Monday, 18 June 2012

BAB 24

"Assalamualaikum..."

Salam itu sayup kedengaran di cuping telinganya.

"Assalamualaikum...Kak Ainnur..."

Salam kali kedua disertai dengan ketukan di pintu menyebabkan matanya terpaksa dibukakan besar-besar. 

Siapalah pulak yang datang pagi-pagi ni....? Mata digenyeh-genyeh membuang segala sisa yang ada. Rambut di ikat ala kadar supaya tidak mengerbang macam sundel bolong.

Bila pintu dibuka, seorang budak lelaki dalam lingkungan belasan tahun terpacak di depan pintu chalet bersama sejambak bunga di tangannya.

"Ini untuk akak, ada orang kasik. Saya pergi dulu ye kak." Penerangannya yang jelas dan padat tetapi isi kosong. Sebabnya, siapa orang tu? Apa sebabnya dia perlu dihadiahkan bunga? Dan kenapa bunga? Bagilah coklat ke...bolehlah aku makan gak. Malas mahu berfikir lebih panjang.

Bunga ros merah sejambak diletakkan di atas meja kecil di tepi katil. Matanya terus ditarik-tarik untuk terlelap kembali. Bantal seolah-olah memanggilnya untuk kembali melabuhkan kepala yang masih berat untuk tidur semula. Tidurlah! Tidak sampai 10 minit matanya terpejam, pintu kembali diketuk seseorang.

Arghh!!! Siapa lagilah nak bagi bunga ni?

Sengaja dia melambat-lambatkan bangun dari tilam yang empuk itu. Rambut yang tadinya terikat ala kadar kini sudah terurai dari ikatannya dan dibiarkan begitu sahaja.

"Ye dik....ada bunga untuk akak lagi ke?" Mata yang separuh terbuka secara tiba-tiba membuntang apabila melihat Tengku Zafran tersengih-sengih sedang berdiri di muka pintu yang dibuka.

"Adik tak bangun lagi eh? Tu, abang datang sini jemput adik. Kalau tidak sampai tengah hari la tak bangun tu. Tengok tu...baju semalam pun tak tukar lagi."

Ainnur tersipu-sipu malu sendiri ditegur Tengku Zafran. Dek kerana melayan perasaannya semalam, tanpa sedar dia tertidur tanpa menukar baju. Sudahlah tu...dengan rambut mengerbang dan muka tak berbasuh, gigi tak bergosok. Nak cakap pun segan, nanti bau-bau yang keluar bakal melayukan pokok-pokok yang nampak tumbuh segar kat depan tu.

"Pergilah siap....I tunggu you kat depan ni. Kita pergi sarapan sama. Hurm...And then, temankan I fishing ya. I dah book dua tempat untuk kita pergi dengan speed boat."

Cakapnya lembut saja...and...my bos....handsome sangat pagi ni. Walau hanya berseluar pendek putih dipadankan dengan baju T tanpa kolar berwarna biru muda sesuai dengan warna air laut. Macam nak pergi mandi laut aja lagaknya.

Dia masih merenung bosnya tanpa kata. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Tetapi dalam hatinya bersilih ganti perkataan...nak pergi ke tak? Pergi ke tak? Pergi ke tak?

"Ainnur..."

Akhirnya dia mengangguk saja. Tidak mahu bercakap, kerana sedar bau yang keluar pasti tidak menyenangkan lelaki di hadapannya itu. Nak bangkang permintaannya itu, dia kena membuka mulut. Pengsan pulak mamat ni. Dengan langkah terpaksa, dia bersiap ala kadar.


*******

"Makanlah....yang dikuis-kuis nasi tu kenapa?"

Adam diam...tidak bersuara. Seleranya bagai mati sejak tukang masaknya hilang entah ke mana. Sudah hampir seminggu tiada khabar berita. Dia sendiri berat mulut dan tangan untuk mendail atau menghantar SMS bertanya ke mana hilangnya wanita itu.

"Dia tak ada....Aku tak tahu dia pergi mana. Dia tak balik...dia tak beritahu aku."Ujarnya perlahan.

"Siapa? Maya?" Cepat sahaja Shak memotong.

"Bukanlah...."

"Dah tu?"

"Isteri aku la...Siapa lagi..." Bungkusan nasi lemak di tolak. Tiada seleranya untuk menjamahnya kerana citarasa tukang masak tidak menyamai dengan citarasanya. Sejak kelibat Ainnur tidak kelihatan di rumahnya,  menunya hanya nasi bungkus atau makanan segera. Tetapi, semuanya seolah-olah tidak dapat memenuhi kehendaknya. Ada yang terlalu masin, kadang-kadang tawar dan ada yang tiada rasa langsung. Dia sendiri pelik macamanalah orang-orang macam ni boleh buka kedai makan. Bagi orang makan tak ikhlas langsung. Lidah mereka ni dah mati dengan rasanya kut sebab hari-hari rasa makanan sampaikan makanan tu tak berasa apa-apa pun dia cakap dah cukup perasanya.

"Alamak....hai kawan...rindu kat bini ke?" Tempelak Shak. Kemudian tertawa besar membuatkan Adam menarik muka masam.

"Kau jangan cakap orang...esok kau ada bini baru kau tahu macam mana rasa dia. Ambik neh!" Hidung separuh mancung Shak ditarik sehingga kemerahan. Mendengus marah rakannya itu dan kini giliran Adam pula tertawa besar.

"Tu la kau...ada bini buat tak tahu je. Bila dah tak ada, baru mensasau cari. Masa ni la baru makan tak lalu, mandi tak basah la, tidur tak lena la. Mengada-ngada!" Sempat pula Shak menempelak Adam biar pun kemerahan di hidungnya tidak surut lagi. Tawa Adam terhenti dan matanya menyorot tajam pada Shak.

"Betul tak apa aku cakap? Kau dah kahwin dengan dia berapa lama? Mustahil tak rasa apa-apa kat hati kau tu?" Jari telunjuknya menunjal-nunjal dada Adam yang dilitupi dengan baju T biru tua.

Rasa? Apa yang aku rasa? Aku pun tak tahu apa yang aku rasa...Aku tak kisah dia tak ada. Tapi kehilangannya dapat aku rasai. So, aku rasa kehilanganlah. Ya ke? Dahinya berkerut memikirkan kata-kata yang berlingkar di tubir fikirannya.

"Come on Adam. Dah almost setahun setengah, tak mungkin kau tak sentuh dia langsung." Sambung Shak lagi apabila melihatkan temannya hanya membisu seribu bahasa. Nasi lemak masih tidak lagi disentuh, hanya dikuis-kuis dengan sudu di tangan. Lagaknya seperti orang mempunyai masalah negara sedangkan kata-kata yang sering bermain di bibirnya, tiada masalah antara dia dan Ainnur.

Pandangan kali kedua Shak pada Adam melihat temannya menggeleng dan keluhan kecil keluar dari mulutnya.

"Kau tak pernah sentuh dia? Gila apa kau! Daging segar tu...Takkan harimau tak terkam fresh meat depan mata? Kau biar betul Adam? Aku tak percayalah!" Shak agak terkejut. Kalau dia berada di tempat Adam pada waktu ini, pastinya Ainnur sudah pun mengandung atau silap haribulan, mereka sudah mempunyai seorang anak. Memang dia sedar, perkahwinan Adam dan Ainnur adalah di atur tetapi melihatkan Ainnur yang telah selamat diijab kabul dengan rakan baiknya itu, tiada cacat cela yang dijumpai. Ainnur sempurna dari matanya dan dia pasti jatuh cinta pandang pertama apabila bertemu dengan wanita itu, tapi kenapa tidak Adam? Apakah yang telah menutup pintu hatinya untuk mencurahkan kasih sayangnya pada Ainnur? Adakah ini sebab Maya si perempuan gedik tu? Huh! Menyampah!

"Aku tak tahu. Aku tak sanggup...Kau lelaki beb, kau mesti tahu apa rasanya apabila kau duduk serumah dengan seorang perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan tu memang sah kau nak sentuh. Tapi kalau jadi apa-apa dalam rumahtangga kitaorang, aku kesiankan dia. Lelaki mana yang nak kahwin dengan janda. Dia perempuan baik, aku tak suka tengok orang lain main-mainkan dia. At least, kalau aku tak buat apa-apa dengan dia, mungkin dia boleh dapatkan orang yang lebih baik dari aku." Adam tersengih di akhir ayatnya namun Shak menggeleng kepala mendengar penjelasannya.


"Kenapalah pendek sangat pemikiran kau ni Adam? Kau nak ceraikan dia ke? Fikirlah masak-masak beb. Kalau sebab si Maya tu kau nak tinggalkan isteri kau sekarang...Sumpah! Kau menyesal seumur hiduplah beb!"

Muka Shak nampak berubah. Kebodohan Adam terlalu ketara sekiranya dia sanggup meninggalkan Ainnur demi kerana Maya. Perempuan yang langsung tak ada tokoh untuk dijadikan isteri. Walau nak dibandingkan Maya dan Ainnur ternyata Maya lebih cantik dan pandai bergaya namun untuk dijadikan suri rumah dan teman seumur hidup....entahlah. Maya masih terlalu muda untuk mengenal erti perkahwinan yang sebenar. Dia bukan tidak boleh dibimbing tetapi dia sengaja membiarkan arus kemodenan terus menyesatkan dirinya. Maya yang masih seronok terapung-apung di alam duniawi yang menjadi idamannya.

Adam menarik muncung panjang. Sesungguhnya dia tidak mengerti kenapa semua orang asyik menyebelahi Ainnur. Adakah sebab dia pandai masak? Adakah sebab dia rajin mengemas rumah? Atau ada sebab-sebab lain yang dia tak tahu dan tak berminat untuk ambil tahu.

Huh!

"B...."

Suara yang agak sengau dan manja itu mencengkam tengkorok Shak untuk menelan nasi lemak yang masih berbaki separuh. Di pantri yang ada hanya dia serta Adam dan sudah pastinya dia tidak mempunyai teman yang memanggilnya dengan panggilan....B.

Wajah yang muncul dari balik pintu di toleh...

"Tu buah hati sayang kau. Aku blah dulu la beb. Hilang selera makan." Mug berisi milo panas di capai dan nasi lemak yang masih berbaki dibungkus ringkas dan diletakkan di dalam peti ais. Nak buang sayang.

Maya hanya menghantar pemergian Shak dengan jelingan tajam. Dia tahu rata-rata mereka tidak menggemarinya. Tapi apa yang penting baginya...selagi kau tak kacau hidup aku....so, hidup kau akan selamat dari dikacau oleh aku.

"B...makan tak ingat kat I erk? I lapar sangat ni. Dari semalam tak makan...Tak ada orang nak bawak I pergi makan," jari jemari Adam yang meruncing di ramas lembut. Sesekali jari Adam dibawa ke bibir yang disaluti lipstik merah jambu muda. Menyerlahkan keaslian bibirnya yang terukir indah.

Adam diam tanpa seribu kata. Nak marah pun tidak...tapi untuk tidak memperdulikannya rasa rindu menguasai diri. Lebih-lebih lagi wanita cantik itu telah berada di depan matanya. Rasa mahu dipeluk semahunya tetapi tidak mahu ada mulut-mulut yang mengata di belakang dan seeloknya dia keluar dari tempat ini.

"Okey sayang...Jom kita pergi makan." Pinggang ramping itu diraih dan mereka berjalan seiringan dan ketika berada di bahagian pejabat yang terbuka, mata-mata nakal terus memerhatikan pasangan itu hingga hilang dari pandangan mereka. Shak hanya menggeleng perlahan.

Kesian Ainnur....

Monday, 11 June 2012

BAB 23

Hembusan lembut di telinga membuatkan seluruh bulu romanya meremang secara tiba-tiba. Sepasang tangan yang menutup matanya dileraikan.

Lelaki kacak itu mengambil tempat di depannya.

"Surprise...surprise!"

Tengku! Oh! Tidak mungkin....Rasanya mahu sahaja dia berlalu dari situ pada waktu itu juga. Perginya dia dari Port Dickson ke Pulau Tioman membawa diri kerana tidak mahu ditemui sesiapa sahaja yang mengenali dirinya. Tetapi kini...lelaki itu berada di depan matanya. Adakah dia mengekori aku?

"Terkejut?" Wajahnya didekatkan ke wajah wanita itu. Tengku Zafran perasan akan riak wajah Ainnur yang agak terpinga-pinga melihat dirinya. Tiada sepatah kata yang keluar dari mulut wanita comel itu. 

Ainnur serba salah. Lantas dia menarik tubuhnya sedikit ke belakang menjauhi dari bertentang mata dengan Tengku Zafran. Renungannya menggoda dan dia tidak mahu berada di dalam golongan wanita yang tergoda dengan mata, hidung, senyuman dan wajah kacukan itu.

"Makan bang?" Seorang remaja dalam lingkungan belasan tahun datang mengambil pesanan mematikan niat nakal Tengku Zafran seterusnya. 

"Apa yang sedap kat sini dik?"Soalnya kembali.

"Abang nak western ke local?"

"Aik...Lain macam aja awak tanya tu dik." Kata-kata Tengku Zafran disambut dengan tawa besar oleh si pelayan.

"Dah malam-malam ni jangan macam-macam bang." Kali ini giliran Tengku Zafran pula tertawa besar. Ainnur hanya menjadi pendengar dan pemerhati. Malas nak masuk campur, otak masing-masing kotor...Rengus hatinya.

"Kasik abang western la...ringan sikit. Masuk pun senang. Cepat hadam. Yang local ni, heavy...tak larat abang." Tawa keduanya terus bersambung, Ainnur malas nak melayan. Lantak koranglah...

"Macam ni lah dik, kasik abang lamb chop and green apple juice. Jangan letak gula okey."

"Orait abang zaf."

Ainnur terus mengangkat muka apabila mendengar pelayan memanggil Tengku Zafran dengan panggilan tersebut. Dia mengerut dahi berfikir, macamana budak ni boleh kenal dengan Tengku Zafran? Dia tidak langsung memperkenalkan dirinya tadi, dan kenapa budak tu mesti panggil dia dengan panggilan abang saja, tidak Tengku atau Engku?

"I dah biasa kat sini...I'll spend 2 or 3 times a year to come here."

Ainnur menggigit bibir sendiri...

"Hurm...tempat ni menenangkan I. I'm happy to be here even I'm alone. I rasa macam I nak buat rumah di sini and spend my whole life here." Tengku Zafran seolah-olah terbuai dengan kata-katanya sendiri. Dia dapat membayangkan waktu paginya yang disinari cahaya matahari yang menyimbah segar dan dia lebih rela diasak dengan bunyi ombak yang menghempas pantai daripada bunyi-bunyian yang terhasil dari hon kereta atau bunyi kereta dan motorsikal yang berpusu-pusu di atas jalan raya setiap masa tanpa mengenal siang atau malam.

"Are you okay Ainnur? Dari tadi senyap aja."Ujar Tengku Zafran.

Ainnur masih lagi diam namun akhirnya tersengih dengan pertanyaan Tengku Zafran. Otaknya seakan lambat memproses kata-kata lelaki di hadapannya itu kerana ada perkara lain yang terus bermain di fikirannya.

"Nur...."

Ya Allah....kalau bukan kerana aku dah kahwin, tentunya aku akan cair dengan panggilan itu. Lembut dan penuh kasih sayang. Naluri kewanitaannya terusik. Secara tiba-tiba memori bersama Adam menerpa, tiada yang terlampau manis...segalanya sederhana tetapi apabila disaluti pula dengan kenangan pahit, ia terus menutup semua kemanisan yang ada. Tiada kebaikan yang ada pada Adam yang mampu diingati kerana mentalnya terus dilitupi oleh awan keburukan Adam padanya.

Aku benci kau Adam!!!

"Lamb chop dan apple juice siap!" Sepinggan lamb chop dengan kuah black pepper yang masih berasap nipis bersama air yang dipesan di letakkan di hadapan Tengku Zafran. Pelayan tadi terus berlalu sambil menghadiahkan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan oleh Ainnur. Tengku Zafran mempelawanya makan tetapi ditolak dengan baik. Sejak dari tadi perutnya sudah penuh diisi dengan air kerana tiada selera untuk menjamah apa-apa. Hatinya masih sakit dan jiwanya tertekan. Membawa diri sejauh ini untuk meredakan luka yang masih berdarah di hati.

"Okey done! Jom sayang...jalan-jalan." Tangan Ainnur terus di capai untuk beredar dari situ. Not RM 50 diletakkan di atas meja, tidak mengharapkan baki atau dapat dianggarkan menunya termasuk menu Ainnur tidak akan mencecah lebih dari RM50.

Ainnur seperti lembu dicucuk hidung, hanya menuruti langkah Tengku Zafran dan lelaki itu masih menggenggam tangannya seperti tidak mahu dilepaskan. Langkah mereka menuju ke persisiran pantai yang hanya disimbah cahaya bulan dan lampu-lampu dari chalet yang berhampirannya. Bulu romanya meremang kesejukan disapa bayu laut yang berpuput lembut naik ke darat.

"Ainnur....I'm in love."

Langkah keduanya terhenti apabila kata-kata itu diucapkan oleh Tengku Zafran. Pegangan tangan perlahan di tarik dari genggaman lelaki itu dan renungan Tengku Zafran dapat ditangkap oleh Ainnur namun dia berpura-pura tidak melihatnya. Pandangannya ditala jauh ke laut yang hitam pekat dan sekali sekala lampu berkelip dari nun jauh di sana mungkin dari kapal-kapal atau bot tunda yang mencari ikan di laut dalam.

"Tengku in love?" Soalnya kembali.

"Yes...I'm in love with this place...the people....the woman."

The woman....Ainnur tersenyum sendiri sambil berdiri memeluk tubuh. Kesejukan jelas mencengkam seluruh pelusuk tubuhnya yang hanya dibaluti skirt labuh ke paras buku lali namun nipis dan blaus tanpa lengan berwarna hitam.

Mudahnya lelaki jatuh cinta...sekali pandang jatuh cinta, dua kali pandang katanya sayang....tiga kali pandang, cinta sayang melayang. Semuanya dibuang pandang. Tak paham dengan lelaki ni. Huh!

"Dari tadi I tengok you senyap aja. Kenapa? Masa di Port Dickson pun I tak berpeluang sembang panjang dengan you. Are you okay?" Soalan Tengku Zafran menambahkan gundah di hati Ainnur. Lelaki itu tidak tahu dia sudah berkahwin dan masakan dia mahu bercerita mengenai segalanya yang telah berlaku dalam rumah tangganya.

"I'm okay Tengku." Jawabnya pendek.

"Okay ke macam ni? You nampak pendiam, lonely, sedih and there is something inside your heart yang you tak dapat nak luahkan. Please....I miss Ainnur yang selalu tu. You can share anything with me...I'm a good listener." Telinganya disuakan pada Ainnur dan wanita itu hanya tersenyum pendek.

"I'm okay." Ucapnya pendek sambil memeluk tubuh. Kedinginan malam benar-benar menyucuk-nyucuk seluruh permukaan kulitnya yang terdedah.

"Sejuklah Tengku...Boleh kita bersembang tempat lain."

"Opss! Sorry....Okey let's go." Tengku Zafran berjalan mendahuluinya di depan. Langkahnya dituruti oleh Ainnur yang masih memeluk tubuhnya sendiri.

"Nasiblah you bukan wife I, if not dah lama I peluk, untuk panaskan you." Dia tersengih menunjukkan barisan giginya yang memutih. Ainnur tersenyum pendek. Baginya itu hanyalah kata-kata gurauan kerana sememangnya Tengku Zafran terkenal sebagai seorang yang suka melawak. Kalau masuk raja lawak pun, mungkin dia boleh jadi top 10 dengan rupa dan bakat yang dia ada. Nak kata menang tu, entahlah....rancangan realiti kini banyak meraih SMS dari penonton yang adakalanya lebih rupa dari bakat. Sudahnya tenggelam entah ke mana.

Langkah Ainnur terhenti apabila Tengku Zafran secara tiba-tiba masuk ke dalam salah sebuah kedai yang menjual cenderahati yang terdapat di sepanjang jalan kecil yang menyusur Pantai Salang. Jam sudah pun menunjukkan ke angka 12 tengah malam. Kedai ini adalah antara kedai yang masih lagi beroperasi sedangkan kedai lain banyak yang sudah pun tutup. Apalah yang di cari pakcik ni...? Tak kan malam-malam ni jugak nak cari cenderahati? Cetus isi hatinya.

Malas mahu turut serta, gerai burger yang berhampiran di tuju.

"Dik, burger daging satu, mustard taknak ye." Salah satu bahan dalam burger yang memang tidak digemarinya. Di KL memang tak banyak gerai burger yang mencampurkan mustard dalam resepi mereka tapi di sini, mungkin kerana ramai pelancong asing...mustard menjadi bahan penting untuk menyedapkan burger yang dijual.

"For you..." Sehelai shawl berwarna ungu tua dengan sedikit corak abstrak berwarna merah jambu muda dibalutkan pada bahu Ainnur yang terdedah. Dia terpaku seketika dengan tindakan Tengku Zafran yang tidak di duga.

"Sorry...sebab I, you kesejukan...but I hope you will bring this shawl along with you wherever you go, so that it will keep you warm and jadikanlah dia sebagai sebahagian dari hidup you supaya you akan terus ingatkan I sampai bila-bila." Bisikan dari belakang telinganya itu menusuk terus ke kalbunya. Ainnur terkesima seketika kerana tidak ada mana-mana lelaki pun yang pernah menzahirkan kata-kata seperti itu padanya di tambah lagi dengan nada yang romantis. Airmatanya hampir mahu menitis tetapi ditahan.

Alangkah indahnya kalau kata-kata itu lahir dari bibir suamiku...Orang yang sepatutnya membelaku, menjaga aibku dan memberi aku kasih sayang bukan dengan hanya memberi nafkah zahir. Tapi bukan nafkah batin yang aku raih, hanya secebis sayang dari seorang insan bergelar suami.

"Kak...burger siap!"

Tiada reaksi dari Ainnur.

"Kak! Burger akak dah siap! 3 ringgit." Ulang budak burger lagi. Melihatkan keadaan itu, Tengku Zafran mengeluarkan not seringgit sebanyak tiga keping dari kocek seluarnya dan diserahkan pada budak tersebut. Plastik berisi burger yang dihulur di ambil dan tangan Ainnur di tarik untuk berlalu dari situ.

"Sorry Tengku...I...I..tak sengaja. I pay u back. How much?" Dalam kelam kabut tangannya di tarik, dia tersedar yang telah tenggelam dengan perasaannya sendiri. Sorry....malunya....Nasib baik keadaan samar-samar yang hanya diterangi lampu jalan membuatkan wajahnya yang merona kemerahan menahan malu tidak dapat dikesan oleh Tengku Zafran. Kalau tidak, lagilah malu...Mengelamun aja Ainnur Amnani ni...wake up Ainnur...wake up! Dia seperti mahu menampar pipinya sendiri.

"No need sayang. I belanja." Tengku Zafran sedar, Ainnur termalu dengan tindakan spontannya sendiri. Tapi dibiarkan...tingkahlakunya amat ganjil. Mengelamun seperti menjadi tabiatnya sepanjang dia bersama wanita itu di sini. Apakah yang berlaku disebaliknya? Dia ingin tahu...dia ingin merungkai permasalahan wanita itu tetapi ternyata bibir Ainnur teramat berat untuk mengutarakannya. Biarlah....

"Sorry..."

"Tak perlu bermaafan dengan saya. Tak jadi hal besar pun. Lagi pun bukan hari raya nak bermaafan sangat." Lelaki itu tertawa dengan kata-katanya sendiri. Ainnur sedikit lega. Shawl ditarik menutup seluruh tubuhnya dari aras pinggang. Dia selesa dengan kainnya yang lembut dan warna yang menarik.

"Tengku...."

"Ainnur..."

Mata mereka bertatapan. Ainnur melarikan pandangan matanya.

"You ada nak cakap apa-apa ke?" Soal Tengku Zafran.

"It's okey....Tengku dulu." Langkah keduanya beriringan menuju ke mana saja kaki melangkah. Selendang yang melorot jatuh dari bahu di betulkan. Pandangan beberapa orang yang berpapasan dengan mereka tidak menjejaskan mood keduanya. Haruslah dipandang kerana jejaka kacak itu seperti seorang model, berpacaran pula dengan seorang gadis genit yang comel. Walau bagai tangga, seorang tinggi dan seorang rendah namun jika duduk....keduanya sama padan.

"Actually, I tak syok la you panggil I Tengku...Tengku. So, just call me Zaf only okey. Tapi kat pejabat, okey lar....boleh la panggil Tengku tapi kalau you selesa dengan Zaf, it's okay for you to used it everyday. But...only for you. You know why?"

Ainnur menggeleng.

"Because you're special. Hanya orang tertentu yang panggil I dengan nama tu, like my mom and if there others, they must be really-really special for me." Senyumnya meleret ke telinga.

"Okey.......Zaf." Kali ini giliran Ainnur pula tersenyum lebar. Agak janggal tapi memandangkan itu kehendak Tengku Zafran yang menggajinya, dia turutkan. Tidak banyak yang mereka bicarakan selepas itu kerana jam sudah pun menunjukkan ke angka 1 pagi. Ainnur meminta diri untuk kembali ke chaletnya dan Tengku Zafran menemaninya hingga ke muka pintu chalet. Ternyata chalet Ainnur hanya diselangi dengan beberapa buah chalet lain.

"Thank's for tonight Nur." Ucap Tengku Zafran.

"No, I should say it to you. Thank you for the burger, this shawl and also sebab you jadikan I seseorang yang special dalam hidup you. Good night Zaf."

"Good night...No good night kiss for me?" Pipinya ditalakan pada Ainnur.

"Mengada-ngadalah bos ni. Okey. Bye." Pintu terus di tutup meninggalkan Tengku Zafran yang masih berbaki sisa tawanya mendengar jawapan dari Ainnur.

Tubuhnya dilonjak ke atas katil. Keletihan menguasai diri. Pertemuan dengan Tengku Zafran masih agak mengejutkannya. Sebetulnya memang sengaja dia mengelak dari bertemu dengan Tengku Zafran sejak di Port Dickson lagi. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia cuai kerana terlupa jadual Tengku Zafran memang dia akan bertemu pelanggan di situ.

Dia tidak bersedia untuk berkongsi masalah yang terbeban di bahunya. Perginya membawa diri langsung tidak diketahui sesiapa termasuk Hani teman baiknya. Pada Hani dikhabarkan dia bercuti bersama suami. Ya Allah.....maafkan aku dengan apa yang telah aku lakukan ini. Seandainya ini suratan takdirMu yang telah kau tuliskan sejak dari aku berusia 4 bulan lagi di dalam perut ibuku....aku terima seadanya Ya Allah. Tetapi berikanlah aku kekuatan untuk menempuh semua ini. Aku semakin goyah, jiwaku semakin terseksa...Tolonglah aku Ya Allah.....

Airmata kembali membasahi pipi terus menjadi peneman setia dirinya seperti pada malam-malam sebelum ini.

Airmata....
Kau jernih umpama mutiara....
Airmata....
Mengalirmu hanya dari mata
Yang menjadi saksi kepada seluruh alam ini
Airmata....
Datang kau tanpa diundang
Pergi kau tanpa disedari
Airmata...
Ketika gembira...
Kau hadir tetapi sedikit cuma
Airmata....
Kau hadir ketika duka...
Adakalanya terlalu banyak hingga tiada hentinya...
Airmata....
Tiada teman setia di dunia ini melainkanmu
Kita yang seharusnya layak di gelar
Merpati sejoli
Wahai si airmata....


Bingkisan Memori,


Ainnur Amnani....Salang Pusaka Resort, Pulau Tioman
2.00 pagi

Sunday, 3 June 2012

BAB 23

"Hello." Sapanya pada penyambut tetamu yang berbangsa Cina di kaunter pendaftaran.

"Hello Tengku." Jawab si penyambut tetamu dengan ramah. Walau tetamu mereka itu bukanlah regular guest hotel tersebut namun dalam tempoh dua hari Tengku Zafran berada di situ, keramahannya menyebabkan mereka tidak kekok berbual dengannya. Setiap kakitangan hotel yang berselisih dengannya pasti akan ditegur walaupun pengemas bilik. Sembangnya mengalahkan orang yang sudah 10 tahun berkenalan.

"Dennis..." Panggilnya mengikut nama yang tertera pada tag nama yang terlekat di dada gadis bermata sepet itu. Dennis mengangguk seraya menghadiahkan senyuman padanya menyerlahkan lesung pipit kecil di pipi kanannya.

"You ada guest name Ainnur Amnani tak?" Selepas kejadian bertembung dengan PA semalam, dia nekad untuk bertemu dengan gadis itu lagi. Gadis yang telah sedikit sebanyak mengambil tempat di hatinya. Dia ingin berkongsi masalah  yang telah membuatkan wajah comel itu menjadi mendung menutup keceriaan yang menghiasi wajahnya selama ini. Kalau boleh dia ingin berkongsi segalanya dengan gadis itu. Dia tidak rela melihat awan terus berarak mendung menyelubungi serata alam. Hilangnya keceriaan di wajah gadis itu umpama hilangnya keceriaan di hatinya jua kerana hanya Ainnur yang dapat menggembirakan hatinya dikala duka, menceriakannya di saat dia di pintu kesuraman, meredakannya di saat-saat dia di ambang kemarahan.

"Ada...dah tiga hari Cik Ainnur menginap di sini. But she already check out this morning. Is there anything that I can't help you Tengku?" Soal Dennis. Wajah Tengku Zafran nampak kecewa dengan perkhabaran tersebut. Bukannya dia tidak boleh menghubungi gadis itu melalui telefon, tetapi nampak agak tidak wajar mengganggu dia dengan panggilan yang sekadar bertanya khabar. Hendak bertanya lebih dari itu, risau pula akan terganggu ketenteraman yang dicarinya. Lebih baik dibiarkannya sahaja. Dia pun sudah dua hari di sini dan mesyuarat terakhir akan hanya selesai petang nanti. Sebaiknya dia menumpukan perhatian pada agenda mesyuarat seterusnya.

"It's okey Dennis. Thank you very much." Ucapnya perlahan dan berlalu meninggalkan kaunter selepas mendapat jawapan muktamad dari Dennis. Sedaya upaya dia cuba menyembunyikan kekecewaan kerana tidak menggunakan peluang yang ada untuk mendekati gadis itu tetapi akhirnya keluhan kecil dilepaskan bagi meredakan kekesalan di hati.

*********

Berlabuhnya feri di Pantai Salang, Pulau Tioman membuatkan dirinya seakan lupa dengan dunia kemodenan di Kuala Lumpur. Hatinya tenang berada di sini dengan air laut yang membiru, jernih menyerlahkan segala isi perut laut. Di terminal feri lagi sudah kelihatan ikan-ikan kecil yang perlbagai jenis, corak dan warna yang bermain-main di dalam air laut yang jernih. Udara laut yang berhembus nyaman seperti mahu dihirup sepuasnya. Biarlah tempat ini begini, tidak perlu pembangunan kerana dia senang dengan kehidupan begitu. Tiada hiruk pikuk bas atau kenderaan awam. Tidak ramai penduduknya tetapi memadai untuk menjaga kebersihan pantai yang pasirnya memutih dipinggirnya.

Ya Allah...aku tenang di sini. Bukakanlah hati mereka untuk terus memelihara kurniaanMu ini.

Matanya dipejamkan rapat, sambil deria pendengarannya dibuka seluasnya. Bunyi ombak yang menghempas pantai ternyata amat mengusik perasaannya. Apabila matanya di buka, seorang wanita yang sedang berjalan menyusuri pantai sendirian menarik perhatiannya. Langkahnya dilajukan menyusuri jeti sepanjang 100 meter yang menghubungkan pelabuhan feri dan pantai bagi mendapatkan wanita yang semakin menjauh di penglihatannya.

"Nak...dah ada tempat tinggal ke?" Langkah terhenti di sapa seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 50 an setibanya di penghujung jeti. Melangkah terus bermaksud dia kurang ajar, tapi untuk berhenti terus dia akan terlepaskan wanita itu. Namun matanya segera dikerling di persisiran pantai. Tiada lagi kelibat wanita yang dilihatnya tadi. Sekali lagi dia terlepas peluang keemasan itu.

"Tak apa pakcik, saya dah buat boking di Salang Sayang." Jawabnya perlahan sambil menyambut huluran tangan lelaki itu untuk bersalam.

"Oh! Tak apalah kalau begitu. Panggil saja Pak Long. Semua orang kat sini panggil pakcik dengan panggilan tu. Kalau anak nak apa-apa beritahu saja Pak Long, nak buat island tour ke...nak pergi memancing ke...cari saja Pak Long. Setiap hari Pak long memang ada kat sini," terangnya panjang lebar. Tengku Zafran hanya mengangguk sambil menghadiahkan senyuman pada seorang lagi wanita dalam lingkuan 50 an juga yang duduk di dalam sebuah pondok kecil di belakang pak long. Mungkin wanita tersebut isterinya. 

"Saya mintak diri dulu pak long."

Pak Long mengangguk dan tersengih menunjukkan barisan giginya yang sudah jarang. Tengku Zafran beransur ke chalet penginapan yang terletak tidak jauh dari jeti. Sepanjang perjalanannya menuju ke chalet, dia disapa dengan ramah oleh peniaga-peniaga kecil di pinggir jalan yang menawarkan pakej mengelilingi pulau atau penyewaan peralatan menyelam. Dia sekadar mengangkat tangan tanda menghormati mereka. Bukannya tidak berminat, tetapi bukan masanya lagi untuk dia memikirkan itu semua. Masih banyak masa lagi untuk mendapatkan semua itu yang pasti akan sentiasa berada di situ setiap hati. Tapi kini, hatinya meronta mahu mencari wanita yang dilihatnya dipantai tadi. Adakah benar itu wanita yang dicarinya selama ini?

Setibanya di Salang Sayang Resort, ternyata tempat penginapan tersebut amat sesuai untuk mereka yang memilih untuk menikmati pemandangan di pinggir pantai. Bayu laut terus-terusan menghembus menghilangkan sedikit kehangatan petang yang membuatkan Tengku Zafran bermandi peluh. Rambutnya disebak dari menutupi dahi yang sudah menerbitkan peluh-peluh jantan dan menjadi air masin yang mengalir perlahan di pipinya. Dia tidak selesa dengan keadaan diri berlengas apabila peluh mulai kering terkena angin kipas yang berputar di lobi. Selepas selesai urusan pendaftaran dia segera ke chalet yang menempatkan sebuah katil queen size dan sebuah  bilik air. Sesuai untuk dirinya yang hanya menginap di sini seorang diri. Beg di campak ke tepi katil dan suis penghawa dingin di hidupkan. Tubuh dihempas di atas katil, terasa lega dapat meredakan sendi-sendi yang mula memberontak kerana perlu rehat akibat terlalu jauh perjalanannya hari ini. 5 jam memandu dari Port Dickson ke Mersing dan perjalanan dari Jeti Mersing ke jeti Salang hampir memakan masa 1 jam 45 minit. Letihnya teramat sangat dan keletihan tersebut memaksa matanya seperti ditarik-tarik untuk tutup dan akhirnya dia terlena.

"Hah!" Dia bingkas bangun bila jam di pergelangan tangan menunjukkan hampir ke pukul 10 malam.

Ya Allah...aku tertidur. Terlepas maghrib sudah. Dia mencapai tuala yang telah disediakan oleh pihak chalet di tepi katil. Rasanya seperti baru saja dia melelapkan mata. Usai mandi dan menunaikan solat, perut mula berkeroncong minta diisi.

Langkah dipanjangkan menuju mencari tempat makan dan sedang berkira-kira mencari tempat yang sesuai...
Wanita itu! 

Dia mempercepatkan langkah mendekati wanita yang sedang leka menyedut minuman. Lantas idea nakalnya datang dan perlahan-lahan dia melangkah, dia yang berdiri di belakang langsung tidak disedari wanita itu, dengan pantas mata wanita itu ditutup dengan kedua belah tangan.

Dia menarik nafas panjang dan membisikkan di telinga wanita itu..."Hai my princess..." 

Wednesday, 30 May 2012

BAB 22

sambungan....

"Hai bos!" Dia agak tergamam dengan kehadiran Tengku Zafran di sebelahnya.

"So, how's your family matters? Dah selesai?" Ujar Tengku Zafran sambil menekan butang lif. Dia nampak agak santai dengan seluar jeans biru muda bersama T-Shirt tanpa kolar warna kelabu. Hilang tokoh VVIP yang selama ini dilihat.

Ainnur hanya menghadiahkan senyuman pendek sebagai tanda menjawab pertanyaan Tengku Zafran. Hilang akal seketika.


Pada Tengku Zafran dikhabarkan dia terpaksa bercuti seminggu kerana mempunyai masalah keluarga dan perlu pulang ke kampung segera. Walaupun di hujung bicaranya dia dapat mendengar keluhan Tengku Zafran akan ketiadaannya, namun dia lega kerana akhirnya Tengku Zafran meluluskan cuti kecemasan tersebut tanpa banyak soal jawab yang selalu bermain di bibirnya. Mungkin dia sedar, masalah peribadi tidak patut dikongsi melainkan jika dia mahu bercerita.

Selepas kejadian pahit itu, tempat berteduh yang menjadi saksi telah ditinggalkan. Si suami langsung tidak diberitahu. Malah menambah kepedihan di hati, tidak ada satu pun SMS atau panggilan dari Adam mencari dimanakah gerangan isterinya menghilang membawa hati yang luka. Kisah luka itu terus dipendam di hati namun rasanya dia tidak mampu untuk menanggungnya sendirian. Tapi pada siapa harus diluahkan? Ibu? Tidak...aku tidak akan melibatkan ibu dalam perkara ini. Kerana ini jalan yang aku pilih dan ibu tidak harus di susahkan hatinya dengan kejadian yang menimpa anak gadisnya ini...Gadis? Ya Allah....aku terluka, aku terkecewa. Mengapa kau jatuhkan hukuman seberat ini kepada ku? Adakah salahku kerana mengahwininya? Adakah dia bukan jodohku?

Tapi pada siapa harus rahsia hati ini dikongsi? Atau adakah rahsia di hati harus tersimpan kukuh di hati? Aku tak mampu Ya Allah...Kuatkanlah imanku...teguhkanlah pendirianku...

"Ainnur...Which floor?" Sentuhan lembut di pergelangan tangan seperti terkena kejutan elektrik. Dia tersedar seketika dari lamunan.

"La...Lapan." Tergagap-gapap dia menuturkannya namun jejaka itu hanya tersenyum dengan gelagat Ainnur. Sudah beberapa kali di tanya baru kali ini soalannya berjawab. Ainnur nampak agak leka dengan lamunannya. Sapaannya hanya dijawab dengan senyuman yang hanya sekadar menutup mulut untuk terus berbicara. Tengku Zafran agak gusar dengan perubahan gadis lincah itu. Wajahnya mendung seolah-olah seribu bebanan terhimpun di situ. Adakah terlalu berat beban masalah yang menimpanya? Adakah sesuatu telah terjadi di dalam keluarganya? Dalam diam gadis yang berdiri disebelahnya itu ditelek. Tiada cacat celanya namun hanya kurang ketinggian. Tawanya cuba ditahan. Sudah acap kali Ainnur mengutarakan perkara yang sama tetapi kekurangan itu tidak mengubah apa jua yang ada pada gadis itu. Dia masih tetap cantik dan comel seperti biasa walau tiada solekan yang dikenakan pada wajahnya seperti dipejabat. Pipi bulat itu masih nampak halus dan ingin sekali disentuhnya. 

Keduanya tersentak apabila pintu lif terbuka di tingkat 3 dan beberapa orang kanak-kanak lebih kurang dalam umur 5 hingga 7 tahun masuk.

"Abang...abang...tolong tekan nombor LG." Pinta seorang daripada kanak-kanak tersebut yang mungkin dalam lingkungan umur 6 tahun. Ketinggiannya tidak membolehkannya mencapai butang nombor pada lif dan secara kebetulan Tengku Zafran berdiri hampir dengan butang lif. Dia melemparkan senyuman sambil mengerling Ainnur yang hanya memerhatikan pintu lif tertutup. Fikirannya seolah-olah menerawang entah ke mana.

"Awak semua nak pergi mana? Lif ni nak naik." Ujarnya beramah. Seorang demi seorang kanak-kanak seramai lima orang itu diperhatikan. Tiga di antaranya sibuk membetulkan pelampung yang tersangkut di bahu. Manakala dua orang lagi masih memerhatikannya dari atas ke bawah. Keduanya mempunyai wajah yang serupa, mungkin kembar. Teka hatinya.

"Kami nak turun. Tak apalah abang. Nanti lif ni turun juga." Petah sungguh bicara salah seorang dari kembar itu membuatkan Tengku Zafran mendapat idea untuk mengenakannya.

"Kalau abang kata lif ni tak turun macamana? Sebab lif ni untuk mereka yang nak ke tingkat atas saja, kalau nak ke tingkat bawah kena naik lif kat sebelah." Dia hampir tergelak namun cuba di tahan. Muka si kembar  sudah mulai pucat. Kanak-kanak, apalah yang mereka tahu. Bagi mereka, orang dewasa lebih mengetahui segalanya...sebab itu kata-kata Tengku Zafran mudah dipercayai.

Ainnur terlopong mendengar kata-kata Tengku Zafran. Kesian budak-budak ni dibuli oleh abang Tengku...dia rasa ingin ketawa tapi hanya disimpan dalam hati.

"Korang...abang ni kata, lif ni tak turun. Macamana ni?" Si kembar yang petah tersebut mula pucat dan rakan-rakan yang lain mula gelisah. Masing-masing mula bertolakan kerana menyalahkan di antara satu sama lain. Ainnur menggeleng kepala manakala Tengku Zafran terhibur melihat keletah kanak-kanak tersebut yang semakin riuh di dalam lif yang boleh memuatkan 15 orang itu. Sehingga lif berhenti di tingkat 8 dan Ainnur melangkah keluar. Tidak di sangka langkahnya turut disertai dengan semua penghuni lif kecuali Tengku Zafran.

"Kamu nak pergi mana?" Ainnur menyoal mereka yang kelihatan teragak-agak.

"Abang tu kata, lif ni tak boleh turun. Kitaorang nak tunggu lif sebelah sini," balasnya sambil jari telunjuk menunding pada lif sebelah kiri. Tengku Zafran masih di dalam lif sambil menekan butang agar pintu tidak di tutup. Geli hatinya melihat kanak-kanak tersebut dengan muka sorang-sorang cuak.

"Adik-adik...abang tu main-main aja. Lif tu boleh naik dan boleh turun. Dah, pergi masuk dalam suruh abang tu tekan LG. Kalau dia main-mainkan adik, beritahu kakak...nanti kakak babab dia." Tangannya di angkat seperti mahu menampar. Tawa Tengku Zafran pecah jua akhirnya tetapi masih cuba ditahan agar tidak terlalu kuat. Kesian budak-budak ni...

Masing-masing masuk kembali ke dalam perut lif dengan muka masam mencuka.

"Dah! Abang keluar lah."

Tengku Zafran terkejut. Bukan main marah lagi si kembar dengannya. Dia menyeluk poket mengeluarkan sesuatu.

"Jangan marah-marah sayang...Abang mintak maaf okey. Ambik gula-gula ni sorang satu." Gula-gula jenis hudson ungu diserahkan pada mereka setiap satu. Nasib baik ada stok. Gula-gula tersebut memang sentiasa ada di dalam simpanan dan di bawa ke mana-mana sejak dia bernekad untuk berhenti merokok. Setakat ini, usahanya berjaya dan setiap kali keinginan itu datang, lekas dia menyumbat gula-gula ke dalam mulut. 

Wajah kanak-kanak yang masam bertukar gembira. Ainnur tersenyum apabila kanak-kanak tersebut mudah dipujuk. Pandai Tengku Zafran mengambil hati mereka.

"Thank you abang. Okey...abang keluar cepat, mama tunggu tu."

Tengku Zafran mengerut dahi. Mama? 

"Mama kakak tu la....Macam papa kitaorang, kakak tu mama kitaorang." Seolah mengerti apa yang bermain di kerutan yang kelihatan di dahi Tengku Zafran, si kembar menolak dia untuk keluar mendapatkan Ainnur yang masih berdiri di muka pintu lif. Dia tersengih mendengar penjelasan itu. Kamu kanak-kanak sangat berhati bersih. Tidak mengerti tetapi memahami.

Akhirnya dia mengalah dan keluar dari perut lif. Kanak-kanak tersebut melambai sehinggalah pintu lif ditutup.

"Bilik Tengku kat mana? Kesian you, kena tunggu lif lagi." Dia melihat Tengku Zafran yang sedang bersandar pada dinding sambil tangannya ligat meraba-rama di dalam beg kecil yang dipegangnya bagi mengeluarkan kad bagi membolehkan dia masuk ke bilik.

"Tingkat 9, tak apalah...I naik tangga pun okey. Bukan jauh sangat pun. I'll see you when I see you okey." Katanya sambil mengenyit mata pada Ainnur. Akhirnya gadis itu tertawa jua mendengar kata-katanya sambil berlalu meninggalkannya yang masih mengekori langkah Ainnur dari belakang dengan hujung mata. Apabila gadis itu hilang di balik pintu, dia mula mengorak langkah untuk beransur tetapi di dalam fikirannya masih banyak persoalan yang belum terungkai.

Thursday, 24 May 2012

BAB 22

Terkadang perjalanan dalam hidup kita, selalunya tidak berlaku seperti yang kita ingin atau seperti apa yang kita rancangkan. Hidup ini bukan seperti sebuah novel yang selalunya akan berakhir dengan khabar indah atau seperti drama yang mana hero akan menang di setiap pengakhiran sebuah cerita.

Alangkah indahnya jika apa yang berlaku adalah lakonan semata-mata. Aku akan bangun hari ini dengan tanpa air mata...tanpa perasaan dendam dan benci yang bersarang di hati. Aku bencikan perasaan ini kerana ini bukanlah aku tetapi mengapa dia tergamak memperlakukan aku sebegini sehingga aku berubah menjadi manusia berhati batu. Kasih sayang yang terbina tenggelam dan kepercayaanku terhakis sekelip mata atas perbuatannya.

Wahai batu, adakah aku akan menjadi seperti kau? Aku tidak akan berganjak dengan pendirianku, aku menjadi insan yang kaku tanpa memperdulikan orang lain...Adakah aku sanggup membiarkan diriku terus jadi seperti kau? Tidak! Aku Ainnur Amnani....Aku tegas tetapi masih mampu memaafkan. Aku ialah orang yang ceria dan sanggup ketawa untuk mengubati tangis pada orang lain sedangkan aku yang sepatutnya menangisi diriku sendiri. Bibirku sentiasa tersenyum mekar, boleh mencairkan hati sesiapa yang memandang. Itu kata bos aku. Tapi tahukah mereka apa yang membusut di hatiku. Aku tidak sanggup melukakan hati sesiapa sehinggakan aku sanggup menenggelamkan diriku ke dasarnya sekiranya tindakanku akan menyakiti hati mereka semua.


Ainnur Amnani
Tanjung Biru - 26/5/2012
4.15 petang


Pasir pantai yang menguliti kaki dikuis-kuis dengan jari kaki. Adakalanya dia seronok melihat pasir tersebut yang tidak henti-henti dan berebut-rebut mahu menenggelami kakinya yang sengaja dibiarkan terdedah di lapangan pasir yang menaburi persisiran pantai. Pasir putih dan air laut yang membiru kena sangat dengan tempatnya Tanjung Biru.

Angin yang bertiup lembut membuatkan rambutnya yang dibiarkan melepasi bahu terbuai-buai mengikut alunan yang seakan berirama. Sekejap perlahan...sekejap agak kencang namun masih mendamaikan. Ainnur rasa ketenangan mulai menebak dirinya. Dia ingin berada di sini seumur hidup menghirup udara segar. Jauh dari hiruk pikuk dan kebisingan kota. Malah dia ingin jauh dari masalah yang membelenggu dirinya. Dia senang sendirian, kalaulah dia tahu begini tajam berlikunya laluan yang perlu dilalui dalam perkahwinan ini, pasti lamaran itu tidak akan diterima. Dan kini, keputusannya mungkin akan menyebab banyak pihak terluka. Sanggupkah aku melakukannya?

Setelah puas menikmati suasana petang yang mendamaikan, Ainnur mengambil keputusan untuk meninggalkan tempat yang telah menyaksikan dia meluahkan perasaannya sendirian. Sebelum melangkah pergi, sekali lagi pandangan jatuh pada pasir yang cemburu dengan kakinya, pokok-pokok kelapa dan ru yang seolah-olah melambai kepergiannya dan air membiru yang sentiasa tidak jemu menghempas pantai namun kebiruaan itu tidak hilang dan pantai tetap berubah namun setia menanti badai yang menempuh. Adakah aku sesetia itu? Biarpun badai menempuh aku masih teguh menanti dan berdiri untuk menghadapinya? Tidak! Aku bukan pantai...aku manusia. Aku ada hati dan perasaan. Perasaan ini tidak boleh di perkotak katikkan. Hati ini bukan tempat tadahan seperti papan dart. Aku tidak rela hati ini terus disakiti, dikoyakkan dan di toreh. Aku hanya wanita biasa bak kata Krisdayanti.

Dia tersenyum sendiri dengan perumpamaan itu. Kaki melangkah menaiki kereta dan memacu ke arah hotel yang tidak jauh dari situ.

Sampai di Grand Lexis...kereta di parkir di tempat yang agak dekat dengan pintu masuk. Setibanya di lobi, dia di sapa seseorang.

"Hello my princess..."



bersambung..... 

Friday, 18 May 2012

BAB 21

"Sayang..."

Adam meninjau di sebalik pintu yang renggang. Dia melihat isterinya sedang duduk berteleku sendirian, di atas katil. Wajahnya sembab dan matanya bengkak mungkin berendam air mata sepanjang malam. Silapnya...dia sedar. Adam menghembus nafas lesu.

Pintu di tolak dan kakinya melangkah mendekati Ainnur yang sedang ligat mengemas pakaian dan memasukkannya ke dalam beg. Kau nak ke mana isteriku?

"Sayang..." Panggilnya kali kedua.

Ainnur buat tak endah biarpun dapat di dengar dengan jelas panggilan itu. Dia tidak menyahut dan tidak akan menyahut kerana itu bukan panggilan untuknya. Selama ini mereka hanya beraku dan engkau. Adakah kerana kesilapan itu Adam telah berubah? Mengaku bahawa dia kini adalah isteri yang sah dan memang dia layak disentuh oleh lelaki itu walaupun secara paksaan.

"Maafkan Adam." Adam melabuhkan punggung di birai katil mengambil tempat disebelah Ainnur. Bahu isterinya disentuh sambil menunggu kata-kata seterusnya dari Ainnur.

Namun kata-kata itu bagaikan angin yang lalu di telinganya. Dia tidak mahu menatap wajah lelaki itu yang telah merosakkannya. Lelaki yang telah menjahanamkan dan menconteng kisah hidup yang selama ini bersih dalam coretannya.

"Pergilah Adam. Janji kita, telah kau mungkiri. Dengan apa yang kau dah buat, aku takkan maafkan kau!" Adam tersentak dengan kata-kata Ainnur. Dia tidak menjangka, wanita yang selama ini menurut kata, telah berubah sebegitu keras sekali.

"Adam mengaku Adam salah. Adam tak sengaja, Adam mabuk malam tadi...Adam menyesal selepas apa yang berlaku. Adam akan bertanggungjawab atas apa yang Adam telah lakukan pada Ainnur." Tangan Ainnur digenggam dan di bawa ke dadanya. Wajahnya menggambarkan kekesalan yang bersarang di hati.

Oh! Lelaki...mudahnya kau mengucapkan maaf. Tahukah kau hati ini terluka, diri ini telah ternoda. Ini semua sebab kau jantan sial!!!

"Kita orang Islam Adam. Kau tau kan arak tu haram! Air haram tu boleh menyebabkan kau lalai, membawa manusia kepada permurkaan Allah, merosakkan akhlak dan akidah, memporak-perandakan rumahtangga, keluarga macam kita ni dan....dan...."

Dan kerana air haram itulah aku telah diperkosa oleh suamiku sendiri. Tidak mampu kata-kata itu diucapkan di bibirnya. Dia rasa terlalu jijik, terlalu geli untuk menyebut perkataan itu. Airmatanya merembes keluar tanpa dapat ditahan.

"Adam menyesal..." Perlahan suara Adam menuturkannya. Dia tunduk merenung kaki. Tangan Ainnur berada kemas di genggamannya, tidak mahu dilepaskan. Tiada kata dapat menggambarkan penyesalan yang terbuku di hatinya tentang kejadian malam tadi. Dia rasa bodoh membiarkan dirinya dikuasai oleh nafsu.

"Tak guna kau menyesal menyesal sekarang! Kau jantan dayus! Aku benci kau!" Tubuh Adam ditolak menjauhinya. Segala benda yang tercapai di tangannya di baling pada Adam. Lelaki itu masih diam membatu, hanya berserah diri kerana sedar dia bersalah.

"Aku akan keluar dari rumah ni. Jangan kau halang kerana apa yang terjadi, kaulah penyebabnya!" Beg di tarik dari atas katil dan dia sudah bersedia untuk melangkah keluar dari bilik yang telah menjadi saksi akan kehilangan harga diri yang selama ini dipertahankan dari mana-mana lelaki. Kau suami ku, walau kau adalah manusia yang sah menyentuhku tetapi cara kau mendapatkannya tidak dapat aku maafkan. Aku bukan boneka yang boleh kau main-mainkan.

"Nur!" Tindakan Adam spontan memeluk Ainnur, tidak mahu wanita itu pergi namun tubuhnya ditolak keras hingga jatuh tersungkur di lantai.

"Aku benci kau! Aku jijik dengan kau! Kau jangan sentuh aku lagi!!" Bentaknya separuh menjerit. Sesungguhnya dia rasa mahu menjerit sekuat hati mengatakan dia benci pada lelaki di hadapannya itu. Biar semua orang tahu, Adam Niyaz lelaki tak guna, penipu, perogol!

Makna pada namanya tidak menggambarkan manusia yang berada di depan matanya kini. Kau terlalu hina buat aku. Aku tidak akan menerima kau semudah itu Adam.

Adam terpaku di situ. Tanpa sedar ada air jernih yang mengalir dipipi tanda penyesalan di atas ketelanjurannya. Kerana ketelanjurannya itu, dia akan kehilangan wanita yang dinikahi tanpa kasih dan cinta. Tapi wanita itu telah menunjukkan kepadanya betapa bertuahnya dia kerana menikahi Ainnur Amnani.

"Ainnur..."

Airmata Adam terus menitis membasahi pipi. Tiada lagi rasa malu dengan tangisan itu kerana dia amat menyesal dengan tindakannya. Kalau dia dengar cakap Shaq dan dia tidak mabuk semalam, pasti semua ini tidak akan berlaku. Pada waktu ini dia sanggup berlutut pada wanita itu agar jangan meninggalkannya. Dia tidak sanggup. Bila kepalanya ditegakkan, kelihatan Ainnur sudah pun memegang gunting. Dia tidak tahu dari mana datangnya gunting itu. Tetapi yang nyata Ainnur yang berdiri di hadapannya kini, bukan seperti Ainnur yang pernah hidup sebumbung dengannya selama ini. Wajah yang selalunya manis walau tanpa senyuman itu kini pucat dan bengis menakutkan sesiapa yang melihatnya. Ainnur seperti dirasuk sesuatu.

"Ainnur nak buat apa dengan gunting tu? Letakkan di situ. Kita berdamai sayang. Adam akui, Adam menyesal. Kita mulakan hidup baru ya sayang." Pujuk Adam. Melihat Ainnur seperti orang hilang akal, dia bimbang. Adakah Ainnur akan menikamnya dengan gunting itu?

"Tidak! Kau penipu! Kau perogol! Aku takkan hidup dengan manusia macam kau!" Gunting di benamkan ke perut lelaki itu.

"Ainnur..." Waktu itu, wajah Ainnur mula berbalam-balam pada penglihatan Adam. Darah merah pekat mengalir membasahi baju yang dipakainya.

"Adam..."Ainnur mula panik bila Adam rebah ke lantai. Ya Allah...apa yang aku dah buat ni?

"Adam!" Jeritannya bergema seisi rumah.

*******

"Arghh!!!" Adam terjaga apabila kulit pipinya terasa perit dimamah cahaya terik matahari yang memancar.

Ya Allah...dah kenapa aku tidur kat sini?

Dia cepat-cepat bangun sambil meregangkan badan yang terasa lenguh di setiap sendi. Kisah semalam tiada langsung dalam lipatan ingatannya. Yang menjadi persoalannya adalah mengapa di rasakan badannya terlalu letih? Teruk sangatkah dia mabuk malam tadi sehinggakan rupa-rupanya dia telah  tertidur di balkoni. Ingatan terakhirnya hanyalah dia berada di kelab semalam sedang berseronok meraikan parti hari jadi Maya dan seterusnya dia tidak pasti. Siapa yang hantar aku balik? Maya ke?

Bunyi loceng pintu mematikan lamunannya. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?

"Baby....." Adam tergamam melihat Maya terpacul di depan pintu rumahnya. 

"Honey...You buat apa kat sini? Nanti wife I nampak macamana?" Adam nampak gusar. Walau dia tidak pernah menerima kehadiran Ainnur sebagai isteri di dalam hidupnya tetapi dia tidak mahu di salah anggap. Kerana baginya, segala kesalahan biarlah datang dari Ainnur dan bukan dirinya. Dia tidak mahu dipersalahkan sekiranya berlaku apa-apa di antara mereka kelak.

"Baby...Ini kan masa kerja. Of course lah your wife kerja. Sebab tu I datang. Ke wife you ada kat rumah?" Maya mula menunjukkan tanda-tanda cemburu sambil menarik muncung panjang. Alamak! Nak merajuk pulak...Adam menggaru kepala yang tidak gatal. Rambut yang sedia kusut masai bertambah serabut.

Adam tiada pilihan, selain membenarkan Maya masuk. Dia tidak mahu ada jiran-jiran yang akan sangsi dengan tindak tanduk mereka. Jiran di rumah sebelah kiri dan kanannya bangsa Cina dan di hadapannya Melayu. Walaupun sudah hampir 4 tahun dia tinggal di situ, sebenarnya jiran di sekeliling tidaklah mengambil tahu akan hal orang lain.  Bagi mereka, lebih senang menjaga tepi kain sendiri. Dosa ditanggung dalam kubur masing-masing. Kau dah besar, pandai-pandailah kau sedar apa yang kau buat tu dosa atau pahala.

"Nah! Buka pintu sendiri." Kunci rumah dihulurkan melalui celahan grill pintu. Adam tidak mahu keluar kerana hanya memakai boxer.

"Wow! Sexy..." Punggung Adam yang hanya dilapisi boxer ditampar sebaik dia membontoti Adam masuk ke dalam rumah. 

"Honey..."Adam mengerut dahi tidak senang diperlakukan demikian. Maya mengangkat tangan tanda memohon maaf di atas ketelanjurannya. Namun tidak dinafikan, susuk tubuh Adam yang hanya memakai boxer itu membuatkan nafsunya membuak-buak. Kebanyakannya lelaki yang pernah bersamanya tidak dapat menandingi Adam. Kerana itu, dia masih perlukan Adam dan dia mahukan Adam. Cukup sekali dia memperbodohkan dirinya dengan membiarkan Adam menikahi wanita lain, kali ini dia akan merebut kasih Adam. Tetapi dia tidak gusar kerana dia yakin kedudukannya untuk memiliki Adam sangat kukuh kerana wanita yang perlu ditandingi itu bukanlah wanita pilihan Adam.

Matanya melilau memerhatikan susun atur rumah. Tidak banyak beza berbanding dengan sebelum ini hanya ada pertambahan pada buku-buku di mini library dan barang-barang dapur yang lengkap bersusun di rak dapur. Kalau dahulu, rumah Adam adalah rumah keduanya. Dia boleh masuk dan keluar di rumah itu sesuka hatinya kerana Adam telah membuatkan kunci pendua untuknya. Mereka sudah seperti pasangan suami isteri cuma dia tidak masak kerana itu bukan kegemarannya. Mengemas juga bukan hobinya kerana semua itu dilakukan oleh Adam. Pendek kata, dia dilayan bagaikan puteri, makannya dibeli oleh Adam, pakaiannya di basuh atau Adam sendiri akan menghantarnya ke dobi. Perginya ke mana-mana dihantar dan baliknya dijemput. Tetapi itu masih tidak menghalangnya untuk bersuka ria dengan teman-teman yang lain kerana Adam tidak pernah bertanya atau melarang dia ke mana-mana. Indahnya saat-saat bersama Adam. Dia rindukan semua itu. Di saat ini, keinginannya untuk bersama Adam dan mendapatkan Adam kembali ke dalam genggamannya membuat-buak. Kau milik aku Adam!

"Baby..." Tubuh Adam yang sedang berdiri mengadap balkoni di peluk dari belakang. Dia rindukan lelaki itu...walau mereka baru bertemu semalam, tapi kerinduan itu seolah-olah telah tersimpan berbulan lamanya. Begitu mendalam cinta Maya pada Adam.

"B..." Sebaik beralih mendepani Maya, terus kekasih hatinya itu menarik muka masam. Wajah yang tadi penuh dengan senyuman bertukar kemerahan secara tiba-tiba.

"Why honey?" Maya di tarik rapat ke dadanya apabila wanita itu cuba berundur menjauhinya.

"Ni apa B? Betina mana yang buat kat you ni?" Jari telunjuknya yang runcing menujah-nujah leher Adam yang terdapat tanda kemerah-merahan.

Adam berpaling pada cermin yang melekap di dinding sebelah kirinya. Aduhai...Lehernya dipenuhi dengan love bite yang masih merah. Bukan satu tapi hampir lima atau enam tanda itu yang terserlah kerana kulitnya yang putih.

"I...I..." Adam kehilangan kata-kata. Dia sendiri tidak menyedarinya. Siapalah punya kerja ni? Dia jadi bingung seketika.

"You kata you tak pernah tidur dengan bini you. Kalau bukan bini you, betina mana yang buat semua ni? Damn it!" Maya membentak marah. Wajahnya merah padam. Dia sendiri belum pernah mengerjakan Adam sebegitu, betina mana pulak yang berani meninggalkan kesan di leher buah hatinya. Sakit hatinya bukan kepalang apabila matanya tertacap pada kesan-kesan gigitan itu.

"I nak balik. Mata I ni sakit sangat! Hati lagi sakit you tau tak?!" 

"Honey! Wait."Adam cuba menahan. Tetapi langkah Maya melangkau panjang mahu keluar dari rumah itu. Hatinya membara marah. Kalaulah hidup ini dapat digambarkan sepertimana cerita kartun, pasti api yang membara di dadanya dapat dilihat oleh Adam. Pasti Adam dapat mengerti semarak mana api yang sedang menyala-nyala seperti di simbah minyak tanah di dalam dirinya pada ketika ini.

"Honey...Please." Lengan Maya dapat dicapai. Tidak mampu memujuk, hanya mampu bertahan kerana sudah terang-terangan memang dia bersalah. Samada dia sengaja menadah lehernya pada seseorang pada malam tadi atau secara paksaan dia sendiri tidak sedar. Ingatannya tidak langsung lekat di kepala tentang kejadian malam tadi. Aduh!

"No! Let me go!" Lengannya disentap dan Maya berlari menuju ke lif. Adam hanya mampu memerhati sehingga Maya hilang di telan perut lif dan Shaq pula yang muncul terpinga-pinga melihat sahabatnya itu hanya memakai boxer berdiri di depan rumah.

Apa ke jadahnya mamat ni? Tak malukah? Dia melangkah mendekati Adam sambil membawa bungkusan makanan bagi santapan makan tengah hari mereka. Mengenangkan sahabatnya itu pasti baru tersedar dari lena yang panjang malam tadi.

"Apa kes beb?" Bahu Adam ditepuk perlahan sambil matanya menjeling memberi isyarat minta diperjelaskan mengapa sahabatnya itu hanya memakai boxer dan berdiri di depan pintu rumah seperti perogol bersiri pulak. Nasib tak ada orang yang lalu lalang, kalau tidak pasti mereka sanggup memanjat tangga untuk ke seberang dari lalu di lorong hadapan rumah perogol bersiri.

"Ni ha!" Lehernya yang dipenuhi kesan gigitan ditunjukkan pada Shaq. Ingatkan Shaq terkejut sebaliknya dia ditertawakan oleh sahabat baiknya itu.

"Congratulations!" Shaq tertawa sambil menepuk-nepuk bahu Adam. Dia sendiri tidak perasan semasa menghantar Adam pulang semalam. Mungkin suasana gelap atau tanda itu belum timbul sepenuhnya, dia sendiri tidak pasti. Merah padam wajah Adam bila ditertawakan sahabat baiknya itu. Ternyata Shaq menyindirnya.

"Sudahlah tu...esok-esok datanglah gigirl kau tu balik. Mari makan...Aku tahu kau lapar, aku dah belikan makan tengah hari." Tubuh Adam di tolak masuk ke dalam rumah. Adam hanya tersenyum simpul tanpa sedar di sebalik ingatannya yang telah hilang, dua hati telah disakiti. Seorang berendam air mata kerana diri telah ternoda manakala yang seorang lagi merajuk membawa diri akibat perbuatan lelaki yang dikasihi.

Siapa perlu dipersalahkan? Keadaan atau keperibadian?

Thursday, 17 May 2012

BAB 20


Dia terjaga bila ada sesuatu menghempap tubuhnya. Dadanya sesak kerana bebanan itu terlalu berat. Melalui samar lampu jalan yang menerobos masuk di celah tingkap dia dapat melihat Adam yang tidak berbaju sedang berada di atasnya dan merenung tepat wajahnya penuh nafsu. 

"Adam!" Dia terkejut lantas tubuh Adam ditolak.

Ainnur cuba bangun tetapi Adam lantas memeluknya. Ainnur hendak muntah dengan nafas Adam yang busuk dan lelaki itu seolah-olah hilang kawalan. Tuturnya tidak tentu biji butir dan nama Maya terus bermain-main di bibirnya.

"Maya....I love you." Bibir Ainnur dipagutnya dan seluruh wajah Ainnur menjadi mangsa bibir Adam.

Ainnur meronta-ronta mahu melepaskan diri dari pelukan Adam tetapi Adam semakin galak dan rakus mengucup Ainnur sesuka hati. Bahu Ainnur yang terdedah akibat baju tidurnya yang terlondeh menjadi sasaran Adam seterusnya.

"Adam! Kenapa dengan Adam ni?!" Ainnur semakin takut melihat nafsu Adam yang menggila. Adam seperti mempunyai satu kuasa lain yang kuat dan tidak mampu dilawan oleh sesiapa.

Ainnur terus meronta, tidak rela diperlakukan sedemikian. Dia berjaya meloloskan diri dari pelukan Adam dan terjun dari katil tetapi Adam sempat merentap pakaian tidurnya hingga terkoyak mendedahkan bahagian belakangnya sehingga ke paras pinggang. Nafsu Adam terus menggila melihatkan tubuh Ainnur yang separuh bogel dan tidak pernah disentuhnya itu. Ternyata di sebalik tubuhnya kecil, Ainnur memiliki potongan badan yang menggiurkan. Pinggang Ainnur diraih, mereka terjatuh berpelukan di lantai bilik dan Adam terus menghimpit Ainnur dan akhirnya wanita itu digauli dengan cara paksaan. Tangisan Ainnur tidak dipedulikan. Rayuan Ainnur tidak diendahkan.

Ainnur menangis di birai katil. Dia telah diperkosa oleh suaminya sendiri. Di mana janji-janji Adam untuk tidak menyentuhnya. 

Bencinya bertambah-tambah pada Adam. Wajah itu tidak mahu di bayangi. Ainnur menangis sepuas-puasnya hingga teresak-esak. Tubuhnya yang tidak disaluti sehelai benang mengerekot menahan kesejukan di dalam kegelapan. Dia malu pada dirinya sendiri kerana tidak mampu menghalang Adam berkelakuan tidak senonoh pada dirinya.

"Sayang...maafkan I." Ainnur tersentak bila tubuhnya dipeluk oleh Adam. Entah bila Adam muncul, dia tidak pasti kerana selepas berjaya melampiaskan nafsunya Adam terus keluar meninggalkannya sendirian.

Dia jadi bingung seketika dengan tindakan Adam. Dunia tiba-tiba dirasakan kosong dan tidak beerti lagi. Dia bencikan lelaki itu. Tubuh Adam di tolak menjauhinya. Adam merengus marah diperlakukan begitu. Ainnur menarik selimut bagi menutupi tubuhnya dari dijamah oleh mata Adam yang meliar memerhatikannya.

Walau dalam gelap, dia dapat melihat Adam melangkah merapatinya. Dengan segera Ainnur berlari mendapatkan pintu untuk keluar dan menjauhkan diri dari lelaki durjana itu. Dalam usahanya membuka pintu yang terlebih awal sudah diselak oleh Adam, tiba-tiba rambutnya disentap dari belakang dan wanita itu diheret tanpa belas kasihan hingga ke birai katil. Dengan wajah yang bengis, tubuh Ainnur dicempung dan dicampak ke atas katil. Ainnur cuba lari tetapi Adam berjaya menangkap kakinya. Kali ini tiada rayuan atau tangisan kerana dia nekad untuk melarikan diri dari perbuatan keji Adam. 

Ainnur tidak beralah, cukup sekali, tidak untuk kali kedua. Kau lelaki keji mendapatkan aku dengan cara begini. Kakinya menendang dan tangannya tergawang-gawang menumbuk dan menampar Adam tetapi lelaki itu bertambah agresif. Nafsunya semakin memuncak apabila Ainnur cuba melawan dan seluruh tubuh Ainnur yang melintuk liuk ingin melepaskan diri membuatkan dia bertambah ghairah di mata Adam.

Tetapi apalah daya tenaganya seorang wanita melawan tenaga seorang lelaki yang telah dikuasai oleh pil yang telah menaikkan nafsu kelelakiannya. 9 iman yang terdapat pada seorang lelaki ternyata tidak mampu untuk menyekat hanya 1 nafsu yang telah dikuasai syaitan.

Wanita yang selama ini dijanjikan untuk tidak disentuh telah diperkosa untuk kali kedua pada malam itu. Seperti madu selepas dihisap, sepahnya dibuang begitulah Ainnur ditinggalkan begitu sahaja oleh Adam selepas tubuhnya diratah oleh lelaki durjana itu.

Kini bunga-bunga cinta yang baru berputik, layu begitu sahaja. Tidak dinafikan Ainnur mula menyayangi lelaki  itu kerana menghormati pendiriannya, kerana begitu teguh berpegang pada janji untuk menjaga kehormatannya tetapi akhirnya Adam sendiri telah menodainya. Walau ada kalanya cara Adam menyakitkan hatinya, dia masih bersabar tetapi malam ini segala rasa hormatnya pada Adam lenyap.

Status suami tidak beerti lagi dalam perkahwinan ini. Ainnur tekad. Kalau beginilah kisah hidup untuk hari-hari yang mendatang, dia tidak sanggup lagi menempuhinya. Biarlah mereka berpisah!