Tuesday, 9 October 2012

BAB 35

Satu kaki....dua kaki...tiga kaki...

Lantai marmar mula kelihatan berbalam, pengiraannya terhenti. Benda sekeliling mula kelihatan bergolak seolah-olah seperti gempa bumi. Dia memperlahankan langkah yang sudah sedia perlahan.

Hati yang gundah tidak dapat diredakan dengan mengira berapa kaki jaraknya dari klinik hingga ke kedai bunga yang terletak hanya bersebelahan. Melihat bunga-bunga segar yang di pamerkan di luar kedai, hatinya sedikit terubat. Langkah kaki lantas bertukar arah membelok ke kanan tanpa menyedari bahunya bertembung dengan seseorang di pintu masuk. Perlanggaran keras membuatkan dia hampir terjatuh tetapi sempat berpaut pada pintu masuk yang terbuka luas.

Pandangannya mula berpinar. Wajah wanita bertudung di hadapannya cuba diamati. Arina!

"Kak Long okey ke?" Arina agak kalut.

"Ha! Okey....okey." Jawab Ainnur. Dia sendiri teragak-agak untuk menjawab pertanyaan adik ipar yang selama ini bersikap dingin dengannya.

"Okey. Good. Arina nak cepat. Nanti kita sembang lagi ya Kak Long!" Tangan wanita itu dicapai dan disalami penuh hormat. Kemudian pipi Ainnur menjadi sasaran bibirnya. Ainnur terpinga-pinga kerana tidak pernah Arina semesra itu dengannya. Atau adakah kerana perubahan pada fizikalnya telah merubah pendiriannya juga.

"Anak siapa?!"

Ainnur tersentak. Peristiwa bertembung dengan Arina terus luput dari ingatan. Pandangannya pantas beralih pada si pemandu. Meskipun dari tepi, ketegangan jelas terpancar di wajah Adam di balik cermin mata hitam yang dipakai.

"Aku tanya anak siapa?!"

Ainnur diam. Dia mengetap bibir menahan marah. Kau ingat aku ni budak kecik ke nak tengking-tengkin orang macam tu? Huh!

Peristiwa tiga bulan lepas terus bermain-main di fikirannya sejak pengumuman rasmi oleh Dr Wahidah tadi. Hatinya jadi pedih seperti dihiris-hiris.

Dia mengambil sikap berdiam diri. Malas mahu membuka mulut takut terlepas kata. Tak pasal-pasal menambah dosa.

"Eh! Aku tanya anak siapa?! Kau pekak ke ha?!"

Skrettt!!!

Berdecit tayar Myvi bila diberhentikan secara tiba-tiba di tepi jalan. Nasib baik tak ada kereta di belakang, kalau tidak seharusnya ada pemandu lain membunyikan hon kerana kereta berhenti secara mengejut tanpa memberi isyarat apa-apa.

"Saya tak pekak. Ini anak saya." Nada suaranya jelas bergetar menahan kemarahan. Suaranya sedaya upaya cuba dikawal supaya kemarahan tidak dihamburkan. Untuk itu, dia sanggup menahan amarah yang semakin menyakitkan dada.

"Aku tau itu anak kau. Tapi siapa jantan tu?! Siapa bapak budak tu?!"

"Ini anak saya! Siapa pun ayah dia...tak penting sebab dia anak saya!"

Bum! Pintu kereta dihempas.

Adam terus berlalu tanpa berkata apa-apa meninggalkan Ainnur di bahu jalan.

Ainnur terpinga-pinga. Dia tinggalkan aku? Sampai hati... Air mata di rasakan mahu menitik. Sabarlah Ainnur...Kau kena tabah. Mungkin ini ujian dari Allah untuk menduga kau sebagai umatNya di muka bumi yang sementara ni.

Air mata diseka dengan jari. Dia melangkah perlahan tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Bunyi hon  dari pemilik kereta yang nakal tidak dihiraukan. Langkahnya teramat perlahan sekali. Pandangan mula berbalam dengan air matanya bertakung di bibir mata ditambah dengan rasa pening yang tidak langsung berkurangan sejak dari tadi. Panas matahari yang memancar tegak dikepala mula membuatkan kepalanya berdenyut kembali.

Tin! Tin!

Bunyi hon kereta itu terlalu dekat mungkin bersebelahan dengannya tidak dihiraukan. Beg tangan di pegang kejap, risau kes peragut yang memang dah tak ada kerja nak buat selain dari buat kerja yang susah. Lebih baik kerja di kilang ke, kedai makan ke, tak payah susah payah nak aim orang dari. Dah kena pukul. Kan susah, tak pun kena masuk lokap.

Tin! Tin!

"Kak Long!"

Suara tu...Macam kenal.

"Arina..."

"Kak Long nak pergi mana? Jom adik hantarkan."

Ainnur serba salah. Betul ke Arina betul-betul dah berubah? Ajakannya nampak mesra seperti tidak pernah ada apa-apa konflik di antara mereka.

"Jomlah! Adik pun dah habis kelas ni." Ajak Arina bersungguh-sungguh. Kenapa muka Kak Long nampak kusut sangat? Dari jauh dia dapat meneka wanita yang sedang berjalan kaki berseorangan  itu adalah kakak iparnya mengikut dari baju yang dipakainya semasa mereka terserempak di kedai bunga tadi.

Dalam tidak keruan, pintu kereta Viva pintu dicapai. Lega sedikit kepalanya dapat air-cond yang terpasang dalam kereta.

"Kak Long dari mana nak ke mana? Kenapa jalan kaki? Kereta rosak ke?" Soalannya tidak berjawab. Dilihatnya wanita itu sedang memicit kepalanya sendiri. Wajah itu nampak sembab dengan sisa-sisa air mata masih kelihatan di pipinya. Kak Long gaduh dengan Along ke? Tapi soalan itu tersimpan di dalam hati, tidak mahu mengeruhkan keadaan. Melihatkan Ainnur nampak letih dan lemah, dia tidak sampai hati mahu mengemukakan soalan yang di anggap terlalu peribadi.

"Kak Long."

"Sorry....Arina cakap dengan Kak Long ke?" Agak janggal membahasakan diri sendiri sebagai Kak Long sebab dia tidak pernah bercakap dengan Arina. Setiap kali bertemu, pasti gadis itu akan berpaling muka atau cuba mengelak dari bertembung dengannya.

"Kak Long nak adik hantar Kak Long pergi mana?"

"Kak Long nak balik la sayang." Sebaik tapak tangan Ainnur jatuh pada tangannya yang sedang menukar gear, satu perasaan yang tidak dapat digambarkan di hati Arina. Suara itu sangat perlahan tetapi penuh dengan kelembutan seorang kakak kepada adik. Kenapalah dia berprasangka buruk kepada kakak iparnya selama ini? Sedangkan, wanita itu tidak pernah berperangai yang tidak senonoh seperti kakak iparnya yang tak jadi.

"Kak Long tak sihat ke?"

"Hurm...." Jawab Ainnur pendek. Mendengarkan jawapan Ainnur, Arina tidak berminat untuk menyambung pertanyaan seterusnya sedangkan di dalam benak fikiran, bermacam-macam persoalan yang timbul tentang kemunculan Ainnur di bahu jalan berseorangan. Dia melihat wanita itu sudah lena apabila kenderaan baru bergerak tidak sampai 15 minit dalam perjalanan. Rasa kasih sebagai seorang adik mula terbit di tubir hatinya melihat wajah polos itu.

Alhamdulillah Ya Allah....jika pertemuan secara kebetulan ini adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara aku dan dia, aku terima Ya Allah. Terima kasih tidak terhingga aku panjatkan kepadaMu.


*********
"Jangan! Jangan! Kau berambus!"

Dia tersentak.

"Jangan sentuh aku! Syaitan!!!"

Jeritan Ainnur memecah keheningan jam yang sudah berdetik ke angka 12 tengah malam. Arina memandang cemas. Bulu roma meremang secara tiba-tiba.

"Kak Long! Kak Long!" Dia cuba menggerakkan tubuh yang terbaring kaku sejak dari lepas maghrib tadi. Ainnur nampak letih dan tidak bermaya. Tidak banyak kata-kata yang keluar dari bibirnya selain dari tidak membenarkan Arina pulang kerana waktu itu hujan lebat turun mencurah-curah diikuti kilat sabung menyabung.

"Taknak!!! Lepaskan aku!!!"

"Kak Long....Astagfirullahualazim..." Dia memeluk tubuh itu sekuatnya. Ainnur seperti dirasuk syaitan, peluh membasahi tubuhnya seolah-olah dia usai berlari pecut 100 meter.

"Kak Long...mengucap kak long...." Arina jadi buntu. Dia rasa mahu menangis, tidak tahu apa mahu dilakukan. Abangnya tidak kelihatan sejak dari dia menjejak kaki ke rumah ini. Pelukannya kejap. Bimbang seandainya terjadi apa-apa yang tidak diingini kerana Ainnur dalam keadaan tidak sedar.

"Istighfar kak long....istighfar." Bisiknya di telinga Ainnur. Dia memeluk erat Ainnur sehingga rontaannya semakin lemah dan wanita itu akhirnya terkulai di sisinya.

"Arina..." Perlahan suara itu singgah di telinganya.

"Kak Long....Okay ke?" Wajah mereka bertembung.

"Arina!" Tubuh itu dipeluk sekuatnya. Ainnur menangis teresak-esak di bahu Arina membuatkan adir iparnya itu terpinga-pinga. Tadi dia menjerit-jerit dengan mata terpejam macam kena rasuk hantu, ni menangis beria-ia pulak. Kenapa ni? Tak paham la....

Dengan perlahan belakang kakak iparnya diurut lembut untuk meredakan ketegangannya. Panasnya badan kak long ni. Demam ke?

"Mengucap Kak Long...walau apa pun jadi, Allah sentiasa ada dengan kita." Walau tidak tahu, pucuk pangkalnya, tapi dia cuba untuk memujuk.

"Dah pukul berapa dik? Kak Long tak solat isyak lagi." Ainnur seolah-olah baru tersedar dari mimpi yang ngeri. Mata itu kelihatan mengecil, bengkak akibat terlalu banyak menangis.

Ainnur menyeka airmata yang bersisa di pipi. Matanya dirasakan perit.

"Hampir pukul 1 pagi kak long." Sempat matanya melirik pada jam di dinding. Dia sendiri hampir terlelap di dan terjaga apabila Ainnur menjerit secara tiba-tiba.

"Adik tolong kak long boleh?"

Arina mengangguk perlahan.

"Tolong ambikkan kak long air kosong kat dapur. "

Tanpa membantah arahan itu dilaksanakan segera, sekembalinya di bilik dia dapat mendengar dengan jelas Ainnur sedang muntah di bilik air. Teruknya demam kak long ni...

Gelas berisi air masak diletakkan di atas meja di tepi katil. Dia menjengah Ainnur yang sedang menekan perut bagi memuntahkan isinya.

Ainnur mengerut dahi menahan kesakitan. Perutnya semakin kerap berdenyut. Mungkin kerana seharian perut tidak diisi. Muntahnya hanya angin semata-mata. Beginikah rasanya Ya Allah? Peluh di dahi diseka dengan hujung jari.

"Teruk demam kak long ni. Adik bawak pergi klinik ya?"

Ainnur tersentak. Dia cuba menguntum senyum walau perit menahan kesakitan.

"Air kak long tadi mana?"

Lantas air di atas meja di capai. Sebaik air bertukar tangan, Arina hanya memerhatikan tingkahlaku kakak iparnya yang nampak agak ganjil. Air diteguk hingga habis dalam sekali nafas dan kemudian dia mendirikan solat isyak dalam keadaan duduk.

Kasihan kak long... Along ni pergi mana? Dah tengah malam tak reti nak balik? Dia mendengus dalam hati. Ni, isteri dia sakit dia buat tak kisah aja! Dia baru berkira-kira mahu menghubungi Adam bila namanya tiba-tiba disebut.

"Arina..."

"Ya kak long..."

"Meh tidur sebelah kak long."

Arina terkedu. Namun seperti dipukau, kaki melangkah perlahan dan berbaring bertentangan dengan Ainnur. Wanita itu mengusap lembut rambutnya dan tersenyum. Arina terdiam. Kenapa dengan kak long ni? Seram pulak. Dia terkaku apabila Ainnur memeluknya erat. Namun jatuh rasa kasihan apabila memandang wajah telus itu yang telah memejamkan kedua matanya. Kenapa dengan dia? Apakah yang telah membuatkan dia kelihatan lemah?

Akhirnya dia tertidur berpelukan dengan kakak ipar yang selama ini dibenci. Persoalan yang masih tak terjawab apakah yang telah melanda rumah tangga abangnya terbiar begitu saja. Pelik!

Tuesday, 2 October 2012

BAB 34

Assalamu...........

Uwekkk!!!

Belum habis dia memberi salam, itu jawapan yang diterima sebaik kakinya menjejak lantai rumah.

alaikum....

Dia berlari mendapatkan Ainnur di biliknya.

"Sayang....Are you okay?"

Mak kau! Terperanjat Ainnur apabila Adam secara tiba-tiba menerpanya di bilik air.

"Saya okaylah." Ujarnya sambil berjalan menuju ke katil.

"Okay apa macam ni. Dah macam hantu bonceng saya tengok awak dengan baju tidur dari pagi tadi. Rambung mengerbang. Muka pucat."

Dah tu? Tanya lagi buat apa. Muntah sampai nak terkeluar usus aku kat mulut ni, boleh tanya lagi okay ke tak.

"Jom...Adam bawak sayang pergi klinik."

"Tak payahlah!" Ainnur menolak. Malas mahu menyusahkan Adam. Kejap lagi baiklah ni.

"Kalau sayang tak nak, Adam dukung sayang masuk dalam kereta, bawak sayang pergi klinik. Sayang nak ke tak?" Gertak Adam.

Alamak! Ainnur mengetap bibir. Main gertak-gertak pulak budak kecik ni. Tapi dalam hati dah berbunga kebimbangan sekiranya Adam menunaikan kata-katanya.

"Okaylah! Awak keluar dulu. Saya nak tukar baju." Malas mahu berbalah. Ikutkan sajalah. Dari dia dukung aku nanti. Euwww!!! Geli!

"Tak nak! Adam tunggu sayang kat sini." Jawab Adam yang sedang berdiri di hujung kaki katil sambil tersenyum-senyum.

"Adam!" Ainnur menjerit dan tindakannya secara refleks mencapai bantal dan dilemparkan tepat mengenai batang tubuh Adam.

"Okay! Okay!" Adam tertawa kuat. Geli hati melihat Ainnur marah. Bantal diambil dan dibawa keluar dari bilik sambil dia bersiul-siul riang.

"Tutup pintu please!"

Arahan Ainnur tidak diendahkan malahan dia memeluk bantal lebih kuat dan membawa ia masuk ke biliknya. Wanginya....

Hish! Bam!

Pintu dihempas kuat tanda marah. Adam tersenyum sendirian. Puas hati dapat mengenakan Ainnur.


*********

"Bak sini IC sayang. Adam nak register."

Kad pengenalan dikeluarkan dan dihulurkan pada Adam. Nasib baiklah Adam rajin nak melayannya membawa ke klinik. Kalau diikutkan hati, dia mahu tidur sahaja di rumah. 

Dia hanya memerhatikan Adam berada di kaunter bagi proses pendaftaran sebelum dapat menemui doktor.

Baik pulak budak kecik ni...

"Nah! Ambik balik IC. Muka buruk betul!"

Pap! Satu tepukan kuat hinggap di belakang Adam. Semua mata memandang ke arah mereka termasuk gadis yang menjaga kaunter pendaftaran.

"Aduh!" Adam menggosok belakangnya sendiri dengan tangan kanan. Sakitnya penangan makcik ni.

"Itu akibatnya. Lain kali jangan asyik nak mengutuk orang aja boleh tak." Ainnur menarik muka masam. Terubat sedikit sakit hatinya dari tadi apabila dapat menampar belakang Adam. Nak tampar muka, menangis pulak nanti.

"Sorry ya...Isteri saya ni memang macam ni. Bergurau kasar." Ucap Adam sambil meramas tangan Ainnur. Senyum-senyum simpul bermain di bibir beberapa pesakit yang menunggu giliran. Kasar sangat tu.

Bulat mata Ainnur bagai mahu menelan Adam dengan kelakuannya. Tangannya cuba ditarik tetapi Adam lebih kemas menggenggamnya.

"Puan Ainnur Amnani." Seorang gadis terjongol di pintu bilik doktor memanggil namanya menandakan gilirannya sudah tiba.

Sebaik mempersilakannya duduk, seperti biasa soalan doktor yang pertama.... "Sakit apa ya Puan Ainnur?"

Dan jawapan pertama yang keluar dari hatinya...Sakit hati! Boleh tak doktor suruh budak kecik ni keluar? Menyibuk aja ikut orang masuk dalam ni.

"Isteri saya ni doktor, muntah-muntah, sakit perut. Badan pun panas. Sakit kepala pun ada katanya." Lancar Adam menjawabnya. Doktor wanita dengan tag nama yang tertera di dadanya Wahidah tersenyum mendengar jawapan Adam.

"Eficient husband you ni. Awak belum bukak mulut lagi, dia dah beritahu semuanya." Ujar Doktor Wahidah sambil mencatat sesuatu di atas kertas.

"How long have you been married?"

Ainnur menoleh pada Adam yang duduk di sebelah kirinya sementara Doktor Wahidah mengambil tekanan darahnya.

"I and half year!" Jawab mereka serentak. Adam lantas mengangkat muka yang merenung kasutnya tadi. Pandangan mereka bertembung lantas Ainnur melarikan wajahnya tepat ke wajah Doktor Wahidah yang masih tersenyum simpul. Mesin tekanan darah disimpan dan kini giliran stetoskop mengambil peranan untuk memeriksa keadaan kesihatan Ainnur.

"Dah ada anak?"

"Belum!" Sekali lagi jawapan serentak itu memecah tawa Doktor Wahidah.

"You all ni kelakarlah. I think...your wife ni terkena buatan orang."

Adam ternganga. Buatan orang? Ainnur tersentak dengan kata-kata Doktor Wahidah. Doktor zaman moden pun percaya bab karut marut tu ke? Biar betul? Siapa pulaklah yang sakit hati dengan aku sampai nak bomoh-bomohkan aku ni? Kening kiri dan kening kanan hampir bercantum memikirkan boleh pakai ke cakap doktor ni?

"Maksud doktor, ada orang santaukan isteri saya ni ke?" Ujar Adam dengan muka yang teramat confius. Siapalah punya kerja ni? Kalau aku tau, kepala hang aku putaq...hang tau!

Doktor Wahidah pecah perut ketawa dengan soalan Adam. Letak tudung warna biru air laut yang dipakainya dibetulkan. Pasangan suami isteri di hadapannya ini sangat naif. Tapi melihatkan si suami seperti lebih muda dari si isteri yang nampak matang. Patutlah bahasa kiasannya tidak dapat ditangkap oleh keduanya. Adam masih merenungnya dengan seribu persoalan yang perlu dirungkaikan.

"Bila last period Puan Ainnur?"

Wajah Ainnur berubah kemerahan apabila soalan itu dibangkitkan. Dia malu membicarakan soal itu lagi-lagi dengan kehadiran Adam disitu, sedangkan dia tidak pernah membicarakan perkara ini dengan mana-mana lelaki walaupun ayahnya sendiri. Tetapi soalan Doktor Wahidah harus di jawab atau haruskah lelaki di belakangnya itu dihalau keluar. Sibuk aja!

Namun Adam masih buat muka selamba menunggu jawapan yang akan keluar dari bibir Ainnur. Biasalah tu, kalau tak period, bukan perempuan tulen namanya.

"Hurm...Last...three month ago. Because I memang ada masalah period tak teratur." Perlahan sahaja jawapan itu keluar dari bibirnya. Adam tersenyum sinis. Ya ke? Pakcik baru tahu....Hihi...

"Puan Ainnur....you know what, kitaran haid yang tak normal tak bermaksud you tak ada peluang untuk mengandung. Dah pernah check UPT?"

Mengandung? UPT? Apakah itu doktor? Tolonglah beri penjelasan. Saya tak paham. Tapi kata-kata itu hanya mampu dilahirkan dengan raut wajah yang ternyata keliru. Tiada sebarang pertanyaan dari mulut becok si Adam. Bila ditoleh, lelaki itu sedang berbalas SMS dengan siapa dia tidak mahu ambil tahu. Patutlah senyap aja.

"Urine Pregnancy Test."

"Hah? Come again doctor."

"Urine Pregnancy Test atau dalam dalam bahasa melayunya ujian kehamilan melalui air kencing. Puan Ainnur tak pernah cuba?"

Ainnur terdiam. Aku pregnant?Ya Allah...dugaan apakah ni? Patutlah sejak akhir-akhir ini, perutnya adakala mengeras secara tiba-tiba dan cramp tanpa sebab.

"Puan Ainnur nak check ke? Kalau nak kita boleh check kan." Soalan Doktor Wahidah seperti angin yang menerobos ke fikirannya. Terawang-awang dan berlalu begitu sahaja. Ainnur seolah-olah hilang arah. Tanpa sedar dia telah bersetuju dengan cadangan Doktor Wahidah untuk menentukan adakah kebenaran pada kata-kata seorang wanita bergelar doktor itu.

Sebaik botol kecil itu bertukar tangan, dia melangkah ke tandas yang terletak di hujung klinik. Adam ditinggalkan kerana fikirannya sudah berserabut dengan seribu pertanyaan. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Fikirannya buntu.

"Tahniah! Puan Ainnur pregnant!" Sebaik kata-kata itu keluar dari mulut Doktor Wahidah, Ainnur rasakan siling klinik seolah-olah jatuh menghempap dirinya.

Pap! Pandangannya kelam dan kakinya seolah tidak dapat berpijak di bumi nyata. Terus lembik dan terkulai tanpa sempat di sambut oleh sesiapa.

Adam terdiam seribu bahasa. Tak mungkin!


Tuesday, 18 September 2012

BAB 33

terima kasih sbb jg aku masa aku sakit.

SMS pendek yang diterima itu membuatkan senyumnya melebar ke telinga. Ainnur rasakan bagai mimpi menerima SMS begitu tetapi perasaan aneh itu ketepikan jauh-jauh.

Buang tebiat ke budak kecik ni? Tak pernah say thanks...tiba-tiba aja. Kepala yang berdenyut keras membuatkan dia mengambil keputusan untuk berhenti memikirkan hal tersebut. Dia memicit kepalanya sendiri. Kipas siling yang berputar ligat tidak mampu dipandang kerana bola matanya seolah turut sama berpusing melihat putaran yang hanya tahap ketiga kelajuannya.

Kepala...kepala...kenapalah kau selalu sakit?

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik yang diketuk dipandang sepi. Ketukan pertama dibiarkan berlalu begitu sahaja.

Tok! Tok! Tok!

"Sayang..." Pintu bilik Ainnur menjadi sasarannya apabila dilihat kasut kerja wanita itu masih berada di tempatnya. Tak pergi keje ke makcik ni?

Atas meja pun kosong tanpa sarapan dan coklat panas kegemarannya. Sejak kejadian itu, mereka mengambil keputusan untuk berbaik-baik. Tapi masing-masing masih tidak akan mencampuri urusan di antara satu sama lain melainkan ada pihak yang mahu memulakan dahulu.
Dan Ainnur kembali kepada rutin sehariannya sebelum ini dengan menyediakan sarapan untuknya tetapi untuk makan tengah hari atau malam, sekiranya Adam pulang dia akan menyediakannya. Itu membuatkan mereka lebih kerap berhubungan dan hubungan yang semakin mesra memutik satu perasaan di dalam diri Adam yang dia tidak mahu kehilangan Ainnur.

Tombol pintu dipulas perlahan dan kelihatan Ainnur memandang tepat ke arahnya dari atas katil jenis queen size. Namun raut wajah itu hambar. Kenapa?

"Are you okay?" Langkahnya perlahan menuju ke sisi kiri Ainnur dan melabuhkan punggung di birai katil.

"Okay. Just kepala saya sakit sangat. Migrain saya makin teruklah. Tak tahan." Ainnur mengomel sendiri. Kadang-kadang sakit kepala itu membuatkan dia hilang kesabaran. Rasanya mahu sahaja dihantuk kepala ke dinding atau tidur seharian di atas katil tanpa gangguan.

Tanpa sedar, jari jemari Adam terus melurut perlahan melatari kepala Ainnur. Rambut yang panjang melepasi bahu itu dielus lembut. Syok pula melayan apabila melurut rambut Ainnur sehingga ke hujungnya. Dia sendiri tidak pernah berambut panjang kerana tidak berminat sama sekali untuk menjaga apatah lagi rasa handsome berambut panjang. Tapi kalau rambut panjang lagi ramai peminat kot, kalau dah rambut pendek ni pun ramai yang tergila-gilakannya. Adam tersenyum sendiri. Perasan!

"Adam nak pergi kerja ni, ada photoshot pagi ni dekat studio." Badannya direndahkan untuk merapati Ainnur tetapi belum sempat bibirnya menyentuh dahi Ainnur, isterinya itu sudah terlebih dahulu menolak tubuhnya dan melompat terjun dari katil berlari menuju ke bilik air.

Segala isi perutnya terhambur keluar di sinki. Tekaknya terasa perit dan perut memulas segala isinya yang ada untuk terus keluar. Ainnur terpaksa menahan tubuh dengan tangan kiri mencengkam erat sisi mangkuk sinki dan tangan kanan kanan menekan perut yang bekerja keras menolak segala isi yang ada untuk dikeluarkan.

Adam tergamam namun melangkah deras menuruti Ainnur di bilik air. Rambut yang panjang itu disebak dan belakang wanita itu diurut bagi melegakan. Bau masam mula memenuhi bilik air dan buih-buih putih serta sisa buangan yang bertakung dalam mangkuk putih itu membuatkan Adam mahu termuntah sama tetapi terpaksa di tahan.

Terasa lega apabila berakhir sudah muntahnya namun tubuh dirasakan lembik longlai. Kepala berdenyut terus memaksanya berpaut pada pintu bilik air tetapi nasib Adam ada disisinya memapahnya hingga ke atas katil.

"Sayang demam ni." Suhu badan Ainnur agak panas pada telahannya.

 "Mesti berjangkit dengan Adam hari tu...I'm sorry my dear."

"Adam nak pergi kerja...Pergilah. Lepas makan ubat, I'll be okay. Don't worry." Lemah suaranya. Secara jujurnya, dia tidak mahu berlama-lamaan dengan Adam di situ.

Adam serba salah. Photoshot tidak boleh ditunda kerana ini sudah kali ketiga temujanji dibuat setelah sebelum ini terpaksa di tunda kerana ada tugas lain yang lebih penting. Dia tidak mahu kehilangan pelanggan tetapi melihatkan Ainnur yang terbaring lesu juga membuatkan dia rasa tidak sampai hati. Kalau dibuatnya pengsan makcik ni...Macamana aku nak jawab dengan mummy nanti?

Lagipun, masa aku sakit hari tu...dia yang sibuk-sibuk jaga aku. Bila dia sakit, aku pulak tak ada. Lelaki jenis apa aku ni? Aku kan gentleman...Lelaki idaman wanita. Puii!!!

"Hurm...Macam ni lah. Saya pergi studio kejap. Kalau ada apa-apa awak call saya ya."

Ainnur mengangguk perlahan dan tangan melambai Adam mendekatinya. Apabila Adam merapatinya, tangan kanan Adam di capai dan dikucup lembut.

"Bawak kereta elok-elok." Pesannya perlahan.

Jiwa Adam terusik dengan tindakan Ainnur. Wanita itu tidak pernah lupa dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia sekadar mengangguk dan berlalu pergi. Di dalam kereta, fikirannya bercelaru dan berbagai persoalan timbul sehingga tidak sedar kereta sudah diparkir di hadapan bangunan yang menempatkan studionya.

Dia isteriku... Wajah diraup dengan tangan kanan.

*********
"Thanks for today Adam." Ujar Keisha yang secara tiba-tiba berdiri di belakangnya yang sedang sibuk mengemas peralatan setelah selesai sesi penggambaran.

"No mention dear. That's my job." Adam tersenyum pendek sambil tangannya ligat memasukkan kamera Nikon D3100 ke dalam beg sandang yang sentiasa dibawa ke mana-mana.

"Jom I belanja you makan."

"Thank's. But not today. I ada hal lain." Tangan Keisha yang melekap di lengannya di tolak perlahan. Tidak senang diperlakukan demikian. Dia bukan jenis lelaki yang suka mengambil kesempatan.

"Come on dear. Dah banyak kali you tolak pelawaan I. I just nak ucapkan terima kasih sebab you tolong I. Ke you takut Maya marah?" Soalnya dengan nada sinis. Semua orang bercakap soal Maya yang sedang gila berpacaran dengan Adam sedangkan dalam masa yang sama berita Adam sudah mendirikan rumah tangga pun sudah sampai ke telinganya. Tapi dia sendiri tidak pasti dengan kesahihan berita itu. Takkan kahwin dengan Maya kot? Dorang kena tangkap basah ke? Tapi tak pulak keluar kat suratkhabar ke....kat beautifulnara ke atau murai.com ke.... Ala...model karat, tak glamour macam tu la. Gedik sana, gedik sini tapi perasan cantik. Hahaha...

"It's not about her. Cuma masa tak sesuai, maybe Shark boleh temankan you. Shark! Keisha nak belanja kau makan!"

Belum sempat Keisha membuka mulut, Adam sudah terlebih dulu menjerit memberitahu Shark. Melompat kegembiraan mamat tu bila ada orang nak belanja makan. Perut dah berkeroncong. Dalam kepala dah terbayang-bayang nasi beriani Mambub kat Bangsar. Kecur air liur bila teringat kari kepala ikan mamak tu.

"Menarik! Sat Keisha...I nak kemas ni. Sat lagi kita pi na!" Ujar Shark dalam loghat Kedah. Dari mana datang idea bertutur dalam loghat tu pun dia tak tahu. Tangan semakin ligat mengemas kerana fikirkan perut perlu diisi segera. Ada orang nak belanja pulak tu. Yess!!!

Keisha menarik muka masam kecut macam asam keping. Lain di ajak, lain yang pergi. Nak kata tak payah, malu sendiri. Terpaksalah teruskan hajat yang tak sampai. Terlajak motor, boleh gak tolak ke belakang pakai kaki, terlajak pelawa...Hish! Menyesal pulak. Tapi Shark pun okaylah. Mamat tu pun ada rupa, ada style jugak. Kalau tak, jatuh standard mak keluar dengan jantan tak handsome. Yark!!!

Mereka berpapasan keluar dari studio selepas selesai berkemas. Keisha bersama Michelle pembantunya seorang cindia. Muka ayu bujur sireh mengalahkan Keisha yang merupakan model sambilan. Tapi bila disoal siasat, dia tidak berminat dengan kerjaya yang perlu menonjolkan dirinya. Dia lebih gemar berada di belakang tabir dengan menjadi perunding imej Keisha.

"Beb! Kau nak pergi mana? Jomlah makan dulu. Kau sejak dua menjak ni, busy sokmo. Jarang dapat lepak-lepak dengan kau macam dulu." Soalan Shark menarik minat Keisha yang berada di belakang untuk memasang telinga. Ke manakah jejaka idamannya itu pergi sampaikan nak makan sama pun tak boleh. Busy sangat ke? Ke busy dengan perempuan gedik tu? Huh!

"Aku nak baliklah. Wife aku tak sihat."Bisiknya di telinga Shark. Keisha mengetap bibir kerana tidak dapat menangkap butir bicara Adam.

"Fuyyoo!"

"Syhhh!!!" Adam meletakkan jari telunjuk dibibirnya sendiri. Adalah nak kenakan aku tu.

"Alamak! Cinta sudah berputik ke der?" Bisiknya kembali pada Adam. Senyumnya melebar ke telinga. Alhamdulillah....Kuasa kau maha besar Ya Allah kalaulah itu kebenarannya.

"Jangan merepeklah! Aku sakit dia jaga. Takkan dia sakit aku nak buat tak tahu aja."Balasnya berbisik kembali pada Shark.

"Eleh! Dah sayanglah tu!" Dia menyiku rusuk Adam perlahan.

"Eh! You all ni gay ke ha? Berbisik-bisik mengalahkan perempuan!" Keisha menarik muka masam sambil berdiri memeluk tubuh. Michelle malas mahu masuk campur kerana dia tahu Keisha lebih marah bila Adam tidak langsung memandangnya. Masa datang tadi  punyalah happy sebab dapat bertemu dengan pujaan hati tapi bila Adam buat endah tak endah, panas hatilah minah tu. Dia terlebih dahulu mengambil langkah panjang menuju ke kereta.

"No lah my dear! Okay Shark. Jumpa hari Isnin. Bye Keisha. Nice hair actually." Sempat dia memuji sebelum berlalu meninggalkan mereka berdua. Malas jua mahu berlama-lamaan di situ. Dia sedar, Keisha mahu menyucuk jarum tapi dia buat tak tahu. Kalau dilayankan, semua model pun dia senang-senang boleh dapat. Iman...iman...Nasiblah kau kepunyaan Adam Niyaz. Kalau orang lain...tak tahulah dah hanyut ke mana.


Sunday, 26 August 2012

BAB 32


Kakinya laju melangkah ke dapur.
Malas aku nak layan budak kecik tu. Makin di layan, aku pulak yang jadi budak kecik. Nak melawan, katanya berdosa. Syurga bawah telapak kaki suami. Hish! Sabarlah mak ni dik non.

Tangannya ligat mencari bahan bagi menyediakan bubur nasi dan sambal ikan bilis kegemaran Adam tetapi seekor ikan bilis pun tidak kelihatan memaksa dia melangkah keluar menuju ke kedai runcit yang berhampiran bagi mendapatkan bahan utama itu.
Nasib baiklah kau dapat bini macam aku ni ha...kalau orang lain, memang terbiarlah kau seorang diri dekat dalam bilik tu. Ainnur tersenyum sendirian. Memang bukan dirinya untuk terus-terusan membenci seseorang. Baginya, marahnya hanya untuk hari ini tetapi esok sudah dilupakan. Tetapi...peristiwa hitam itu tidak pernah dilupakan sampai bila-bila. Tapi dia tidak pernah menyimpan dendam malah berharap Allah SWT mengampunkan dosa suaminya dan membawa suaminya kembali ke pangkal jalan.

Sekembalinya di rumah, suara pertengkaran lelaki dan perempuan jelas kedengaran dari bilik Adam. Pintu depan yang terbuka luas memudahkan dia mencuri dengar pertengkaran itu. Perlahan dia melangkah setapak demi setapak supaya kehadirannya tidak disedari oleh keduanya.
Bau minyak wangi Escada semerbak harumnya dan Ainnur yakin pemiliknya seorang wanita yang pastinya bergaya dan bercitarasa tinggi.
Tapi kalau Adam yang dikejarnya, mamat tu biasa aja. Nak kata, smart sangat tak adalah...nak kata handsome....hurm...handsome lagi Aaron Aziz... Tapi sebab muka K-Pop tu kot.
"Ainnur..."
Ainnur tersentak bila namanya dipanggil. Tapi dia mendiamkan diri seketika kerana sekiranya bukan
"Ainnur!" Panggilan kedua lebih kuat memaksanya keluar dari persembunyian. Sembunyi kat dapur aja pun... Saja dia malas mahu masuk campur.
"Adam..." Dengan muka yang ala-ala buat tak tahu apa-apa Ainnur terjengul di
Wow! Cantiknya pemberian Allah ni...saya nak jadi kawan awak boleh?
Huhu....Kalau inilah Maya, sumpah kalau aku jadi lelaki pun aku tak cari lain. Kulit putih gebu, rambut blonde dipotong ala bob separuh bahu, muka comel macam baby doll, kaki dia aja dah buatkan aku meleleh air liur. Kaki aku ni dah tak panjang, gebu tu tak jugak. Tapi bolehlah.

“Sayang... awak tolonglah bawak perempuan ni keluar dari rumah kita. I penatlah.”
Ainnur mengetap bibir. Betul ke ni?
“Adam...” Ainnur serba salah. Melihatnya Adam dengan wajah tidak bermaya bersandar di muka pintu dan Maya yang sedang melihatnya dengan wajah yang tidak puas hati. Dia tidak tahu samada mahu menunaikan permintaan Adam dengan mempersilakan Maya keluar dari rumah atau membiarkan drama itu berterusan.
"Adam...Please...."
Maya mula panas tapak kaki bila Adam memanggil Ainnur dengan panggilan sayang. Muka dahlah tak lawa. Muka kampung! Tubuh Adam dirangkul erat.
Ainnur terpana. Tak tahu apakah perasaannya pada ketika itu.
“Sayang...tolong saya.” Tubuh Maya ditolak menjauhinya. Berani betul kau membuat onar depan isteri aku.

"Sayang..." Tangannya cuba menggapai Ainnur yang berdiri tidak jauh darinya. Adam sendiri tidak dapat menduga apa perasaan Ainnur pada ketika itu apabila Maya tiba-tiba memeluknya tetapi yang nyata dia mahukan Ainnur Amnani dan bukan Maya Emerald.

Ainnur lekas mendapatkan Adam apabila dilihatnya lelaki itu seperti sudah tidak stabil untuk berdiri  dan dipapah melangkah ke katil. Tubuh Adam perlahan dibaringkan di atas katil.
“Please sayang...Bawak dia keluar dari rumah kita.” Bisik Adam di telinganya.
Damn it! Bertambah panas matanya apabila melihat pasangan itu berbisik di depan matanya. His mine! Perempuan kampung! Getus Maya. Rasanya mahu sahaja diganyang perempuan kampung tu sekarang tapi memikirkan Adam yang berada di depannya terpaksa dilupakan niatnya itu.
Maya mengambil tempat di sebelah kiri Adam dan Ainnur hanya mampu melihat Maya mengusap rambut Adam dan cubaan mengucup dahi lelaki itu tidak berjaya apabila tubuhnya ditolak kuat sehingga Maya hampir jatuh dari katil.
"Don't do it Maya!"Keras suara Adam dan mengalih tubuhnya ke arah lain.
Ainnur mencapai tangan Maya dan dipimpin gadis cantik itu hingga ke muka pintu rumah.
“Maya...Adam tak sihat, maybe emosi dia tak stabil. You jumpa dia after dia dah sihat okey. I’m sure he’ll be okay.”
Suaranya sudah sehabis baik dikawal untuk tidak menyerlahkan debaran di hati berhadapan dengan wanita yang menjadi pujaan Adam. 
Pang! Tidak disangka-sangka satu tamparan hinggap di pipinya. Ainnur terpempan.
“Sebab kaulah Adam benci aku! Baru puas hati aku!”
Ainnur meraba pipinya yang terasa pijar akibat tamparan tangan kecil itu.

*******
“Adam...”
Usapan dikepala menyedarkannya dari lena yang panjang. Pergaduhan dengan Maya seperti mimpi.
Dia sendiri kurang pasti itu realiti atau fantasi tetapi sememangnya dia mahu wanita itu pergi dari hidupnya. Dia sudah jelak dengan perangai wanita itu yang gemar bermain dengan kata-kata dan memberi pelbagai alasan dan semuanya dusta belaka.
“Makan Adam. Bubur nasi dan sambal ikan bilis favourite Adam.”
Mendengarkan makanan kegemarannya, Adam terus terjaga. Bau aroma sambal ikan bilis semerbak menusuk hidungnya dan membangkitkan selera untuk makan. Sedangkan tadi, tekaknya sentiasa loya dan tidak mampu untuk menghidu bau apa-apa pun.
“Ainnur suapkan ya.”
Lagilah rasa mahu melompat Adam dibuatnya kerana dilayan bagaikan raja. Kalau sebegini seronoknya mempunyai seorang isteri yang akan melayannya ketika sakit..alangkah indahnya hidup berumahtangga ini. Kenapalah dia lambat mendapat petunjukNya? Dalam hatinya tergaris senyuman yang hanya dia yang tahu.
“Eh! Kenapa pipi sayang ni?” Pipi isterinya yang merah nampak ketara pada sebelah kanan ditelek.
"Maya ada buat apa-apa ke dengan sayang?"
Ainnur menggeleng perlahan seraya tersenyum. "Kena wap bubur tadi. Panas." Jawabnya pendek.
"Don't lie to me Ainnur. Aku tahu siapa Maya."
"Forget it Adam. It's okay. Kalau saya kat tempat dia pun saya akan buat benda yang sama." Tetapi dalam hati menidakkan kata-katanya. Tidak...Aku tidak akan sekali-kali buat benda tu pada perempuan lain.
"I'm sorry sayang." Tubuh Ainnur terus dirangkul erat. Ainnur tersekat di situ tidak dapat bergerak dalam pelukan Adam yang kuat seperti mahu bertemu rusuk kanan dan rusuk kirinya.
"I'm so sorry."
Adam tak tahu semangat apa yang merasuknya pada ketika itu tetapi dia benar-benar kesal kerana tidak dapat mempertahan Ainnur sebagai isterinya dari menjadi mangsa cemburu buta Maya. Sudah bertahun dia kenal Maya dan tindak tanduk Maya sudah berada di hujung jarinya. Pantang ada perempuan yang rapat dengannya pasti akan dihentamnya.
"I'm so sorry....Maafkan aku kerana tak dapat pertahankan kau, maafkan aku kerana abaikan kau."

Monday, 13 August 2012

BAB 31

Dia hanya terbaring di tempat duduk sebelah pemandu kerana tidak berdaya untuk bangun apatah lagi menggerakkan seluruh sendi yang dirasakan terlalu lemah. Matanya hampir layu penangan suntikan ubat di punggungnya, malu rasanya bila dia terpaksa memeluk Ainnur bagi menahan kesakitan apabila jarum suntikan yang menusuk ubat masuk menjalar ke seluruh tubuh bagi meredakan kepanasan yang memuncak.
"Sakit Adam?" Risau Ainnur apabila tayar menyusuri jalan yang tidak rata.
"Sakit sayang...." Wajah Ainnur direnung dari tepi bagi memohon simpati. Adam dapat membaca riak wajah Ainnur yang nampak resah apabila melihat keadaan yang tidak bermaya begitu.
Tangan kiri Ainnur yang memegang kereta di raih.
"Sakit sangat sayang..." Tangan itu dibawa ke bibir dan dikucup lembut.
"Gatal! Ambik kesempatan pulak! Tak padankan sakit!" Tangannya di tarik dari genggaman Adam. Serta-merta kemarahannya membuak-buak dengan kelakuan Adam yang sama sekali tidak di duga.
"Ala sayang...sikit aja. Bukan luak pun." Ujar Adam sambil tersengih. Berkurangan sedikit sakitnya apabila dapat menyakat Ainnur. Seronok melihat Ainnur menarik muka masam. Comel!
Manakala, di dalam hati Ainnur sudah meluap-luap kemarahan. Tak luak kepala jambul kau! Getus kata hati Ainnur.
"Awak jangan nak macam-macam ya...nanti saya turunkan awak dekat sini, biar Jabatan Kebajikan Masyarakat yang kutip awak. Baru padan dengan muka awak!" Pedal minyak ditekan kuat bagi menambah kelajuan supaya cepat sampai ke rumah. Tidak kuasa untuk lama-lama berdua-duaan dengan lelaki gatal itu.
"Sampai hati sayang..." Wajah Ainnur di usap dari tepi.
"Adam!" Bentak Ainnur tanda marah tetapi hanya disambut dengan tawa oleh Adam. Ainnur menarik muka masam. Dalam hatinya sudah pun menyumpah seranah dengan tingkahlaku Adam yang sengaja dibuat-buat.
Menyakit hati! Huh!

******
“Sayang...”
Senyap.
“Sayang.”
Dicubanya kali kedua dan kali ini nada suaranya agak tinggi sedikit. Namun hampa...kerana masih tidak berjawap.
“Sayang!”
“Hah!” Hampir nak terlepas mangkuk berisi air yang dipegangnya. Kerja-kerja mengelap meja terhenti. Matanya tertacap pada Adam yang sedang terbaring lesu di atas katil tetapi pandangan mata lelaki itu tajam  merenungnya. 
“Kenapa Adam? Awak panggil saya?”
“Ya la. Dalam bilik ni, ada kau dengan aku aja. Takkan aku nak panggil kerusi tu sayang kot.”
Ainnur tersipu-sipu mendengar kata-kata Adam.
“I thought you were on the phone talking to someone else. I didn’t expect it was me you’re talking to.”
“Someone else?” Cepat saja Adam memotong percakapannya.
“Iya la!"
"Maksud kau?" Soal Adam.
"Siapa tu...Maya. Isn’t it? Kalau saya tak silaplah.” Mangkuk berisi air diletakkan di atas meja.

 Adam terdiam. Adakah dia dah dapat menghidu hubungan aku dengan Maya? Tapi manalah dia tak tahu, kalau dah semua benda memang sengaja ditonjolkan. Memang dia sengaja memperlihatkan segalanya supaya Ainnur faham Maya adalah cinta hatinya dan tidak akan ada cinta lain yang dapat menggantikannya.

“Saya tahu semuanya Adam.” Hanya tuhan saja yang tahu betapa perit hatinya ketika menuturkan kata-kata itu.  Walaupun, suami itu dinikahi bukan kerana rasa cinta dan sayang tetapi sudah hampir 2 tahun hidupnya sebumbung dengan Adam. Tingkahlaku Adam sudah dapat dibaca, perangainya sudah dapat diduga. Sedikit sebanyak, ia semakin mencambah satu perasaan lain di dalam perasaan benci dan meluat yang  bersarang di dalam hatinya dan Ainnur sendiri tidak tahu untuk mentafsirkannya .Yang pasti, dia bencikan semua perasaan itu, dia tidak mahu perasaan benci kepada Adam terus menguasai dirinya tetapi dia juga benci sekiranya perasaan sayang lahir untuk lelaki itu.

“Buatlah apa yang Adam suka. Saya tak akan masuk campur. Itukan janji kita dulu.” Ainnur duduk di birai katil mengadap Adam yang terbaring lesu. Mata layu itu seperti memohon simpati tetapi dia malas ambil peduli. Tanggungjawab sebagai seorang isteri melayan suami yang sedang sakit sudah dilaksanakan. Dia terpaksa mengambil cuti separuh hari dengan berbohong kepada Tengku Zafran mengatakan tayar keretanya secara kebetulan pecah di tengah jalan. Mengambil masa untuk datang ke pejabat semula. Nasib baik Tengku Zafran tidak banyak soal.

“Kau tak marah?” Aduhai...soalan bodoh apalah yang aku tanya ni? Adam mengutuk dirinya sendiri. Dia merenung wanita berwajah polos itu. Dilihatnya Ainnur hanya menggeleng lemah dan melarikan wajah dari pandangannya.
“For what? Tak ada makna apa-apa pun.” Bisiknya perlahan.
“Apa dia?” Soal Adam. Rasanya telinganya dapat mendengar sesuatu yang keluar dari mulut Ainnur tetapi tidak jelas.
“So, mana girlfriend awak tu? Kenapa cari saya masa sakit ni, tak cari dia?” Dia cuba mengubah topik. Malas untuk terus berlegar di topik yang akan ternyata akan mengusik jiwanya yang lara.
“Aku cari mummy, aku tak cari kau.”
“Ha...Samalah tu, kenapa cari mummy...kenapa tak cari si Maya tu? Dah la ambik kesempatan pulak tu, peluk-peluk orang tadi. Tak malu eh?” Teringat kembali peristiwa semasa dia membawa turun Adam. Bukan dia tidak sedar Adam memang sengaja memeluknya erat. Sakit sangatlah konon-kononnya tu. Mengada-ngada sebenarnya. Huh!
“Barang baik dah depan mata, sedap pulak tu. Takkan saya nak lepaskan macam tu aja.” Usai kata-katanya, Adam tertawa besar. Matanya yang hampir tertutup tadi, terbuntang luas manakala Ainnur mencerlung memandangnya.
Dasar jantan! Memang tak pernah nak kawal nafsu yang satu. Sengal!
“Ala...merajuk pulak sayang ni...” Dagu Ainnur dicuit menambahkan kepanasan hati Ainnur. Dia terus berdiri bersiap sedia untuk melangkah meninggalkan Adam yang semakin mengarut namun tangannya lantas disambar Adam.
“Nak pergi mana? Duduklah dulu... Aku gurau pun nak naik angin. Kau period eh?”
Period? Darah terasa menyerbu ke mukanya. Kenapalah soalan tu yang kau tanya wahai Encik Adam Niyaz? Aduhai....
“Duduklah sini...usap kepala aku macam kau buat tadi. Aku senang kau buat macam tu. Aku rasa tenang. Aku nak tidur ni...Please sayang.” Tangan Ainnur di tarik perlahan sehingga wanita itu terpaksa duduk semula mengadapnya. Tapak tangan Ainnur di bawa ke kepalanya. Dalam keterpaksaan Ainnur terpaksa menurut kemahuan Adam walaupun hatinya menggerutu marah.
“Perlahanlah sikit. Tercabut rambut aku ni..” Adam dapat merasakan perit kulit kepalanya bila Ainnur sengaja mencengkam rambutnya tanda protes kerana terpaksa mengurut kepalanya.
“Sayang...Tak baik tau, layan suami kasar-kasar. Aku ni sudahlah tengah sakit macam ni. Manalah tahu, esok-esok mati ke. Kau tak menyesal ke nanti sebab tak layan aku dengan baik?”
“Eh! Awak ni...Dosa keliling pinggang, ada hati nak fikir mati sekarang. Taubat dulu, baru fikir nak mati.” Ainnur memulangkan paku buah keras. Sakit betul hatinya.
“Baik sayang...” Kali ini, hidung kecil Ainnur pula yang menjadi sasarannya. Ditarik hingga merah hujung hidungnya membuatkan Ainnur tidak dapat mengawal suhu kemarahannya yang semakin meningkat lebih-lebih lagi Adam dengan selamba mentertawakannya.
“Sudah! Malas nak layan awak ni!”
Dia terus mengangkat punggung meninggalkan Adam dengan sisa ketawa yang masih kedengaran walau dia sudah berlalu dari bilik itu.
Tak ada kerja lain selain dari menyakitkan hati aku. Menyampah!

Thursday, 2 August 2012

BAB 30

Mummy....
"Assalamualaikum mummy."
"Waalaikumussalam Ainnur. Ada kat mana ni?"
"Ainnur kat office ni mummy. Kenapa? Mummy nak jumpa ke? Nanti Ainnur turun jumpa mummy."
Tawa ibu mertuanya di talian.
"Tak adalah. Mummy cuti hari ni, ada kursus haji."
"Oh! Ya ke. Mummy sihat?"
"Sihat...Cuma budak kecik awak tu, tak sihat. Dia baru call mummy tadi."
Tak sihat? Berkerut dahi Ainnur memikirkannya. Eh! Tapi macam mana mummy tau aku panggil dia budak kecik? Rasanya macam aku tak pernah cakap dengan sesiapa pun...
"Adam tak cakap apa-apa pun dengan Ainnur." Ujarnya.
"Adam memang macam tu. Ainnur tau aja la lelaki ni...Dah teruk sangatlah tu baru nak beritahu. Dengan isteri sendiri pun sorok. Tapi biasalah Adam tu memang manja dengan mummy. Masa bujang dulu pun, sakit aja baru nak cari mummy ni ha. Kalau tidak, batang hidung pun susah nak nampak kat rumah."
Ainnur tertawa sendirian.
"Mummy mintak tolong Ainnur tengokkan dia boleh ya? Suara dia dengarnya macam tak sihat benar. Nanti mummy dah habis kelas, mummy singgah rumah kamu ya."
Permintaan Puan Murni amat mudah tetapi bagi Ainnur rumit sekali. Sejak kejadian tempoh hari, segala tindak tanduk Adam enteng baginya. Dia tidak lagi mengambil endah dengan kelakuan lelaki itu yang adakalanya sengaja memperdengarkan perbualannya di telefon dengan wanita yang hanya dikenali dengan nama Maya itu. Adam seolah-olah bermegah dengan teman wanitanya tetapi apabila bergaduh pasti mukanya masam mencuka. Ainnur malas mahu ambil tahu. Kalau dulu, Adam pendiam dan perahsia tetapi kini seperti dia mahu menunjuk protes kerana semuanya dilakukan secara terbuka.
Bagi Ainnur....Lantaklah! Segalanya sudah tidak terkesan di hati. Buatlah apa yang kau nak selagi kau tidak melibatkan aku dalam masalah kau.
"Ainnur..."
Lamunannya terhenti. "Ya mummy."
"Ainnur nanti buatkan Adam bubur nasi dengan sambal ikan bilis ya. Itu memang favourite dia bila dia demam."
Dia menghembus nafas perlahan sambil mengerling jam di dinding. Hampir jam 12.30 tengah hari. Memang sudah waktu rehat untuk warga pejabat.
"Okey mummy."
"Alhamdulillah...Lega mummy dengar. Terima kasih sayang. Nanti apa-apa call mummy ya. Sebab Adam tu kalau sakit macam budak-budak. Merengek tak tentu pasal."
Dia tersenyum mendengar kata-kata ibu mertuanya. "Okey mummy."
Perbualan diakhiri dengan salam. Selepas memutuskan panggilan, sekali lagi ekor matanya menuju kepada jam di dinding.
Nak balik ke tak? Nak balik ke tak? Permintaan mummy tu macam amanah pulak. Nanti pengsan pulak budak kecik tu tiba-tiba dalam bilik sorang-sorang, siapa nak jawab? Eh! Tapi, dia kan ada girlfriend, biarlah girlfriend dia jaga.
Ainnur mengetap bibir.

                                                       ********
"Adam..." Belakang tapak tangan dilekap ke dahi suaminya. Berbahang panas.
Manalah tak demamnya, bilik bersepah macam tongkang pecah dengan langsir tertutup...manalah udara nak masuk. Huh! Ainnur mendengus geram melihat bilik yang baru inilah pertama kali dia menjejakkan kakinya setelah hampir 2 tahun usia perkahwinan mereka. Baju dan seluar kotor bertaburan termasuklah seluar kecik bersepah dan ada yang berlonggok di sudut kiri bilik. Gambar-gambar yang sudah siap bertaburan di atas meja dengan komputer riba yang masih terpasang dan jelas terpampang gambar seorang wanita sedang memperagakan baju.
Bola matanya meneliti Adam yang terbaring dengan mata terpejam rapat itu. Tubuhnya kurus itu hanya dibaluti seluar jeans panjang dan baju T berwarna oren.
Pengsan ke dia ni?
"Adam..."Tangannya meraba dahi dan melurut rambut suaminya. Kesian pulak...
"Adam..." Ulang Ainnur.
"Hurm...." Jawab Adam lemah. Bila mata dibuka, wajah Ainnur yang berada dekat dengannya sedang melurut lembut kepalanya. Adam rasa tenang...sebolehnya dia mahu Ainnur terus berbuat begitu tanpa henti.
Dengan lemah, digagahkan tangannya diangkat dan mencapai tangan Ainnur yang sedang melurut kepalanya dan tangan itu dibawa ke dada.
"Aku tak larat sangat." Tuturnya perlahan.
Sejak dua hari lepas, kesihatannya mula dirasakan merosot. Sehinggalah hari ini, dia terus tidak boleh bangun dan Puan Murni menjadi sasarannya untuk melepaskan kesakitan. Tetapi yang muncul kini, Ainnur Amnani.
"Saya bawak awak pergi klinik ya." Ainnur nampak cemas.Tak sampai hati Ainnur pula bila melihat keadaan Adam sebegitu. Wajahnya yang seperti artis korea itu dah tak ubah seperti hantu cerita korea pulak. Pucat dengan bawah matanya lebam.
Adam mengangguk perlahan. Sudah tidak terdaya melawan kesakitan yang selama ini ditahan. Sudah dua kali panadol ditelan tetapi demamnya kebah seketika dan datang kembali.
"Adam boleh bangun?"
Adam cuba menolak tubuhnya untuk bangun dan dia dapat menegakkan tubuhnya tetapi tidak lama kerana dirasakan bilik itu seolah berpusing. Ainnur lantas memeluk Adam apabila melihat Adam mulai terhuyung-hayang.
"Aku...."
"Aku nak..." Belum pun habis ayatnya, sudah berhampur isi perut Adam di atas lantai. Adam terduduk menekan perut yang semakin kosong untuk meluahkan bahan yang masih ada.
Ainnur berlari ke dapur bagi mendapatkan air kosong. Apabila dia masuk ke bilik, Adam sudah tersandar di kaki katil.
"Minum ni."
Adam menggeleng lemah. Tekaknya cukup perit untuk menerima apa-apa walau air kosong.
"Minum!" Gesa Ainnur. Degil pulak budak kecik ni.
Melihat anak mata Ainnur yang membulat, Adam tak kuasa nak melawan. Minum ajalah!
"Dah...jom pergi klinik."
Tubuh kurus itu dipapah, Adam memeluk pinggang isterinya erat untuk menampung dirinya semakin goyah berdiri.
"Sayang dah gemuk." Sempat lagi dia berbisik ke telinga Ainnur apabila tangannya berjaya menyusup memeluk pinggang isteri dan kemudian Adam tersenyum lebar.
Bulat mata Ainnur memandangnya. Ish! Ni yang menyampah ni...ada aja nak bahan aku tu. Aku tinggalkan dia kat sini, baru padan muka dia. Terkial-kial dia menekan butang lif untuk turun kerana dalam masa yang terpaksa menahan berat Adam yang terpaksa ditampung supaya tidak jatuh.
Kurus tapi berat. Berat dosa ke apa ni? Huh! Dia menjeling lelaki di sebelahnya itu.
Adam tersenyum dengan jelingan itu. Sengaja dia memeluk Ainnur dengan lebih erat kerana tiba-tiba perasaan tenang hadir di dalam dirinya apabila Ainnur berasa di dalam pelukannya. Sakitnya terasa reda seketika.
Ya Allah! Apakah perasaan ini?

Wednesday, 1 August 2012

JADIAN ~THE JUNAS MONKEY~


Aku suka dia
Tapi aku tak tahu untuk
Bilang kepadanya bila aku suka
Jatuh cinta kepadanya
Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku
Merasa deg-degan berdebar di dada
Diam saat mengingatnya
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya
Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku cinta kepadaku
Dan kita akan jadian
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya
Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Tuesday, 31 July 2012

BAB 29

Dia comel.
Wajah yang sedang lena tidur itu ditatap sepuasnya.
Betul kata Shaq, tiada celanya pada wajah itu. Rambut yang menutup sebahagian pipi itu ditolak ke belakang perlahan-lahan dan menyerlahkan leher yang tidak jinjang tetapi sesuai dengan si pemunya wajah di hadapannya itu.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dicium setiap inci wajah itu kerana ia memang sah miliknya. Kulit kuning langsat dan pipi kemerahan.

"Sayang...."
Sentuhan lembut di pinggangnya membuatkan Ainnur terjaga dari lena yang panjang. Sungguh dirinya letih sehingga tidak sedar Aysha sudah bangun meninggalkan dirinya dan Adam di atas katil berduaan.
"Ya Allah!"
Dia bingkas bangun apabila melihat Adam sedang tersenyum dan wajah mereka amat dekat sehinggakan hidungnya dan hidung Adam hampir bertemu.
"Aysha mana?" Soalan yang diutarakan tidak berjawab sebaliknya Adam memandangnya sambil tersenyum penuh makna. Ainnur gelisah dengan senyuman itu.
"Adam....Aysha mana?"
"Aku dah hantar dia pada Mikail. Dia merengek tadi nak tidur ngan papa dia pulak. Kau tu tidur mati, mana nak sedar."
Merona kemerahan wajah Ainnur mendengar kata-kata Adam. 
Ya ke aku tidur tak sedar diri? Malunya...
Dia melirik jam di dinding...Pukul 7?? Alamak...
"Eh! Sayang nak pergi mana ni?"
"Solat la Encik Adam oi...awak tu dah solat ker?" Ainnur menggeliat cuba melepaskan pergelangan tangan kirinya yang sempat disambar Adam.
Adam menyeringai menampakkan sebahagian giginya
"Okeylah...sayang siap-siap. Kita berjemaah."
Ha? Berjemaah? Buang tabiat ke apa budak kecik ni?
Dahinya berkerut tapi tangan lantas mencapai tuala dan menuju ke dalam bilik air.

Usai solat, dia termangu sendirian di atas sejadah.
Ainnur sudah pun meninggalkannya untuk ke dapur bagi menyiapkan sarapan pagi.
Belakang tapak tangan kanannya di usap perlahan. Masih terbayang-bayang Ainnur bersalam dan mengucup tangannya selepas selesai solat subuh tadi dan perasaan itu berlainan sekali dengan pertama kali semasa Ainnur mencium tangannya selepas mereka sah bergelar suami isteri.
Kenapa dengan kau ni Adam? Soalan itu terpantul pada diri sendiri. Tetapi dia sendiri tidak dapat menjawabnya.
Dia bingung kenapa perasaan itu hadir. Perasaan apa eh?
Keliru? Bingung? Cinta? Ke sayang? Aduh! Apa ni....? Tiba-tiba dia rasa gementar andai segala andaiannya tepat mengena batang hidungnya sendiri. Prinsip untuk tidak mencintai dan menyayangi wanita itu yang menjadi pegangannya akan tercalar.
Lamunannya terhenti dengan nada lagu love the way you lie yang secara tiba-tiba memecah keheningan pagi.
Melihatkan nama yang tertera di skrin telefon membuatkan moodnya hilang, namun dia ingin menjawab kerana dia memerlukan jawapan kepada segala persoalan yang bergelar di fikirannya sepanjang malam tadi.
"Morning baby!"
"Huh! Where are you last night? Puas I call you tak dapat-dapat!" Bentak Adam. Perasaan marahnya meluap-luap. Puas di dail nombor itu yang dirasakan tidak salah nombor. Masakan tidak ada penerimanya. Nak kata tengah shooting, siang-siang lagi Maya sudah khabarkan padanya yang dia bercuti pada hari itu.
"Sorry baby...I tertidur. Anyway, I depan rumah mummy you ni. Jom kita pergi breakfast. I belanja."
"I tak ada mood!"
"Okey...kalau macam tu, I jemput you kat dalam." Talian terus dimatikan tanpa sempat Adam berkata apa-apa.
Huh! Adam mendengus geram. Perempuan ni memang menyusahkanlah!
"Adam!" Ketukan di pintu bertalu-talu.
"Adam!"
"Ya mummy." Adam membuka pintu dan menjawab malas.
"Maya ada kat bawah nak jumpa Adam. Apa ni?"
"Tak apa. Biar Adam selesaikan."
"Adam masih ada hubungan dengan dia lagi ke?"
Soalan Puan Murni tidak berjawab sebaliknya Adam melangkah laju untuk keluar dari rumah yang ternyata ada banyak mata hanya memerhati.
Ainnur malas mahu ambil tahu. Dia menyambung menyuap Aysha makan.
Tapi Maya tersenyum lebar ke telinga. Kau jangan main-main dengan aku wahai Adam Niyaz....

Monday, 30 July 2012

BAB 28


"Aunty!"

Tubuh kecil Aysha dirangkul erat dalam pelukannya. Dari siang tadi, anak kecil itu tidak berenggang dengannya.

"Aysha....kesian aunty long...biarlah Aunty Long berehat okey?" Tegur Dira yang sedang sama-sama duduk bersembang selepas selesai kenduri doa selamat.

Aysha tertawa sambil mengangguk laju. "Okey ibu...."

"Ibu....malam ni kakak nak tidur dengan Ty Long ye." Sambung anak kecil itu.

Ainnur terpempam dengan permintaan Aysha. Kalau Asyha tidur dengan dia, bermaksud Adam pun wajib tidur sekatil, kalau tidak....mahu kecoh satu rumah nanti sebab selama ni, jika mereka terpaksa sebilik, Adam memilih untuk tidur di lantai. Pastinya anak kecil itu akan mempersoalkan kenapa suaminya tidur di bawah.

Tu la Ainnur...yang kau baik sangat dengan budak ni kenapa? Dah jadi macam ni macamana? Hatinya gelisah dengan permintaan tersebut. Harap-harap Dira tak benarkan.

"Tanya Aunty Long dulu...ibu tak kisah." Jawapan Dira menambah gusar di hati Ainnur. Sempat dikerlingnya Adam yang sedang berbual dalam kelompok lelaki yang terdiri dari sepupu dan mungkin saudara-maranya yang tidak Ainnur berapa kenali. Lelaki itu nampak santai dengan berbaju melayu hijau pucuk pisang dan berseluar jeans biru tua.

"Ty Long...kakak tidur dengan ty long ye malam ni? Bolehlah ty long..."Pipinya menjadi sasaran bibir kecil itu yang dalam usaha memujuk. Lehernya dipaut dan Aysha melabuhkan punggung di atas ribanya.

"Aunty....Aunty tak kisah. Tapi Aysha tanya dengan Uncle Long dulu ya." Ainnur serba salah. Dia tidak mahu dipersalahkan kelak kerana membuat sesuatu tanpa keizinan Adam.

Aysha yang baru mencecah ke usia 4 tahun itu berlari terkedek-kedek mendapatkan Adam yang sedang ralit bersembang.

"Uncle Long...Kakak nak tidur dengan Uncle Long malam ni ye." Permintaan anak kecil bermata bulat itu membuatkan dia tersenyum lebar. Ni mesti kes si Ainnur yang baik sangat dengan anak itu. Dari petang tadi, dia dapat melihat betapa akrabnya mereka kerana ke mana-mana Ainnur pergi pasti ada Aysha di situ. Nadirah, ibunya sudah tidak dihiraukan. 

"Aysha sayang...."Rambut Aysha yang separas bahu itu diusap lembut.
"Dah tanya dengan Aunty Long? Kalau dia okey....Uncle okey aja."
"Ala....penatlah macam ni....asyik tanya sana sini je!" Tiba-tiba Aysha menghentak kakinya dan menarik muka masam. Letih agaknya disuruh bertanya ke sana ke mari. Perbuatannya menjadi perhati seisi rumah. Adam serba salah.
"Okey....okey. Boleh." Adam tiada pilihan lain selain dari bersetuju. 
"Yeay!" Aysha berteriak gembira.

Riak wajah Ainnur terus berubah dengan jawapan Adam. Ya Allah....selamatkan diriku...Mulai saat itu jantungnya tidak berhenti berdegup kencang, lebih-lebih lagi apabila kakinya melangkah masuk ke dalam kamar tidur mereka. Rasanya mahu pecah dadanya melihat Adam sudah pun mengambil tempat di atas katil.
"Uncle!!" Aysha memanjat katil mendapatkan Adam. Tubuh lelaki itu dipeluk erat.

Ainnur melangkah perlahan mendapatkan pakaian tidur dalam almari dan dibawa ke bilik air untuk ditukar. Di dalam bilik air, dia sengaja melambat-lambatkan pergerakannya. Dia benar-benar gementar. Seluruh jari jemarinya dirasakan sejuk. Macamana ni....?Dia ke hulur ke hilir sendirian di dalam bilik air yang hanya sekangkang kera itu.
Peristiwa dirinya diperkosa tiba-tiba menerjah ingatannya. Ainnur bertambah takut. Rasanya ingin sahaja dia tidur di situ.

Tuk! Tuk!
"Sayang!"
Ketukan di pintu membuatkan dia ingin menangis. Ya Allah! Kenapa dengan aku ni? Kuatkanlah imanku Ya Allah....
"Sayang....Are you okay?" Pintu diketuk bertalu-talu membuatkan Ainnur tiada pilihan.
"Saya okay."
Wajah Ainnur yang terjengul di muka pintu bilik air cuba ditatap tetapi isterinya itu seolah-olah cuba lari dari pandangannya.
"Ingatkan pengsan dalam bilik air tadi." Tidak dinafikan, perasaan risau mencuit hatinya apabila ketukan dipintu di berjawab. Mungkinkah Ainnur pengsan akibat keletihan? Dia dapat melihat Ainnur orang yang paling sibuk siang tadi. Susah benar mahu melihat kelibatnya, kerana kebanyakkan masanya hanya di dapur. Setelah kenduri selesai barulah dia dapat melihat isterinya itu duduk setempat bermain-main dengan Aysha.

"Kakak nantuk..."Aysha sudah menggosok-gosok matanya tanda kantuk mula mengusai anak kecil itu.
"Tidurlah. Aunty Long tepukkan ya."
"Uncle Long ane?"
"Uncle Long dalam bilik air. Jap lagi uncle keluar. Aysha tidur dulu ya."Wajah anak kecil itu ditatap dengan penuh kasih sayang. Alangkah indahnya jika dia dapat melahirkan anak secomel dan selincah itu. Pasti hidupnya terhibur dan huru hara dengan kehadiran cahaya mata yang akan lebih membahagiakannya.
"Tak nak..." Aysha menggeleng.
Aik! Tadi kata mengantuk...ni tak nak tidur pulak. Macamana ni?
Sebaik Adam keluar dari bilik air, Aysha terus memanjat katil dan mengambil tempat di tengah iaitu di antara Adam dan Ainnur. Ainnur diam dan hanya membontoti Adam menuju ke tempat tidur.
"Ty Long belah sini...Uncle Long belah sini. Kakak tidur tengah-tengah."
Adam selamba memanjat katil mendapatkan Aysha dan memeluk anak kecil itu tanpa menghiraukan Ainnur yang berdiri di tepi katil.
"Ty Long cepat! Peluk kakak....kakak nak tidur."
Ya Allah....mulut budak ni...becoknya.
Dia mengambil tempat di sebelah kiri Aysha dan anak kecil itu mengambil tangan keduanya dan disatukan di atas perutnya.
Ainnur tergamam. Adam terdiam.
"Ibu ngan papa tidur dengan kakak macam ni..." Ujarnya seolah mengerti keduanya agak janggal dengan situasi tersebut. Setelah pipi keduanya dikucup, Aysha terus lena tidur.
Kedudukan tangan Adam yang menindih tangan Ainnur membuatkan idea nakal Adam tiba, lantas tangan Ainnur diramas perlahan. Lembutnya tangan perempuan ni...Bila Ainnur cuba menarik tangannya semakin kuat Adam menggenggamnya.
Adam mengetap bibir menahan gelak. Tu la bahananya kau kenakan aku siang tadikan...
Darah Ainnur mendidih kemarahan.
"Adam ni kenapa melampau sangat!" Suaranya yang keluar kedengaran tertahan-tahan agar tidak mengejutkan Aysha yang sedang tidur.
"Kau kan isteri aku. Suka hati aku la nak pegang." Semakin kuat tangan Ainnur dicengkam tetapi Ainnur pantas merentap dan melarikan tangannya jauh-jauh.
Mengada-ngada! Gatal!
Adam menutup mulut menahan tawa. Seronok dapat mengenakan Ainnur.

Good night sayang...It's a wonderful night to have you here beside me...

Thursday, 26 July 2012

BAB 27

Laman rumah Puan Murni meriah dengan hiruk pikuk anak-anak kecil yang berkejaran sesama mereka. Saudara-mara serta jiran yang terdekat ada yang sudah berkampung di rumah teres dua setengah tingkat itu. Majlis kenduri doa selamat hanya akan berlangsung selepas solat Isyak tetapi kelihatan seperti telah ramai yang tiba.

Bagi Ainnur, dia lebih senang menyibukkan diri di dapur. Tugasnya adalah menyediakan hidangan untuk minum petang. Menu utama menjadi pilihannya, mihun goreng singapore serta karipap yang hanya perlu digoreng kerana Puan Murni telah pun membuat tempahan dari jiran berdekatan yang memang mahir membuat karipap. Air telah pun dibancuh oleh Pak Teh Karim yang kasihan melihat dirinya bersendirian di dapur sedangkan orang lain hanya perlu menadah mulut dengan tidak berbuat apa-apa.

Ainnur hanya tersengih mendengar Pak Teh Karim yang terkenal dengan sikapnya membebel mengalahkan perempuan. 

"Orang lain tu tahu makan aja...Bukannya nak menolong kamu kat dapor ni..." Ujarnya sambil tangan ligat mengacau teh panas di dalam bekas air.

"Tak apalah Pak Teh. Bukannya susah pun. Karipap dah siap goreng pun. Tinggal mihun ni aja. Tak susah manalah."

"Banyak-banyak anak dara kat luar tu, entah apalah yang dibuatnya. Itulah anak dara sekarang ni, tak macam anak dara dulu-dulu. Dok menayang muka kat depan tu, tergelak mengilai-ngilai. Tak tahu malu gamaknya."

Nak tergelak Ainnur mendengar bebelan Pak Teh, tetapi ditahannya. Walau apa yang dikatakan itu benar tetapi Ainnur tidak menyalahkan mereka sepenuhnya. Kebanyakan anak saudara dan sepupu iparnya masih muda. Masih bersekolah menengah dan duduk di bandar tidak seperti tinggal di kampung. Dia telah dilatih oleh ibu sejak dari kecil lagi untuk berdikari, masak dan menjaga adik-adik. Remaja kini, senang...kedai makan berlambak. Mak ayah hanya tinggalkan duit, pandai-pandailah mereka mencari makan sendiri. Tak perlu masak, malah ditegah masak lagi ada kerana risaukan terjadi perkara-perkara tidak diingi.

"Air ni dah siap Ainnur....Pak Teh bawak keluar dulu ya. Nanti Pak Teh panggilkan budak-budak tu suruh bawak karipap ni keluar. Si Mimi ni pun entah kenapa perginya. Tak tahu nak menolong orang langsung." Peluh yang mengalir di pipi tuanya di lap dengan tuala yang tersangkut di lehernya. Mimi anak bongsunya tidak kelihatan dari tadi. Begitulah rutinnya apabila saudara mara berkumpul. Anak dara akan duduk selonggok menyembang tentang hal mereka tanpa menghiraukan orang lain. Pak Teh Karim pening kepala, nak marah sudah tidak makan saman. Kita pula di jawabnya balik.

"Okey. Pak Teh bawaklah air keluar dulu. Maybe dorang boleh makan dulu. Ainnur sudahkan masak mihun ni ya."

Lelaki 50 an tu mengangguk sambil menggunakan kederat yang ada untuk mengangkut air dalam tong aliminum besar.

Sedang Ainnur leka mengacau mihun goreng di kuali, telinganya menangkap tangisan kanak-kanak di belakang rumah.

"Ibu!!!"

"Ya Allah! Aysha...."

Kanak-kanak berusia 4 tahun itu didukung. Darah mengalir dari lutut belah kanan kakinya yang termasuk ke dalam longkang yang tidaklah sebesar mana pun. Hanya di paras buku lali Ainnur aja, tapi buat kanak-kanak sekecil itu, longkang itu telah membuatkan dirinya cedera.

"Sakit Ty Long..." Airmatanya merembes keluar tanpa henti sambil tersedu-sedu.

Kesian si comel ni. Pipi anak kecil itu diusap perlahan. Aysha merupakan anak kepada sepupu Adam, Mikail.

"Tak apa....aunty letak ubat ya."

"Sakit...." Aysha membuat muka kesian. Leher Ainnur dipautnya erat sambil tersedu-sedu di bahu wanita itu.

"Okey....Aunty faham. Aunty buat pelan-pelan okey." 

Api di dapur dimatikan. Kebetulan Alisha, sepupu Adam masuk ke dapur bagi membantunya kerana telah dibebel oleh Pak Teh Karim menurutnya.

"Kak Ainnur pergi bersihkan lutut Aysha ni. Alisha mintak tolong yang lain-lain untuk senduk mihun dalam bekas ye. Then, letak kat meja bufet kat luar untuk bagi orang makan." Tidak bermaksud mengarah, cuma menjelaskan apa yang perlu dibuat. 

"Rojer Kak Ainnur." Alisha mengangkat tabik dan tertawa akhirnya.

Selepas kejadian petang itu, Aysha tidak mahu berenggang dengannya.Semasa kenduri pun, dia tidak mahu diambil ibunya. Ainnur tidak kisah melayankan keletah Aysha yang memang petah bercakap dan lincah. Tangisnya hanya sementara semasa lukanya dilihat darah yang mengalir. Apabila sudah dibalut, dia berlari sampaikan naik risau Ainnur melihatnya.

Monday, 23 July 2012

BAB 26

"Sayang....nak milo ais!"

Kerja-kerja menyiang sayur terhenti dengan permintaan itu. Bukankah itu suara Adam? Sejak bila pulak pandai bersayang-sayang ni?

Bila ditoleh....kelihatan Adam sedang berkepit dengan ibu mertuanya di pintu dapur.

"Hurm....bukan ke awak selalu mintak hot chocolate? Kenapa hari ni nak minum milo pulak?" Berkerut dahinya memandang Adam yang sedang berdiri di sebelah Puan Murni yang tersengih-sengih melihat pasangan suami isteri itu.

"Adam dah tanya mummy tadi...mummy cakap coklat dah habis. Milo aja yang ada...so..okeylah tu. Adam pun dah lama tak minum air yang sayang buat."

Bluekkk!!! Nak termuntah Ainnur mendengar perkataan sayang yang keluar dari mulut Adam. Sesungguhnya semua itu palsu semata bagi mengaburi mata mummy....konon-kononnya mereka pasangan bahagia.
Dari dalam kereta semasa perjalanan ke sini, entah apa kena dengan suaminya itu tak habis-habis menyakatnya. Tapi Adam tidak sedikit pun membuka topik mengenai kehilangannya yang sudah hampir dua minggu dari rumah mereka.

"Ainnur buatkanlah...Adam ni memang macam tu...kalau time manja dia dah tiba...mulalah. Menggesel sana, menggesel sini macam kucing jantan nak mengawan."

Tawa kedua wanita itu pecah di dapur yang hanya menempatkan mereka bertiga. Adam menarik muka masam. Kau gelakkan aku eh...tak apa...kau tunggulah nasib kau kejap lagi.

"Cepatlah sayang...B haus ni."

Yarkk!!! Dah B pulak! Meluat Ainnur dengan gelagat Adam yang mengada-ngada tu. Mentang-mentanglah mummy ada kat situ...kalau tak dah lama dia cilikan mulut Adam tu.

"Jom mummy...biar menantu mummy tu dok dapur. Alang-alang dah buat tu, buatkan untuk mummy sekali ye." Semakin ralit Adam mengenakan Ainnur. 

"Ish! Tak payahlah susah-susah Ainnur. Mummy boleh buat sendiri." Tak sampai hati pula Puan Murni membiarkan Ainnur sendirian di dapur. Tapi sejak dari tiba tadi, Adam asyik berkepit dengannya. Ada saja yang nak suruh dibuatnya. Sudahnya Ainnur yang sibuk ke dapur menyiapkan makanan tengah hari.

"Ala mummy...tak apa sekali sekala layan kita anak beranak. Asyik layan bos kat office tu aja...ni husband dengan mak mertua pun nak layanan mesra jugak."

"Along..." Puan Murni nampak tidak senang dengan gurauan yang berbaur sindiran itu.

"Sorry sayang...Dah...jom mummy." Puan Murni nampak terpaksa membontoti anak sulungnya yang terlebih dahulu sudah menarik tangannya untuk pergi dari situ. Ainnur hanya tersenyum menghantar pemergian ibunya yang entah mahu dibawa ke mana oleh suaminya. Namun dalam hati rasa meletus-letus seperti gunung berapi kemarahannya pada Adam.

Milo ais! Huh! Tin milo sengaja di hempas atas meja menunjukkan tanda protes. Sakit hatinya bertambah dengan perangai Adam yang tak sudah-sudah membulinya.

Geram!Budak kecik pembuli!


Wednesday, 4 July 2012

BAB 25

"Ainnur...."

Suara serak-serak basah itu menerpa gegendang telinganya di pagi hari pertama dia memulakan kerja selepas seminggu mengambil cuti kecemasan. 

"Bos....Are you okey?"

"I'm not feeling well. I mungkin tak masuk office hari ni. Can you please cancel all the meting and appointment for today. " Suara itu kedengaran lemah dan layu. 

"Okey Tengku. Pergi klinik ya." Ainnur risau. Terlampau berjemur di pantai agaknya kerana sebelum kembali ke Kuala Lumpur mereka menghabiskan masa seharian memancing di tengah lautan. Kebetulan pula, Tengku Zafran mempunyai kenalan yang sama-sama kaki pancing dan mereka berhajat untuk memancing di laut dalam. Dalam keberatan, di turutkan jua kaki melangkah menyertai Tengku Zafran yang beria-ia mahu dia menemaninya.

Riak wajah lelaki itu gembira apabila dia turut serta. Mulut yang selama ini seolah-olah terkunci kini tidak putus-putus bercerita mengenai pengalamannya yang sering menghabiskan masa bercuti dengan memancing di laut dalam. Ainnur hanya menjadi peneman dan pendengar setia walau punggungnya kebas akibat terlalu lama duduk dan asyik mendengar cerita lelaki tampan itu. Apabila umpannya mengena, tangan Ainnur ditarik dan diajar bagaimana untuk mengendalikan umpan yang tersangkut. 

Walau agak letih, namun dia gembira kerana memperoleh pengalaman baru.

"Ainnur...." 

Lamunannya terhenti di situ apabila namanya disebut Tengku Zafran. Sayup dan ada keluhan di akhir panggilannya. Mungkin terlalu berat sakit yang ditanggungnya.

"Ya Tengku."

"It's Zaf...berapa kali nak kena ingatkan ni..." 

"Opss!! Sorry....Zaf."

"Ha....lega sikit sakit I ni dengar you panggil nama manja I." Tawa Tengku Zafran pecah di talian.

Sempat lagi dia berlawak dalam sakit ni...Ainnur mengomel sendirian.

"Zaf...you nak I bawak you pergi klinik ke?"

"Nope. It's okay. I pergi dengan Sham. You tolong jaga office untuk I ya."

"Okay Zaf." Rasa janggal menyelusuri fikirannya tetapi itu kehendak si pemunya nama. Ikutkan ajalah.

"Okey darling...I'll see you when I see you okay." Sekali lagi Tengku Zafran menghamburkan tawanya apabila dia usai berkata-kata. Ainnur tersenyum dengan tindakan bosnya. 

Tadi macam sakit...ni macam dah sihat pulak. Bos...bos...

Sebaik sahaja talian diputuskan, Puan Murni tiba-tiba muncul di balik pintu pejabatnya. Ainnur yang baru sahaja mahu memulakan kerja-kerja merekod fail projek yang masuk terbantut dan ibu mertuanya disambut ramah.

"Mummy....duduklah. Mummy nak minum? Ainnur buatkan." 

Puan Murni dibawa ke set sofa yang disediakan khas untuk tetamu yang menunggu Tengku Zafran yang berada di sudut kiri tempat duduknya.

"Tak apalah Nur. Mummy baru aja lepas breakfast. Ainnur sihat...? Mummy tengok Ainnur makin kurus. Ada masalah dengan Adam ke?" Bahu menantunya itu dipeluk erat. Dia sesungguhnya amat merindui wanita itu. Kalau dahulu, semasa mereka duduk bersebelahan, Ainnur selalu memeluknya...menghadiahkan ciuman dipipinya apabila mereka bergurau. Dirasakan Ainnur seperti anak sendiri kerana itu dia rasa tidak salah mengambil Ainnur sebagai menantunya. Ainnur pandai mengambil hati tuanya dan mereka banyak berkongsi citarasa yang sama.

Tangan Ainnur yang berada di atas pehanya diambil dan digenggam kemas. Matanya tertacap pada jemari itu yang hanya disaluti dengan cincin belah rotan yang merupakan cincin tanda bak kata orang tua-tua. Dimana cincin nikahnya?

"Mana cincin nikah Ainnur? Ni cincin tanda aja ni?" Jemari itu dibelek. Muka Ainnur berubah pucat namun akalnya 

"Ooo...Ainnur pergi ladies tadi mummy. Cincin tu Ainnur simpan dalam laci, sebab basuh tangan takut tertinggal kat sana pula nanti." Tangan Puan Murni dikucup perlahan meredakan keresahan di hati wanita  50-an itu.

Puan Murni menarik nafas lega. Risau juga dia seandainya dalam diam pasangan yang dijodohkan itu berpisah secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya. Bukannnya dia tidak tahu, Adam membantah perkahwinan itu tetapi terpaksa diteruskan demi menjaga hatinya dan maruah keluarga.

"Mummy ada call Adam tapi dia tak angkat. Susah betul nak bercakap dengan Adam sekarang ni." Berkerut dahi Puan Murni sambil menuturkannya. 

"Dia sibuk sekarang ni mummy. Banyak function." Jelas Ainnur pendek walaupun itu bukanlah jawapan yang sebenar. Jawapan yang sebenarnya adalah....Ainnur pun tak tahu mummy....Ainnur tak tahu apa yang dia buat....tak tahu apa kerjanya sebab dia tak pernah nak beritahu apa yang dia buat. Dan Ainnur pun tak kisah apa yang dia nak buat. Itu bukan urusan Ainnur. Beban di dadanya dirasakan kembali bertambah dengan pertanyaan itu. Dadanya terasa sesak dan sebak apabila peristiwa pada malam itu tiba-tiba menerpa fikirannya kembali. Puas dilupakan peristiwa itu dengan kehilangannya selama seminggu tanpa khabar berita kepada sesiapa pun kemana dia membawa diri dan apabila hampir dilupakan, ia datang kembali. Menggamit peristiwa hitam di dalam hidupnya  yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.


Kau suamiku....tapi untuk menyentuhku tanpa kebenaranku....kau memang kejam!


"Actually....mummy datang ni, nak jemput Ainnur dan Adam, mummy nak buat kenduri sikit sebelum mummy pergi umrah." 


"Alhamdulillah....Bila mummy nak pergi umrah?" Riak wajah Ainnur agak terkejut dengan pengakuan itu tetapi hatinya berbunga menumpang gembira di atas khabar baik tersebut. Alangkah indahnya kalau dia dapat pergi sama. Seronok mendengar cerita mereka yang sudah menjejakkan kaki ke sana.

"Dalam dua bulan lagi, tapi mummy sengaja buat kenduri awal sebab mummy dah planing dengan papa nak pergi honeymoon lagi." Pipi Puan Murni merona kemerahan

"Seronoknya mummy...." Tangan wanita separuh umur yang berada di dalam genggamannya itu diramas mesra. Dia tumpang seronok melihat ibu mertuanya gembira.

"Okeylah...mummy turun dulu. Jangan lupa beritahu Adam, hari Sabtu ni, kenduri lepas maghrib. Bawak baju, tidur rumah mummy ye."

"Insyallah mummy." Seraya tangan Puan Murni di capai dan dikucup sebagai tanda hormat dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi walau dia hanya ibu mertuanya.

Puan Murni mendekatkan wajahnya ke wajah menantu sulungnya itu dan dahinya dikucup lembut. Ubun-ubun wanita muda itu diusap perlahan.

"Mummy sayangkan Ainnur."

Kata-kata itu menyusup masuk dan menular seperti darah yang mengalir laju menuju terus ke hatinya. Dia hiba tiba-tiba tetapi cuba ditahan dari menunjukkan riak suram di wajahnya.

Mereka berpelukan seketika dan sepeninggalan ibu mertuanya, Ainnur menangis teresak-esak sendirian mengenangkan nasib yang terpaksa menghambakan diri demi menggembirakan orang lain. Kini hatinya berbelah bagi untuk meneruskan perkahwinan ini.

Tuhan....Apakah yang harus aku lakukan....?

Monday, 18 June 2012

BAB 24

"Assalamualaikum..."

Salam itu sayup kedengaran di cuping telinganya.

"Assalamualaikum...Kak Ainnur..."

Salam kali kedua disertai dengan ketukan di pintu menyebabkan matanya terpaksa dibukakan besar-besar. 

Siapalah pulak yang datang pagi-pagi ni....? Mata digenyeh-genyeh membuang segala sisa yang ada. Rambut di ikat ala kadar supaya tidak mengerbang macam sundel bolong.

Bila pintu dibuka, seorang budak lelaki dalam lingkungan belasan tahun terpacak di depan pintu chalet bersama sejambak bunga di tangannya.

"Ini untuk akak, ada orang kasik. Saya pergi dulu ye kak." Penerangannya yang jelas dan padat tetapi isi kosong. Sebabnya, siapa orang tu? Apa sebabnya dia perlu dihadiahkan bunga? Dan kenapa bunga? Bagilah coklat ke...bolehlah aku makan gak. Malas mahu berfikir lebih panjang.

Bunga ros merah sejambak diletakkan di atas meja kecil di tepi katil. Matanya terus ditarik-tarik untuk terlelap kembali. Bantal seolah-olah memanggilnya untuk kembali melabuhkan kepala yang masih berat untuk tidur semula. Tidurlah! Tidak sampai 10 minit matanya terpejam, pintu kembali diketuk seseorang.

Arghh!!! Siapa lagilah nak bagi bunga ni?

Sengaja dia melambat-lambatkan bangun dari tilam yang empuk itu. Rambut yang tadinya terikat ala kadar kini sudah terurai dari ikatannya dan dibiarkan begitu sahaja.

"Ye dik....ada bunga untuk akak lagi ke?" Mata yang separuh terbuka secara tiba-tiba membuntang apabila melihat Tengku Zafran tersengih-sengih sedang berdiri di muka pintu yang dibuka.

"Adik tak bangun lagi eh? Tu, abang datang sini jemput adik. Kalau tidak sampai tengah hari la tak bangun tu. Tengok tu...baju semalam pun tak tukar lagi."

Ainnur tersipu-sipu malu sendiri ditegur Tengku Zafran. Dek kerana melayan perasaannya semalam, tanpa sedar dia tertidur tanpa menukar baju. Sudahlah tu...dengan rambut mengerbang dan muka tak berbasuh, gigi tak bergosok. Nak cakap pun segan, nanti bau-bau yang keluar bakal melayukan pokok-pokok yang nampak tumbuh segar kat depan tu.

"Pergilah siap....I tunggu you kat depan ni. Kita pergi sarapan sama. Hurm...And then, temankan I fishing ya. I dah book dua tempat untuk kita pergi dengan speed boat."

Cakapnya lembut saja...and...my bos....handsome sangat pagi ni. Walau hanya berseluar pendek putih dipadankan dengan baju T tanpa kolar berwarna biru muda sesuai dengan warna air laut. Macam nak pergi mandi laut aja lagaknya.

Dia masih merenung bosnya tanpa kata. Menggeleng tidak, mengangguk pun tidak. Tetapi dalam hatinya bersilih ganti perkataan...nak pergi ke tak? Pergi ke tak? Pergi ke tak?

"Ainnur..."

Akhirnya dia mengangguk saja. Tidak mahu bercakap, kerana sedar bau yang keluar pasti tidak menyenangkan lelaki di hadapannya itu. Nak bangkang permintaannya itu, dia kena membuka mulut. Pengsan pulak mamat ni. Dengan langkah terpaksa, dia bersiap ala kadar.


*******

"Makanlah....yang dikuis-kuis nasi tu kenapa?"

Adam diam...tidak bersuara. Seleranya bagai mati sejak tukang masaknya hilang entah ke mana. Sudah hampir seminggu tiada khabar berita. Dia sendiri berat mulut dan tangan untuk mendail atau menghantar SMS bertanya ke mana hilangnya wanita itu.

"Dia tak ada....Aku tak tahu dia pergi mana. Dia tak balik...dia tak beritahu aku."Ujarnya perlahan.

"Siapa? Maya?" Cepat sahaja Shak memotong.

"Bukanlah...."

"Dah tu?"

"Isteri aku la...Siapa lagi..." Bungkusan nasi lemak di tolak. Tiada seleranya untuk menjamahnya kerana citarasa tukang masak tidak menyamai dengan citarasanya. Sejak kelibat Ainnur tidak kelihatan di rumahnya,  menunya hanya nasi bungkus atau makanan segera. Tetapi, semuanya seolah-olah tidak dapat memenuhi kehendaknya. Ada yang terlalu masin, kadang-kadang tawar dan ada yang tiada rasa langsung. Dia sendiri pelik macamanalah orang-orang macam ni boleh buka kedai makan. Bagi orang makan tak ikhlas langsung. Lidah mereka ni dah mati dengan rasanya kut sebab hari-hari rasa makanan sampaikan makanan tu tak berasa apa-apa pun dia cakap dah cukup perasanya.

"Alamak....hai kawan...rindu kat bini ke?" Tempelak Shak. Kemudian tertawa besar membuatkan Adam menarik muka masam.

"Kau jangan cakap orang...esok kau ada bini baru kau tahu macam mana rasa dia. Ambik neh!" Hidung separuh mancung Shak ditarik sehingga kemerahan. Mendengus marah rakannya itu dan kini giliran Adam pula tertawa besar.

"Tu la kau...ada bini buat tak tahu je. Bila dah tak ada, baru mensasau cari. Masa ni la baru makan tak lalu, mandi tak basah la, tidur tak lena la. Mengada-ngada!" Sempat pula Shak menempelak Adam biar pun kemerahan di hidungnya tidak surut lagi. Tawa Adam terhenti dan matanya menyorot tajam pada Shak.

"Betul tak apa aku cakap? Kau dah kahwin dengan dia berapa lama? Mustahil tak rasa apa-apa kat hati kau tu?" Jari telunjuknya menunjal-nunjal dada Adam yang dilitupi dengan baju T biru tua.

Rasa? Apa yang aku rasa? Aku pun tak tahu apa yang aku rasa...Aku tak kisah dia tak ada. Tapi kehilangannya dapat aku rasai. So, aku rasa kehilanganlah. Ya ke? Dahinya berkerut memikirkan kata-kata yang berlingkar di tubir fikirannya.

"Come on Adam. Dah almost setahun setengah, tak mungkin kau tak sentuh dia langsung." Sambung Shak lagi apabila melihatkan temannya hanya membisu seribu bahasa. Nasi lemak masih tidak lagi disentuh, hanya dikuis-kuis dengan sudu di tangan. Lagaknya seperti orang mempunyai masalah negara sedangkan kata-kata yang sering bermain di bibirnya, tiada masalah antara dia dan Ainnur.

Pandangan kali kedua Shak pada Adam melihat temannya menggeleng dan keluhan kecil keluar dari mulutnya.

"Kau tak pernah sentuh dia? Gila apa kau! Daging segar tu...Takkan harimau tak terkam fresh meat depan mata? Kau biar betul Adam? Aku tak percayalah!" Shak agak terkejut. Kalau dia berada di tempat Adam pada waktu ini, pastinya Ainnur sudah pun mengandung atau silap haribulan, mereka sudah mempunyai seorang anak. Memang dia sedar, perkahwinan Adam dan Ainnur adalah di atur tetapi melihatkan Ainnur yang telah selamat diijab kabul dengan rakan baiknya itu, tiada cacat cela yang dijumpai. Ainnur sempurna dari matanya dan dia pasti jatuh cinta pandang pertama apabila bertemu dengan wanita itu, tapi kenapa tidak Adam? Apakah yang telah menutup pintu hatinya untuk mencurahkan kasih sayangnya pada Ainnur? Adakah ini sebab Maya si perempuan gedik tu? Huh! Menyampah!

"Aku tak tahu. Aku tak sanggup...Kau lelaki beb, kau mesti tahu apa rasanya apabila kau duduk serumah dengan seorang perempuan. Lebih-lebih lagi perempuan tu memang sah kau nak sentuh. Tapi kalau jadi apa-apa dalam rumahtangga kitaorang, aku kesiankan dia. Lelaki mana yang nak kahwin dengan janda. Dia perempuan baik, aku tak suka tengok orang lain main-mainkan dia. At least, kalau aku tak buat apa-apa dengan dia, mungkin dia boleh dapatkan orang yang lebih baik dari aku." Adam tersengih di akhir ayatnya namun Shak menggeleng kepala mendengar penjelasannya.


"Kenapalah pendek sangat pemikiran kau ni Adam? Kau nak ceraikan dia ke? Fikirlah masak-masak beb. Kalau sebab si Maya tu kau nak tinggalkan isteri kau sekarang...Sumpah! Kau menyesal seumur hiduplah beb!"

Muka Shak nampak berubah. Kebodohan Adam terlalu ketara sekiranya dia sanggup meninggalkan Ainnur demi kerana Maya. Perempuan yang langsung tak ada tokoh untuk dijadikan isteri. Walau nak dibandingkan Maya dan Ainnur ternyata Maya lebih cantik dan pandai bergaya namun untuk dijadikan suri rumah dan teman seumur hidup....entahlah. Maya masih terlalu muda untuk mengenal erti perkahwinan yang sebenar. Dia bukan tidak boleh dibimbing tetapi dia sengaja membiarkan arus kemodenan terus menyesatkan dirinya. Maya yang masih seronok terapung-apung di alam duniawi yang menjadi idamannya.

Adam menarik muncung panjang. Sesungguhnya dia tidak mengerti kenapa semua orang asyik menyebelahi Ainnur. Adakah sebab dia pandai masak? Adakah sebab dia rajin mengemas rumah? Atau ada sebab-sebab lain yang dia tak tahu dan tak berminat untuk ambil tahu.

Huh!

"B...."

Suara yang agak sengau dan manja itu mencengkam tengkorok Shak untuk menelan nasi lemak yang masih berbaki separuh. Di pantri yang ada hanya dia serta Adam dan sudah pastinya dia tidak mempunyai teman yang memanggilnya dengan panggilan....B.

Wajah yang muncul dari balik pintu di toleh...

"Tu buah hati sayang kau. Aku blah dulu la beb. Hilang selera makan." Mug berisi milo panas di capai dan nasi lemak yang masih berbaki dibungkus ringkas dan diletakkan di dalam peti ais. Nak buang sayang.

Maya hanya menghantar pemergian Shak dengan jelingan tajam. Dia tahu rata-rata mereka tidak menggemarinya. Tapi apa yang penting baginya...selagi kau tak kacau hidup aku....so, hidup kau akan selamat dari dikacau oleh aku.

"B...makan tak ingat kat I erk? I lapar sangat ni. Dari semalam tak makan...Tak ada orang nak bawak I pergi makan," jari jemari Adam yang meruncing di ramas lembut. Sesekali jari Adam dibawa ke bibir yang disaluti lipstik merah jambu muda. Menyerlahkan keaslian bibirnya yang terukir indah.

Adam diam tanpa seribu kata. Nak marah pun tidak...tapi untuk tidak memperdulikannya rasa rindu menguasai diri. Lebih-lebih lagi wanita cantik itu telah berada di depan matanya. Rasa mahu dipeluk semahunya tetapi tidak mahu ada mulut-mulut yang mengata di belakang dan seeloknya dia keluar dari tempat ini.

"Okey sayang...Jom kita pergi makan." Pinggang ramping itu diraih dan mereka berjalan seiringan dan ketika berada di bahagian pejabat yang terbuka, mata-mata nakal terus memerhatikan pasangan itu hingga hilang dari pandangan mereka. Shak hanya menggeleng perlahan.

Kesian Ainnur....