis. 
"Hang tu memang...pantang nampak lelaki dahi haluih. Bukan main cepat hang. Siap ambikkan ayaq. Padahal orang lain hang tak buat lagu tu pun." Tutur Rashida dalam loghat Kedah. Memang dia berasal dari Sungai Petani, Kedah. Kampung yang menjadi tempat untuknya membesar. Memberi dia pelajaran yang tidak ada di kota besar Kuala Lumpur. Tidak betah untuk hidup di sini namun demi untuk mencari rezeki sesuap nasi, di gagahkan juga.
"Ambik hati la Shida...Manalah tau, bakal husband aku ka." Terkekek-kekek Aishah tertawa. Rashida hanya menggeleng. Boleh dikatakan semua lelaki yang ada rupa kalau datang ke klinik itu pasti Aishah akan cop siang-siang mungkin bakal suami dia. Yang tak handsome, hang buat bodoh aja. Tuhan tu Maha Adil... Sat lagi hang dapat yang tak handsome baru hang tau.
Kalau boleh, Dr. Zakri tu pun dia nak tackle, tapi nasib baik dia dah bertunang.

"Shida....Mana kawan I tadi?" Soalan Dr Zakri mematikan lamunan Rashida. Aishah berpura-pura ke rak belakang mencari ubat.
"Ada kat tempat menunggu doktor."
"Thank you."
Dia berlalu meninggalkan kaunter menuju ke arah Muaz yang sedap duduk bersandar sambil memejam mata.

"Hello my friend....Manalah kau jumpa perempuan tu ha?" Bahu Muaz ditepuk perlahan lantas temannya itu membuka mata.
"Baru tadi aku jumpa dia. After she hit my car."
Dr Zakri tertawa besar. After she hit your car? What answer is that.
"Dia lady incredible hulk ke apa. Selamba rempuh kereta kau."
"If dia lady incredible hulk, tak ada penuh darah baju aku ni ha." Baru kini dia bau hanyir darah segar menusuk masuk ke dalam hidung. Tadi, kalut punya pasal, langsung dia terlupa dengan dirinya yang hampir bermandi darah.
"Okay bro. Aku ada spare baju kat office. Kau pakai dulu baju aku tu. After that, kau balik rumah dulu, get some rest then you come back tomorrow."
"Then, how about that girl?" Ujarnya dengan nada risau masih ada.
"Don't worry... She'll be fine. Tadi aku buat minor surgery untuk dahi dia. Aku jahit sikit. Luka sikit dekat lutut and aku rasa tangan dia maybe retak. Tapi tak ada apalah. Nanti lepas dia sedar kalau dia mengadu sakit then aku buat surat refer to hospital." Peha Muaz di gosok perlahan untuk cuba meredakan gusar di hati rakannya.
"Thanks bro. Kalau kau tak ada, aku pun tak tahulah apa nak jadi tadi. Aku panik betul bila tiba-tiba dia melintas depan kereta aku. Gelap kut jalan yang aku lalu tu." Muaz mengusap wajah. Terbayang-bayang peristiwa tadi. Mujur dia memandu dalam keadaan perlahan kerana hujan renyai dan keadaan jalan yang gelap.
"Alhamdulillah...Dia jumpa orang macam kau. Kalau orang lain tak tahulah." Lipatan baju dibetulkan. Zakri menghembus nafas perlahan. Letih sebab hari ini terlalu ramai pesakit. Kebetulan tunangnya cuti kerana tidak sihat. Klinik yang dibuka 24 jam itu hasil perkongsian dengan tunang tersayang, Tapi ada empat orang doktor yang bertugas. Mereka semua saling mengenali kerana belajar di tempat yang sama. Selepas habis belajar dan masing-masing sudah menimba pengalaman hampir 10 tahun, mereka sepakat untuk membuka klinik bagi bersama-sama menabur bakti kepada masyarakat.
"Are you sure she will okay to be here?"
"Don't worry....Aku dah habis shift. Dr. Lee akan take over after this. I'll inform him about that girl. Jangan risaulah. Kau ni macam tak percaya kat aku pulak."
Muaz tersenyum simpul.
"Thanks bro. Mana bilik kau? Aku nak tukar baju. Baju aku ni kau tolong hantar kat dobi ya."
"Amboi kawan..."
Muaz tertawa besar. "Aku guraulah."
Tertawa kedua sahabat memecah keheningan malam di klinik tersebut. Rashida dan Aishah saling berpandangan.

Whatever!


Tuesday, 9 April 2013

BAB 36

"Along..."

Panggilannya tidak bersahut. Adam sibuk mengemas baju-bajunya untuk dimasukkan ke dalam beg.

"Along!" Tiada jawapan. Arina yang terpacak di pintu biliknya tidak dipedulikan.

"Along! Adik cakap dengan Along ni....Along nak pergi mana? Kak Long sakit la."

Kerja-kerja memasukkan beg ke dalam beg terhenti. Dia merenung Arina tajam.

"Biarkan dia sakit. Dia yang cari sakit tu sendiri. Aku tak nak masuk campur!"

Beg di angkat dan dia tergesa-gesa keluar. Namun Arina sempat menyambar lengannya membuatkan langkahnya terhenti.

"Adik nak apa lagi? Jangan pedulikan dia tu. Sendiri cari pasal, pandailah dia tanggung!" Beg dihempas atas lantai. Arina tersentak. Kenapa dengan Along ni? Dia tak pernah melihat Adam berang sedemikian rupa. Wajahnya masam mencuka.

"Along.... Adik tak paham la...Kenapa dengan korang ni? Kalau gaduh pun, settle la baik-baik. Tak payah la sampai Along nak keluar rumah. Kak Long pun tengah sakit tu, sampai ke hati along tinggalkan dia macam tu aja?" Arina cuba memujuk. Dia yang sedang membancuh air di dapur tadi terkejut dengan kelibat Adam yang masuk rumah secara terburu-buru. mengemas baju secara tiba-tiba membuatkan dia tertanya-tanya.

"Habis tu, hati aku yang sakit ni siapa nak jaga? Siapa nak tengok? Siapa nak ubatkan?!"

Arina terkebil-kebil apabila Adam meninggi suara secara tiba-tiba.

"Aku jaga dia. Aku sayang dia. Dia buat taik belakang aku! Perempuan apa macam tu?! Kalau perempuan macam tu, seribu aku boleh kutip tepi jalan!"

Bum!!!

Terdengar pintu bilik dihempas kuat. Arina tersentak.

"Sudahlah! Aku tak ada masa nak layan semua ni. Baik adik pegi tanya dia sendiri, apa yang dia dah buat!"

Arina terpinga-pinga ditinggalkan Adam. Jawapan yang diharapkan dari mulut Adam tentang apa yang berlaku tidak diperolehi....

Pintu bilik Ainnur yang tertutup rapat di renung sepi. Dia pasti hati kakak iparnya tersentuh dengan kata-kata Adam.Wajah diraup perlahan.

Berat masalah dorang ni....


**************************

Tok! Tok! Tok!

Tiada sebarang tindak balas. Daun pintu dipandang sepi.

Tok! Tok! Tok!

Tiada jawapan. Ainnur duduk berteleku di atas katil sambil pandangan matanya tepat mengarah pada pintu bilik yang diperbuat dari kayu dan dicat putih itu. Dia sedar ada seorang hamba Allah yang sedang menunggunya di luar. Sayup-sayup suara itu berteriak memanggil namanya. Tapi dia tiada hati untuk membukanya.

Kata-kata Adam terus terngiang-ngiang bermain dikepalanya. Sedetik pun pada ketika ini dia tidak dapat melupakannya. Aku kah itu? Aku bukan perempuan murahan. Siapa yang menjadikan aku sebegini? Kenapa aku yang disalahkan? Air mata mengalir lesu kembali membasahi pipi yang kering sementara tadi. Dia cuba melupakan keperitan tapi hatinya bagai direntap dengan rakus oleh kata-kata Adam yang jelas kedengaran ditelinganya yang sengaja berdiri di balik pintu.

Sesungguhnya pada ketika itu, dia rindukan lelaki bermata sepet itu. Dia tidak tahu apa yang merasuk atau menular dalam darahnya tetapi segenap pelusuk nalurinya mahukan lelaki itu. Dia kerinduan dan keresahan menanti kehadiran suami yang tidak dicintainya. Kenapa ni? Kenapa aku macam ni? Dalam dirinya seolah wujud dua insan yang berbeza, sebelah lagi mahu dan sebelah lagi menidakkan kemahuan mahu didampingi lelaki itu.

Sebaik kata-kata Adam menangkap telinganya,

Zap! Darahnya mendidih secara tiba-tiba. Daun pintu menjadi mangsa dihempas sekuat hati.

Dia dapat mendengar dengan jelas, Arina cuba menghalang Adam dari keluar tetapi dia tahu lelaki itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya kini berbadan dua. Tapi dia tak tahu ni anak dia. Kenapa aku tak beritahu dia? Kenapa mulut ini berat untuk menuturkan kebenarannya? Namun, andai kata kebenaran yang terungkap, adakah dia akan menerima bayi ini dan sanggup menjadi bapanya? Tidak! Aku tak sanggup kalau dia katakan tidak.

"Kak Long..." Ainnur tersentak dengan ketukan di pintu bersambung-sambung.

"Kak Long...boleh adik masuk?" Lembut suara itu. Tidak lagi seperti Arina yang dikenali dulu. Sungguh dia sudah berubah. Maafkan kak long adik....

"Masuk dik...pintu tak kunci." Air mata diseka. Namun itu tidak tidak mampu menutup kesedihan yang jelas kelihatan di wajahnya yang sembap kerana sudah berhari-hari hidup dengan berendam dengan air mata.

Arina perlahan-lahan menyusun langkah sambil menatang dulang berisi bubur nasi dan air suam. Dia cuba menyembunyikan riak wajah terkejut dengan wajah sembap Ainnur.

"Kak Long makan sikit ya. Adik bawa bubur nasi. Tapi ni bukan adik masak sebab adik ni kan tak pandai masak. Order dengan encik Mcd je." Dia tersengih namun berjaya membuatkan Ainnur tersenyum jua.

"Tak apalah. Kak Long tak kisah. Adik letak kat atas meja tu, nanti kak long makan." Bibirnya menjuih pada meja kecil di tepi katil. Namun sebaik bau bubur menusuk masuk ke hidungnya, isi perutnya sudah tidak dapat ditahan-tahan untuk keluar. Dia berlari dan sebaik terus terhambur keluar. Perutnya terasa perit kerana tiada apa yang keluar. Hanya air semata-mata kerana sudah beberapa hari dia tidak makan. Arina terpinga-pinga melihat kakak iparnya yang mengeluarkan.

"Kak Long..." Bahu Ainnur dipegang ketika memapahnya yang kelihatan tidak bermaya untuk kembali ke tempat tidur.

"Are you pregnant?"

Ainnur terdiam. Should i tell her the truth? Wajah kecil itu direnung secara senyap. Hatinya sejuk melihat.

"Yes...I am." Dia mengangguk perlahan.

"Yeay! Adik akan dapat anak buah!" dipeluk erat. Hatinya berbunga keriangan. Airmata Ainnur tumpah lagi.  Sekurang-kurangnya ada juga pihak yang gembira dengan kehadiranmu.